Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Wednesday, August 20, 2014

Cerita Raya Notti Netti

Haaaa...masih dalam mood raya kan? kan?
so aku sambung pula kisah raya kali ni.

Tahun ni giliran aku and family beraya belah family aku. Tak rasa apapun sebab aku memang kerap balik Melaka. Bukan jauhpun. Cheeewah!!!

Pagi raya macam biasalah rutin harian kejut suami and anak-anak. Bercinta jugalah nak kejutkan anak-anak sebab malam semalam diaorang tidur lewat. Al maklumlah geng ada. Adik aku pun beraya tahun ni dengan kami semua.

Dah balik dari Sembahyang raya...apa lagi rutin harian
ambil gambar satu family. Aku boleh lupa bawa DSLR merah aku tu. Haish!!! So gambar so so jer la.
....nak ditambahkan perasa, Si Al Imran pula buat perangai. Kes tak cukup tidur.


Kesayangan aku ni......


gambar family ni penting, sebab aku nak update kat dinding rumah. Cuba tengok muka Al Imran tu...eeeee menguji kesabaran betul!.

Haaaa.....ni tak termasuk bab nak suruh si kecik-kecik dalam rumah ni bergambar....adehh macam cikgu Bedah nak kena suruh diaorang sit proper.

                            

haaa tengoklah aksi diaorang...kemain main-main. Mak aku dah le panggil potong nasi impit time ni. Haish.
....
Lepas aku amuk kan sekali, barulah dapat gambar yang cemerlang sikit. Tapi nampak sangat air muka masing-masing macam takut kan seseorang eheheheh

Si starbuck latte lagi lah....kalau muka dia cenggitu maknanya aku baru lepas jegil mata kat dia.
Al Imran??? tak makan saman.

Anak dara dua orang tu...ehehhhehe korang pepaham jer la...


Seterusnya aku tarik mak aku bergambar sekali. Bapak aku time ni dah kat mana pun tak tau.
ahahahah Sebelah tu adik ipaq aku. Kitaorang sebaya jer. Dia makin slim and aku makin debab.


Sekali lagi gambar aku and adik ipaq aku.
Time ni kira orang nak beraya rumah neighbour sebelah sebab dapat tau gossip dia masak sambal goreng. Awwwwww...terliur dah.


Balik dari beraya rumah neighbor.....
Terus ramai pula orang datang rumah. Macam berpassing passing pula....nasib baik tak buat macam Fareeda ambil sistem nombor dulu ehehehhe.
Kesian adik ipar aku...tak cukup tangan nak handle...mana nak pegang baby lagi mana nak buat air, potong itu ini. Aku pun kalau boleh bersilat...memang bersilatlah kat dapur...tapi sebab baju tu...aku terpaksa polite kan diri, mak akupun dah malas pakai tudung....pakai tengkolok udahhhh.


adik ipar aku cadang sehari sebelum raya...kita belikan aje pinggan kertas. Idea tu bagi mengelakkan kitaorang berebut nak basuh pinggan yang mana buang masa jer kan. Idea tu berhasil. Memang senang..makan and buang jer dalam plastik sampah. Tapi bak aku katakan tadi.....ramai yang datang sampai habis semua pinggan kertas. nak taknak ada la juga terguna pinggan kaca. Ahahahaha


Nampak tak cawan putih bunga-bunga tu yang ada 3 biji tu ehehhe (sebelah cawan biru)....sebenarnya aku dah kelam kabut nak buat itu ini. Adik ipar aku buat air teh. Orang tua datang takkan nak bagi air gas Fanta Stoberi pula. Aku cari dalam kabinet tea set mak aku. Mana pula mak aku letak cawan cantik-cantik ni. Sekali aku terpandangkan set cawan putih bunga. Siap teko. Apa lagi aku keluarkan dari kabinet selamba jer and basuh terus hidang pada tetamu. Aku senyum simpul....bila terpandang mak aku, aku nampak muka mak aku macam kelat sikit. Eh! dah kenapa.

Bila aku selidik risik cari maklumat hahahaha barulah aku tau tu cawan brand Noritake. Tak tahu lak itu untuk display jer ahahahaha. Tersimpul simpul aku depan mak aku. Adik ipar aku gelak jer. Dia pun tak tau. Sebab dah kelam kabut. Mak aku takda la marah sangat....cuma ya la kena minta izin dia and kena jaga elok-elok cawan tu. Bukan apa takut jatuh ker apa ke kan......Ringan jer cawan tu tapi memang cantiklah.

Raya ke dua aku tak sempat snap gambar...sebab ramai orang. Aku and adik ipar pun pakai baju biasa jer. Memang dah ala-ala bibik. Ahahahah. Percaya tak? Tv pun tak sempat tengok. Suka hati la anak-anak sebab dapat tengok cartoon.

Bergambar dengan si starbuck latte and anak dara faveret ni. Ramai betul orang cakap ni anak perempuan aku sebab muka macam sama ahahah. No no...ni anak adik aku. heeheh


Last sekali....haaaa gambar anak-anak aku. Puas juga pujuk si abang pakai cermin mata gelap ni. Isk.
Aku beli kat member yang jual barang kanak-kanak. 
kalau nak beli boleh ke IG dia cutekiddykiddy 
Macam-macam barang-barang for kids ada. Sila lah singgah yer.


Dah itujer la kisah raya nottinetti. 

Nanti aku cerita kisah malam raya pula ok....



Me Naughty..me Netty

Wednesday, September 5, 2012

Hari Raya 2012 - With My Family.

Sejak arwah mama *mak mentua* aku kembali ke rahmatullah
dah takde gilir-gilir beraya kat kampung suami and kampung aku
kiranya sekarang ni setiap tahun kampung aku jer......
;
;
kengkadang tu cam borink jer...*ecececehh ayat sedap ati suami nampak*
;
;
;
tahun depan nak try ajak suami beraya kat rumah mentua di Ostroliah!
eheheh hangguk kan.....melampau-lampau imiginasi.
pak mentua ada lagi nun kat Taman Melati...overkan aku.
;
;
as usual tetiap tahun kami akan bergambo 
after kaum-kaum lelaki balik dari sembahyang raya
the same prob iaitu kerusi, lemari, cermin, digunakan.
;
;
haa korang bolehlah jamu mata yer...

Family aku......
baju kitaorang ikut kaler botol mineral kat belakang tu haaaa
ehehehhe

yang ni pulak family adik aku
sepatutnya ada baby lagi...tak masuk pulak.

sedang kerah semua masuk bergambo...

Ingat senang nak gather dendiam ambik gambo
kuuusss semangat...
tu si Imran tu..paling susah nak bergambar
eeeeee...

dah snap kali keberapa
baru okey....
bapak aku ni actually ada baju raya dia, kaler hijau pokok pisang
tapi takmo pakai pulak...
adehhhhh.....

family aku
kalo ada anak pompuan, mesti dia dok tengah2....kasi imbang.

rasa nak jentik jer Imrran time ni
takmo dok diam....
si starbuck latte ok jer...wakil rakyat kata ko....

family adik aku
comel-comel anak dia kan?
cam aku.

*__*





Ni cousin aku
kerja kat Pos Malaysia
bonus gempak waaaaaaaa.....
beza dia ngan aku 1 tahun jer..dia kakak aku adik
muahahahahaha
time ni suami dia takde..belayar....
dia ni kes cam aku, setiap tahun beraya dengan mak dulu.

adik ipar aku ni sebenarnya baik
sopan...aku jer yang paksa dia bergambo gaya ni
tak best lah gambo2 skema ni.....

time ni konon nak bergambar dalam suasana kampung....
tapi si Imran memang idok le beri kerjasama...dia lebih utamakan kartun dia
and si starbuck latte yang togel tu laa aku heret bergambo dengan aku
menjerit-jerit takmo pakai seluar...
laki aku????? t.i.d.o

anak buah aku yang ni jer rajin interprem 
ni gaya cam drma anak terjun tangga jer...
aku lak over jerit kan..
si starbuck latte?...wakil rakyat memang cenggitu...dunia ko dunia ko..dunia aku..jangan kaco.

time ni dah fedup!
aku ajak bebudak ni masuk rumah
dah le panas terik

4 budak ni bila combine...
mak aih!!!
bahaya!!!

Hari Raya Part III
Me Naughty..me Netty

Tuesday, September 4, 2012

Sesi Memohon Maaf Anak Beranak......Raya ala Nottinetti

Malam Raya tu, aku tidur lambat...sebab kemas rumah, mop simen keluar pinggan mangkuk bagai
adik ipar aku pulak dalam pantang so tak di ijinkan buat kerja-kerja berat.
akukan nottinetti....boleh transform jadik bibik, orang gaji, pengasuh, datin, kaki pukul, puan sri, ultromen, gaban...dalam sekelip mata.

pagi raya tu...aku bangun awal...nak kejutkan anak-anak akupun tak susah..senang jer
cubit jer, confirm bangun.....yang susahnya nak kejut bapak budak.....haishhhh...
gambar bawah ni...try test dulu sementara tunggu atok and bapak-bapak budak ni balik sembahyang raya.


test, test, test....


baru perasan vakuum kat belakang tu
kacau daun jerk! Taulah baru beli......

pumpang pumpang...setelah memarahi anak masing-masing yang buat perangai...
maka acara yang ditunggu-tunggupun tiba..

acara mintak maaf sambil hulur duit raya secara ikhlas...
dimulai dengan.......
suami aku.....hulur kat bapak mak aku....


then, aku punya turn pulak.....
e'eh boleh pulak hero remaja tu senyum..cover lah sikit...buat muka sedey ker....apa ker...


ha, time ni kelam kabut nak cari duit raya mak abah
sebelum ni dah standby....boleh pulak si starbucklatte campur adukkan sampul..
memang kelam kabut cari nama mak aku kat sampul raya tu...salah bagi maka salahlah jumlah $$$$ yang dapat......


Tadi al imran inter frame..sekarang si cikedis ecah pulak...
korang memang sukakan over the shadow?!


then giliran anak-anak buah kedaun....dimulai dengan Ain...
tahun ni dia dapat spesel sikit..tak dapat duit tapi.....emas...huhuhu...
sebab makngah korang dah sewel pada emas.
pas ni giliran adik ecah pulak yer......tunggu tahun depan insyaalllahhhh.


pada ecah ku senyum simpul
sebab dia macam aku..suker bergaya..
wah! dan suka puji diri sendiri..sama cam aku kan????


Ni laki aku pulak kasi duit raya
kita orang bab-bab duit raya ni tak geng...dia...sampul dia..aku..sampul aku..
eheheheheh.......sampul dia patriotik sikit..sampul aku blink! blink!


last sekali untuk anak-anak..
laki aku kasi duit kat anak-anak...dan aku tukang collect....
bukan apa....takut ooooo...Al Imran n AL Irfan ni lain sikit
mau dibuangnya sampul tu
sapa yang nangis?????
mak diorangggg jugak.

aku???? aku tak dapat apa-apa ker?
eh! net dapat..mesti dapat punya..
dapat ni..
cium raya jer...
ehehehehe


dalam gambar kat bawah tu macam laki aku gigit cuping telinga aku pulak...
ngeri!...
apa-apapun kami tak adalah adengan nangis over-over cam kat tivi tu...
semua happy dapat $$$$$$

seterusnya standby untuk makan jer....

Habis Hari Raya Part II

Me Naughty..me Netty

Mulakan Entry Raya Dengan Publish Gambar Anak-anak Kesayangan......adeeehhhh...


Okey..orang semua udah berehhh upload gambo rayakan?
so, giliran mua pulak nak citer kisah raya....
so, aku mulakan dengan show off gambar anak-anak dan anak buah-buahan kesayangan ku dulu.
pelakon: Al Imran, Al Irfan (starbuck latte), Ain & Ecah.


 Kali ini giliran adik aku beraya dengan aku kat kampung mak aku di Alor Gajah, Melaka.
kami terdiri daripada puak rumah biru the king dan puak rumah mewrahnyer makngaaaah.....
pagi itu setelah salam kaut duit rayo
mereka telah dipaksa bergambo...
macam-macam peel memasing.....
mana yang menjerit nak bertudung laaa.....dah macam telekung lak gayanya bila si Ecah pakai tudung mak dia....mana yang buat perangai laa...anak akulah tu...si Imran. Manjaaaaang dengan citer kartun dia..takde perahsaan nak rayer langsung!


 Haa, ni kira gambar yang okey sikitlah...tapi si Ain tu..yang tudung hitam ala warak tu
macam hmm something wrong somewhere...lebih-lebih lagi tengok gambar starbuck latte yang garang tu...takot aku.


Lagi suruh dok dendiam..lagi buat perangai yer...
haa buatlah...buatlah...bukan kena bayor pun..
haa buaaaattt!!!!!!!!


maleh nak cakap....muka korang memang lawa.....
starbuck latte? ko kenapa nak????
marah ngan ibu ker???


ambik gambar sipi lagi senang kot...
tapi......


starbuck latte ni cam tak pueh ati jer ngan aku..
isk...isk senyum la sikit..
aku rasa time ngandungkan dia, bukan tahap senyum...gelak berdekah2 aku dibuatnya dengan ayu
tapi keluar...cam telan cuka sebakul
tapi apa-apapun..kamu tetap comel..
balik rumah rasa nak lipat sajer kamu..dan uli cukup-cukup

muahahah

Raya Part 1 selesai
Me Naughty..me Netty

Tuesday, September 27, 2011

Lagi 3 jam setengah saya akan settle puasa 6...esok saya ada buat party ringan-ringan sikit.

Hmm rasanya macam nak senyum sampai ke telinga..
janganlah bendera merah jap lagi..tapi kalo ikut kalender judi.....aku bendera merah 1hb.....hmm ok lagi.

So, esok dah set dengan kerani aku.....sorang bawak mee hon, sorang tolong rebuskan nasi impit
dan aku sendiri akan masak rendang ayam dua ekor. Harap-harap jadilah hendaknya.

and some more......kalau sempat malam ni aku nak buat PAVLOVA.....harap-harap sempat beli strawberry and berries kat Carrefour malam ni after kelas and aku berharap kelas aku malam ni habis around 9.oo tepat. boleh aku lari ke Giant Sek.13, Shah Alam (In case nak ke Carrefour tak sempat).

So kawan-kawan ofis aku.....jangan beli breakfast yer.....esok aku bawak makanan. Last RAYOOOO!!!!!!!.

Me Naughty..me Netty

Wednesday, September 7, 2011

Pufff !!!!! Just lost all my Hari Raya Pictures.

geeeee...geee.....
thank god half of the pictures (not include raya pictures) dah selamat I tepek dalam blog I......
so..takdelah annoyed sangat......

tapi yang sadis sekali all my raya pictures hilang..
mulanya semalamlah...I transfer folder raya ke my external hard disk.....
pagi ni bukak balik...tengok-tengok hilang!...ada 3 pictures je dalam tu...
alohlah, tak dapat nak tunjuk gambar my little starbucks latte kena gigit dengan seseorang sampai lebam.

adoyai........

tapikan...it just lucky me......half of gambar raya, I sempat transfer kat my dad's computer time raya hari tu....
nasib tak lost semua......idok nangis teman....

pufffff!!! 24 kali.
Me Naughty..me Netty

Tuesday, September 6, 2011

Peristiwa ini Khas buat korang-korang yang punya anak-anak aktif pecahkan pasu bunga di rumah orang.....

Muahahah sentap tak?....kih kih kih.....
aku bukan apa........bukan nak cari dosa baru.....tapi cuma nak ingatkan pada mak...bapak yang masih buat deeekkk jer perihal perangai anak-anak pabila bertandang di rumah orang.

Kejadian benar ini berlaku kat rumah mak aku kat kampung, Raya ke-2 time tu.
Disaat kami sekeluarga sedang bersenang-lenang (rehat sebentar sebelum tetamu lain sampai)
tetiba ada suara orang bagi salam...
tetamu yang sampai tak lain tak bukan sedara dekat jugak......dan yang pasti, aku sudah nampak dia punya 2 orang anak....satu laki satu fomfuan. Apa pulak kerja yang bakal budak berdua ni buat tahun nie...
Tahun lepas habis semua barang permainan Imran pecah. siap aku jumpa kat garage kereta bapak aku lagi...sampai ke sinun diaorang bawak permainan...takpe..achik tak kisah........korang datang berayakan....

Tahun nie..bila achik nampak korang keluar pintu kereta.......sepantas kilat jugak lah achik sorok permainan Imran yang sedang blur-blur tengok perangai separa sedar mak dia ni. Tapi, apa kan daya, dalam dok aku sibuk sorok mainan Imran and campak dalam bilik aku....aku terlupa basikal roda tiga si Starbucks latte(Irfan) yang tersergam indah dimuka pintu.....habis la besikal yang baru beli tak sampai dua hari tu. Si irfan pulak tidur dengan lenanya......dengan harapan, jap lagi bangun nak main besikal.

Nak taknak.....budak berdua tu......tanpa salam aku...dia gie salam besikal si Irfan dulu.....
HABISSS!!!!!!......
besikal roda tiga yang belom habis pantang tu.....yang selama ni dinaiki oleh Irfan secara lite-lite.....
huh! dapat jer kat budak berdua tu..macam-macam diaorang buat... dua beradik tu naik..bawak laju-laju...then berebut lak dengan si kakak sekejap diaorang bawak besikal tu...sekejap besikal tu bawak diaorang...tak faham aku....Mak bapak diaorang mana?....haaaa mak bapaknya sedang syiok berborak kat meja makan...mata aku kejap layan maknya bercerita kejap jeling budak berdua tu......

Si Imran???? dia leka main train dia.....selagi takde orang usik train dia..selagi tu laaa dia dalam keadaan selamat...........anak-anak buah aku yang lain (ain and aishah) tengok jer cam patung kat tepi aku....panik kot tengok perangai budak cenggitu.........

Sampai satu tahap........dia main langgar jer kerusi jati bapak aku dengan basikal tu......(bapak aku tido)......tercabut jugaklah bakul besikal tu...adehhhhhhhh..........yang best tu, adik ipar aku pegang tangan budak tu (si adik lelaki)....di tepis tangan adik ipar aku...mak aiiii...budak oiii.....

dan yang paling best ni...aku kasi duit raya yang aku buat sendiri tu....yang cantik tu...(sebab sedara dekat kan)........selamba dek jer depan aku dia flyingkan (campak) duit raya atas kerusi......ya rabbi..kang aku kutip balik kang..xdo ko duit raya..bukan sikit achik bagi.......tahap sedara dekat kalo tak RM10 tak sah!...ko campak jer budak???!!!! then aku kasi gift bag yang aku buat........dia koyak depan aku???!!!! makkk aiiiiii.......siap pilih gula-gula mana yang dia nak....biskut oreo dia campak balik kat aku....dah jadi gol keeper dah rupa aku and adik ipar aku ni.........dasar!!!!!

Maknya???
biasalah gelak-gelak jer....bapaknya tak nampak..aku rasa kalo sepupu aku tu nampak perangai anaknya,.....mau kena debik.....maknya lembut bnor.....aku????? aku tengok adik ipar aku adik ipar aku tengok aku.....
eeeh!! tapi ada yang lagi best!!!!!!!
show bebudak dua orang tu belom tamat....
time kami babai-babai....si bapak and si kakak dah naik kereta...si mak tunggu bapak gostan kereta...si anak lelakinya...tetiba angkat itik kaca kat depan rumah...dia angkat tinggi-tinggi..........aku tengok dengan perasaan  errr tak tau..sebab aku ingat dia just nak angkat...yang mak aku ingat dia sengaja nak pegang itik kaca tu nak timbang berat, adik ipar aku ingat dia pegang bola....(lagi teruk).........

suddenly.....dia campaknya itik tu depan kitaorang...hancus berkecai itik tu.......
aku just cakap kuat-kuat........... Itik!!!!!!!!!!...
mak dia...Allaaahhhhhhhh!!! itu itik kaca sayang!!!! (boleh lagi cakap sayang, kalo aku.....tak telinga, tangan tu aku pulas! kalo anak akulah......kalo anak orang aku cubit-cubit love bite jer)

Mak dia gelak-gelak and cakap..ooooo saya tau kenapa dia baling...sebab semut banyakkkkkk dan terus babai....masuk dalam kereta......ya rabbi...

kami sengih-sengih pucat jer............sejam jugaklah kami dok kat meja makan sambil berborak perihal tetamu tadi.......

aduss..kepada mak bapak di luar sana termasuk aku, kalao bertandang rumah orang, perhatikan jugak anak-anak......tak elok rasanya kalo korang anggap rumah yang korang lawat tu sebagai taska........itu kalo pecah kaca pecah gelas.....kalo bertikam anak-anak ngan pisau....camno???? haaa jawab.......


psst- aku bukan nak kata anak aku baik sangat atau suci murni....tapi kalau gie rumah orang, dia dah nak sentuh itu ini, aku jeling jer.........dia dah nangis. Ehehehehe..........

Me Naughty..me Netty

Thursday, September 1, 2011

The Best Raya Ever!!!!!!!

Kami sekeluarga kaler fink tahun nie.....

Alhamdulillah....Raya Tahun nie memang best of the best laaaa......seronok sangat tak terhingga...
sampaikan aku takde masa nak ucap selamat hari raya kat korang, tak sempat nak mintak maap kat korang walaupun aku takde salah kat korang......tak sempat nak hupdet apa-apa check list time sehari nak sambut raya...
BUSY MUA nie beb...

lagipun aku suker sebab tahun nie..baju raya husband aku tak terbakar dek api rokok....clear jer bajunya haa......baguih! baguih!

Tapi rasanya..raya sebulankan????
so masih sempat aku ucapkan

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
MAAF ANDAINYA ADA TERKASAR BAHASA, TERCARUT KATA, TERBLUE SANA SINI SAMPAI KORANG NAIK STIM............MAAF LAA YER........DAH CENGGINI PERANGAI AKU KAT ALAM SIBER NIE..KAT ALAM NYATA AKU NIE ALA-ALA USTAJAH SKIT MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA

Ok, sapa nak duit raya..(anak-anak krang jer) jom lah jumpa kat KL hokey.......

psst-psst mana-mana yang masih tunggu kad raya aku..ehehe lepas aku balik raya yer...ni aku tengah raya sakan lagik....
Me Naughty..me Netty

Saturday, August 27, 2011

Senarai Semakan Untuk Hari Raya - Hand Bag and peng'cover' lemak?????

Huhuhuhu......
DOUBLE CHECK!!!!!!!!


ini barang sudah selamat sampai dari Dubai..thans FIRAHADIFA......kerana
sudi bawakkan untuk aku.....eheheheheh ingatkan dapat after raya.....
love too da max...

dan barang kedua ialah
penyorok lemak berkesan..ehehehhe
yaitu SPANX...
girdle ni sampai kelmarin at kampung..suker gilos......
weeeeee

Yehaaaa..raya sakan mua....
ehehehehe

Me Naughty..me Netty

Peringatan Buat Korang Semua................

Kepada Kakitangan khususnya,

Gaji dah masyukkan 24hb sudah??? haaa......aku nak ingatkan semua....yang dah ingat tu baguslah.......
Dapat gaji, perkara utama bayar dulu hutang kereta, kredit kad, insurans anak-anak dan apa-apa hutang yang wajib diselesaikan dalam bulan itu.

Faham-faham, korang banyak nak guna duit, nak kasi mak bapak.....nak kasi anak-anak buah.....nak beli ayam, daging, gajah untuk buat rendang bagai......hmm..tapi settlekan dulu hutang-hutang. Kang korang lewat-lewatkan bayar...huh buatnya terpakai untuk benda lain.......kan dah garu kepala...bila pihak bank call tanya bila boleh masuk duit bayar hutang?.....huhuhu....

Tapi, so far aku ke Maybank Tampin tadi...penuh sesaklah orang cash depositkan duit. Borak ngan pakcik depan aku and aci sebelah aku, semuanya nak settle bayarkan apa-apa yang perlu dibayar dulu...baru senang hati nak berbelanja duit untuk hari raya.

hmm....korang macam mana pulak?????? dah bayar hutang????
Me Naughty..me Netty

Friday, August 26, 2011

Senarai Semakan Untuk Hari Raya - Goodies Bag???

CHECK!!!!!




Huhuhu...just a simple door gift untuk kanak-kanak riang yang nak datang beraya di rumah Mak Bapak aku tapi dengan tujuan nak duit raya. Makan Takmo!!!!.......bosan aku tahun lepas, budak-budak datang, aku just tanya disebalik pintu pagar. Nak duit raya or nak makan?.....diaorang sama-sama jerit nak duit rayaaaaaa!!!!!!!. Dah dapat duit raya, masing2 blah.

Kali nie, aku bagi suprise sikit, aku kasi goodies bag and duit raya setiap sorang. Buat bekalan naik besikal ke rumah orang-orang kampung nanti. Sesambil tu aku kasik warning, bukak duit raya bila keluar dari kawasan rumah. jangan buang sampul kat depan rumah ni...ehehehe...kena warning, kang diaorang dapat duit raya jer...terus bukak sampul and ambil duit raya, sampul bersepah diaorang buat....akuuu jugak kena kutip sambil meratap sayu.....Huh! kena ajar skit diorang mengenai kesedaran sivik ni. Raya...raya jugak.

Isi dalam goodies bag tu apa ya?
|
-Biskut Oreo
-Cokolat ferrero rocheeee
-Churp-churp Lollipop
-Sticker sponge bob

plus duit raya.

harap-harap kanak-kanak suker laa hendaknya.............

Aku sediakan dalam 30 bungkus goodies bag jer.........kanak-kanak datangpun aku target 15 orang jer...lainlah Pak Amri kasik RM50 sorang...mau satu Negeri Melaka kanak-kanak datang beraya.


Me Naughty..me Netty

Wednesday, August 17, 2011

Hari Ni Ada Majlis Berbuka Anjuran Ofis Aku, So Aku Ada Sedikit Door Gift Gitew.....

Huhuhu bulan baik nie eloklah kita berbanyakkan sedekahkan?
Baju dah beli banyak-banyak...mahal-mahal..takkan tak mampo sedekah ehehehehe..(aku tujukan khas untuk diri aku sendiri)

oleh yang demikian,
aku ada sesuatu  berupa door gift untuk semua bebudak ofis aku :) yang attend majlis berbuka puasa todaylah...yang tak attend tu eheheheheh........nanti-nanti aku fikir, nak kasik or tidak...muahahahahah........

so, petang nie kami berbuka di Kuala Lumpur International Hotel. Nasib baik oyat ikut sama, idok aku sensorang jer pompuan yang pergi.

apa yang aku nak kasi yer?...
ooo takdelah hamper raya giler-giler.....just a small gift untuk berbuka.....

iaitu....

canister raya......dalam tu ada choco dates.....8 bijik.


tu..isi dia kat dalam tu....

siapa yang buat?...
haaaa SIL aku yang buat....dari blog The Functions 




kalau korang berminat nak buat customize canister for raya, birthday, kahwin......boleh contact me or my SIL yer......:)


Aku harap budak ofis aku sukalah terima door gift nie........ikhlas dari aku dan suami aku.

Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno