Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Wednesday, March 18, 2015

Oklah...Fine...I tak Diet Today.

errr. not just today but yesterday...yesterday terday.....day...day...ay...ay.
ahahahahah serius badan dah memang naik okey.
Kalau yang ada kata aku nampak slim...memang aku aku tau bahawa kata-kata itu adalah plastik pujangga semata-mata.

pagi ni, dah selamat kuew tiaw goreng daging ni dalam perut aku. Haaa see...seee heavy breakfast bak hangggg. 


Dah makan baru menyesal. Selalu macam tu. Sebelum makan tak terfikirpun menyosal ke, kadar pengeluaran negara kasar tang perut ke......lemak tepu ke...haish.

.....


Wednesday, April 23, 2014

Diary diet nottinetti Hari ke-15....KFC itu membunuh diet aku!

Hi, hari ni aku start balik show foto-foto menu diet aku.
Ini menu untuk semalam......aku dah diet hari ke-15. Cepat jer kan?...
and tipulah kalau aku katakan yang aku tak curi tulang langsung. Ada masa yang aku tak dapat elakkan. Maka terambil lebih kalori dan aku akan berlaku jujur.
What did I do.....contohnya aku terambil fast food....terrrrr sangat. Aku akan kira kalori fast food tu and di situ aku akan anggap satu hutang yang perlu aku bayar jika terlebih dari 1000 kalori. Cara untuk melangsaikan hutang tu adalah dengan bersenam. Itu jerlah pun yang aku mampu lakukan. Oh! ya. aku juga ambil teh orang kampung. Maybe dah terbiasa. kasi buang angin sikit dalam badan.

Tamat. Jom tengok menu aku semalam.

Breakfast pagi seawal jam 0630.
Blended strawberry + kiwi + air masak
Sedap stim stim gitew. Maybe kiwi tu memang dah masak ranum and stobery very the manis.
kalori - 66
Kemudian aku dah mula start tapau makanan ke ofis. Best juga tapau ni. Tapi kena bangun awal la kan.
Aku pun dah mula berjinak-jinak dengan Bento. Kagum betul bila tengok youtube cara buat bento. Aku ikutlah cara diaorang tu tapi macam sayang oooo nak buang lebihan makanan. Aku simpan jer mana-mana lebihan buah yang aku potong untuk blend keesokkan harinya.

Taraaaa.....ni bento aku.
Menu tengahari (tapi ada juga yang aku ngap around 10.00am. Makan sedikit-sedikit takpe.
Aku buat ayam panggang and mushroom, ada tomato cherry, kiwi, starberry and sayur-sayuran.
kalori - 245

aku juga makan yogurt petang tu, around 3.35 pm
kalori - 143

dan untuk makan malam....hmm yang ni aku ke laut sikit. Memang sesat barat lah.
After office hrs aku jalan-jalan ke Midvalley. Lama juga aku jalan. Then lapar. Macam biasalah......lalu depan KFC, terasa macam kena pukau pula. Aku tengok jam dah pukul 0645 pm. Haa apa lagi tapau dinner plate untuk suami and snack plate untuk aku makan kat situ. Licin aku makan....lepas tu nyesal tak sudah. Mula la nyesal....and soalan demi soalan berlegar-legae di kepala otak aku ni such as 
"kenapalah aku tak buang kulit tadi?", 
"apsal aku pergi makan kentang putar ni pula?", 
"Tak makan rotipun takpa tadi" ....Nangis T_T.

Aku makan sebiji macam gambar bawah ni.

ehsan encik google.

Sebab malu, aku kecilkan gambar KFC tu...Choiiii!!!
Kalori satu set hidangan- 1250 ---- T_T nangis.

So total kalori untuk day 15 adalah 
- 1704 -

Aku sentap dengan kalori kfc tu. Balik rumah terus aku buat senaman stepper satu jam.
Itupun tak mampu sangat nak hilangkan lebihan kalori 704 tu. Haish. 
Tapi seronok juga pakai stepper sebab sambil senam sambil tengok The Matrix. Sedar-sedar dah 3000 step aku buat. Wallauwwweyyy.

hari ni punya menu pun macam best nak kongsi. Tapi kena tunggu esok.
macam nak tergelak tengok menu bento aku ni ahahahahha.

Adios.

psst- yang bertanya berat badan aku sekarang? Maaf lah aku tak timbang langsung. ehehehehhe

Friday, September 27, 2013

Burger bakar.....second time makan


 
ada kawan ofis jual
and pucuk dicita ulam mendatang
belilah....
 
so far tak rasa betul-betul lagi
baru rasa sipi sipi
and sodap la...baru sipi-sipi jer
tak rasa betul-betul ahahahah
....
....
sebelum ini makan burger makan abang burn time berbuka puasa hari tu kat Ampang
hmmm cam tak berapa sangat
lupa pulak nama burger dia...
beso kemain.
RM9 hengget
 
balik kang rasmi
 
sekian,,.....

Friday, March 2, 2012

Tetiba Nak Makan Bento


Sib baik ko kerja net....so dapatlah merasa beli Bento duit sendiri
aku kan over..pantang tengok drama Korea atau jepung
kalo bab artis sana tengah makan dalam drama,
mulalah aku leleh....nak makan benda sama

ni kes aku tengok cerita jepung laa...tetiba nak makan bento macam retis jepung tu
tak lain tak bukan aku  berdesup ke kedai runcit kat Midvalley
wah!!! kedai runcit ko lebelkan shopping mall tu Net??????!!!!
ahaks.........
aku ke jusco petang semalam and terus cari bento
nampak beto yang small set
aku tamak!!!
taknak yang small
aku nak big size macam takuya punya lunch set

so aku amik set kat atas tu, rege rm11.90sen satu set
berkobar-kobar ni.....ke jusco midv hanya nak beli
mende alah ni
then balik umah.
laju-laju carik chopstick!
sudu garpu tak pandang dah.......
start makan sambil tengok tibi
cedaaaaaaapppppnye...
tapi tak habis......
sebab terlalu banyak.
napsu...napsu.....
lenkali beli yang small size......toksah gatai cari big size
ko makan sorang Net! bukan share....

oh lupa isi dalam set bento adalah ayam sayur, hot dog, nasi, er dan adalah..aku tak tau nak sebut

sekian.


pengaruh tibi ke atas aku memang kuat!

Me Naughty..me Netty

Saturday, November 26, 2011

Ahhh Tak Tahan Tengok Tart Telur...

Pinjam dari blog zaidahluqman.blogspot.com

hmm...aku pantang kalau jumpa tart telur.....
pantang beli..tapi takdelah sampai ngidam-ngidam......
kalau keluar ke kedai ke....*kedai roti*...kalau jumpa tart telur
memang aku akan beli....

semalam after tengok Twilight...
aku terserempak dengan satu kiosk menjual pelbagai jenis tart..
ada tart cheese, tart pandan, tart chocolate, tart telur
uishh..tapi aku lebih suka old tart
TART TELUR
eheheh
alahai aku lupa nak snap gambar tart and kotak tu..
kiosk tart tu macam big apple jugaklah yang jual pelbagai jenis donut..

hmm..tapi frust betul
tadi aku hantar cuci kereta..
baru perasan ada kotak tart kat belakang seat..

aduhhh!..aku lupa bawak keluar semalam tart kat dalam kereta aku..bukak-bukak jer tart dah c
hancus.....
udahnya.....ke tong sampah..
aku beli 6...dapat makan 2 jer..(makan sejurus after beli....makan dalam kereta)
haish..sayangnya..
ni teringat baik tart....
yum..yum..yum 


Me Naughty..me Netty

Wednesday, November 23, 2011

Kepada Adik Yang Jual Hot & Roll At Petronas Bukit Jelutong..........

adik yang cantik manis....

kamu memang pandai buat hot & roll...

dan saya sekarang ini melantik kamu sebagai pembuat hot & roll saya.....

dan kamu juga melantik saya sebagai pelanggan tetap kamu......mengorder hot & roll.

tapi adik manis, betoooiiiiiii akak memang buat biznes...tapi bukan biznes hot & roll....tapi biznes cake!

sangat tergeli ketiak akak bila adik manis tanya berapa keuntungan akak hasil daripada menjual hot & roll yang adik buat...

mula-mula akak tak faham....tapi selepas melepaskan sedas kentut..baru akak boleh berfikir...

oooo selama ni adik ingat akak order hot & roll adalah untuk dijual di kelas la yer???? isk isk isk....terkedu akak...(bagus jugak idea adik) asik bagi bebudak kelas akak makan free jer pun borink jugak....hmm after this akak nak charge diaorang 2 kali ganda boleh??????

eheheh...adik manis, apa yang akak order selama ni kat adik...beef pizza tu...yang sebanyak 20 keping setiap 4 kali seminggu tu, bukanlah niat untuk menjual...tapi tu semua adalah ikhlas akak sedekah pada anak-anak ikan yang tunggu kat kelas...eheheheheh (geng-geng kelas akak daaa)
thanx mr google
sungguh dik! akak tak jual semua tu...itu semua memang akak belanja kawan-kawan akak.......
kalau adik nak..adik leh join kelas akak..leh adik rasa akak belanja adik pulak ehehheehhehehehehehe

patutlah sebelum ni akak asyik tengok partner adik sok sek  sok sek dengan adik bila akak mintak nak 15 keping hot & roll....rupanya isu ini yang dibincangkan...........isk isk isk

Me Naughty..me Netty

Friday, October 7, 2011

Saya dibelanjai di Nandos.......nak tengok apa menu dia....?

Selama ni ambik guna digital camera biasa....takdelah berselera sangat...sampailah suziey.com yang snap guna my red Yuna DSLR.....hukmakaiiii boleh lapar balik kalau tatap gambo tu hehari.....

 sayur

 ubi

 roti
 kentang
 jagung
 ayam
 orang
manusia


ehehehehehehehehehehhe
love the piccas to the max....
kena berguru ngan suziey.com ni...
Me Naughty..me Netty

Wednesday, September 28, 2011

Sekejap je makanan dah habis....alhamdulillah......raba perut masing-masing...

Buat pertama kalinya aku nak ucapkan terima kasih pada kak "Maya Karim" @ akak KTA aku kerana berjaya menghilangkan kemasinan rendang ayam aku. Cayalah kak.......akak berjaya totop molot orang-orang yang akan bagi peribahasa perli pada saya seperti rendang masin tandanya nak kawin tu........uishh ko..akak dah kawin nak kawin apanya lagik...somi akak idop lagi haaaaaaaa.......

huhuhu ok...dengan ini selesailah sudah majlis raya kelolaan saya tadi yang diadakan secara lite-lite.......bebudak ofis sangat baik budibahasa mereka..masing-masing makan sekelompok jer and makan tunduk tak pandang kiri kanan. Tak taulah sama ada lapar atau disiplin diri yang diterapkan di dalam diri masing-masing sejak lahir. Tak percaya?? lihat gambo ni.

kan? macam penempatan sekelompok jer........macam bau lepas kena tazkirah dengan akak Maya Karim pun ada haaa........


see....habis kan?...tinggal saki baki jer..........laju pulak tu habis.....tapi aku tengok 2 ekor ayam macam tak cukup jer untuk kami makan...padahal budak kat ofis bukan ramaipun..yang kat atas tu jer....tapi cepat habis..alhamdulillah....senang nak basuh tupperware nanti. Apa-apapun ramai yang suka kuah kacang aku....ehehe.......oke..jap lagi ada jamuan sesi kedua sebelum sessi ketiga dan yang terakhir kat seksyen lain..yippeee.......

anyway...aku nak ucap tq kat orang kuat aku......Oyat and Lela keran turut merealisasikan impian aku untuk adakan majlis raya lite-lite sempena menyambut aku berjaya puasa 6.

Lela baju fink and Oyat baju pepel...aku baju itam

saya suka tengok budak ofis saya makan......takde nego-nego.....kasi licin terus!

Me Naughty..me Netty

Tuesday, September 27, 2011

Lagi 3 jam setengah saya akan settle puasa 6...esok saya ada buat party ringan-ringan sikit.

Hmm rasanya macam nak senyum sampai ke telinga..
janganlah bendera merah jap lagi..tapi kalo ikut kalender judi.....aku bendera merah 1hb.....hmm ok lagi.

So, esok dah set dengan kerani aku.....sorang bawak mee hon, sorang tolong rebuskan nasi impit
dan aku sendiri akan masak rendang ayam dua ekor. Harap-harap jadilah hendaknya.

and some more......kalau sempat malam ni aku nak buat PAVLOVA.....harap-harap sempat beli strawberry and berries kat Carrefour malam ni after kelas and aku berharap kelas aku malam ni habis around 9.oo tepat. boleh aku lari ke Giant Sek.13, Shah Alam (In case nak ke Carrefour tak sempat).

So kawan-kawan ofis aku.....jangan beli breakfast yer.....esok aku bawak makanan. Last RAYOOOO!!!!!!!.

Me Naughty..me Netty

Friday, July 29, 2011

Tengahari Tadi Kami Mamam Kat Chilis, Midv..........kenyang giler...

 hehehhe...korang kenal tak meja ini????

 korang pernah rasa tak molten kek chocolate ini???

 korang suka tak mamam mendealah kat atas tu???

Kami suka suki makan di situ.......sangat ceria.......
makanpun begitu lahap sekali...
ais lemon tea juga diisi 2 kali....
sangat bahagia.....
bahagia sekali


Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno