Wednesday, March 26, 2014

Jomfit Muslimah Workout By Kevin Zahri

circuit-muslimah1
pic taken from www.kevinzahri.com

macam comel jer tengok picture Muslimah workout ni.
ahahahah
dah tu jer la...
aku tengok picture ni jer pun rasa macam dah terbakar sikit kalori aku ehehehhehehee


Me Naughty..me Netty

Sedihlah, Pagi-pagi Dah Leleh Air Mata Pasal MH370


Bila tengok playback 'pembaca berita TV3 sedih' ni aku tak sangka pula ada suara yang bacakan warkah sang isteri yang kehilangan suaminya ni. Aku bayangkan si pembaca berita menangis teresak-esak. Bila aku tekan button play, haaaaa ada suara rupanya. Apa lagi...leleh air mata aku...kembang kempis air mata aku.
Aku ni pantang sikit baca or dengar benda-benda cenggini. Mulalah nak jadi ratu air mata.
Haaa ini jugalah alasan aku pada Usmaida and Gee yang dok tanya aku kenapa muka aku sembab kat kelas kelmarin. Yang Usmaida siap cakap hidung aku kembang...oiii sensitip tu.....atas bawah aku memang dah kembang dah sekarang. So korang tau la sekarang...itu maknanya aku baru lepas nangis dalam kereta. Sebab dengar radiolah pasal MH 370.....

dan aku kesiankan juga kat AJ ni. Teruk dia kena....letak jawatan tu aku rasa tak perlu kot since dia bukannya ahli politik. Kenapa kita perlu ikut contoh Jepun/korea?....Kalau gagal sesuatu perkara perlu letak jawatan. Hmmm yang ni masyarakat kita suka sangat nak ikut, tapi kalau ikut budaya Jepun/korea yang macam kena praktik 5S, kerja datang on time.....merokok di tempat yang ditetapkan, no hp dalam ketapi (eh! ni aku lupa, jepun or korea) tak nak pula kita ikut. Hmmm.....kesiankan?......hmmm aku tak boleh bagi pendapat sangat. Kang dicop keyboard worrier ahahahahha 


adios.......tetiba rasa diri ini banyak kekurangan.....umur macam ni masih tak hafal al-quran and kurang salam sayang dengan soami.*0*


Me Naughty..me Netty

Entry Lapuk Berkaitan Makan-makan at Chilis.

Ni last week punya agenda ni
after kitaorg pergi pick up kek cekelat.
So lalu kat bangsar. Tak tahu lagi nak makan apa time tu. Time buat lintas hormat depan Bangsar Shopping Center, tetiba Ayu cakap....Chilis'.....so apa lagi
aku belok terus masuk parking BSC. ahahahahha
tak susahpun nak cari Chilis....naik lif jalan depan terus jumpa. And we are so lucky sebab masih ada tempat kosong.

and funny kitaorang order menu simple jer but mengenyangkan.....heheh mestilah kenyang dah ada molten kek. Ahahahahahaha.


ni Mummy AYu
tq ayu...sebab dia selalu nasihatkan aku supaya jangan rambang mata tengok menu.
dia suruh aku pilih benda yang simple tapi variasi dulu. Kalau lapar gak, order lagi.
Tapi memang betul dah makan sikit memang kenyang dah. Nasib baik tak order lamb or steak.


ni aku. Ehehehehe

Monday, March 24, 2014

Balang, Kacang dan Handphone Rosak



Hari ni, memang rasanya takada mood nak bercerita.
Mungkin sebab banyak kisah-kisah sedih yang aku baca menerusi facebook
-over dramatik bila baca story nenek jaga cucu di kampung while maknya takmau jaga/busy dengan kerja-
(aku dikecualikan ya, mak aku mewah hasil kasih sayang aku...ahahaha kan kan kan)

Hari ni aku start ambil oats jer....diet cara kuno yang aku harapkan berkesan. Mata ke atas.
Kenyang memang kenyang cuma sampai bila kau mampu bertahan makan oats tu....depends la.
Semalam handphone samsung aku buat hal. Kes anak aku yang rajin bebenor donlot game. Nasib baik iphone aku tu aku tak bagi main, kalau tak beratus RM kena pau kat kredit kad aku.

So, pada kawan-kawan yang cuba call using my DIGI number, maaflah. Handphone nazak buat seketika.
Guna jer my MAXIS ni dulu ya. 

And dari tadi aku nak hilangkan perasaan kebosanan, Aku kunyah jer kacang bada, pistachio, kismis, gajus etc segala bentuk kekacanglah. Janji aku tak makan nasi. Kan aku cakap, aku try diet cara kuno pula. Ahahahahha.

Balang yang uols tengok atas tu, balang aku beli kat perak. Nampak macam kheeelas ko jah!!!
Takdelah mahal sangat, beli kat ipoh. KK home deco ke apantah namanya....
Tu yang aku pau satu tu balang ni, sepatutnya aku pau dua.....ahahaha.

ok chiow, masa untuk sambung kerja...muah

Friday, March 21, 2014

BakedinChelsea kek, Boleh Buat Korang Menangis.

Siapa suka makan kek?
Saya!!!!!!!
Siapa Suka Cekelat kek?
Saya!!!!!!!!
Siapa suka kek free???????
Saya, Dia, Mereka, Maya Karim!!!!!!

kek free tu taklah, bukan I. I selalu jadi tukang bayar atau tukang buat kek and kena tipu customer yang rasa diaorang penuh pahala dalam diri (sekali sekala buat jahat apa kisahkan?) ahhh renjis dengan minyak petrol bagus!!

eh! I melalut kes customer yang demand macam-macam la ni. Customer bijak-bijak.....dah habis sebut harga....esok lusa nak tambah itu ini. Tapi harga maintain...kek jer semakin membesar macam perut I...malas citer.
I nak citer yang best-best jer petang Jumaat yang indah ni.

ok.....last-last week I ada order sejenis kek cekelat caramel dari si pembuat kek bertajuk BakedinChelsea. I ni sebenarnya kureng nak makan kek sebab I sendiri pembuat kek yang malap-malap kan.....
Tapi ada satu hari ni terujes bila designer encem dalam mimpi I kecoh dalam fesbuk dia pasal kek yang ala-ala gian cap dadah from BakedinChelsea ni. I ni fantang skit bab-bab orang femes amos memuji kek ni. Bukan Rizalman jer ok....Hanis Haizi pun puji, mak jemah puji, kak Kiah puji...I pun teringin nak masuk list antara manusia tersohor yang puji kek dari tajuk di atas.

so....dishortcutkan cerita. Setelah perjanjian Pangkor di buat, I pun tunggu green light dari tajuk di atas untuk pick up kek. So hari ini I memaksa BFF mummyayu teman I, selain menjadi secretary tak bertauliah I dalam kereta. Semua urusan calling mengalling asking for direction, semua dibuat oleh Ayu....Awwww....like I said before. I kan pemalu, atas bawah semua malu. 

Tapi mengikut post moterm yang my BFF cakap, tajuk adalah sangat peramah. I pun suka bila sms tajuk, dia memang ramah.......cuma tajuk tak sempat ajak masuk rumah makan tengahari jer tadi. Awwwww.....

Haaa....boleh tahan berat juga kek yang I pilih....
I pilih kek jenama 
"The Caramelo"

Haaa tengok...banyakkan????......
Ingat nak share dengan budak ofis tapi...I dapat calling dari my mom yang theyolls nak datang rumah today...meaning that anak-anak I datanglah....huaaaaa
boleh jamu si starbucklatte dengan kek di atas. 

I sempat colek sikit tadi filling dia.....ok pengsan!!!
tak tipu, tapi sedapppppppp tahap beranak injit epidural.
ko teran macam manapun tak rasa sakit. Siap boleh makan eskrim lagi.....itupun kalau doktor bagi. And kalau mak ko tak lempang ko macam bomoh buaya.

Filling choc dia mewah dengan all the nuts.....tak potong duapun nuts tu...sebiji-sebiji. Tak kedekutlah.
for the caramel......nangis T_T. Cukuplah I pengsan and nangis and beranak pakai epidural...
nak pulak rasa salty-salty garam.....ehhh ada garam tu tak tahan.
Nora bagi 5 bintang!!!!!!

untuk kek cekelat pulak....bagi pandangan I....biasa-biasa jer.....macam Martha Steward buat kek cekelat sambil gossip dengan I pasal fomfuan kaberet cas plastik sampah.....ehhh! tetiba emo..Ko pehal Net!!!
Kaaaaannn bila pulak I makan hasil tangan makcik omputih tu.
Rasa keknya.....hmmmmm
Lembut......check!
Lemak moist........check!
Rasa cekelat.........check!

Nora bagi 5 bintang lagi!!!!!

ok Nora...cukup!!!...10 bintang dah tu.


So uols yang berminat dengan rasa kek yang filling dia susah nak cakap rasa sedapnya...
melainkan uols cuba beranak hospital swasta and ambil epidural.....maybe uols dapat rasa apa yang I rasa. Wah!!!

Kalau teringin, tahap Net kejam tau......Tijah dalam pantang u show gambar kek ni....kejam lahanattullah tau.......tapi I nak order gak...tak kirrew.
Takpe..takpe..I tau I kejam cute cute.....doktor izin...uols makan jer....uolskan modern!! apa kisah pantang memantang ni. Hahahhaahah.

U nak?....bolehlah uols order kek from 
BakedinChelsea

Bukan The Caramelo jer ada....macam-macam ado.

Photo: For any enquiries, email me at marinamalek@bakedinchelsea.com
haaa...terbuntang-buntang biji mata uols tengok kek ni kan?....

Price?
RM200 sebiji
Harga maybe agak mahal, tapi...hey nak makan kek sedap harus kena dengan harganya kan? kan?
yang berkira dengan harga kek, uols boleh jer beli kek Giant and decorate sendiri sampai uols puas hati. (awwwww takde kena mengena dengan intipati tajuk di atas)

I suka kotak kek ni....macam lain la...tak macam kedai kek punya.
Tajuk tempah khas ka???? atau ada kedai kek yang jual kotak yang licin ini?.....
Ok I over...puji tinggi melangit.

akhir kata...supportlah biznes owangmelayu.....

Selamat ber hi-tea, milo, neskepee, kacip patimah...dan air akar kayu (untuk owang pantang)
muaah!!!

Thursday, March 20, 2014

WIWT - Kaftan Kelantan

Assalammualaikum.....dan salam sejahtera

Apa khabar kalian semua hari ini?

saya seperti biasa, gembira hip hip hooray jer.
Oh! hari ni result SPM keluarkan?, mesti mak bapak kat luar sana nebbes kan?
Turn I lambat lagi. tunggulah bila anak bujang I dah besar nanti.

So, What I Wore Today?
Crepe Kaftan Batik from Kelantan.
Memandangkan body I dah membesar dengan jayanya, maka it's better I pakai yang baju ala-ala lepas makan terus tidur gitew. Segala kadar pengeluaran negara kasar lemak harus di cover dulu. Ok.


apa-apapun......selamat menempuhi hari-hari yang ceria hendaknya.

Tuesday, March 18, 2014

Touch up my dinding ofis



haaaa amacam?

dah lama aku simpan pelekat-pelekat bunga harga rm5 ni....tu korang tengok ada 15 kuntum bunga semuanya. Kiranya dalam sampul besar tu ada 15 bunga kecik yang dah sedia bergam.

hari tu bos ada cakap bilik ofis aku tak kemas.
so aku touch up la kasi extra kemas.

sebelum ni dinding ni aku letakkan cermin kecil jer.....so cermin tu aku dah ubah posisi.
maka berdinding bungalah aku.

ok gak tengok bunga kan? kan? kan?


Wednesday, March 12, 2014

Imran and Irfan's Little Chef Birthday Party - Choosing The Invitations Cards

Hi everyone!
Untuk Bulan ini, saya telah memilih beberapa idea untuk kad jemputan Majlis Hari Lahir kedua-dua anak saya. Sebelum ini dalam entry INI, Saya ada menunjukkan beberapa gambar goodies bag pilihan hati saya untuk birthday anak nanti. 
Ok, untuk hari ini, saya akan menunjukkan pula beberapa gambar pilihan untuk kad jemputan.

-Ayat saya amatlah baik dan skema gaban-

Pemilihan kad jemputan adalah harus! a must! wajib! untuk setiap birthday party anak-anak saya.
Bermula dari zaman pajamas party, construction party, soccer party sampailah yang bakal menjelang ni Chef Birthday Party, memang saya tak pernah terlepas untuk buat kad jemputan birthday ni.

So, today jom kita tengok-tengok antara pilihan invitation card yang saya suka and bakal pilih.


Saya memang macam jatuh cinta pandang pertama bila tengok kad jemputan ala-ala sarung tangan ni.
Kiranya, tak lepas pandanglah. Cuma kena ada sedikit kerajinan and duit untuk beli kain tu yang macam hmmmm....belum tentu sarung tangan ni akan disimpan. Hmmm....



haaa, terfikir juga nak buat yang ni. Simple jer and jimat rasanya.
Senangpun senang.


[kids-cooking-party-invitation.jpg]

Dulu ingat nak buat style cenggini, tapi pon aku rasa macam membazir jer. Kononnnnnnnn.

Taken From: Pinterest

Yang nipun cute jer. Comelkan?..


Ok, bentuk apron pernah saya terfikir tahun lepas. Cantik juga.



Cutekan? 


Simplekan?

[creative+kids+birthday+invitations.jpg]

Ni cute juga kan?

Tapi apa-apapun saya paling LIKE yang bawah ni. Dah booking konon untuk teman next year gitew....ahahahah

Luxury Wedding Invitations by Ceci New York - Our Muse - Monster Themed Kid's Birthday Party - Get inspired for your child's next birthday party with these fun ideas from Ceci Johnson of Ceci New York! - ceci johnson, birthday party, monster theme
Luxury Wedding Invitations by Ceci New York - Our Muse - Monster Themed Kid's Birthday Party - Get inspired for your child's next birthday party with these fun ideas from Ceci Johnson of Ceci New York! - Ceci New York Luxury Wedding Invitations - ceci johnson, birthday party, monster theme

Ok. itu jer....so uols agak-agak prefer yang mana?...ahahahahah

Me Naughty..me Netty

Tuesday, March 11, 2014

Add On One More Wish List




PANDORA

Sekian, terima kasih


Me Naughty..me Netty

Monday, March 10, 2014

Tragedi Seawal tahun 2014 - Let's Pray For MH 370



Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul
sepanjang tempoh berlakunya tragedi ni - dari aku bangun tidur dan buka tv, terpisat-pisat aku sambil nganga tengok lintas langsung beberapa orang sedang menyampaikan berita yang pada mulanya aku sendiripun tak tahu apa yang lelaki (ku sangkakan cina) ni maksudkan. Maaf MAS CEO.

Lalu aku membaca wassap, baru aku oooooo panjang. Ooooooo panjang bukan bermaksud aku tak kisah. Oooooo panjang sebab aku membaca news trajedi ini and terus mendapat jawapan yang kapal terbang malang ini telah mendarat di Nanning, China. Sebab tu aku ooooooo panjang. Sampailah bapa aku tanya ketika kami sedang breakfast. "Dah jumpa Boeing tu?". Sekaligus aku nganga dan penuh keyakinan aku katakan...."Oh! dah selamat landing kat Nanning abah". Lalu sambung menyumbat secebis roti canai ke mulut. Bapa aku sambung lagi...."eh! mana ada!....tak jumpa lagilah!" kata bapa aku...suara dia memang besar so macam kena marah jer gayanya sebab maklumat aku tak tepat. Terus aku google. Ye betul! maklumat pelesu!!!..Cis! jatuh air muka aku jer depan orang tua tu ha. 

So.....seharian aku melekap depan tv *tipulah, takdelah melekap macam cicak*
anak-anak aku nak tengok tv pun aku suruh tengok youtube dari laptop and handphone aku. Hari itu, tv ruang tamu adalah hak bapa aku dan tv dalam bilik adalah hak mutlak aku. No cartoon cartoon!!

Creampuff yang sepatutnya aku buat untuk customer pun aku tak terbuat. Macam takde selera jer.
Nak ke jusco dengan anak-anakpun aku cancel. Sebab tak nak terlepas berita.
alahai.......punyalah aku taksub nak tahu perkembangan pesawat MH370 ni dari masa kesemasa.
Habis semua cerita misteri berkenaan Bermuda Triangle and tragedi kapal terhempas aku baca.
Namun tak sedikitpun aku ulas atau jadi keyboard warrior di Facebook. Pagi ni jer aku berani bercerita secebis mungkin berkenaan tragedi ini. Bukan apa, aku tak mahu mengeruhkan lagi keadaan di Facebook yang aku tengok dah macam ntah apa-apa. Budak tak habis sekolahpun bagi pandangan macam dia dah ada pengalaman sangat bawa kapal terbang. Tak campur lagi yang mana anti si polan-polan itu. Buat sakit hati aja baca komentar-komentar diaorang ni. Mana yang kaki copy paste berita-berita tak benar tu laaaagiii aku panas hati. Sebab tulah aku ambil pendekatan mendiamkan diri. Maksud aku diamkan diri dalam terjerumus ke kancah 'keyboard Warrior" ni...shopping online masih diteruskan eheheheh.

Sampai satu tahap, aku berharap sangat yang pesawat MAS ni dihijack. At least kebarangkalian nyawa penumpang tu masih 99% ada. Walaupun terlintas juga di fikiran yang tragedi pesawat MAS ni sama dengan tragedi pesawat Air France 447 yang terhempas di Lautan Atlantik. Nauuzzubillah.
Apa-apapun aku masih berharap yang hijack tu masih berlaku.

sayu hati bila tengok karikatur gambar di atas.

 Hentikanlah tohmahan-tohmahan dan spekulasi yang tak benar berkenaan tragedi ini.
Let's pray for penumpang dan anak-anak kapal MH 370.
-_-

Me Naughty..me Netty

Monday, March 3, 2014

Lapar Kek


Caramel Apple Mousse Cake
Taken from: www.thegunnysack.com

Lapar sesuatu yang manis, maka tenangkan diri dengan melihat gambar-gambar kek di laman sesawang *skema ayat haish*

dan terpandang kek di atas. Alahai, bak cinta pandang pertama.
saya nak makan kek mahal. Tak silap saya ada di empire shopping mall yang mana harga kek seketul mencecah ratusan ringgit, tapi nikmatnya....waduh!!!!

oh! ada satu lagi kek mahal yang orang kata sedap sangat
IMG_1684
 harga dia boleh tahan mahal but sedap kata oranglah.
Rizalman Ibrahim pun kata kek dia macam drugs......ketagih gitew. I should try one day.

apa-apapun,
saya lapar kek.

Me Naughty..me Netty

Goodbye February, Hello March 2014


Assalammuailaikum

Bulan February 2014 saya kategorikan sebagai bulan yang banyak menduga saya.
Tak apalah, macam tak logik pulakan kalau setiap bulan semuanya perkara elok sahaja berlaku.
Untuk bulan March 2014, harapnya tidak adalah perkara yang kurang elok dari berlaku.
Hari ini semester baru bermula dan ini adalah semester terakhir saya sebagai seorang pelajar Master di Uitm. Harap-harap saya dapat buat yang terbaik. Seterusnya dapat menumpukan sepenuh perhatian buat keluarga. Naik bengkak telinga ni bila orang bercerita yang saya pandang mudah perihal anak yang dihantar ke kampung. Percayalah bukan kehendak saya, kalaulah maid-maid saya sebelum ini berperangai baik, kalaulah ada baby sitter yang ikhlas untuk menjaga anak saya sehingga lewat hari selesai saya tamat kelas malam, kalaulah!......nak bercerita tentang 'kalau' susahlahkan. Sampai bilapun tak habis. 
Alhamdulillah, anak-anakpun so far baik adanya dengan saya. Sebelum ini cuak juga bila orang bercerita inform kalau anak dijaga oleh nenek, anak tak mau dah dengan ibu sendiri dan anggap neneknya adalah ibu. Tetapi dalam situasi saya so far anak-anak akan jerit nakkan saya, bukanlah tak mahu pada nenek tapi mereka masih tahu saya ini ibu mereka. Saya hantar di kampungpun bukan saya tak balik jenguk, kerap saya balik, bukan sahaja melawat anak malah melawat ibubapa saya. 

Saya harap sangat saya dapat habiskan semester akhir ini dengan jayanya. 
Banyak yang dah bermain dalam kepala otak ni, nak pindah rumah, nak hantar anak sekolah nak itu nak ini.
Apa-apapun, saya hanya berusaha dan biarlah DIA yang menentukannya.
kalau DIA kata jadi, maka jadilah. Kalau sebaliknya........kita postpone lagi...eheheheheheh.
adios!


Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno