Showing posts with label menu diet. Show all posts
Showing posts with label menu diet. Show all posts
Wednesday, October 15, 2014
Friday, September 19, 2014
Resepi Chia Seed Ayam - Menu Nak Sihat
Ok Kalian, Assalammualaikum and a very good morning to gojes gonjeng sekalian.
Tanpa membuang masa di pagi Jumaat yang indah nian ni meh sini kita buntang-buntangkan biji mata selak sikit bulu mata pelesu kekakak kekabang sekalian untuk lihat-lihat resepi Diet nottinetti kali ni.
Tajuknya adalah : Resepi Chia Seed Burger Ayam
Ikut suka aku jer kan pilih tajuk tu. muahahahah. Tajuk resepi tu korang boleh ubah-ubah....kasi flexible ikut peredaran zaman. Nak terbalikkan jadi Burger Ayam Chia Seed pun boleh atau Ayam Burger Chia Seed pun tak apa. Kerajaan tak pernah bantah...korangpun tak susah-susah nak buat demo bagai kan.

Yaaa yaaa aku tau...rupa macam pecah pintu kan? Tak handsome tak gojes langsung tapiiiiii yang penting di sini adalah rasa. Jika rasa macam ko minum sirap takde gula memang tak best la kan. Maka kita menitik beratkan rasa dan tahap nutrisi dalam resepi aku kali ni.
Bahan-bahan Chia Seed Burger Ayam
1- Ayam dada (dagingpun boleh tapi aku tak ada daging semalam)
2- Sayur lettuce (ikut suka korang nak letak sayur apa)
3- Chia Seed (1 sudu besar)
4- Telur satu biji (suka hati nak raw boleh nak telur rebus pun boleh)
5- Lobak Merah (satu batang)
6- Oats 5 sudu besar (ikut suka korang)
7- Pepper (ikut firasat korang)
8- Sedikit garam
9- Cili padi (3 tangkai) optional
10- Bawang besar (1 biji)
11- Bawang putih (ikut suka)
12- Secubit garam
12- Secubit garam
Cara-cara
Heheheh aku senang.....aku blend/ kisar jer semua bahan-bahan tu. Macam gambar bawah ni
Siapa ada blend macam gambar aku tu senang la. Cepat jer kan. Tu aku tabur Chia Seed. And gambar bawah aku letak oats after semua dah blend.
dah elok sebati blendnya Barulah korang boleh panaskan minyak. Aku letak sikit minyak zaitun. Tapi nampak dalam gambar macam selaut minyaknya ahhaha tapi tak....satu sudu besar jer lagipun minyak zaitun ni tak boleh lama-lama atas pan. Tak elok kan.
Maka, ikutlah kerajinan korang nak buat bentuk burger ker bentuk bear ker...
haaaa aku buat bentuk burger.....elok jer. Ayam pun ikutlah kot korang nak rebus dulu baru kisar atau raw macam aku buat pun ok. Should be no problem.
haaa gambar atas tu tengah rajin buat bentuk burger...
gambar bawah ni haaaa tu menunjukkan aku dah malas. lebihan tu aku tuang jer macam pan cake. ahahahaah pon bolehhhhhh.
Hidangan ni boleh buat untuk 3 orang. Aku sorang makan semalam pun 2 ketul burger Chia Seed pun dah kenyang. So apa lagi tapau bawa ofis. Eheheheh
ok tu jer resepi untuk hari ini.....
ayat standard chef seantero dunia
"Selamat Menchoba"
Friday, May 2, 2014
Tuesday, April 29, 2014
Diary Diet Untuk Hari ini.......Selamat Pagi Kawan
Hi......apa khabar darling-darling shorga I sekalian.
Hari ni aku bangun lewat sikit. Nasib baik bunyi kuat azan Subuh terjagakan aku. Kalau tidak, mau terbabas sampai 6.30am.
Aku bangun persis hantu pocong and terus ke dapur untuk magic pan kan ayam & daging yang dah aku perap kelmarin. Then aku mandi. After that siap...aku sumbatkan sayuq, tomato, cendawan and daging ayam semua dalam bekas. Siap!!!!
Untuk pagi ni aku just sarapan yogurt stobery jenama Anlene. Soooodaaaappppp.
Sedap manjang ko Net ya.
Hmm satu aku perhatikan sejak aku diet ni. Muka aku bersinar-sinar. Cheeeewaaaahhhh! Bila lagi nak puji diri sendiri kan?..nak harap korang puji??? puuuiiiii.
Aku ni kengkadang on off makan supplement. Tapi ya laaaa memang sejak aku makan menu-menu sihat ni *mata ke atas 5 saat* memang aku rasa macam ok laaa...tak sembab la muka aku.
Ni aku ambil gambar baru jap tadi. Aku ambil gambar ni before aku make up and tak edit apa pun ya kecuali aku buat border and initial nama aku jer kat foto tu.
Aku takde la kata kulit muka aku licin....berkawah gunung berapi jugeks, cuma aku cakap tadi macam dah tak sembab dah and tak kering macam dulu. Lembab jer......takdelah kerani aku cakap muka aku ni "muka tak siap" memanjang. Asyik nak kena apply susuk (make up) jer...kekangkadang boring jugak. Hahahaha
Sekali lagi, aku belum kurus. Setakat 1 kg jer ghaib..... masih belum mencapai target lagi kan.
dah tu jer....jom buat kerja.
Thursday, April 24, 2014
Diary Diet nottinetti hari ke-16......Bento lagi
Hello, apa khabar semua?
lebatkan pagi ni hujan? tapi still rumah aku tak ada air. Nasib baik air simpanan baru tukar semalam. Kes jentik-jentik muncul la. Isk geletis jer aku tengok sekor-sekor dalam tong air kelmarin. Nasib baik juga lah aku sempat masak lemak kuning cili padi untuk laki aku. Kalau tak order jer la.
Oh Ya! apa menu diet aku semalam ya?
JOM TENGOK.
Breakfast 0620 pagi- blended tomato ceri + stobery.
kalori = 54.4
breakfast pukul 10 pagi
aku buat bento lagi.
Haaa nampak tak bekalan aku tu. Bangun seawal jam 5 pagi untuk siapkan bento benti. Satu bento untuk breakfast, satu bento untuk tengahari and bekas satu lagi tu bukan bento, tapi hanya sudu, garfu and chopstick.
Breakfast - Stobery, karot bayi.....
telur gulung cheese, sausage, roti wheatgerm, tomato ceri, sayur.
best oooo sausage ala sotong kurita ni. Aku bakar jer atas pan without minyak.
Haaa ni telur gulung cheese. nampak macam banyakkan cheese. Tapi sikit jer aku letak. Maybe sebab cair tu yang nampak cheese melimpah. Sedap ooooo.
roti tu aku tekap satu bentuk LOVE satu bentuk bunga. Tapi sebab bento padat sangat. Maka tak nampaklah rupa bunga tu. Sandwhich ni isi dia daging bakar.
Close up skit. Nampak tak daging bakar tanpa garam and sayur?.
Pun sedap. Aku lebihkan lada sulah jer.
Haaa nampak tak? nampak tak
bentuk love. Sandwich gak ni. Tak besar pun. sederhana kecil jer.
Untuk pengetahuan korang, breakfast tu aku tak habiskan sekali gus. Aku makan sikit-sikit. Janji tak lapar.
Aku selang seli juga pengambilan yogurt ni.
Lunch aku pula dalam bento yang lain. Bekas ala-ala kuali masak gitew. Hahaha Comel jer sebenarnya. Nampak macam besar.
Menunya ialah - Tomato ceri sumbat daging, telur gulung, sausage panggang and cendawan sayur.
Ingatkan nak susun bagi cantik. Tapi biasalah aku....dah potong ikut lawa bagai tetiba kesian pulak pada lebihan sisa makanan yang elok. Membazir tu amalan syaitonnnn!! rugi jer kalau aku buang. Tak boleh ikut juga cara jepun yang sisa lebih tolak tepi. Makanya habis aku sumbatkan lebihan daging tu. Jadi padat betul. Dah takde rupa seni bento dah. Ni seni sumbat elak bazir namanya.
Haaa ni tomato ceri sumbat daging bakar.
buang penutup tomato. best buat bento tomato ni.....gelak macam orang gila aku sorang-sorang dalam dapur....awal subuh pula tu. Sewel!! Mesti budak-budak atas rumah aku yang tidur enak...berpeluh-peluh dalam selimut dengar suara pompuan ngilai. Aku le tu.
Ni sausage....aku try buat rupa sotong kurita. Tapi takmau mengembang pula. Aku namakan sotong pemalu je la. Telur gulung tu tak payah explain la since uolls lagi bijak dari aku kan.
licin aku makan set bento aku. Maybe sebab size diayang comel jer kan. Korang jangan tertipu dengan gambar ahaha.
And aku minum air suam jer. 8 gelas sehari. Kencing pun jernihhhh jer. Nasib baik takde ikan puyu. Awwww
kalori breakfast and lunch - 503
Malamnya aku terfikir juga, apa aku nak makan. (Ni sebelum kejadian air dicatu pukul 10 malam lebih kurang). Aku teringat yang aku ada lebihan tomato bapak ceri. (Tomato besar)....Apa lagi akal singkat aku laju jer capai sebiji tomato, bawang, lada sulah, cili padi 3 tangkai, ikan bilis setengah genggam and bawang bengala. Aku blend jer.
Dah blend aku tuang dalam periuk kecil and letak isi ayam sikit and fish cake 2 batang. Letak air setengah cawan and masak jer. Sedar-sedar jadi macam gambar kat bawah ni. Cuak juga nak rasa since aku tak letak garam or gula or perasa. Sekali makan...WOW!!! sedap ooooooo...rasa semua cukup.
Aku namakan resepi aku ni - sup tomato ayam jadi-jadian....err kena ke dengan tajuk???....
kenyang ooooo
Kalori - 300.2
Macam biasa, licin aku makan sup tu. Satu jam lepas tu, aku dah start atas stepper kaki. Sambil tengok movie Man on a Ledge sampai la movie GI JOE. Aku dok atas stepper tu...berhenti-hentilah tapi. Tengok meter aku dah buat 4301 step. Yang pasti time movie GI JOE tu aku tak stop sebab kusyuk tengok movie tu. Aku kan suka movie aksi-aksi ni. Tanpa sedar tu. Kalau dengan sedar....aku rasa 800 step cukup! enough! ahahaha.
Total Kalori ambil diet day 16 - 857.6
Fuhhh!! selamat.
dah itu jer bebelan aku pagi ni. Sekian.
Me Naughty..me Netty
Wednesday, April 23, 2014
Diary diet nottinetti Hari ke-15....KFC itu membunuh diet aku!
Hi, hari ni aku start balik show foto-foto menu diet aku.
Ini menu untuk semalam......aku dah diet hari ke-15. Cepat jer kan?...
and tipulah kalau aku katakan yang aku tak curi tulang langsung. Ada masa yang aku tak dapat elakkan. Maka terambil lebih kalori dan aku akan berlaku jujur.
What did I do.....contohnya aku terambil fast food....terrrrr sangat. Aku akan kira kalori fast food tu and di situ aku akan anggap satu hutang yang perlu aku bayar jika terlebih dari 1000 kalori. Cara untuk melangsaikan hutang tu adalah dengan bersenam. Itu jerlah pun yang aku mampu lakukan. Oh! ya. aku juga ambil teh orang kampung. Maybe dah terbiasa. kasi buang angin sikit dalam badan.
Tamat. Jom tengok menu aku semalam.
Breakfast pagi seawal jam 0630.
Blended strawberry + kiwi + air masak
Sedap stim stim gitew. Maybe kiwi tu memang dah masak ranum and stobery very the manis.
kalori - 66
Ini menu untuk semalam......aku dah diet hari ke-15. Cepat jer kan?...
and tipulah kalau aku katakan yang aku tak curi tulang langsung. Ada masa yang aku tak dapat elakkan. Maka terambil lebih kalori dan aku akan berlaku jujur.
What did I do.....contohnya aku terambil fast food....terrrrr sangat. Aku akan kira kalori fast food tu and di situ aku akan anggap satu hutang yang perlu aku bayar jika terlebih dari 1000 kalori. Cara untuk melangsaikan hutang tu adalah dengan bersenam. Itu jerlah pun yang aku mampu lakukan. Oh! ya. aku juga ambil teh orang kampung. Maybe dah terbiasa. kasi buang angin sikit dalam badan.
Tamat. Jom tengok menu aku semalam.
Breakfast pagi seawal jam 0630.
Blended strawberry + kiwi + air masak
Sedap stim stim gitew. Maybe kiwi tu memang dah masak ranum and stobery very the manis.
kalori - 66
Kemudian aku dah mula start tapau makanan ke ofis. Best juga tapau ni. Tapi kena bangun awal la kan.
Aku pun dah mula berjinak-jinak dengan Bento. Kagum betul bila tengok youtube cara buat bento. Aku ikutlah cara diaorang tu tapi macam sayang oooo nak buang lebihan makanan. Aku simpan jer mana-mana lebihan buah yang aku potong untuk blend keesokkan harinya.
Taraaaa.....ni bento aku.
Menu tengahari (tapi ada juga yang aku ngap around 10.00am. Makan sedikit-sedikit takpe.
Aku buat ayam panggang and mushroom, ada tomato cherry, kiwi, starberry and sayur-sayuran.
kalori - 245
Taraaaa.....ni bento aku.
Menu tengahari (tapi ada juga yang aku ngap around 10.00am. Makan sedikit-sedikit takpe.
Aku buat ayam panggang and mushroom, ada tomato cherry, kiwi, starberry and sayur-sayuran.
kalori - 245
aku juga makan yogurt petang tu, around 3.35 pm
kalori - 143
dan untuk makan malam....hmm yang ni aku ke laut sikit. Memang sesat barat lah.
After office hrs aku jalan-jalan ke Midvalley. Lama juga aku jalan. Then lapar. Macam biasalah......lalu depan KFC, terasa macam kena pukau pula. Aku tengok jam dah pukul 0645 pm. Haa apa lagi tapau dinner plate untuk suami and snack plate untuk aku makan kat situ. Licin aku makan....lepas tu nyesal tak sudah. Mula la nyesal....and soalan demi soalan berlegar-legae di kepala otak aku ni such as
"kenapalah aku tak buang kulit tadi?",
"apsal aku pergi makan kentang putar ni pula?",
"Tak makan rotipun takpa tadi" ....Nangis T_T.
Aku makan sebiji macam gambar bawah ni.
ehsan encik google.
Sebab malu, aku kecilkan gambar KFC tu...Choiiii!!!
Kalori satu set hidangan- 1250 ---- T_T nangis.
So total kalori untuk day 15 adalah
- 1704 -
Aku sentap dengan kalori kfc tu. Balik rumah terus aku buat senaman stepper satu jam.
Itupun tak mampu sangat nak hilangkan lebihan kalori 704 tu. Haish.
Tapi seronok juga pakai stepper sebab sambil senam sambil tengok The Matrix. Sedar-sedar dah 3000 step aku buat. Wallauwwweyyy.
hari ni punya menu pun macam best nak kongsi. Tapi kena tunggu esok.
macam nak tergelak tengok menu bento aku ni ahahahahha.
Adios.
psst- yang bertanya berat badan aku sekarang? Maaf lah aku tak timbang langsung. ehehehehhe
Wednesday, April 16, 2014
Diary Diet nottinetti seterusnya.....
Ok, aku dapat rasakan yang korangpun naik menyampah tengok menu diet aku. Akupun secara tak langsung menyampah juga nak upload gambar dari handphone ke computer. Makanya aku setop sampai sini dululah entry menu-menu sihat aku and aku juga setopkan aktiviti kira-mengira jumlah kalori yang aku ambil. Oppsss! bukan bermakna aku setop terus dari aktiviti diet ni. Aku cuma berhenti upload gambar makanan sihat jer. Cuma ikut mood, kalau aku rasa aku nak letak gambar makanan, insyallah aku uploadkan. Kalau aku malas nak mampos....memang korang pandang blank image jer la.
So dengan ini segala aktiviti diet aku akan teruskan melalui jurnal aku. Nanti-nantilah aku tunjukkan jurnal tu. Maklumlah masih awal lagi......kurus cara manual ni ambil masa kan....kan...kan...
makanya buat masa ni korang tatap jer la gambar aku dengan breakfast hari ini - yogurt Anlene. Dalam banyak-banyak yogurt yang aku rasa best is jenama Marigold (buahnyer terasa oooo) and Anlene....sedap tak masam sangat tapi sikit la isinya.
adios....
Tuesday, April 15, 2014
Diary Diet nottinetti Hari ke-7
ok aku skipkan diary diet aku hari ke-6. Sebab aku rasa makan macam ala kadar jer. Cheeewah.
Pagi aku pekena 2 bungkus nasi lemak 50 sen tu, so mencanak kalorinya. ahahahah sesuka hati jer. Aku taknak breakfast nasi lemak but anak-anak aku ni jenis yang nampak nasi nak nasi nampak mee nak mee. (kes pasar tani) So yang tak habis aku terpaksa habiskan. Naya. Tengahari amik nasi sebab aku rasa lama dah tak membuang and malam ayam masak kicap. Total kalori day 6 = 1,252...walaupun masih bawah paras beku, tapi bagi aku totally failure lah sebab akukan target kalori bawah 1,000 jer. Ahahahahaha.
ok, lupakan diet day 6 tersebut.
Mari kita mulakan acara menu diet day 7 pula yakni semalam.
Breakfast aku blend, pisang+yogurt+susu - kalori: 295
ok, lupakan diet day 6 tersebut.
Mari kita mulakan acara menu diet day 7 pula yakni semalam.
Breakfast aku blend, pisang+yogurt+susu - kalori: 295
untuk lunch pula, aku makan ikan sambal ikan keli, tempe, peria dan telur rebus - kalori: 241
untuk dinner pula aku buat sendiri
bakar dalam aluminium foil, brocolli, bebola ikan, isi ayam dan telur sebiji - kalori: 353
So total kalori diambil semalam = 889
eheheheh
Labels:
diet,
Happy,
makan-makan,
menu diet
Monday, April 14, 2014
Diary Diet hari ke- 5
Hi....ok sekarang ni aku stroy diet hari ke 5 which is hari Sabtu.
Mesti korang ingat aku nyesalkankan sebab makan banyak on Jumaatnya. Muahaha langsung tak muahahaha. Riak sangat aku ni ha. Segala amalan...cheeewah! segala kalori yang berlebih, aku catatkan dalam buku Diet aku (nanti aku tunjuk bila dah semengah sikit buku tu).
Apa aku buat dengan kalori berlebih tu??? hahahaha nanti aku cerita. ok
Hari ni korang tatap dulu menu diet aku
Breakfast, setengah biji buah pir, apple hijau and satu cawan susu. Blend kan. Lalu minum airnya.
Seyes!!!! tak sedap!
uweeekkk tapi aku gagahkan juga. Kalo letak caramel hamboiiii baru mabeles!!! (in your dream netty)
Breakfast kalori: 268
Lunch pula, makan nasi ayam 'The Chicken Rice Shop'. Aku makan ayam stim jer...and sup.
kalori Lunch: 173
Dinner......bawa family aku makan asam pedas kat melaka.
Hmm...aku sebenarnyakureng skit asam pedas ni. Tapi dah itu je menu yang ada kan. Soaku rasa dalam 5 sudu kuah asam pedas tu. Kira juga ke kalori eh?....ahahahah
aku anggarkan kalori asam pedas: 60
So total kalori: 501
Labels:
diet,
Happy,
makan-makan,
menu diet
Diary Diet Hari ke- 4.......-Today is Cheating Day!!!! yeayyyyyyyy.
Assalammualaikum kalian.
Haaaa....aku tau hari ni hari Isnin, but saja nak story diary diet untuk hari ke 4. Hari ke 5 dan ke 6 aku cerita entry lain ok.
Bagi menyeronokkan lagi diet aku yang makin lama makin nampak boring ni. Aku telah membuat keputusan untuk memilih satu hari dalam seminggu sebagai My Cheating day. Hari di mana aku akan makan sepuas-puasnya tanpa mengira kalori. Kalori??? aku anggap aku tak kenal langsung bahasa perkataan tu on my cheating day. Seronok wei.......aku pilih hari jumaat sebab kat ofis aku ada jamuan besday dan lagi aku nak balik melaka after kerja. Nak bawa family makan ikan bakar di Umbai. Dah terbayang ikan kerapu semuanya yang berdandut depan aku. Wow!
So, jom tengok menu makanan aku on my Cheating day......
Paginya aku dah makan plum. Masam-masam manis. Aku makan 2 biji, selebihnya budak ofis sapu.
Perlu ke kira kalori???? Takpelah...namapun Cheating day.....ko kan tak kenal ayat KALORI tu...kan..kan..kan...
Plum Kalori: 2 biji x 30.2= 60.4
Around 10 am cenggitu majlis bermula. Bos belanja Laksam. Aku sebenarnya tak suka sangat laksam ni. But dah bos belanja. Kenalah jaga budi bahasa. Aku makan setengah mangkuk kecik jer. Seyes tak tipu. Kan aku cakap aku tak berapa in dengan laksam.
Laksam Kalori: 300
Haaaa....ni aku suka sangat. Karipap abang ni memang super duper sedap. Karipap ni aku belanja 50 biji.
Patutnya nak order karipap daging, but bos aku tak makan daging. So tukar kepada karipap ayam. Pon bolehhhhhh. Aku makan hmmm mau 10 biji kot.
Karipap kalori: 130x10=1,300
Tengaharinya aku balik rumah sebab nak masak untuk suami. Akukan nak terus balik kampung after kerja. So kesian kat laki aku. Maka aku masak dia asam pedas while aku bakarkan dada ayam dalam aluminium foil yang dimasukkan dalam oven. Memang tawar sebab aku tak letak ap2-apa just kicap. Huh. nak cepat punya pasal.
Kedebak kedebuk...haaa siap bekalan tengari aku. Oh! aku tak keluar dengan BFF since dia balik awal.
haaa kat bawah ni menu tengahari aku. Saja tambah telur. Buat penaik semangat. Hahahahah. Cili tu aku ambik dari sebahagian barang pelengkap laksam.
Kalori set lunch : 222
Malamnya...aku ajak mak bapak aku ke Umbai. Konon nak makan ikan bakar jer. Aku tak ambilpun sotong goreng tepung feveret aku. Tapi silapppp...bapak aku order kupang. Akupun tak berapa in dengan kupang. Tapi yang ada cuma aku, bapak aku, mak aku and anak-anak aku. Haaa terpaksalah aku habiskan kupang tu. Sambalnya sodap!!!! Ikan bakar habis aku ratah.
Haaa...konon takmo amik nasi lemak....tapi apa gunanya cheating day kan? kan?....lagipun time aku bukakan satu nasi lemak untuk si starbuck latte.....huiishh berkepuk-kepuk asap keluar dari nasi tu. Apa lagi, aku senyum-senyum ambil satu untuk aku ngap!...Cheating day, cheating day.
Kupang yang aku terpaksa habiskan.
Oh! ada lagi satu feveret all time!!! Udang oats.
Gile tak order?!!!! Mak aku order banyak pulak tu. Sib baik anak aku makan udang juga. Yang tak makan anak aku yang Al Imran tu. Dia makan nasi kosong jer. Dah!...isk tak menikmati makanan macam si starbuck latte betul la.
Haaaa tengok tak betapa taksubnya aku makan sempena Cheating day????
Oh! ni gambar jauh...jom teliti gambar dekat pula.
Haaa...korang nampakkan.....penuh alas nasi lemak aku (no pinggan)....dengan kupang dan kepala udang.
Menyesal???? kamoonnnnn
kan Cheating day. Rasa best jer......
hehehehehehehe
Kalori Makan di Umbai: 860
Total: 2,742
haaaaaa ambik ko!!!!
Labels:
Cheating day,
diet,
Happy,
menu diet
Subscribe to:
Posts (Atom)


































