Showing posts with label BFF. Show all posts
Showing posts with label BFF. Show all posts

Tuesday, August 18, 2015

Cerita TWG Tea Garden Jumaat Lepas

ohayogozaimasuuuuuuuuuuu tomodachi tomodachi sekalian....
(sesuka hati aku jer kan?)

Apa menu breakfast kalian for today? nasi kerabu? nasi ayam? paw nasi kawan-kawan? awwwww
Aku minum air suam jer as usual...dengan harapan air suam tu berjaya kikis dedinding lemak tepu dalam perut aku ni. Seyes tak tipu.......aku memang harap air suam dapat memberi bantuan ke atas apa yang aku hajati. Walaupun aku rasa minum asid lagi mujarab kot...ahhhh persetankan semua itu.

Hari ni aku takmo cerita pasal breakfast....
aku nak cerita kisah Jumaat minggu lepas.....*akukan suka cerita-cerita basi ni*.
Actually sudah lama aku tak cerita kisah makan-makan bersama BFF aku si Mummy Ayu tu. 

Makanya.....adik-adik sekalian....
akak ko yang ketika itu ibarat gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati....pun mengajaklah BFF untuk keluar jenjalan ketika orang lelaki sibuk ke mesejid untuk sembahyang Jumaat.
-mana tak kenyang dik non oiiiii.....kat opis bersepah majlis raya.....pitam tengok lemang, ketupat, orang datang muka menyengih semua tu-

So......
Kami sebolat suara nak ke Midvalley.....dengan harapan akan lapar kembali saat sampai di parking shopping mall tu.

Tapi nan hado...memasing perut kenyang bak telan anak dinasour sorang sekor.
.....makanya.....aku suggest untuk kami lepak di TWG Tea Garden....
di mana?...di tengah ruang The Gardens Mall tu haaaa.

Saja.....nak fe'feelings bangsawan lak...minum tea pukul 1.30 pm.
ahaks...


Haaa.....sekali minta menu...bersepah biji mata hitam kau tenung senarai teh yang berpuluh-puluh lemon tu.
Aku just nak teh o ais jer......tapi tengok satu satu tajuk tea tu...haishhhh hampir setiap negara ada teh nya hoiiii.....

Habis power.....sebab malu-malu alah dengan pelayan tu...aku pilih jer Creme Brulee Tea yang berharga RM19.80......hahahaha rasa dia mcm english tea tapi bau creme brule tu tak tahannnnnn.....seksi kot bau dia.
Haaa..yang aku minum kat atas tu...bukan secawan ya tapi seteko......boleh lah 3 round minum tanpa henti.


BFF aku pula....sama jer macam aku....blur bila tengok tajuk tea kat menu...kemain lama telek......last-last dia minta air suam jer...Eh!!! no no no..air suam takde okey....ko minta la sky juice ke, warm water ke, plain water ke....yang ada hanyalah Mineral water bertajuk FIJI water...gitew, yang berharga RM15.10...haaa hambik ko!!!.......
Aku siap bawa balik botol air tu oooooo......konon-konon nak bagi ikan gapi anak aku stay dalam botol FIJI tu. Takde la cantik mana pun...saja jer BFF aku ni...nak bagi ikan gapi anak aku teruja sikit.


ok....kalau dah minum tea.....tak sah kalau takde dessert kanssss.....
dalam pada ko memboyot kenyang, masih lagi gagah nak sumbat makanan-makanan penyebab kencing manis dalam perut kau kan.

Setelah ditimbang tara...dengan rakusnya aku pilih Cream Brulee (RM19.85) ....see??? betapa tak advanture nya menu aku?...semuanya cream brulee.....while BFF aku pilih Chocolate Fondant (RM19.85).

Tapi sumpah gila.....Cream Brulee dia sedap weiiiiii...tahap aku takmo share dengan BFF aku.....itupun bagi dia rasa sikiiiitttt jer sambil ajak-ajak ayam....kot dia nak rasa lagi. 
Hahahaahah untuk chocolate fondant cake tu pula...hmmm bagi aku ok jer laaa....maybe sebab kuat kot rasa dark chocolate dia......BFF aku suka la kot, tapi hazabedah juga lah nak habiskan chocolate fondant tu sebab dia kek yang padat. 


Dah makan semua...time untuk bayar....pepaham jer la harga....lebih-lebih lagi tambah GST 6%...then ado pulak service Charge 10%........nasib baik aku suruh pelayan tu jadi photographer kita orang so takde la ralat sangat kena service charge tu. 

Last total payment yang kita orang makan kat TWG Tea Garden tu ialah RM87.....
.....sekian.....

Nanti kita story lain pulak ya.

Wednesday, September 17, 2014

The Unsung HERO di Perpustakaan Negara Kuala Lumpur...Eh!! Jumpa Hantu.

Wah! tragis sungguh usaha aku nak mencari novel 'The Unsung Hero' karya Melur Jelita ni.
Hahahaha dapat tahu yang ada terjual novel ni di Perpustakaan Negara dengan harga RM33. Apa lagi aku heret sekali BFF pergi cari novel ni kat library. Memandangkan aku dah biasa ke library since belajar lagi so senanglah nak jumpa. Cuma blur sikit nak cari area novel ni dijual.

Sebaik sampai, aku tanya minah kaunter tu. Ok dia baik hati tunjuk arah mana kami patut pergi. 
So dah dapat sticker entry masuk kami pun otomatik nampak booth Melur Jelita. SO nak short cut la. Tapi Uncle guard marah la. Dia suruh ikut laluan yang sepatutnya. So.....bermulalah ekspedisi kami di perpustakaan tersebut. jeng jeng jeng



haaa ceria jer...sebab masihng-masing dah nampak jalan yang diredhai.


Haaaa....sambung cerita di atas. So....kami pun berjalan di lorong yang diarahkan.....sunyi tiada orang. Tengah jalan-jalan sambil ketawa tu. Aku ternampak bilik jail. Samar-samar macam ada orang. Tapi patung sebenarnya. Takkan la kot...pihak library nak upah manusia betul stay berjam dalam jail tu kan.
Aku bab-bab patung ni memang scary sikit. So aku ajak Mummy Ayu bergambar. takut-takut ooooo kami bergambar. Dalam hati janganlah ko idop. Lari angkat kain mak!!!!


Suasana time tu memang kecohlah dengan hilai tawa aku and BFF. Mana taknya..tergelak sana tergelak sini. Aku bukan apa saja nak gelak bagi kawal emosi yang horror time tu. So time tengah jalan lenggang kangkong tu sambil ketawakan Ayu. Aku memang suka ketawakan dia. Hahahah see..sekarangpun aku ketawa ni. Ok.....sebaik tiba satu sudut. humakaiii! Allah! terkezut aku tertengok menatang ni. Berbuluuuuu jer. Aku ingatkan hantu raya. Serious ko! aku jerit!!! yang secara membabi butapun ayu jerit sama dengan aku. Aku lupa time tu aku lari ke tak?...Polis cop gaban mana boleh lari kan kan kan...ehheheheehhe. Nak ambil gambar pun takut-takut. Aku takut benda alah tu bangun and kejar kitaorang. 

Haaa kalau macam tu sekali lagilah aku angkat kain padayyappa bedesup cabut tinggalkan Ayu. BFF? ohhhh time ni maybe aku lupa kot siapa bff eheheheh......woi! kes kena kejar hantu takkan ko nak ajak selfie kan kan kan...See.....tinggi imaginasi aku.


takut tak?....berbulu jer...tau lah pihak library nak kasi nampak rock kapak. Tapi agak-agak la kan mengurai jer haaa.

Time tu banyak betul patung. And si Ayu ghajin bebenor nak bergambar dengan patung-patung yang ada. Aku dah la cuak kan.....kot ditegurnya kita. 

Tapi dalam dok takut tu sempat gak aku posing sebelah mamat patung ni. Macam real kan?....Lebih kepada aku tengok member tengah angkat barang. Ko tak tau time ni kaki aku memang standby jer nak cabut in case mamat patung tu toleh tengok muka aku. Kalau dia toleh jer kan...memang tak cukup kangkang aku langkah. Silap hari bulan mau kejang kaki....tak pasal-pasal aku ngesot macam sister ngesot tu.....baru power!!! hantu jalan kat aku, aku pula yang ngesot. Time ni aku risau gak kot Ayu tetiba lari tinggalkan aku kan.


Haaa tu ko tengok.....laki kat rumah takmau lak dia lentok-lentok. Kat patung tu jugak yang dia buat perangai. Nasib baik tak dipujuknya aku bawa patung tu balik sekali. Kalau dipaksanya aku, memang aku hempuk dengan ko and patung-patung tu sekali. Kalau aku beranilah. Muahahahha Ampun Ayuuuuuu. Aku ambil gambar gegar. Sedia maklumlah imaginasi aku tinggi. Takut Benda tu peluk Ayu. Untuk ketiga kalinya aku rela angkat kain and terus cabut lari. Bff???? biarlah dia bermadu kasih dengan benda alah tu berdua jer.


Habis perjalanan yang sunyi sepi tu. Saja jer pakcik guard nak bagi kami lalu situ supaya terkejut terkejut kan pokcik!. Akhirnya sampai satu kaunter. Ada orang. Aku ingatkan patung. Haaa tu orang betul, 
dan jalan sikit akhirnya jumpalah booth Melur Jelita. Tapi kak Melur Jelita takda. Dah balik Kelantan. So aku bergambar dengan papan iklan jer la.


dah beli semua kami happy-happy sebab aku dapat apa yang dicita. Ayu takpe dia dapat free from big boss dia. Aku belikan untuk blogger Shana sekali.

So..tamatlah perjalanan kami yang menggerunkan dan mengada-ngada pun boleh.
Dapat beli novel, then singgah beli starbuck.....then balik ofis. Sekiannnnnn
Macam mengah jer kan baca entry akuyang ni. Aku pun mengah gak menaip macam ada orang tengok aku. Lariiiiiiiiiii

Makan-Makan di TGI Fridays With BFF

Haluuuuuuuuu...yer....Aku bersiaran sekali lagi ahahahahaha
Jumaat lepas kan aku berlunch dengan BFF aku.
Kali ni dia yang teringin ke TGI Fridays semperna dengan hari jumaat nan indah.

Bat before that" let's take a selfie first"
Suka tau ambik gambo kat dalam lif....fefeeling nanti ada hantu dok tengah-tengah kitaorang buat muka bodoooo jer kan. Then aku boleh upload kat Harian Metro lalu dapat duit upah seekers. Gitu.....


Kitaorang tak membuang masa kalau ke Midvalley. Sebabnya nak cepatkan...nak gossip nak bagi nasihat nak waaah! tu nak waaaaaa! ni....nak hanjingkan BFF aku lagi...haaa tu semua memerlukan masa. Sebab tu aku kalau masukjer entrance parking mid valley....memang terus parking illegal jer...takdok nak baik hati sesuci lebaran nak cari parking yang hok molek sikit. No no time is masa key. harus cepat dan tangkas.

Dah parking terus naik lif and terus hinggap kat TGI Jumaat.


ambil gambar awek ni dulu.
baru awek kat bawah ni. 


lepas tu selfie sendiri dengan harapan pelayan TGI tu nampak lalu datang and tanya" you want me to take picture for you?" huh sampai sudah takdok yang offer...chait!....


Setelah gossip separuh jalan....and air ice lemon tea di refill separuh....maka tibalah makanan yang diidam-idamkan.

Ayu makan Sizzling Chiking with shrimp
and aku makan Grilled lamb. Best ooooo rasa taknak share dengan jiran depan. Tapi takut doser...maka share la dengan Jiran. Jiran jer rajin share dengan aku sebab ayam dia terlalu banyak or kureng or keras...entahlah ahahaha..shrimp dia bagi rasa satu ekor jer kot...kot ker?. ahahahahah Tapi aku cilok jugak dia punya cheese. Ehehehehhe


haa tu menu kitaorang.


Nampak besar gaban menu aku...Padahal biasa-biasa jer. Ker...aku dah mengecil? hahahahah


Ni Ayu dengan makanan dia. Ayam jer tak berapa nak habis kot.


Lepas tu ambil gambar kat sini. BFF aku ni kan..kalau ngambil gambo..tak pernahnya nak center, main ambik jer. Aku nak bagi gambo nampak macam aku join Majlis kemerdekaan tu pun tak menjadi......tapi takpe lah..kena train lagi BFF ni. Cara-cara mengambil gambar yang betul. Kena panggil guru Mamatisya....baru garang sikit.


Haaaaaa.....aku suka gambo cenggini. Dekat jer nampak BFF macam join the group. Ahahahaha. Nampakkan belakang Tun Abdul Razak tu macam ada orang tengok Ayu. Haa tu baru real. Ahahah baru termimpi-mimpi.

Apa-apapun tetap best kalau keluar dengan BFF...sebab korang pun tau apa yang ada pada BFF. Eheheheh

Jom selfie sekalilagi dalam kereta okey.


psss/- Aku malas check nahu mahupun tatabahasa mahupun ejaan. sekian.

Terigau-igaukan Dim Sum Restoran MinMax

Salam and selamat pagi Rabu kalian......memandangkan semalam cuti Hari Malaysia....maka pagi ni confirm!!! ramai orang ingat hari ni hari Isnin kan? kan?....ehehheeh
So...terpakunya aku di sini just to inform that today is Wednesday. Baik aku ni...ingat mengigat sesama makhluk.

Well...story hari ni just nak bagi tau yang aku tetiba teringin nak makan dimsum.
Mana lagi kalau kat restoran favourite aku and mummyayu 

Restoran Dim Sum MinMax, Menara PNB Darby Park
alaaa yang kat sebelah Nikko hotel  (Hotel lama...sekarang Intercontinental Hotel)

Add: Level 2, PNB Darby Park, 10, Jalan Binjai, Kuala Lumpur, 

No Tepon: 03-2166 8669

Mon.-Sun. 11:00-15:00 (Lunch)
Mon.-Sun. 18:00-22:30 (Dinner)


so far memang aku hadap sesangat la nak makan kat restoran ni. Selalu kitaorang pergi main redah jer...since diaorang tak except booking untuk dua orang....buang masa jer kot booked 2 orang, kalau satu meja takpa la lagi....ahahahaha


bila happy maka muka kita akan nampak ke happiannya.


ayu show off casing handphone baru dia...ahahahahha

Selama kitaorang makan kat restoran ni...dah tau dah mana satu pelayan yang peramah, pelayan yang muka cuka, pelayan yang blur-blur...memang celah mata jer lah.
ahahahhaah tapi aku suka la cara management restoran ni....kalau pekerja dia buat silap sikit...hambik ko!! depan customer senior pelayan marah.....secara tak langsung aku pun ikut terkulat-kulat tengok pekerja yang kena marah tu....dah macam aku pun kena marah sama......

Sebab tu perniagaan diaorang maju kot.....pantang pinggan meja ko kosong...berdesup!!! pelayan ambil pinggan tu...kiranya ko tak sempatlah nak selfie dengan pinggan kosong tu....eh! motif???? ehhehehehe nak tunjuk tahap kesedapan dim sum MinMax sampai licin ko kerjakan..haaaa to motifnya.

as usual....menu yang kami makan...banyaaaaakkkkkk
tapi aku snap mana yang favorite jer eh.

haaa..aku ambil sekali dua kaki ayam...
apa eeeeeee! eeeeee!...
akupun dulu eeeeee juga tapi eeeeeee tu la yang masuk perut sampai sekarang ahahahahah
nasib baik aku tak rajin menguis pagi-pagi...kot terkenan ker kan...awwwwww mak ayam betul!


ni menu lain.....selalu yang cendawan goreng tu aku tak pernah habiskan...(yang macam sotong goreng tepung tu) and selalunya bungkus bagi Ayu.

Untuk ke dua kalinya...restoran ni memang best...tapi kalau musim raya cina ke...apa-apa perayaan diorang lah....restoran ni selalunya full......cicir air liur jer la kalau Pelayan restoran kata no more sit....
adehhhh ahahaha

kecur lagi aku pagi ni. ehehhehehehe


pssss:/ entry ni aku malas nak check spelling....korang faham-faham sendiri jer laya mana ayat yang salah eja.

Monday, May 5, 2014

Tq Mummy Ayu

Ole-ole dari Cameron Highland. 
Tq Mummy Ayu. Net puasa hari ni so simpan dulu stobery and ubi dalam peti ais.
Fridge magnet and key chain dah selamat gantung ehehehhe

Monday, April 28, 2014

Jumaat Lepas Chitting Day...hokey.

Sebab chitting day hari Jumaat lepas
maka aku tak rasa bersalah story pasal our lunch together di Restoren Minmax, PNB Darby park.
Siap aku tapau kaki ayam lagi ahahhaha.

Kat restoran ni aku makan dim sum. Dim sum ni salah satu makanan favorite aku and Mummy Ayu.
sebab tu lah bila seut dim sum jer....bff aku ni pun teruja sama. 
and aku tau ada sesetengah orang kata kitaorang suka makan benda pelik-pelik.....pelik ke dim sum?....
lama dah kot wujudnya makanan ni...kan kan..

hari jumaat tu kitaorang boleh dikatakan 1st customer yang arrive.
and diberi tempat duduk yang best...terang betul aku tengok kereta aku dari bawah.


Mummy Ayu pula baru beli monopod baru. Akupun ada beli dari E-car...tapi bila tengok Ayu punya monopod macam senang jer....tak payah buat self timing, so akupun order dari Ayu....hari tu order, hari tu dapat. Hebatkan?...ahahahahha
So sempatlah kitaorang bermonopod sekejap.


kalau kitaorang makan kat restoran ni, confirm balik awal.
so apa lagi Ayu ajak beli air starbuck di KL sentral. Aku on jer ha....
yang best tu ada perisa caramel..sedap gila hoiiii! tapi ayu dah order choc untuk aku...pon bolehhh thanx Ayu.

Kitaorang minum dalam kereta jer...and terus balik opis...cepat gila.
tak sabar tunggu chitting day seterusnya.


haaaa aku suka yang Caramel Ribbon Crunch tu....marvelossss!!!

Wednesday, March 26, 2014

Entry Lapuk Berkaitan Makan-makan at Chilis.

Ni last week punya agenda ni
after kitaorg pergi pick up kek cekelat.
So lalu kat bangsar. Tak tahu lagi nak makan apa time tu. Time buat lintas hormat depan Bangsar Shopping Center, tetiba Ayu cakap....Chilis'.....so apa lagi
aku belok terus masuk parking BSC. ahahahahha
tak susahpun nak cari Chilis....naik lif jalan depan terus jumpa. And we are so lucky sebab masih ada tempat kosong.

and funny kitaorang order menu simple jer but mengenyangkan.....heheh mestilah kenyang dah ada molten kek. Ahahahahahaha.


ni Mummy AYu
tq ayu...sebab dia selalu nasihatkan aku supaya jangan rambang mata tengok menu.
dia suruh aku pilih benda yang simple tapi variasi dulu. Kalau lapar gak, order lagi.
Tapi memang betul dah makan sikit memang kenyang dah. Nasib baik tak order lamb or steak.


ni aku. Ehehehehe

Tuesday, February 25, 2014

Pagi Ni Terasa Lapar Tapi Tiada Breakfast, So Mari Tengok Gambar Sahaja.

Tengok gambar? dengan harapan boleh kenyang.

Tajuk entrypun dah panjang. Malas layan...jom tengok gambar.










lokasi: Restoran dimsum MinMax, PNB Darby Park, KL
Actress: Notti Netti & Mummy Ayu

Monday, February 10, 2014

We Saw The 'Doom Doom Cheng! Doom Doom Cheng! At The Gardens

Tapau lunch at Midvalley just now and bump with the tarian naga 
Mummy Ayu sudah doom doom cheng beside me...
tak sangka she so excited tengok tarian naga ni.
So let's layan dia ok?.


ok picture not telling the truth.
me no excited but my Bff sooooooooooo excited.
Me just happy gitew-gitew jer.

haaaa she is the one who is giler-giler happy watch this show.


Since I kena cepat, so I heret my bff pulang semula ke pangkal jalan.
no more doom doom cheng!!
and bff with squeeshie.....tq for buying.

this is not my lunch
but for my 3 o'clock tea time....konon.

and chocolate air from San Francisco
nyum nyum, nyumpah!

Monday, January 13, 2014

Jumaat Bersama Mummy Ayu, Tragedi Hilang Kunci Kereta.

Ok, Jumaat last week aku ajak Mummy Ayu makan kat Seoul Garden. We ouls ke Festival City, Setapak.
and as usual aku antara yang rakus kalau makan makanan ala Korea ni.
and Ayu selalunyalah yang jadi mak-mak layan aku...tukang masakkan daging semua bagai. ahahah
sib baik aku tak pakai lampin, tidak itupun Ayu tukar ahahahha.
ok tak funny.

aku ni mudah mengidam kalau sebut makanan Korea.
bila dah dapat, cepat pulak kenyangnya hai.
siap cakap kat Ayu, nyesal aku tak bawak bekas.....yang balance boleh tapau bawak balik since kat rumah aku ada alat pembakar ala-ala kedai ni.

ok mari saksikan acara makan-makan kami. 
Mummy AYu berlatarbelakangkan Board Seoul Garden.
dan...
aku berlatarbelakang kerusi dan sayur Seoul Garden.


kami makan ni jer.
*_*


yang lain sorok....

lastly gambar berdua.....
eh! dah habis dah???
no no no...memang kami makan cepat.....sebab dah aim nak ke Kaison tingkat atas Festival City.
tang ni lah berlakunya tragedi Hilang Kunci Kereta.
selalu Ayu yang tolong simpan untuk aku kunci tu tapi that day boleh pulak aku yang gatal pegang sendiri.
Sampai kat KAISON.....aku baik punya pilih barang, sekali baru aku perasan.
Mana kunci kereta aku?

haa apa lagi, mencecet cari Ayu kat rak sebelah....laju-laju suruh dia pegang bakul aku and laju-laju lagi aku berlari kat Seoul Garden and laju-laju lagi aku serbu kaunter restaurant tu.
heheh manager Seoul Garden tu tengok aku and slow-slow dia keluarkan kunci kereta dari dalam laci kaunter.
perrrghhhhhh! nasib baik.
tak dapat aku bayangkan kena call husband aku and cakap kunci kereta hilang..isk isk isk
sib baik ada jodoh lagi kunci kereta tu dengan aku. 
Ni semua kes aku letak atas kerusilah kunci tu....eeeee tobat takmo buat lagi.
.....


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno