Hello, apa khabar kawan-kawan
Hari ni aku terajin la pula nak review produk kecantikan.
Takde la dapat bayaran or tips or puji ke hapa....memang just nak review produk jer...
Makanya meh aku nak story pasal produk dari Korea Selatan ni.
Nama produk ialah
PORE FIT CUSHION BOTTLE keluaran Skinfood.
haaa amacam? muntah tak tengok modle separuh umur Skinfood ni?
So far aku memang ok jer dengan mana-mana produk make up. Belum ada lagi la produk yang sekali oles terus menggerutu kulit muka aku. Setakat capuk-capuk tu adalah tapi sekarang sebab ilmu penuh stuck kat dada, maka masalah capuk-capuk tu mudah jer nak hilangkan.
Oh lupa pula nak cakap, produk Pore Fit Cushion Bottle ni sebenarnya lebih kurang macam foundation atau bedak sejuk gitew (memang sejuk pun). Teruja betul aku tengok botol dia ni. lain dari yang lain. Kalau habis boleh buat baling boypren korang yang buat hal...insyaallah jendul dahi beliau.
Baiklah.........
Aku pesan produk ni dari member ofis. Saja gatal nak habiskan duit.
Yang bawah kiri tu kotaknya, yang tengah tu dapat la ole-oleh mask face and yang kanan sekali tu foundation. Unik kan? kan?.....
Aku ingat style spray pada muka sampai ko lemas...rupanya tak.
Meh aku tunjuk cara-caranya.

Ok......yang korang tengok gambar kiri bawah tu....botol bila buka penutupnya. dari atas nampak macam bedak compact. So korang kena goncang-goncang dulu botol tu sesambil belly dancing. Pastu tekan penutup botol tu, maka akan keluar la cecair keruh bernama foundation. Haaa nampak tak kat span tu macam ada bedak colat-coklat tu. Haaaa apa lagi...tepek jer kat muka.....seyes sejuuuuukkkkkk.
Aku kengkadang leka bila dap...dap pada muka....sebab sejukkan....
Apa yang aku suka produk ni ialah benda ni bila oles pada muka aku, takdelah kesan capok bedak....nampak natural kulit muka aku...orang nampak takde apa-apa tapi aku tau ada apa-apa...eh faham tak maksud aku?

Korang tengok jer la gambar aku kat bawah ni...aku pakai benda alah Pore Fit Cushion jer...tak sapu bedak dah after that. cuma pakai eye liner, liptik...calit skit tang kening...dah settle.
Tapi problemnya....kulit muka aku berminyak, so kena kerap dap-dap dengan kertas minyak...
kalau tak dap-dap maka nampak berkilat jer kulit aku dari jauh. Adehhhhhh
dah tu jer produk yang aku review hari ni....
and aku still pakai tak tukar-tukar dah.
kalau dulu aku pakai ronasutra....best juga tapi bila dah ada Pore Fit Cushion Bottle ni...
maka...carry on jer la.....
ok adios.....
psst- aku tak baca kali ke-2...so mana-mana kesalahan ejaan..
harap tutup mata jer..ok.