Hi kengkawan jelites and handsemness sekalian.
Pepagi lagi I dah psycho dengan diri sendiri. Eh! kenapa ko kak???.
Semalam adalah hari yang tak berapa nak indah. Padan muka untuk diri sendiri. Pagi ni dah tobat taknak dah ulangi perkara yang I buat semalam. Hazabnya Ya tuhan ku.
"Pernah tak korang nak "gossip" sesama group member dalam whatsapp sekali korang tersalah hantar pada (pelakon utama) orang yang ko gossip tu. Ahhhhhhhh!!!! menyesal and pengajaran berguna untuk I and taknak dah buat. Tu la dah kata jangan gossip, ko gatal tangan nak gossip. Ambikkkkk. Sekelip mata apa sahaja kerja yang kau nak buat jadi serba tak kena. Haaa meroyanlah sampai dalam tidur.
Ok baki sisa-sisa serba salah masih ada pagi ni. Maka nak muhasabah diri, mulalah google surah-surah bagi tenteram jiwa sikit. Betul la apa orang kata. Dah terkena baru nak insaf. Hahahah memang I insap...insap sangat. Tapi apa kan daya, time ko dah insaf, ada jer yang ajak bergossip. Maka kengkawan ku yang berkenaan, kalau I diam tu maknanya I dah taknak join gossip ya. Namapun dah insaf gitew.
Tapikan....
Biasalah manusia, bila dah google surah-surah then tetibalah terbuka youtube konon nak dengar certain-certain ayat Al-quran.....tapi bila kat hujung youtube tu kau tengok ada model Victoria Secret 2015, mulalah kau ter'click' ahhhh! ngengada. Kau perati model two piece tu satu persatu yang mana at the end kau pula yang psycho sorang-sorang depan monitor. Psycho sebab kenapa kau anak dua tak dapat body guitar macam model-model VS tu. Padahal model tu ada dah anak 3 kot. tapi pinggang, peha humakaiiiiiii........dan kau mulalah nak sedih meratap sayu sorang-sorang depan PC. Ni kalau aku ngadu pada kawan gym aku si Liya tu confirm kena maki hamun + tazkirah free. Dah siapa suruh taknak berubah kenz.
Maka aku pangkah youtube. Aku buka website Zalora.com pula. Haaa aku memang berkenan design baju Fiziwoo. Seyes kenan sangat dah. Tapi bila tengok measurement terus ko slow-slow pangkah website tu. Haaa heart broken lagi sambil menyumpah dengan kadar pengeluaran kasar pada body sendiri yang mencanak-canak naik.
Then ko dah jadi tahap feed up and terus buka instagram lalu ternampak seorang fashion designer handsome. Ko baca lagi insta mamat tu. Eh! dah bertunang....mati-mati ko ingat gay. Lalu kau senyum sorang-sorang sambil tengok siapa bakalnya. Sekali kau perasan bakal nya adalah very low profile (bukan tahap-tahap retis) and biasa jer bagi kau. Terus kau whatsapp BFF kau and hantar gambar si polan yang dimaksudkan. The best part with your BFF is....she never kutuk or gossip or hina or whatever. She is very happy with that news dan terus kau rasa tenang sbb ada BFF yang berjiwa murni yang mana boleh jer dia nak ajak gossip disamping tambah dosa. Tapi BFF I tidak ke arah itu. I luv u la BFF.
at the end adalah rasa kurang sikit psycho
walaupun dalam hati ada terdetik
"kenapa lah laki aku bukan fashion designer?"
opps matilakatak.
Me Naughty..Me Netty
1 comment:
takde post baru ke sis?
Post a Comment