Saturday, November 30, 2013
Friday, November 15, 2013
Wallet Pink!!!! Oh Tidak!!!
Ahhh malas tau,
Allergic aku datang lagi. Pantang betul tengok wallet yang pink-pink terkejut ni.
tapi kena fikir dulu since aku ni segala benda nak masuk dalam wallet, kad diskaun, kad kredit tu harus, duit monopoly (bagi nampak kepok-kepok tebal duit), duit syiling jangan cakaplah (wallet aku tu pun kira tabung juga - tabung bergerak) kad Aeon sampai dua (satu on going satu xpired - motif? aku pecinta Aeon Shopping Mall - boleh?, kalau boleh disumbatkan gajah, memang aku sumbatkan sekor.
Lihat jer la wallet Kate Spade aku ni, dah macam beranak kembar. Isi padat sangat. Tu nasib aku ikat getah, kalau tak aku biarkan jer melopong. Kes wallet ni dah terlebih muatan dalam. Sampaikan kawan aku suruh tukar atau bawa pergi saloon wallet kasi cuci. Memang kesian kat wallet ni, tapi wallet ni jer yang tahan lasak and mampu sumbat macam-macam tanpa terjejas satu urat benangpun. So far la. Tu kalau aku paksa tutup tu, wallet ni still mampu tutup dengan cemerlang tapi ala-ala terseksalah rupanya. Biarkan jer la getah tu membantu sikit.
Yang wallet aku minat ni namanya
Coach Darcy Patent Leather Soft Wallet
Source: SAPPHIRE.MINISTORE
aaahhh tahap nak pengsan dah aku nak dapatkan wallet ni.
Pandangan sisi depan memang maveles lah!
Tapi
bila aku tengok dalamannya
ayoooo memang tak muatlah segala kad, resit, duit monopoly, gajah semua tu.
Confirm!!!!
Sayang betul la. Aku dah berkenan tahap dewa dewi dah ni.
korang tengokkan?
betapa nipisnya wallet ni. nipis sangat.
takpa lah kita tunggulah dulu kot wallet ni ada edisi berisi sikit.
malas....layan!
Me Naughty..me Netty
Ada 2 Payung Dalam Kereta, Tapi Tetap Basah
Aku bangun pagi dengan malas sangat.
Jam Iphone aku ni berbunyi pada 5 pagi meanwhile jam Samsung III aku berbunyi jam 5.15 pagi. Aku prefer bangun 5 minit after Samsung aku melalak makin kuat.
Hujan makin kuat and aku termenung kejap atas tilam. Entry siapa ntah aku baca yang bila kita bangun tidur, jangan terus bangun. Relax dulu dalam 1 or 2 minit. Gitulah.....akupun lupa sebab apa. Untuk elak kita daripada bangun mengejut kot. Tak silap akulah. Tapi aku kalau bangun tidur memang style hantu cina tu. Toingggg! terbangun dan buat-buat terkejut ko tidur dengan siapa?. ahhh malas fikir.
Mandi pagi ni lama jugak la, lama aku tenung air tu. Air tu pun lama jugaklah tenung aku (kalau air tu boleh bercakap mesti dia tanya, "berapa lama lagi aku nak membazir air paip ni?")
dah siap semuanya aku keluar rumah.
Masuk kereta, aku nampak ada dua payung dalam kereta laki aku. Ok selamat. Tak payah nak redah hujan.
Dalam 15 minit aku dah sampai ofis. Time tu pukul 6.45 pagi.
Dah parking kereta aku toleh belakang. Ambil satu payung besar berjenama Kedai Emas Midah. Badan aku besar kenalah dengan payung besar.
Aku buka pintu kereta sikit and buka payung.
Sekali, ketat. Aku dok eh! eh! eh dan eh!....pintu kereta dah mula basah. aku tutup balik pintu.
aku tengok payung tu. Kenapalah ketat sangat ni. Sekali......laaaaa
tempat tekan payung tu dah putus dengan spring atas.
lihat gambar bawah.
see nampak tak?.... Tangan aku pegang spring and tempat penekan tu relax jer kekal ketat kat bawah. Ahhh nyampah. Ni la namanya payung free.
Then aku toleh belakang lagi. Ada satu payung biru. Macam ringan, tak seberat payung Kedai Emas Midah tadi. Aku test buka dalam kereta. Buka sikit jer....so far ok....Hujan masih lebat kat luar. Aku dah ready dengan handbag. So aku buka pintu and buka payung biru tu cepat-cepat sambil keluar dari kereta.
Mungkin aku terlalu ganas, aku berjaya buka payung tu dengan cepat. Syabas payung.
Tapiiiiiiiiiiii.........
Aku memang berjaya buka payung tu sampai kembang. Bukan tahap kembang jer...tahap kuncup balik naik ke atas. Dah la tu kain payung tu tercabut terus dari batang. Malu siotttttt......aku berlari masuk bangunan dengan batang payung jer. Skirting payung tu aku tak tau dah kat mana. Takda masa aku nak toleh pergi tengok. Dignity aku lebih penting dari mencari skirting payung yang terlucut dari batangnya tadi.
dan aku tak tunggu lama, aku terus lari masuk bangunan (laluan belakang) budget orang tak kenal aku. ahhhhh malas layan. Rasa nak buat vandalism je kat batang payung tu. Nak cover lalu depan akak cleaner, aku buat batang tu macam ala-ala tongkat. Bila alami saat kecemasan, daya kretiviti tu penting!.
Tetiba rasa nak marah jer kat kereta laki aku ni. Kalau kereta aku dah tentu ada 4 payung cantik-cantik. Ropol-ropol Avon.
ahhh malaslah...aku basah bahagian atas jer.....tu yang emo terus rasa lapar terus makan nasi lemak dan terus nyesal
......kena beli payung golf yang berkualiti lepas ni......
Dugaan Nasi Lemak Depan Mata
Assalammualaikum w.b.t
dengan limpah kurnianya dapatlah kita sekali lagi bertemu dalam arena pembacaan blog milik aku.
Bestkan ayat-ayat skema pagi-pagi Jumaat yang sejuk beku ni.
tergezut tak? pepagi gambar nasi lemak dan sebelah tu nota kecil Asma' Al Husna?. Kira nak tunjuk baiklah makan nasi lemak sambil zikir nama-nama Allah kan?.
bila tatap gambar ni rasa menyesal and menyampah pula. Aku rujuk pada nasi lemak yang dah aku settlekan 5 minit yang lalu. Nasi lemak tu dah selamat dalam perut aku sekarang tatkala aku tengah taip entry blog ni. Ahhhhh nyampah lagi. Sebab aku dah janji rasanya dekat lima belas kali kot yang aku takkan sentuh nasi lemak. Ahhhhhh! nyesal betul la.....
nyesal punya pasal terus buka blog Kevin Zahri
bila buka blog si Kevin ni terus nangis tak berbunyi.
10 Makanan Malaysia yang paling menggemukkan. Alaaaa Nasi lemak pula tu yang no 1, dah la 390 kalori ayooooooooo....teh orang kampong pula dah lama habis stok takda masa nak beli.
Nak nyesalpun nasi lemak tu dah selamat dalam perut aku. Sebelum makan takda la pulak aku fikir pasal nyesal nyesal ni. Cantik comel jer aku tengok nasi rupa nasi lemak tu.
isk.....tengok muka si Kevin tu macam peril baiiiikkkkk punya. Lagi aku haru.
ahhhh! terus rasa nak buat senaman Kardio 50 kali.
anyway : tq Wan for the Nasi Lemak ehehehehhe.......
sambung zikir sambil kardio.
Labels:
mood
Thursday, November 14, 2013
Tarik Rambut Buang Angin - Betul Ke?
Seyes aku tak tahu bab-bab ni dan aku jarang sangat nak urut buang angin
unless terpaksa, kita kecualikan urut dalam pantang.
Aku kalau urut spa sedap-sedap memanglah suka tapi kalau urut macam tahap ko kena kemut segala lobang idung, lobang bontot sebab terpaksa tahan sakit dek urutan mak bidan tu memang aku taknaklah.
aku pernah pergi sekali, errrrmm....beberapa kali ke tempat urut traditional ni. Sekali lagi urut berpantang dikecualikan. Ni kira urut bila rasa badan dah macam gelembung angin and tak tahu nak buat apa dah.
yang tak best berurut dengan bidan ni, apabila tangan and mulut mereka ni sama rancak. Yang tangan bisa tekan-tekan urat-urat aku dan yang mulut pula bisa peril-peril aku yang konon tak jaga badanlah, itulah inilah. Ahhhh aku memang tension kalau species tukang urut kepoci cenggitu.
bila dah tahap cenggitu aku jadi takut so aku ubah ke saloon atau SPA yang lebih modern dengan harapam mereka membelai aku bak bidaari. Bila nampak tajuk urutan aromatherapy di SPA, fuhhhhhhhh! badan aku dah terliuk lentuk dah tak sabra nak diurut dengan tangan magis si pengurut. Tapi langit tidak selalunya cerah dan tajuk urutan aromatherapy tu hanyalah tajuk manis semata-mata. Aku tetap dikepak, ditekan urat ni sehingga ketitisan angin yang terakhir. Selama satu jam setengah aku menderita kat pusat SPA tu dan mulut aku tak habis-habis berzikir (konon kasi reda segala kesakitan). Kesan dari urutan tu....deria kentut aku pun tak berfungsi secara normal beberapa hari. Sakit di kaki jangan cakaplah. Ni urut ke atau nak membunuh??
Tapi aku boleh pula cakap "ringan rasa tangan badan" bila tukang urut Indonesia yang muka mulia tu tanya sebaik habis mengurut aku. Lalu aku tobat dah nak percaya tajuk urutan bernama urutan aromatherapy yang kononnya sedap lagi mengasyikkan tu.
Sebab tu aku lebih percaya teh orang kampong, bila tahap ko dah sampai seru tu segala angin keluar ha.
Berikan tepukan gemuruh kepada teh orang kampong.
Tapi bukan tajuk urutan aku nak cerita sebenarnya. Ni kisah tarik rambut time sakit kepala.
aku ada perasan, kalau aku bangun Subuh and mandi shampoo kepala, paginya mesti aku sakit kepala.
dan pagi ni aku sakit kepala sangat. Baring jap and bangun balik pun sakit kepala. Atau aku tak minum teh orang kampong semalam?
around 7.45 am cenggitu aku dengar member ofis aku 'si Oyat' sampai. Terus aku call dia minta dia masuk bilik aku (sebab aku cabut tudung) aku tau Oyat pandai bab-bab tarik rambut buang angin and aku pernah try benda-benda ni bila ada sorang bidang urut aku tu tarik rambut aku. Beletop!! bunyi nyer. Heaven giler!!! Tapi bidan tu buat tiga kali jer which is macam tak puas hati pula aku rasa.
Oyat pula ada cakap dia takut-takut berani nak buat sebab dia ada pengalaman mak dia buatkan tarik-tarik rambut dia sekali tercabut segumpal rambut.
Aku dengar errmmm takdelah panic, sebab aku dulu ada habit suka cabut rambut gatal, so dah immune kot bab-bab tertanggal rambut ni. Some more rambut aku ni jenis lebat, takkan habis kot (orang belagak)
Oyat pun buatlah kat area yang aku katakana sakit atau berat sikit. Yang pertama bunyi, yang kedua bunyi yang ketiga tak bunyi ke empat tak bunyi kelima bunyi sikit then tak bunyi. Sakit sikitlah tapi akukan Robocop, mana nak ngaku sakitkan. Poyo betul aku, padahal nak terkencing dah aku rasa.
Tapi errm walaupun bunyi dia tak Beletop!! macam mak bidan buat tapi oklah at least kurang sikit sakit kepala aku dari yang mula-mula tu memang berat sangat. TQ Oyat.
Walau apa-apapun aku ada baca yang tarik rambut untuk buang angin ni tak elok. Aku akui mesti pemakanan aku kelmarin and semalam yang mendorong aku sakit kepala. Ya la, dengan Nasi Lemak Ayam, Mee Hoon Sup, Kuih Tepung Gomak best, Marshmallow Chocolate Milk, dengan roti cheese nan meleleh+ayam tandoori dirancakkan pula dengan satay perut, Ya rabbi.......diet aku bulan ni bukan takat ke laut tapiiii nuuuuunnnn jauh ke jurang Mariana dah ha.
Apapun lepas Oyat....aku minta puan Zaleha pula buat since dia pun pandai. So dia tarik rambut sambil keluar benyi letup-letup tu diselang seli dengan cabutan uban cute, akhirnya aku ok seperti sedia kala. Errr actually after aku makan breakfast tadi ahahah dah start ok lite-lite....jadi aku nak salahkan siapa di sini penyebab aku sakit kepala. Ahahahah
dan lagi nasib baik aunty kat Bank Negara tadi ada air halia. Lega sikit nak menganginkan diri sendiri.
ok.....since kepala dah ok, nak sambung buat kerja.
daaa.
Me Naughty..me Netty
Labels:
mood
WIWT.......Black Jubah
Assalammualaikum
I wonder why I took this kind of picture
dah macam WITCH dah ha
macam pokok Xmas pon boleh. Cuma versi hitam and tak ada lampu-lampu bergantungan.
Atau aku dah boring ambil gambar sisi tengok kaki, mata tengok bumbung, mata tengok orang depan padahal takde sesiapapun kat depan. Oh! Ignore kan jer la.
As I wake up today,
I struggled with what to wear to the office today. So I settled on this black Jubah.
WIWT : Jubah bertingkek-tingkek from DUBAI
pssss- lagi-lagi cerita pasal anak monyet, akak ni tak boring ker???? (nanti story)
Labels:
WIWT. mood
Monday, November 11, 2013
Saya Pengguna Ronasutra Mineral Powder
Setiap wanita tidak terlepas dari memakai bedak pada wajah.
di sini saya 'target' pemakaian bedak pada wajah sahaja.
saya tidak akan bercerita tentang pemakaian bedak pada ketiak, celah kangkang ataupun di dalam sampul surat cinta.
tidak perlulah saya menceritakan cara-cara pemakaian bedak
kerana kalian lebih hebat dari saya.
saya cuma mahu mengwar-warkan bahawa saya serasi menggunakan bedak jenama Ronasutra ni.
Dah lebih kurang 4 ke 5 tahun saya menggunakan Ronasutra. Dari mula-mula diiklankan dipaper saya mula dah order. So far bedak Ronasutra jer la yang sesuai dengan kulit menggerutu saya ni. Alhamdulillah (menadah tangan, mata ke atas........tetiba!)
dan dua bedak Ronasutra di atas ni memang tak lepas dari pouch make up saya
yang penutup gelap tu 2-in-1 Base & Concealer dan yang penutup peach tu 2-in1 Foundation & Powder. Bedak-bedak ni boleh digunakan tanpa was-was sebab bahan-bahannya 100% dari galian dan mineral. So tak perlulah saya tenyeh buang make up semata-mata nak tunaikan solatkan?.
Setahu saya banyak lagi produk dari Ronasutra ni
cuma saya jer yang busy bangat nak pergi terjah kat Shah Alam tu (aku rajin ke Plaza Masalam, Shah Alam.....dulu...dulu punya cerita)
Harga? hmm saya susah nak cakap....sebab kengkadang bila beli kat Tesco Melaka dapat harga murah. Kengkadang kat KL harga standard xde diskaun dalam RM 48
alah apalah sangat harga bedak Ronasutra tu berbanding harga bedak MAC yang korang bangga-banggakan sangat tu kan..
(eh sayapun pakai eyeshadow dan berus-berusan MAC la)
Ya, saya sedang make up guna bedak Ronasutra.
Sekian
Entry ini tidak berbayar yer.
What Happens When Your Kids 'Rampas' Your Phone
Yes! This is what happened when your kids play with your phone.
*0*
ayooooooo........
My son 'Starbucklatte' had taken of his cousin's photo when no one was looking
He was randomly taking photos with my cell phone.
total 182 picture was taken (blurry image) and I am so lucky he didn't delete any pictures on my memory card..............yet!.
hadoiiii.....kerja-kerja mendelete gambar tak sesuai perlu dilakukan.
Labels:
mood
Thursday, November 7, 2013
Ok, Masalah Problem Berkaitan Kasut Settle
semenjak aku menyidai kasut-kasut aku atas dinding bilik ofis aku
ramailah yang macam terkedu, tertanjat, terpesona
dan ada juga lah tak kurang tak lebih tak tersengajak terperli aku kan.
tapi tak pa, aku tak ambil hatipun
yang aku gantung tu bukan kasut curi, ni kasut aku nak pakai untuk kerja
depends pada attire aku pada hari tu ataupun aku biarkan aja kasut-kasut tu tergantung.
memandangkan kasut-kasut aku ni sentiasa menjadi perhatian kat orang yang menyinggah bilik ofis aku........(ya la memasing takut kasut jatuh atas kepala)
maka, dengan paksa rela akupun belilah rak kasut yang murah sesangat
RM19.90 jer pun.
ni dia,
'
'
'
baru nampak teratur and kemas
aku rasalah
sebab keluasan bilik ofis akupun bukan besar sangat. Comel-comel jer. Muat-muat untuk aku dan seekor anak gajah lepak dalam ruang yang best sesangat tu.
- tapi bila susun cenggini nampak sikit pulak kasut aku. Kalau gantung nampaklah penuh and panjangnya ruang...eheheh
tapi apa-apa pun aku puas hati setelah disusun begitu begini beginot mengikut citarasa aku
oh! lihat gambar bawah.
Korang nampak tak?....
ada satu space kosong
terpaksa penuhkan dengan beli satu pasang lagi
sekian.
saya yang rasa tidak bersalah
Wednesday, November 6, 2013
WIWT.....Sintom Malas Nak Make Up
Assalamualaikum and a very good morning,
I have always dreaded the process of having to get ready for the day.
Talk about putting on makeup
*but I don't have any problemo in choosing my attire at all*
And today again, I malas pakai makeup
Have to find some alternative or tutorial untuk wanita yang 'mood tetiba' malas makeup
so,
WIWT
Labels:
WIWT. mood
Monday, November 4, 2013
CATUABA - Produk Khas Untuk Lelaki Bertujuan Untuk Tegangkan Apa-Apa Yang Patut.
Ok, sumpah aku tak tau perkara lebih lanjut pasal produk Catuaba ni. Aku just tolong member jualkan sahaja dan akupun tak pernah nak paksa suami aku try produk ni lagi.
Sebenarnya lama dah member ofis aku minta aku advertise kan produk ni dalam blog. Aku jer kurang daya upaya and keyakinan yang tinggi nak promote. Asal nak cuba taip ayat jer aku blur asal nak taip sepatah ayat jer aku blur. So hari ni aku buang jauh-jauh rasa blur yang aku alami ni demi sebuah persahabatan. Ceh!
CATUABA Merupakan Ramuan Herba Asli Yang Pekat Dan Mujarab Yang Dapat Membantu Golongan Lelaki Dewasa Yang Berdepan Dengan Pelbagai Jenis Masalah Kesihatan Dalaman Dan Luaran Dengan Memberikan Tahap Kesihatan dan Tenaga Yang Optimum Sekaligus Mengembalikan Tenaga Kelelakian Yang LUAR BIASA & LIAR BIASA! - Source: www.pacak4u.com
panik kejap aku baca ayat dari source website tu.
Ok tanpa celoteh panjang, serba sedikit apa yang aku tau pasal produk ni adalah untuk lelaki yang nak tahan lama. Tahan lama apa? zikir ker?....boleh jer kalau korang nak interpreted sebagai zikir pun. Produk catuaba ni sejenis produk khusus untuk lelaki. Kasi kuat bila nak membajakan bini memasing di sawah. Nak baja kan pompuan lain pon boleh tapi aku tak galakkan. Dikhuatiri kalau terkantoi kat bini sendiri, maka Catuaba tidak berguna lagi kepada si suami yang terjojol keras dek libasan puaka si isteri.
dan dari gossip-gossip ngeri member ofis aku yang dah try produk ni, rata-rata kata bagus and best. Tang mana yang best tu tak la pulak aku tanya........tang telinga ke, tang idung ke, tang kuku ker....lagi sekali pepandai koranglah nak berimagine. Ada jugak yang cakap tahan lama. Memang ngeri kalau ko sendiri dengar testimony orang yang dah guna....aku ngeri malu-malu la dengar...tapi nak jer dengar lagi kan.
So far produk ni halal dan disahkan kementerian. Tapi kalau korang takut or was-was atas keberkesanan produk ni?....ya la kang ada yang tak percaya tahap keberkesanan produk ni kan. So korang jangan takut, korang digalakkan cuba try test pada kucing jantan. Kasi kucing tu rasa Catuaba dan korang observe pergerakan kucing tu. Lihat berapa banyak kucing betina dah berjaya kucing jantan tu nodai. Kalau boleh korang tengok sekali biji kucing tu.......keras atau tak. Kalau korang malu-malu, korang tengok sendiri dari pergerakan kucing tu. Kalau ia berjalan terkangkang maksudnya berkesanlah. Kalau kucing tu jalan terkepit gaya model...maknanya korang dah bagi makan pada salah jantina.
Baiklah, aku dah merapu. Berdebar-debar oooo taip entry ni.
ok, pada yang nak tahu lebih lanjut berkaitan produk CATUABA, klik SINI atau pergi ke website bawah ni.
dan kalau korang nak tanya lagi soalan atau buat tempahan,
korang boleh call no ni 012-2854972 (Abang Mie) *sebut jer korang baca blog nottinetti*
(and jangan harap aku yang angkat hp sebab aku tak gheti nak cakap secara live talicast berkenaan produk ni unless yang dah lama kenal akulah kan)
insyallah sesiapa yang guna produk ni akan mengalami sintom "Setiap Malam Adalah Malam Pertama"....walaupun mak mentua ko datang ghumah........tetap takkan menggagalkan malam pertama korang.
Haaaa lepas ni apa-apa jadi pada si isteri....korang tanggunglah sendiri, nak sangat suami kuat kan? kan? kan?......
- ok aku blah dulu- pipi aku dah panas ni-
Me Naughty..me Netty
Ofis Sunyi Sepi
Assalam,
Sepatutnya aku ambil cuti hari Isnin, maka bolehlah lepak lama sikit di Melaka
Semalam pula, Si Al Imran naik mendadak suhu badan, ayooo dah serba salah nak balik KL.
Tapi aku balik jugak after anak-anak aku tu tidur around 10 pm.
agak jammed juga la kat highway Seremban tu malam tadi and aku peratikan banyak dah kereta yang pasang siaran langsung bola Kelantan vs Pahang semalam. Nampak gayanya akupun kena beli pemain DVD la, letak satu dalam kereta. Lagipun semalam anak aku terjerit-jerit nak tv satu dalam kereta (kes adik aku beli kereta Exora complete dengan DVD player) ayoooo.
Pagi ni suasana kat ofis aku sunyi betul, jalanpun clear jer and aku sengaja keluar jam 6.45 am dari rumah. Memang clear habis la. Seronok sangat. Kalaulah hari-hari macam ni takde la aku kena keluar awal dari rumah.
Anyway ime sekarang 7.45am and still tak ramai lagi kengkawan ofis aku yang datang. MC, EL tu aku rasa normal dah. Maybe sebab big bos aku pun takde minggu ni. *_*
Ok, aku ada kerja yang perlu disettlekan.
Adios
Me Naughty..me Netty
Sepatutnya aku ambil cuti hari Isnin, maka bolehlah lepak lama sikit di Melaka
Semalam pula, Si Al Imran naik mendadak suhu badan, ayooo dah serba salah nak balik KL.
Tapi aku balik jugak after anak-anak aku tu tidur around 10 pm.
agak jammed juga la kat highway Seremban tu malam tadi and aku peratikan banyak dah kereta yang pasang siaran langsung bola Kelantan vs Pahang semalam. Nampak gayanya akupun kena beli pemain DVD la, letak satu dalam kereta. Lagipun semalam anak aku terjerit-jerit nak tv satu dalam kereta (kes adik aku beli kereta Exora complete dengan DVD player) ayoooo.
Source: Google Image
Anyway ime sekarang 7.45am and still tak ramai lagi kengkawan ofis aku yang datang. MC, EL tu aku rasa normal dah. Maybe sebab big bos aku pun takde minggu ni. *_*
Ok, aku ada kerja yang perlu disettlekan.
Adios
Me Naughty..me Netty
Labels:
mood
Friday, November 1, 2013
WIWT.......Hati Tak Tenteram Sebab Failed Test Pertama
Assalammualaikum and selamat pagi
Hmm, semenjak dua hari lepas memang perasaan ni asyik gundah-gulana
and I know why.
saya gagal test pertama yang saya ambil tempoh hari di UiTM.
alaaaa, apa ada hal test jer pun, 20 markah jer pun
Ya, itulah yang akan saya katakana pada diri saya sewaktu ambil degree dulu dan if saya failed 1st test paper.
but bila dah bergaul dengan si bijak pandai
aduh failed satu paper rasa macam saya dah gagal subject tu.
mana tidak, dalam kelas ramai yang success dengan jayanya dalam 1st test while saya sorang sahaja yang dapat '0' - telur ayam untuk markah 1st test.
kalau nak bagi alasan kenapa failed, beribu alasan saya boleh create
tapi sudah namanya pelajar, apa-apapun you have to struggle untuk berjaya dalam apa jua paper yang you ambil. and nasihat cikgu sejak dulu...jangan baca buku last minute.
.......
kannnn dan membaca last minute adalah sangat bagus untuk diri saya
tapi apa nak buat, dah namanya degil, otak saya pun makin lama makin anyak perkara yang harus difikir.
Haraplah saya akan buat betul dalam presentation dan assignment dan final test.
-cuak ooo tengok muka Prof, ayooooooo-
blame diri sendiri lagi, siapa suruh bekerja sambil belajar.
Labels:
mood
Subscribe to:
Posts (Atom)