Showing posts with label Starbucklatte. Show all posts
Showing posts with label Starbucklatte. Show all posts

Monday, April 28, 2014

Jumaat Lepas Chitting Day...hokey.

Sebab chitting day hari Jumaat lepas
maka aku tak rasa bersalah story pasal our lunch together di Restoren Minmax, PNB Darby park.
Siap aku tapau kaki ayam lagi ahahhaha.

Kat restoran ni aku makan dim sum. Dim sum ni salah satu makanan favorite aku and Mummy Ayu.
sebab tu lah bila seut dim sum jer....bff aku ni pun teruja sama. 
and aku tau ada sesetengah orang kata kitaorang suka makan benda pelik-pelik.....pelik ke dim sum?....
lama dah kot wujudnya makanan ni...kan kan..

hari jumaat tu kitaorang boleh dikatakan 1st customer yang arrive.
and diberi tempat duduk yang best...terang betul aku tengok kereta aku dari bawah.


Mummy Ayu pula baru beli monopod baru. Akupun ada beli dari E-car...tapi bila tengok Ayu punya monopod macam senang jer....tak payah buat self timing, so akupun order dari Ayu....hari tu order, hari tu dapat. Hebatkan?...ahahahahha
So sempatlah kitaorang bermonopod sekejap.


kalau kitaorang makan kat restoran ni, confirm balik awal.
so apa lagi Ayu ajak beli air starbuck di KL sentral. Aku on jer ha....
yang best tu ada perisa caramel..sedap gila hoiiii! tapi ayu dah order choc untuk aku...pon bolehhh thanx Ayu.

Kitaorang minum dalam kereta jer...and terus balik opis...cepat gila.
tak sabar tunggu chitting day seterusnya.


haaaa aku suka yang Caramel Ribbon Crunch tu....marvelossss!!!

Monday, January 27, 2014

Last Minute Siapkan Kerja Tadika Si Starbucklatte

Semuanya berlaku dengan pantas
apabila I diberitahu untuk siapkan satu kerja tadika anak I.
and baca nota dari teacher, dia nak I selitkan foto keluarga and hias bingkai gambar yang Teacher sertakan.

Mula-mula ingatkan bingkai gambar besar. Rupa-rupanya bingkai gambar yang Teacher buat sendiri guna Kad Raya. Herot berot Teacher gunting. Ok fine, Teacherpun manusia biasa.
 Malam semalam jugalah I geledah gobok dalam rumah and jumpa dawai rambu-ramba warna gold. "Ah lantaklah, janji hias". Saya pun print jer gambar kat facebook....adoiiii printer pula habis warna. Pun lantak lagilah I said.
sebab my mom kata, dia tengok budak-budak lain hantar laaaaagi simple. just tepek gambar ikan jer kat foto family.

So setelah dihias secepat mungkin, maka inilah hasilnya. Gambar dibawah.
and my Mom tokok tambahkan yang flower paku-pakis 3 serangkai tu.

Hahahaha - namapun kerja last minute dari Ibu Si Starbucklatte.
I tengok si starbuck, amboi kemain nyenyak dia tidur, maklumlah dah pukul 12 malam.
I dulu...rasanya...buat sendiri. Macam tipu jer. Oh! oh! ada juga mak I tolong...my mom kretipnya boleh tahan jugerks.

eheheheh

ada tali tu kononnya dalam nota, Teacher ada inform suruh buat tali untuk gantung di dalam kelas.
Dawai pun bolehlah....
lagi sekali
kerja last minutekan.


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno