Showing posts with label make up. Show all posts
Showing posts with label make up. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

Mak Andam Di Kalangan Kawan-kawan Seperjuangan

Halloooooooo.........

sebelum aku nak merapu panjang lebar...meh aku cerita serba serbi simple dimple mengenai juru make up baru kegemaran aku ni. Yaaaaa bila lagi nak promote member sendiri kan.....beberapa tahun aku kenal member aku ni tak pernah dia belai muka aku elok-elok. Ni kira fes time la dia bagi kasih sayang kat wajah aku walaupun kengkadang aku rasa..."eh! dia ni nak make up aku ker? or nak tonyoh muka aku".....hahaha dan kau harus redho sentiasa bila mak andam ni jerkah kau suruh diam yang mana secara otomatik terkejut lalu tak sengaja terkeraskan segala urat saraf, urat kentut kau........Seyes memang korang akan diam, walaupun korang dah rasa miang atas bawah nak bercakap.


haaaa see....lawa tak dia make up?....yang patung tu memang dah sedia lawa tapi bila di touch up kan lagi memang ko rasa macam princess beku jer. 

Mak andam pun lawa juga......aku syak dia guna susuk timah cair. Seyes tak tipu. Hahahahah yang sebelah aku tu la mak andam/ make up retis yakni kawan aku. Nama dia Izyan. Terpulanglah pada korang nak panggil dia apa...kak Yan ker, kak make up retis ke, kak Yayan ke.....aku pun kengkadang tersasul gak panggil dia kakak walaupun aku seinci matang dari dia muahahahah.

So far pada sukakan make up yang ala-ala santai.....boleh la gunakan perkhidmatan dia. Dia ni simple jer orangnya.....takde la nak sediakan kemenyan, pulut kuning, kelapa muda, ayam hutan ker untuk naik serikan wajah korang. Yan ni guna make up yang bagus...So no penggunaan make up Fake ya.....sekali dia touch up korang, insyaallah naik serinya....kalau tak naik seri jugak...salah kan diri sendiri...jangan salahkan si Yan tu...ahaks....

So pada sesiapa yang berminat nak gunakan perkhidmatan jurusolek apa-apa juga majlis (events, wedding, photo-shoots, photo boom) dengan harga yang berpatutan, boleh contact Yan

Instagram : Redzara_makeup
Wassap/Contact : +60176605857

Insyaallah...dia akan layan kalian dengan baik.......dia bukan lah karnivor....saya jamin.

ok...lupakan pasal Freelance make up artist tu....

meh baca story lepas main make up-make up.....
'
'
'
'
'
'
'
'
'
sebenarnya tak ada apa pun yang nak di ceritakan...
just nak tunjuk gambar kawan-kawan I yang mulus tulus skema konon.....di majlis makan malam di Renaissance Hotel kelmarin.
Bila dah jadi mak-mak ni sometimes we need old friends (see tua dah kan?) untuk naikkan seri muka kita yang monyoooooooookkkk memanjang.

at least ada kawan-kawan tua ...ooopppsss kawan-kawan lama ni la bagi kita seronok dan hilang stress.
Ada jer gossip nak cerita walaupun gossip tu sebenarnya takde kena mengena dengan kehidupan peribadi masing-masing. Habis semua mat bangla bawah hotel nak digossipkan....eh kenapa.....????

Ni laaaa kawan-kawan aku yang ikut mood sewelnya.....akupun sebenarnya jarang nak lepak dengan diaorang ni.....tapi atas matlamat untuk jadi PM wanita pertama...aku gagahkan juga merapatkan diri dengan diaorang ni walaupun aku tak nampak sebarang bantuan oleh diaorang untuk mengharumkan nama aku di arena politik tanah air.

Yang pakai tudung pink tu platun mate aku Si Mai namanya.....haaa dia orang pertama aku rapat time 1st time nak ambil ujian kecergasan......time tu dia tak pakai tudung, dia pakai rambut lagi.....dan aku memang target dia akan terkeluar disaringan pertama sebab dia kuruih sangattttttttttt. Sekarang ni pun kuruihhhhhhhhhhhh!!!!...aku bennnnnncccciiiiiii......sebab dia boleh makan sedozen pizza dengan body tak mengembak manakala aku makan 2 keping pizza dan usus aku akan mengembang bak dibajai oleh baking powder...nyampah!!!

haaaa member aku yang lagi satu tu....yang pakai rambut panjang tu......eheheh itu namanya Alin Tan.....orang kampung aku tu......aku bersyukur sebab rapat dengan dia sekarang ni.....why? sebab dia baik, ala-ala skema....dan yang penting dia lebih blur dari aku....so aku win sikit kat situ ehheeheheh.
sorrie eh amoiiiiii
"watch your step"!!!!!


ada jugek kawan-kawan yang lain yang kira rapat lite-lite.....tapi kami still boleh bergossip perkara yang sama seperti kadar pengeluaran buah kelapa sawit Malaysia, gossip mengenai arena bola sepak negara...gossip mengenai total uban di janggut KJ......yaaa itu semua kami boleh get along together.........

Bila dah masuk 30 an ni....memang seronok kalau dapat bercerita dengan kawan-kawan lama....
nanti masuk 4 series pulak...then 5 series....then 6 series.....then 7 series.....mesti tak dapat nak cerita laju-laju and panjang lebar kan....sebab memasing dah pakai gigi palsu.....oh sedihnya.......
boleh terfikir bila cakap laju-laju.....dengar bunyi gigi palsu berlaga...tak pun paling havoc kalau ada yang terjatuh lalu disambut oleh kawan-kawan seperjuangan....dengan hilai tawa...ooohhhh sungguh sedih saat itu. T_T

ahahahahahahha kenapa aku gelak?

Dah laaa....

adios!!!!!.....


Tuesday, May 20, 2014

Jom Kenal Juru Make Up Saya - Yaya Aziz

Kembali uols gojes-gojes bersama Mek Net.
Muka I kalau tak bersusuk (make up le tu) memang nampak macam pembantu ghumah warga Sepanyol.
Orang yang sedia cantik ni bila nak make up memang susah sikit sebab uhuk! uhuk! nak serasikan make up tu dengan muka yang memang cantik uhuk! uhuk! eksekius me....

ahahahah
ok lah uols siapa tak teruja main make up- make up ni. 
Gila tak teruja???......Bila start juru make up keluar sponge muka...I dah tau dah dia nak buat apa, tapi I buat-buat blur...tak tau kan? kan?...ahahahha

ok nama juru make-up I untuk malam dinner tu is
YAYA AZIZ
ingat? sebut betul-betul...
YaaaaaaYaaaaa Aziz (satu harkat tang Aziz tu)

comel kecik molek cute jer orangnya and kulit pun flawless gitu. Sampai tersasul "Eh! make up retis ke atau patung bergerak?".

and biasalah I ingat Yaya ni make up yang biasa-biasa orang make up tu. Ya la, masuk kelas grooming terus cas diri make up artis gitu. Tapi Yaya ni berguru and bertapa dengan bukan calang-calang orang. 
and best lah dia akan spray kan muka uols dulu bila nak start make up. Maybe untuk hilangkan minyak or daki. kalau tak hilang juga jangan bimbang, sebaldi air Yaya jirus kat muk uols...gerenti black head white head semua hilang jugeks. *I tipu*

Hari kejadian, I kesian jugak kat Yaya ni sebab dia pregnant. Takutlah mood orang pregnant ni lain sikit, time dia tengah happy...dia renjis-renjis jer bedak tu kat muka I...haaa dah jadi Pengantin. Buatnya time dia mood sedih, kot nanti di make up nya muka I sambil menangis melalak macam ponti...dah ko tak tentu arah pulak nak lari tang mana kan?..... tapi if combine kan mood melalak and ketawa tu sambil make up muka I and hasilnya jadi Janniper Lopez....haaaa tak teruja koooooo????....

Tapi alhamdullillah, sewaktu kejadian make over tu..
Yaya ber mood baik dan hasilnya...
taraaaaaa.....


'
'
'
'
korang macam tak teruja jer?....
lagi sekali...
Taaaaaarraaaaaaaaa......
'
'
'
'
'
'
''
'
'



haaa nampak tak sebelum and selepas.
kejadian sebelum tu sebelah kanan atas. Muka I macam maid sepanyolla
and belah kiri utara timur barat tu, muka I selepas di modified oleh si Yaya.
Magic kan?...hidung kembang I terus jadi lurus macam baru bedah di Korea 5 minit lepas.

Uols nak tak tengok rupa juru make up I???
'
'
'
haaa ni dia.


eh! bukan! bukan! bukan yang mancho (macho) tu. Kalau yang tinggi mancho tu make up I.....mau kejung I  kat situ and pasti bulu mata pelesu I berada di atas bibir jauh dari tempat sepatutnya. Silap hari bulan, I pulak jadi mancho man.

Yaya tu kat sebelah abang mancho tu. Yang buat peach yo tu.


Haaa time ni Yaya tengah make up kan retis drama. I rasa uols kenalkan Mamat ni.....
I tak kenai...bye. 


Hebat Yaya ni...haa see...see.....luar kereta pun dia boleh make up kan artis.
uols kalau nak request Yaya make up sambil belari pecut ke, sambil memasak ke, sambil merompak ke...sila lah...confirm Yaya boleh buat punya. Insyaallahhhh...bayar lebih sikit kot, berbaloi dengan penat lelah Yaya nak kejar korang and follow korang merompak sekali.


Haaa tengok....dia make up husband dia pun lawa. Dari rambut hitam pendek terus beruban kaler yellow. Member sebelah memang terkejutlah dengan hasil tangan Yaya. Cayalah...apa lagi mampu I cakap. Yaya ni memang hebat lah. Tak rugi uols calonkan dia jadi make up artis of the year.

Ni la Yaya....

So sesiapa yang nak guna hasil contengan beliau pada muka uols.....
sila lah berhubung dengan Yaya Touch ni.
gie jer kat fesbuk Yaya Aziz
atau kalau uols nak no hp dia...PM I okey. 
Insyaallah Yaya ambil harga murah tak masuk akal. Free bulu mata pelesu. Kalau uols nyanyi lagu nasyid insyaallah free macam-macam bulu lagi. Insyaallahhhh.....Yaya sangat baik.

Last sekali tq Yaya sebab cantikkan muka maid Sepanyol ni.
I bawa kereta nyenyaris kucing tepi jalan xcident tengok I.
Dan sebab make up u juga lah, Jammed teruk sepanjang perjalanan I ke Hotel. (Padahal memang waktu orang balik pejabat pun)

Sekian....
adios amigos panadol.


psst : gambar Yaya ikhlas I rompak dari fesbuk beliau. Sekian.

Monday, January 27, 2014

Dressing Table Idaman Saya


taken from guglee (Google image)
Tajuk pilihan I hari ini.
DRESSING TABLE

taken from : http://belles-boutique.blogspot.com/

hi babe
Hari ni mari berbicara mengenai Dressing table atau Meja Solek.
Setiap wanita idamkan meja solek sdn. bhd. bukan?
Saya masih ingat sewaktu saya mula-mula dapat bilik sendiri (dah tak share-share dah dengan abang and adik) saya betul-betul dapat bilik saya sendiri sewaktu umur 12 tahun. Seronok wei dapat bilik sendiri. Privacy konon.
-I still remember my 1st dressing table, hahahah-
meja tu kecil saja and adalah setakat lip gloss bodoh-bodoh, sikat, bedak and paling banyak cekak. Lipstick semua tu dilarang lagi penggunaannya. Oh ya, and small mirror.

Sekarang ni meja solek saya memang tak ada rupa meja solek langsunglah, bersepah and disebabkan itulah I buat entry ini untuk menaikkan kembali semangat menghias meja solek I di rumah.

Kita mulakan dengan men'servey' meja solek-meja solek yang I interested nak ikut.
mari cuci mata and kot semangat lepas kerja ni nak hias meja solek I kan.

My Dressing Table
taken from : http://lebeautygirl.com/

sangat clean kan?...of coz laaaa namapun nak tepek dalam blog. Haruslah bersih dan tersusun. Tapi memang sukalah meja solek ni. Macam simple jer.

My Dressing Table
taken from : http://lebeautygirl.com/

Haaaa segala barang make up mak nenek dia simpan dalam laci. kemas pulak tu. kalau i idoknya la.
saya suka drawer kaca yang kecil tu. Di mana nak cari ya?

taken from : www.emmasblog.co.uk

haaa yang I bulatkan 'I want' tu haa....berkenan pulak dengan drawer ala-ala kaca mirror tu.
meja ni nampak klasik. I ada meja ni dulu tapi maybe sebab teenage, mana nak dressing table ala-ala klasik cenggini.

taken from : forum.purseblog.com 

Yang ni simple kan? cuma alatan make up jer tak simple. Ahahahah.

taken from : http://emmasutterances.blogspot.com/

I suka juga yang macam ni, yang paling suka bila ada lampu bolat-bolat kiri kanan tu. Nak make up memang terang giler lah. 

taken from : http://ferdies-place.blogspot.com/

Yang ni pun simple and bersih jer.

taken from : http://ferdies-place.blogspot.com/

seyes kemas and cantik. 

taken from : http://thestylespy.com/

yang ni I minat meja solek and kerusi tu.....meja tu I tau la nak cari di SFF and kerusi di IKEA. Nak membelinya pula, aduuuuhhhhhh.


So itu sahaja lah foto-foto copy paste yang I ambil dari blog-blog favorite I. Dah macam I suka warna putih kan?......

So....agak-agaak dah boleh start kot nak DIY my new Dressing Table.
- kita mulakan slowly yer. sloooowwwwwlllllyyyyyyyy.....

Me Naughty..me Netty

Tuesday, June 19, 2012

Tukar warna bibir......

Hehe....dah lama x pakai liptik warna gelap-gelap ni.....kebelakangan ni pakai liptik warna pucat lesi takde darah jer.....bukan sebab suka...tapi selalu tersalah beli....so semalam gatal nak beli warna gelap...kieanya warna coklat gelap sikit...aku liptik ni suka kaler coklat sebenarnya.....

So..pagi tadi calit..haa..hambik ko.....secalit dah gelap....dua calit liptik dah ghupa gothic dah ha...kang aku itamkan mata..memang serumpunlah dengan makeup gothic.....tambah tindik idung kening jer lagi...eheheheh....

Gamabr tak memberi kerjasama baik...real memang coklat pekat.....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, November 21, 2011

Ada sesiapa pernah dengar Produk Kecantikan Tab EX tak???

Hmm...teringin nak chona..tapi kalo takde effect yang best...takmolah.....

dulu pakai eumora sebab promosi gila-gila...aku pakai takde apa-apapun jadi kat muka....mak aku kata makin kusam ada lah..
then gatal pakai hada labo..terus semua orang tanya...aku baru balik drai island ker?..kot tetiba sunburn kan??

makanya....aku kembali semula ke jalan yang benar....aku pakai balik Tia Amelia aku tu...sib baik pulih seperti sedia kala.......

tapi ni gatal lak nak cuba produk kat bawah...

hmm ada sesiapa yang pernah choba produk ni?....

oil+sabun+toner




ada sesiapa yang dah choba?


haraga lebih kurang RM300 lebih....

kalo beli tak menjadi apa-apa..rugi ooooooo
Me Naughty..me Netty

Monday, July 18, 2011

To Haslina.....haslina sorang jer tengok tau....

haa nie gambonya.....yang macam ko nak tu ker?


RM 35
Me Naughty..me Netty

Tuesday, January 25, 2011

Palgantong make up and B.B cream...korang biasa dengar jenama nie tak?


 Sebenarnya, aku tetiba jer terjumpa make up2 nie......bila baca forum berkenaan product Palgantong and B.bnie (from korea)...aku macam teruja jer...dengan harga yang munasabah......err ada tak antara korang yang pernah try produck kat atas tu?
Me Naughty..me Netty

Tuesday, March 23, 2010

NAK CARI GADUHH!!!! CAKAP AHHHH!

Pepagi dah buah haku menderita zahir!
Lu pehal! nak cari gaduh! meh jumpa! nak bertumbuk meh datang kat simpang rumah I! (kotnya haku kalah, ada laaa mat-mat bangla yang prihatin datang tolong)
Setakat lu nak retak-retak kan diri lu...apa kes?!!!!!
Lu nak mogok ker? nak memberontak ker? nak hapa ker?
Lu punya pasal la!!
Pehal lak nak nyusahkan hidup haku!!!!
Pepandai nak buat perangai eh!?
Lu ingat! sikit!!!! lu tu sapa nak dibandingkan ngan partner shiseido lu???
lu sapa nak bandingkan ngan partner loreal lu???? LUUU SAPAAA!!!!!!
Untuk pengetahuan lu, haku pandang ko keciiiikkkkkkkk jer!!!!!!
Sedar la diri tu sikitttttt....? haku yang beli lu......mana maruah luuuuu!!!!! walaupun haku tau lu takder perasaan.........haku pedulik hapa....haaakkktuiiihhh! (sambil lap idung)
Lu banding la diri lu ngan si shiseido tuh! lu pikir skit!!!
harap body jer besar merelip! tapi hampeh!!!!! Seksi konon....!
Menyusahkan orang! sebab lu lah bos haku tak tegur aku cam selalu,
sebab lu lah ahkak cleaner pandang haku dua tiga kali tanpa sebab musabab!
sebab lu la member opis kata haku mayat berjalan...pucat jeerrrrr!
sebab luuuuuu laaaaa haku dah tak tau apa nak cakap!
(kembang kempis hidung nie tahan marah)
Lu ingat skit! ini 1st warning!!!
haku kasi chan sama lu! sebab ahkak PA hidang haku roti jala kari ayam!
Lagi sekali lu buat perangaiiiiiiiiii!!!
wa hancurkan hidup lu lagi teruk dari lu hancur kan diri lu, jangan ingat lu leh hancurkan hidup haku.....LU PAHAM TAKKKKKK!!!!!!!!(haku agak compius ayat ini....)
SEBENARNYA HAKU MARAH SEBAB BEDAK FOUNDATION HAKU HANCUSSSS! BARU BELI TAK SAMPAI 2 MINGGU DAH HANCUR>>..JENAMA LAIN AKU PAKAI SAMPAI 2 THN LEXXXXX JER TAK HANCUR-HANCUR>>>>.
Lu ingattttttttt skit MAYBELLINE!!!! I'm watching youuuuuuu!
Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno