Showing posts with label door gift. Show all posts
Showing posts with label door gift. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Senarai Semakan Untuk Hari Raya - Goodies Bag???

CHECK!!!!!




Huhuhu...just a simple door gift untuk kanak-kanak riang yang nak datang beraya di rumah Mak Bapak aku tapi dengan tujuan nak duit raya. Makan Takmo!!!!.......bosan aku tahun lepas, budak-budak datang, aku just tanya disebalik pintu pagar. Nak duit raya or nak makan?.....diaorang sama-sama jerit nak duit rayaaaaaa!!!!!!!. Dah dapat duit raya, masing2 blah.

Kali nie, aku bagi suprise sikit, aku kasi goodies bag and duit raya setiap sorang. Buat bekalan naik besikal ke rumah orang-orang kampung nanti. Sesambil tu aku kasik warning, bukak duit raya bila keluar dari kawasan rumah. jangan buang sampul kat depan rumah ni...ehehehe...kena warning, kang diaorang dapat duit raya jer...terus bukak sampul and ambil duit raya, sampul bersepah diaorang buat....akuuu jugak kena kutip sambil meratap sayu.....Huh! kena ajar skit diorang mengenai kesedaran sivik ni. Raya...raya jugak.

Isi dalam goodies bag tu apa ya?
|
-Biskut Oreo
-Cokolat ferrero rocheeee
-Churp-churp Lollipop
-Sticker sponge bob

plus duit raya.

harap-harap kanak-kanak suker laa hendaknya.............

Aku sediakan dalam 30 bungkus goodies bag jer.........kanak-kanak datangpun aku target 15 orang jer...lainlah Pak Amri kasik RM50 sorang...mau satu Negeri Melaka kanak-kanak datang beraya.


Me Naughty..me Netty

Wednesday, August 17, 2011

Hari Ni Ada Majlis Berbuka Anjuran Ofis Aku, So Aku Ada Sedikit Door Gift Gitew.....

Huhuhu bulan baik nie eloklah kita berbanyakkan sedekahkan?
Baju dah beli banyak-banyak...mahal-mahal..takkan tak mampo sedekah ehehehehe..(aku tujukan khas untuk diri aku sendiri)

oleh yang demikian,
aku ada sesuatu  berupa door gift untuk semua bebudak ofis aku :) yang attend majlis berbuka puasa todaylah...yang tak attend tu eheheheheh........nanti-nanti aku fikir, nak kasik or tidak...muahahahahah........

so, petang nie kami berbuka di Kuala Lumpur International Hotel. Nasib baik oyat ikut sama, idok aku sensorang jer pompuan yang pergi.

apa yang aku nak kasi yer?...
ooo takdelah hamper raya giler-giler.....just a small gift untuk berbuka.....

iaitu....

canister raya......dalam tu ada choco dates.....8 bijik.


tu..isi dia kat dalam tu....

siapa yang buat?...
haaaa SIL aku yang buat....dari blog The Functions 




kalau korang berminat nak buat customize canister for raya, birthday, kahwin......boleh contact me or my SIL yer......:)


Aku harap budak ofis aku sukalah terima door gift nie........ikhlas dari aku dan suami aku.

Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno