Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Wednesday, August 12, 2015

My Tummy Feels Yummy!!!

Assalammualaikum semua....burrbbb....see...see...
baru bagi salam dah burb tahap ulaw sawer bunting haaa

Apa-apa I is very the syukur alhamdulillah aminnn sebab
dalam kita masih menyambut Hari Rayo yang mulia ini
makanan amaaaaaaaaat mewah hai!

Toleh kiri orang jemput makan, toleh kanan makan toleh depan makan toleh belakang pon maaaaakannnnnn.
Pendek kata murah rezeki dengan makanan jer la.
Duit pun tak keluar merapu sangat nak beli itu ini begitu begini.
Tika dan saat ini pun aku dapat wassap dari member ofis yang paksa ajak makan open ofis.
Wah! ayat paksa tu tak menahan wei.

Menu pula bukan calang-calang menu ya....ok fine kita kita tolak tepi ketupat lemang rendang tu semua.
Menu tu kalau takde memang tak anggap hari raya lah.
Tapi tadi aku memang berkenan betul menu yang salah satu sub seksyen ofis aku hidangkan.
Memang muka tak tau malu aku datang makan 2 kali ooooo...kalau tiga kali datang confirm aku transfer terus seksyen tu....choiiiii!!!!!

Menu simple jer...sedap kat tekak aku tapi kat tekak korang tak tau la pulaks....

Menu dia is - Sup kaki ayam-
hahaha terkedu tak?.....kedu????
hahahah memang aku ni spesis survivor tu haaa..
dalam banyak-banyak makanan kaki ayam yang aku hadap sangat.
ahhhhh tak kiralah janji sodap....I is okey jer

orait lah......aku out dulu....
so aku belanja satu gambar aku minum green tea....bujet tak makan banyak tapi lengan serupa ulaw sawa batik lukis.

awwww...tata....

Wednesday, August 20, 2014

Cerita Raya Notti Netti

Haaaa...masih dalam mood raya kan? kan?
so aku sambung pula kisah raya kali ni.

Tahun ni giliran aku and family beraya belah family aku. Tak rasa apapun sebab aku memang kerap balik Melaka. Bukan jauhpun. Cheeewah!!!

Pagi raya macam biasalah rutin harian kejut suami and anak-anak. Bercinta jugalah nak kejutkan anak-anak sebab malam semalam diaorang tidur lewat. Al maklumlah geng ada. Adik aku pun beraya tahun ni dengan kami semua.

Dah balik dari Sembahyang raya...apa lagi rutin harian
ambil gambar satu family. Aku boleh lupa bawa DSLR merah aku tu. Haish!!! So gambar so so jer la.
....nak ditambahkan perasa, Si Al Imran pula buat perangai. Kes tak cukup tidur.


Kesayangan aku ni......


gambar family ni penting, sebab aku nak update kat dinding rumah. Cuba tengok muka Al Imran tu...eeeee menguji kesabaran betul!.

Haaaa.....ni tak termasuk bab nak suruh si kecik-kecik dalam rumah ni bergambar....adehh macam cikgu Bedah nak kena suruh diaorang sit proper.

                            

haaa tengoklah aksi diaorang...kemain main-main. Mak aku dah le panggil potong nasi impit time ni. Haish.
....
Lepas aku amuk kan sekali, barulah dapat gambar yang cemerlang sikit. Tapi nampak sangat air muka masing-masing macam takut kan seseorang eheheheh

Si starbuck latte lagi lah....kalau muka dia cenggitu maknanya aku baru lepas jegil mata kat dia.
Al Imran??? tak makan saman.

Anak dara dua orang tu...ehehhhehe korang pepaham jer la...


Seterusnya aku tarik mak aku bergambar sekali. Bapak aku time ni dah kat mana pun tak tau.
ahahahah Sebelah tu adik ipaq aku. Kitaorang sebaya jer. Dia makin slim and aku makin debab.


Sekali lagi gambar aku and adik ipaq aku.
Time ni kira orang nak beraya rumah neighbour sebelah sebab dapat tau gossip dia masak sambal goreng. Awwwwww...terliur dah.


Balik dari beraya rumah neighbor.....
Terus ramai pula orang datang rumah. Macam berpassing passing pula....nasib baik tak buat macam Fareeda ambil sistem nombor dulu ehehehhe.
Kesian adik ipar aku...tak cukup tangan nak handle...mana nak pegang baby lagi mana nak buat air, potong itu ini. Aku pun kalau boleh bersilat...memang bersilatlah kat dapur...tapi sebab baju tu...aku terpaksa polite kan diri, mak akupun dah malas pakai tudung....pakai tengkolok udahhhh.


adik ipar aku cadang sehari sebelum raya...kita belikan aje pinggan kertas. Idea tu bagi mengelakkan kitaorang berebut nak basuh pinggan yang mana buang masa jer kan. Idea tu berhasil. Memang senang..makan and buang jer dalam plastik sampah. Tapi bak aku katakan tadi.....ramai yang datang sampai habis semua pinggan kertas. nak taknak ada la juga terguna pinggan kaca. Ahahahaha


Nampak tak cawan putih bunga-bunga tu yang ada 3 biji tu ehehhe (sebelah cawan biru)....sebenarnya aku dah kelam kabut nak buat itu ini. Adik ipar aku buat air teh. Orang tua datang takkan nak bagi air gas Fanta Stoberi pula. Aku cari dalam kabinet tea set mak aku. Mana pula mak aku letak cawan cantik-cantik ni. Sekali aku terpandangkan set cawan putih bunga. Siap teko. Apa lagi aku keluarkan dari kabinet selamba jer and basuh terus hidang pada tetamu. Aku senyum simpul....bila terpandang mak aku, aku nampak muka mak aku macam kelat sikit. Eh! dah kenapa.

Bila aku selidik risik cari maklumat hahahaha barulah aku tau tu cawan brand Noritake. Tak tahu lak itu untuk display jer ahahahaha. Tersimpul simpul aku depan mak aku. Adik ipar aku gelak jer. Dia pun tak tau. Sebab dah kelam kabut. Mak aku takda la marah sangat....cuma ya la kena minta izin dia and kena jaga elok-elok cawan tu. Bukan apa takut jatuh ker apa ke kan......Ringan jer cawan tu tapi memang cantiklah.

Raya ke dua aku tak sempat snap gambar...sebab ramai orang. Aku and adik ipar pun pakai baju biasa jer. Memang dah ala-ala bibik. Ahahahah. Percaya tak? Tv pun tak sempat tengok. Suka hati la anak-anak sebab dapat tengok cartoon.

Bergambar dengan si starbuck latte and anak dara faveret ni. Ramai betul orang cakap ni anak perempuan aku sebab muka macam sama ahahah. No no...ni anak adik aku. heeheh


Last sekali....haaaa gambar anak-anak aku. Puas juga pujuk si abang pakai cermin mata gelap ni. Isk.
Aku beli kat member yang jual barang kanak-kanak. 
kalau nak beli boleh ke IG dia cutekiddykiddy 
Macam-macam barang-barang for kids ada. Sila lah singgah yer.


Dah itujer la kisah raya nottinetti. 

Nanti aku cerita kisah malam raya pula ok....



Me Naughty..me Netty

Tuesday, August 19, 2014

Baju Raya Family Notti Netti Tahun 2014

Ya sayang-sayangku caklempong sekalian.....
seperti yang kalian tahu and naik muak nak ambil tahu,
warna baju raya team family aku adalah Emerald Green.
Emerald Green ya kengkawan.
Tapi ntah macam mana bila dah nak raya....tema jadi hijau kacau bilau. Aku biasalah emerald green vs purple (konon nak kasi memancar-mancar emerald green tu), Laki aku pula more macam Hijau ermmm apa eh?..hijau yang nak ke biru hmm ke laut pun ado, anak-anak aku hmmmm jauh bebenor hijaunya...itu dah warna hijau lumpur dah tu. Ni la bila anak-anak jauh and suami pula pilih sendiri baju raya. Makanya tak menjadi sangat kengkonon nak semua Emerald Green. Tak apalah janji memasing ada baju raya kannnn.


Ikutkan aku ada jer beli baju raya RTW tema Emerald Green dari designer-designer best kat sekitar Lembah Klang ni, tapi tu la aku ni bujet macam body Rozita Che Wan. Sekali sarung haaa....cam cempedak pun ada...itu sarung style berdiri, kalau aku start jalan...mau tetas tang buntot. Kalau duduk agaknya mau koyak rabak....malu acik...malu acik. Taknak la buat sarkas time raya pertama dok? Makanya.....stay dengan baju Prada Lace Emerald Green purple jer la.

Seee...taraaaaaa


Aku buat baju kurung biasa jer cuma bagi nampak sikit cutting. Pada mulanya taknak pakai baju ni sebab nyonya tu buat ketat kat tangan. Dah berapa kali aku cakap, aku nak zip area pergelangan tangan (wudhu friendly) ehhh dia pergi buat butang pula. Dah tu tiga biji butang kat hujung lengan, dah confirm-confirm tak boleh sinsing kalau nak ambil wudhu atau basuh pinggan. Tapi aku gagah kan juga pakai baju ni sampai ke petang. Namapun Ghayo kan?....Baju ni la aku buat makan, baju ni la aku buat basuh pinggan, baju ni la juga aku ke hulu ke hilir dari depan rumah sampai belakang rumah (kes unexpected tetamu yang datang), baju ni la jugak aku tertonggeng-tonggeng basuh berak si starbuck latte. Haruuuuu.

Hmm pengajaran juga buat aku. Nak buat prada lace ni aku rasa better buat baju jer. Hazab berat baju ni aku pakai. Sarung kain jer dah berat. Adoiiii. Ulang sekali lagi. Nasib baik ghayo!!! Nak vogue punya pasal...aku reda.

Tudung tu aku beli kat Zawara. nasib baik ada warna sama green purple. Anak tudung yang purple tu sebenarnya bersambung dengan kain tudung hijau. so senanglah aku, main sarung jer. Tak perlu lilit-lilit patpuluhpat kali.


Ok yang korang tengok tergantung kat atas tu ialah baju anak-anak aku. Marah juga aku dengan apek ni. Kalau aku cakap harga sepasang, korang mesti terperanjat besar gila punya cadbury lah!. Macam tak percaya baju ni dengan harganya. Akupun naik menyampah dengan diri aku sendiri sebab boleh simply tempah baju ni kat apek tu. Walhal belambak jer boleh beli baju ready made untuk anak-anak aku kat Omar Ali atau BAK. Baik aku tempah kat Rizalman jer kalau harga cenggitukan?.

Memang nyesal la aku tempah kat apek tu. Dan itu salah satu faktor aku taknak tempah baju melayu laki aku kat dia (yang lastly diapun tak dapat nak buat baju melayu laki aku. Tapi baju melayu bapa aku dia buat cantik...hmmm.....

Korang bayangkan jer la....aku nak tempah baju melayu laki aku dia nak charge RM800. Baju melayu kosong and kain semua dari aku ya.....bukan kain kedai dia. Huh!!...ok time tu aku ok lagi. Aku minta dia add shoulder pad kat bahu baju melayu laki aku. Nampak ala-ala pengantik season bersongkok tinggi gitu. Ewaah!!! Eh! boleh pula dia nak charge RM1600. Hamboiiii tambah shoulder pad jer pun. Shoulder pad tu buatdari benang emas kot. Last-last aku cancel!!. Isk.....

Itu untuk baju orang dewasa yer. Untuk baju anak-anak aku...haish harga sakit hati nak story sebab harga sepasang baju melayu tu kalau dicongak ditambah memang aku boleh beli 7 baju melayu raya kanak-kanak kat MYDIN. Hadoiiii padan muka aku!!!. 

Paling sedih bila apek tu dah janji untuk embroidery nama anak-anak aku kat poket masing-masing (selalu aku tempah baju kemeja dengan dia memang dia akan jahit embroidery) tapi bila aku check...ehhhh takdepun. Lagipun baju tu dapat sehari sebelum raya. Nak pergi ke kedai dia semula pun dah tutup sebab mak aku yang tolong ambilkan. Mak aku pun tak perasan pasal jahit-jahit nama kat baju ni. Tu satu. 

Malamnya aku cuci baju-baju raya anak aku untuk pakai beraya di Kluang pula. Sekali basuh.....humakaihhhhh warna luntur. Nasib baik aku basuh baju melayu asing-asing. Hijau jer semua air. Ahhh emo lagi. Charge mahal, katanya kain bagus dari korea la gorilla la afrika la...sekali basuh, luntur. Nampak sangat menipu. Aku minta mak aku sound dia.....tapi mak aku kata takpa la.....benda dah jadi. Pasal jahit-jahit nama tu pun ignore jer la..sebab tahun depan mesti baju tu dah tak muat kat anak-anak aku...so senang nak pass kat anak-anak buah aku. Haaaa....terpaksalah reda bila mak cakap camtu. 

Makanya...pengajaran untuk aku. No more tempah kat apek tu. And untuk baju anak-anak (Baju Melayu Raya) Tak perlu beli mahal-mahal. Sebab diaorang membesar bak giant.

Eh! aku emo kan bila story pasal baju raya anak-anak aku? ahahhahaha

Seterusnya baju melayu suami aku. Hmm tak banyak nak diceritakan, suami aku cakap dia nak cari sendiri. So tak perlu kata apa-apa. Walaupun sebenarnya aku nak warna betul-betul emerald green. Tapi bila tengok result baju anak aku warna hijau lumpur, maka aku ok jer dengan warna baju melayu suami aku.

Tahun depan aku dah set warna baru untuk family aku eheheheheheh. kali ni prepare sebulan awal. 


Sekian.....dari pengulas raya yang emo secara tiba-tiba.

Me Naughty..me Netty

Saturday, July 26, 2014

Khas untuk geng blogger.

Selamat Hari Raya Kawan-Kawan Blogger tersayang.

Maafkan saya andai penulisan saya ada mengguris hati anda, keluarga mahupun jiran tetangga anda.
Ampun dan Maaf saya mohonkan.

SELAMAT HARI RAYA dari kami.......4U2C!!!!! ehhhh.

------------------

Me Naughty..me Netty

Monday, May 5, 2014

Nurita Harith Raya 2014.....temtingnyaaaaa

Ni yang aku malas kalau designer raya 2014 keluar.
haisshhh rasa macam nyesal jer nak pergi tempah baju dekat tailor.

tapi aku rasa kalau aku beli baju Nurita Harith ni...
bermaksud aku kena kecikkan badan to fit the size.
haaaa.....takpe...insyaallah......hahahahah

apa-apa pun jom cuci mata tengok 
Nurita Harith Raya Luxe 2014











ok.......yang pakaian bawah ni baju pengantin from Nurita Harith.
Saja jer tayang.....sebab berkenan...gitulahhhhh.
enjoice!!



Me Naughty..me Netty

Tuesday, January 28, 2014

Greeting Cards


Hi gojes.
bersiaran petang-petang ni sambil menghirup secawan kopi sangat nikmatkan?
I cakap atas angin jer, padahal I bukanlah penggemar kopi....isk tak suka kopi.

hari ni kira I bergerak pantas untuk tulis kata-kata sayang atas beberapa kad raya Cina khas buat kawan-kawan I yang menyambut Raya Cina atau senang cerita mana-mana member yang bagi I kad raya Aidilfitri dulu-dulu maka I akan balas balik ahahahah acik tak?....aci tak?

and I juga ada belikan satu hamper khas buat my ex-boss yang berbangsa Cina.
and meriah uols bila tengok hamper raya Cina ni?.....harga dasyat gila....I ingatkan yang botol ala-ala poleney ikan haruan tu is murahkan?...bila check tengok lihat? amboiiiiiiii mahai kemain.

probably sebab ginseng gred A kot?

apa-apapun tak sabar nak cuti raya Cina + Hari Wilayah......lama tu I cuti uols.
*_*

Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Assalammualaikum,
Wah....terlupa nak wish kat uols..
SELAMAT HARI RAYA...
I raya sakan sampai lupa nak jenguk blog uols..
nie semua sebab I makan tak sedar diri,
main mercun lupa anak2 eheehe

okey, sampai sini dulu..
ada orang datang rumah....
muah muah...
Me Naughty..me Netty

Friday, August 27, 2010

Nak Tanya UOLS.....sesiapa berminat nak dapat tender buat laksa penang untuk 500 orang tak?..saya tengah cari orang nie....

Salam semua,
Nie announcement untuk selepas raya yer...
Lepas raya my office akan buat jamuan raya...
so I ditugaskan cari laksa penang.....untuk bagi makan 500 orang pegawai.

majlis akan diadakan pada 23 SEP 2010

so kalo ada kenal makcik2 or anda sendiri pandai buat sila inform saya yer..
email pun boleh at notti_netti@yahoo.com
nak quotation.........
tolong yer.....

Me Naughty..me Netty

Monday, November 30, 2009

AIDIL ADHA YANG MENYERONOKS KAN....:)

At Jonker Street
At A'Famosa Water World

Kerja I menolak si Imran nie jer laaa...

HUHUHU.....SELAMAT BEKERJA KEMBALI EVERYONE.....:) HAHAHA ....
Korang seronok tak sambut hari raya haji nie? Saya seronoks!!
As for me...1st ingatkan biasa2 jer lakan, since I balik melaka...and as previous menyambut raya haji...cam...boleh laaa.....sambut sedara mara datang, sambut daging korban datang....errm itu jer la kot.
But sepanjang aidil adha nie...memang seronoks sangat...bukan sebab nak menyambutnya yer...huhuhu..sebab I dapat jenjalan...(itu jerk) iye la kan...sometimes raya aji nie...dok umahhh jer la kan...bosan. Kerja layan imran tengok kartun or dia layan I tengok cerita I....(after kena cubit la).....But during raya haji, suprisely my hubby willingly bawak I, imran and my abah, mak gi jenjalan. For sure benda yang paling odd sekali my hubby nak buat. Oh! apakah?!!
Raya pertama...okey la, I jenjalan rumah my cousin at tampin....my cousin beraya rumah my parents kat melaka. Then esoknya, I dengan selamba ala-ala badak ajak my hubby ke night walk Jonker streets kat bandar melaka which I know my hubby memang tak suka pergi tempat sesak mesak cam tu. Nak ke Petaling Streets pun fikir 2x...ini kan pulak.....hmmm
At first as usual la tengahari tu dia buat muka toyeee jer....sampai la around 9pm....leh lak dia cakap..."jom lah, kata nak gi melaka? ajak abah and mak sekali" uiiissshhhhhh laki haku ker nih? cam lain looorrr.....apa lagi...menggelabah cicak I.....cari baju pakai sumer, inform my dad, mom....cuci montot imran...(happy la katakan...cam tak pernah kuar rumah).....tapi sadly tak banyak gambar yang boleh ambil, since...memang ramai orang kat bandar melaka...jammed oooo.....sib baik my hubby sabar (mano u dapat kesabaran tu eh?) huhuhu...maybe hubby saja nak melayan si boroi nie kotttt hhuhuhhu sukak-sukak....actually kat Jonker streets tu I nak beli satu bag nie....dah aim dah...but bila patah balik, tengok dah takder dah...eeee....menci!.....then lepak2 bandar melaka...tengah malam ooooo beshhh.....
Then esoknya, hubby ajak ke A'famosa water world yang sekangkang kera jer dari rumah my parents. Sukak-sukak........imran sampai tak nak balik...kecut habis jari jemari dia....huhu...kalo ikutkan hati muda I nie..nak gak I menyelam and main gelongsor tu sumer...tapi...dok ingat kan ayat my mom..." Wen kalo terberanak nanti...tau la wen jaga sendiri....beranak la wen dalam air sorang-sorang" huhuhu scary tul statement my mom...isk....patah semangat......so just jalan-jalan bawak imran jer la......hmmm...apa kan daya.....lex...lex....ada masa lagi, tak larinya A famosa tu.
Then....ada yang lagiiiiiiiiii happy....ingat tak entry I yang lepas?? I nak breastfeed baby guna medela or Avent...kan..kan... I did ask my hubby for the duits nak beli benda alah tu.....and semalam my hubby sudah kasi itu duitsss...wowwwwwiiiii sukkkkaaaaakkkkkkkk bangat.....leh cari nanti....eheheeh (Ingatkan hubby taknak galakkan bf nie) huhuhu....happpy nya........nanti saya tepek jenama bf yang saya beli eh.....(sekarang tak beli lagi) tungguuuuu....eheheheheheh...sampai sekarang nie pun saya happy....sebab kat opis tak ramai orang...and meeting takder....makanan yang diorder takder sapa nak makan so I and my kerani makan hwa...hwa..hwaa...5 kali ganda sukakkkkkk

Me Naughty..me Netty

Thursday, September 3, 2009

Sampul RAya


contoh sampul yang diambil dari mamatouch. hehe...saya kidnapp gambar yerrrr puan rumah.

Peeeopppsss haloooo...

Saya kepingin untuk mencipta sendiri sampul raya saya (angan-angan tak hingat)...........
walaupun saya tahu....sampul raya jika diberi kepada bebudak...akan tetap dibuang atau dicampak depan mata kita, since bebudak nih cuma nak duit raya.....tapi entah la. Saya tengah bersemangat waja untuk mencipta sampul duit raya khas edisi saya sendiri ehehehe.......sampul raya cantik tapi isi kat dalam totap RM1.00 yer budak-budak. eheeh kecuali budak2 tertentu ajo heheh. Saya akan memulakan projek saya sebentar lagi, mana gunting!!!!!!

p/s:- hari ni saya buat bubur sayur....tapi termasin la plak...nasib laaaaaa........
Me Naughty..me Netty

Tuesday, September 1, 2009

Masih Terimakah Tempahan Baju Raya?????


Haluuuu...........I'm still in 'Chicken Pox' mood (*&^&%%^$) and live telecast from my room with daun bambu dibawah pinggul ku ini.....oh! what a world.....saya cintakan kehijauan.......(nasib ko la netty). I am sooo damn worried sekarang nie (worried yang mengatasi masalah saya tak mandi almost 6 days).......my hubby nie macam tak nak sambut raya jer. And pity my mother in law. She is so kind to beli kain sepapan untuk anak2 lelaki beraya except anak perempuan and menantu perempuan eheheheh (sebab kitaorang ni cekadak sikit bab baju raya) and finally....kain yang 6 ela (2 ela for imran and 4 ela for hubby) warna unggu tu dok diam jer dalam plastik kat meja rumah I........eeeeeee pakat jer la I ni tak boleh keluar rumah.....tidak....I sendiri gie cari taylor kat masjid india tu and hantar ukuran baju hubby and anak I yang sedia ada kat I.

Pening kepala nie fikir apa nak cakap kat M.I.L since adik beradik yang lain sure baju melayu dah siap....and my hub?????? adoiiii...takde kesedaran sivik langsung!!!!. If like I know how to buat the baju melayu????? (habis la...dah le tahun nie turn raya rumah M.I.L)

Pity my M.I.L...since tema raya kali nie is purple......and .........alahaiiiiii........harap-harap minggu nie I boleh keluar rumah and sihat since my dad nak datang collect baju melayu dia at Omar Ali.....and I will ask them either they still accept to make the baju raya. Hopefully, I pray to god.........as for me, I tak kisah dah....baju ngandung maxi I warna unggu dah ada....I baru pakai hmmmm about 2 to 4 times kot waktu mengandung dulu hehhehe. Okey...takat nie dulu luahan rasa pen'chicken pox' ini....tata.......

p/s:- u guys ada kenal taylor yang still accept buat tempahan baju melayu tak?
Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno