Bismillahirahmanirrahimmmmmm...
Nak buat entry sensasi ni kena banyak baca doa agar aku tak terlalu emo atau ke laut disamping tak tersalah cakap yang boleh menyebabkan aku jadi femes dengan kutukan dalam masa 1 hari atau hari-hari mendatang.
Sejak GST ni di implement kan di Malaysia ni, kemain kecoh orang dok gossip. Sampai berbuih-buih mulut and slim jari tangan tu dok kutuk GST ni. Dari aku bangun tidur sampai nak tidur balik memang kalau tak ada word GST pada whatsapp aku ni, memang tak sah. Siap aku boleh mimpi-mimpi lagi lah pasal isu ni. Anak aku yang nak duit belanja sekolah pun minta aku GST. Eh! ko pehal nak?...ko faham ke GST tu apa?.....ingat kek cekelat ke?.....Hazaabbbbb....ooooooo.
Secara jujurnya aku tak ambil port pun pasal GST sebelum ni. Ya laaa untuk kebaikan bersama "kata aku pada diri sendiri" tapi bila dah ko beratur nak beli kentaki, orang depan ko dok bising tanya "kena GST ka?" (LOL), Nak ke tandas awam pon mata dok usha kot penjaga toilet tu minta add on GST ke, then ko baik punya baring nak buat facial sekali member sebelah warning beauty therapist tu "you urut kasi lebih muka I aaaa sama macam you charge GST dalam bill I ", turun pasar bawah rumah ni pun ada yang bertekak dengan pakcik penjual sebabkan GST ni. huuiiii sampai macam tu. Aku pun jadi kaget gak. Dah kenapa kan???.
dan aku pasti budak-budak universiti yang nak buat final paper akan pilih tajuk GST ni kot boleh dapat markah bestkan?....ahahahah.
Ditambah lagi halnya dengan Timbalan Menteri Kewangan yang glamour mencanak-canak semenjak ucapan beliau yang dijadikan bahan. Seyes memang aku pun naik mengong bila dia minta pelajar UiTM masak sendiri untuk jimat kos. Apakah??? Haaa adoi la....memang aku tergelak sebab aku pun produk universiti tu and pernah la masak kat dalam kolej Teratai dulu. Itu pun kalau mak guard tak check la. Nak masak pun kena sorok-sorok kau....bayangkan lah masak telur rebus dalam kettle. Adoiiii......Sebab tu la kena cari boipren awal-awal, dapatlah boipren belanja nasi goreng USA. Boipren lapar takpa....janji girlpren happy.....eh!
Walaupun aku nak marah juga dengan beliau tapi sisi baik aku ni kesian juga lah bila baca komen-komen yang kutuk direct ni. Korangpun confirm pernah baca kan? kan? Kesian ooooo yang hina dia ada, yang sama kan dia dengan menatang pun ada...haish tak baik lah korang. Walaupun aku tergelak juga tengok komen kamu...kamu...kamu kat fb tapi hmm bila fikir balik, sedih sebenarnya. Korang tak baik tau. Dosa mengutuk sesama islam. Haahahah..eh! aku sedih tapi aku gelak...mana satu ni.
Sebenarnya aku cuba kawal diri dari type merapu-merapu. Memang dalam hati ni nak kutuk juga tapi biarlah isu tu aku kutuk dalam diary aku jer......puas hati kot. Kalau kat blog kang naya jer. Terpaksa pendam ooooo......seperti mana aku memendam perasaan kat kedai-kedai kasut. Sebelum ni aku masuk jer kedai kasut mesti dapat hasil barang sepasang. Sekarang ni aku just jadi tukang telek kasut jer. Mata tengok atas.
By the way
Ahhhhh....perniagaan cake aku so far aku tak kenakan GST lagi muahaha dengar tu ..."laaaagiiii". Tetiba rasa berdosa lak kalau nak kenakan GST pada customer aku. Wah!...
Apa-apapun....aku dah habis idea nak cerita pasal GST sebab seteruk manapun isu ini disensasikan....aku tetap aku.....rakyat yang keluar duit sendiri untuk beli kasut. Sekian.
Apa pendapat korang pula????
Me Naughty..Me Netty
2 comments:
Gst oh gst!.. serba salah nk jual shawl cane la skrg ni k.net!.. alahai..
gst menghantui pengguna haha..ye la ada yg amik kesempatan
Post a Comment