Showing posts with label produk. Show all posts
Showing posts with label produk. Show all posts

Thursday, November 5, 2015

Aku dan Make Up - Pore Fit Cushion Bottle

Hello, apa khabar kawan-kawan

Hari ni aku terajin la pula nak review produk kecantikan.
Takde la dapat bayaran or tips or puji ke hapa....memang just nak review produk jer...

Makanya meh aku nak story pasal produk dari Korea Selatan ni.

Nama produk ialah
PORE FIT CUSHION BOTTLE keluaran Skinfood.


haaa amacam? muntah tak tengok modle separuh umur Skinfood ni?

So far aku memang ok jer dengan mana-mana produk make up. Belum ada lagi la produk yang sekali oles terus menggerutu kulit muka aku. Setakat capuk-capuk tu adalah tapi sekarang sebab ilmu penuh stuck kat dada, maka masalah capuk-capuk tu mudah jer nak hilangkan.

Oh lupa pula nak cakap, produk Pore Fit Cushion Bottle ni sebenarnya lebih kurang macam foundation atau bedak sejuk gitew (memang sejuk pun). Teruja betul aku tengok botol dia ni. lain dari yang lain. Kalau habis boleh buat baling boypren korang yang buat hal...insyaallah jendul dahi beliau.

    Baiklah.........

Aku pesan produk ni dari member ofis. Saja gatal nak habiskan duit.
Yang bawah kiri tu kotaknya, yang tengah tu dapat la ole-oleh mask face and yang kanan sekali tu foundation. Unik kan? kan?.....

Aku ingat style spray pada muka sampai ko lemas...rupanya tak.

Meh aku tunjuk cara-caranya.  


    

Ok......yang korang tengok gambar kiri bawah tu....botol bila buka penutupnya. dari atas nampak macam bedak compact. So korang kena goncang-goncang dulu botol tu sesambil belly dancing. Pastu tekan penutup botol tu, maka akan keluar la cecair keruh bernama foundation. Haaa nampak tak kat span tu macam ada bedak colat-coklat tu. Haaaa apa lagi...tepek jer kat muka.....seyes sejuuuuukkkkkk.


Aku kengkadang leka bila dap...dap pada muka....sebab sejukkan....
Apa yang aku suka produk ni ialah benda ni bila oles pada muka aku, takdelah kesan capok bedak....nampak natural kulit muka aku...orang nampak takde apa-apa tapi aku tau ada apa-apa...eh faham tak maksud aku?


Korang tengok jer la gambar aku kat bawah ni...aku pakai benda alah Pore Fit Cushion jer...tak sapu bedak dah after that. cuma pakai eye liner, liptik...calit skit tang kening...dah settle.

Tapi problemnya....kulit muka aku berminyak, so kena kerap dap-dap dengan kertas minyak...
kalau tak dap-dap maka nampak berkilat jer kulit aku dari jauh. Adehhhhhh


dah tu jer produk yang aku review hari ni....
and aku still pakai tak tukar-tukar dah.
kalau dulu aku pakai ronasutra....best juga tapi bila dah ada Pore Fit Cushion Bottle ni...
maka...carry on jer la.....

ok adios.....

psst- aku tak baca kali ke-2...so mana-mana kesalahan ejaan..
harap tutup mata jer..ok.



Wednesday, May 5, 2010

Tiba Masa I Menyedarkan Diri Dengan Menabung! Baik I nie....

Ye! Mr. Hubby Pernah Cakap Pada I...
"U nie Boros!...belanja ikut suka hati...simpan2 la sikit untuk time susah2!"
tapi ibarat bercakap pada tandas awam....
I buat derrrkkkk jer....
(derhaka nih!)
-tulis dalam diary list2 nak mintak maaf raya nanti-
Then tetiba tu ada satu time...
I sangka duit I kat bank dah hilang...
sapa perompak itew...
siap nak tuduh orang dalam bank berkomplot nie....
huhuhu...
bila fikir2 campur tolak bahagi...
laa...rupanya
I banyak habiskan duit dengan bersopping (kuk kepala tu 20kali)
time nie baru rasa nyesal....
baru buat muka simpati kat mr.hubby...
yang dah naik menyampah dengan muka ngengada nie....
try jugak nak buat mimik muka cam minah jepun or minah korea..
tapi haram buruk!
So diatas kesedaran diri si gaban ini...
I menentang raksaksa secara free...
kerajaan tak kasi duit untuk setiap raksaksa yang mati...
sebab tu gaban kena buat n jual cupcake...
huhuhu.....

So disebabkan itu, I telah
menjejakkan kaki I
ke laman MALAYSIAN INVESTOR nie..
tak pernah terfikir dari I baby lagi sampai sekarang nak gie laman web nie..
hari ini dalam sejarah I terpaksa rela menekan dan mengklik-klik laman web ini satu persatu..
akhirnya khatam jua....

Ianya amat bagus...bukan sahaja untuk anda
tetapi juga bagus dan berguna untuk suami, bapak, emak, pakcik, makcik,
jiran sebelah rumah, ex boyfriend dan skandal anda
menggunakan cara ini.
Oh! ya...teknik2 nya sangat cute..
sungguh comels sekali...
I akan menampal benda alah2 di atas itu di meja I..
dan akan mengumpul duit2 bagi menjamin masa hadapan
dan bagi memberi En. Suami tersenyum girang yak yak yea...
Permulaan......I akan mengumpul 50sen dahulu..
(I rasa...last2 en3 pun I ada cakap nak kumpul 50sen....isk!)
nampak sangat tak kumpul duit...
psst- syabas Netty!!! tingkatkan usaha mu untuk mengumpul duit...
dah cecah rm400......pasti anda akan dapat membeli 2 pasang kasut Charles & Keith sekali gus dan secara tunai........
BERUSAHA!!!!!!

Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno