Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Friday, September 19, 2014

Resepi Chia Seed Ayam - Menu Nak Sihat

Ok Kalian, Assalammualaikum and a very good morning to gojes gonjeng sekalian.

Tanpa membuang masa di pagi Jumaat yang indah nian ni meh sini kita buntang-buntangkan biji mata selak sikit bulu mata pelesu kekakak kekabang sekalian untuk lihat-lihat resepi Diet nottinetti kali ni.

Tajuknya adalah : Resepi Chia Seed Burger Ayam

Ikut suka aku jer kan pilih tajuk tu. muahahahah. Tajuk resepi tu korang boleh ubah-ubah....kasi flexible ikut peredaran zaman. Nak terbalikkan jadi Burger Ayam Chia Seed pun boleh atau Ayam Burger Chia Seed pun tak apa. Kerajaan tak pernah bantah...korangpun tak susah-susah nak buat demo bagai kan.


Yaaa yaaa aku tau...rupa macam pecah pintu kan? Tak handsome tak gojes langsung tapiiiiii yang penting di sini adalah rasa. Jika rasa macam ko minum sirap takde gula memang tak best la kan. Maka kita menitik beratkan rasa dan tahap nutrisi dalam resepi aku kali ni.


Bahan-bahan Chia Seed Burger Ayam

1- Ayam dada (dagingpun boleh tapi aku tak ada daging semalam)
2- Sayur lettuce (ikut suka korang nak letak sayur apa)
3- Chia Seed (1 sudu besar)
4- Telur satu biji (suka hati nak raw boleh nak telur rebus pun boleh)
5- Lobak Merah (satu batang)
6- Oats 5 sudu besar (ikut suka korang)
7- Pepper (ikut firasat korang)
8- Sedikit garam
9- Cili padi (3 tangkai) optional 
10- Bawang besar (1 biji)
11- Bawang putih (ikut suka)
12- Secubit garam

Cara-cara

Heheheh aku senang.....aku blend/ kisar jer semua bahan-bahan tu. Macam gambar bawah ni


Siapa ada blend macam gambar aku tu senang la. Cepat jer kan. Tu aku tabur Chia Seed. And gambar bawah aku letak oats after semua dah blend.


dah elok sebati blendnya Barulah korang boleh panaskan minyak. Aku letak sikit minyak zaitun. Tapi nampak dalam gambar macam selaut minyaknya ahhaha tapi tak....satu sudu besar jer lagipun minyak zaitun ni tak boleh lama-lama atas pan. Tak elok kan. 

Maka, ikutlah kerajinan korang nak buat bentuk burger ker bentuk bear ker...


haaaa aku buat bentuk burger.....elok jer. Ayam pun ikutlah kot korang nak rebus dulu baru kisar atau raw macam aku buat pun ok. Should be no problem.

haaa gambar atas tu tengah rajin buat bentuk burger...
gambar bawah ni haaaa tu menunjukkan aku dah malas. lebihan tu aku tuang jer macam pan cake. ahahahaah pon bolehhhhhh.


Hidangan ni boleh buat untuk 3 orang. Aku sorang makan semalam pun 2 ketul burger Chia Seed pun dah kenyang. So apa lagi tapau bawa ofis. Eheheheh
ok tu jer resepi untuk hari ini.....

ayat standard chef seantero dunia

"Selamat Menchoba"

Thursday, July 18, 2013

Makan Lempeng and sambal ikan bilis memang heaven lah!


Pagi tadi sahur dengan lempeng and sambal ikan bilis.
-sedapnya bila makan panas-panas-
 
buat lempeng ni tak susah
just campak 2 cawan tepung gandum, 2 cawan air, garam secubit and sebiji telur
Blend kan.
then masak atas pan.
siap.
 
yang sambal ikan bilis tu
rasanya korang pun tau nak buat camna kan?
.....
tak tau hari ni nak masak apa pulak eh?
......
ayam ada dalam peti ais.
macam dah lama tak makan ayam masak lemak kuning cili padi.
errrmmm...best best.

Tuesday, July 16, 2013

Resepi Scrambled Egg Muffin Untuk Berbuka Puasa

Semalam berbuka puasa dengan Scrambled Egg Muffin
sangat mengenyangkan and simple jer untuk wanita cam aku ni
ahahaah.
 
 
tanpa celoteh panjang kalau ada sesiapa teringin nak cuba resepi ni silakan.
 
Bahan-bahannya:-
 
Telur 4 biji
Minyak / butter
daging/ayam/hot dog - secukupnya (aku letak baaaaaaanyak)
bawang besar 1 biji
bawang putih 2 ulas
garam secukup rasa
mozzarella cheese
sayur-sayuran (aku pakai mix vege)
lada sulah sedikit
cili merah 1 batang
pan cupcake
 
 

 
 
Cara-cara membuatnya
 
 
Pertama sekali, bersihkan pan cupcake dan lap bersih-bersih.
kendian, sapukan butter atau minyak olive atau minyak masak ek apa (jangan minyak urut dah le) ke dalam bekas cupcake tu.
 
dalam satu bekas yang lain, pecahkan 4 biji telur, dan masukkan ayam/daging/hot dog/gajah, bawang besar, bawang putih, cili, mix vege dan garam
 
kacau sebati.
 
kalau rasa bahan lagi banyak dari telur, just add one more telur. If korang rasa okey jer adunan, Ok lah....ikut korang. Janji rock!
 
Then, korang tuangkan aduan tu ke dalam pan cupcake. Jangan sampai melimpah pulak.
ngam-ngam sudahlah. Taburkan mozzarella cheese atas bahan korang tadi.
 
and lastly silalah bakar dalam 180 darjah selama mna korang suka.
kiranya agak-agak dah kuning kepereng-perangan tu haaa Sah! la korang boleh keluarkan dah.
.....
hasilnya??
macam gambar di bawah.
best oooooooo....
 
silalah cuba. Senang, mudah and cepat jer.
 


Tuesday, May 28, 2013

Jom Buat Pulut Panggang Jom.


Haa..cik kak-cik kak and adik manis....
hari ni saya nak bentangkan resepi and cara-cara untuk membuat Pulut Panggang.
nampak macam mencabar and remehkan? kan? tapi sebenarnya idok le susah sangat.
Macam bunuh orang jer kekdahnya...(ayat belagak and scary)

saya bukanlah penggemar Pulut Panggang, tapi tak salah belajar buatkan?
untuk tetamu-tetamu kehormat and supaya bila anak-anak tanya camno buat Pulut Panggang, takdelah saya tercengang-cengang kan? kan? dan takdelah nampak mengong sangat bila orang tanya mana satu Pulut Panggang, saya tunjuk kuih koci....(tak kena langsung perbezaan kuih)

ok tanpa membuang masa,
perkara-perkara harus/wajib yang perlu disediakan:-




Bahan-bahan membuat Pulut:2 cawan beras pulut - cuci then rendam selama 3 jam1 cawan santan cair1/4 sudu kecil garam  2 helai daun pandan - disimpulkanDaun pisang 2 keping lidi cungkil gigi / stepler jer.

Kekdahnya :

1. Didihkan air dalam periuk kukus, dalam mangkuk campurkan secubit garam dalam santan dan kacau. Tuangkan dalam beras pulut, kacau dan kukus pulut sehingga masak sepenuhnya. Lebih kurang 30 minit atau sehingga korang rasa pulut dah masak.

Bahan Inti :
1/2 biji kelapa parut putih - Tak payah kisar.
4 biji bawang merah -kisar
3 ulas bawang putih -kisar
1 batang serai - dihiris nipis -kisar
7 tangkai cili kering yang dah direbus - toskan -kisar
1/2 inci kunyit hidup -kisar
1/4 cawan udang kering - rendam sekejap dan toskan -kisar

Cara-cara pembikinan :

1. Panaskan kuali bersama 1 1/2 sudu besar minyak masak dan masukkan semua bahan kisar dan kacau sebati sehingga rasa best.
2. Kemudian masukkan kelapa parut -kacau dan masak sehingga kering. letak sedikit garam sampai rasa dah ok. Sejukkan.

Penyediaan Pulut Panggang :

1. Potong daun pisang ikut sesedap rasa (saya potong 4 segi comel). Oh! jangan lupa laurkan atas api. Sapu sikit minyak kat sebelah permukaan daun pisang tu.
2. Letakkan sikit pulut atas daun pisang and ratakan sedikit. Then letak sesudu inti atas/tengah-tengah pulut. Gulung ketat/padat pulut tu.
3. Cucuk dihujung daun pisang tadi dengan cungkil gigi - nak staple pun boleh. Naik hangin jugaklah saya nak cucuk hujung daun pisang ni. Asyik terkoyak jer.
4. Kendian bakar pulut atas pemanggang guna api kecil (anggaran 10 minit) -Jangan lupa terbalik-balikkan pulut tu bior masak sama rata- kita takmo sebellah hitam sebelah hijaukan? kan?....
5. Setelah masak, angkat dan biar sejuk dulu baru boleh ngap! Takyah ajarlah cara-cara nak makan yer. Korang tau sendiri.

Selamat menchoba.

Kat bawah ni saya snapkan gambar-gambar cara pembikinan Pulut Panggang.....mana yang sempat snap la.....bila tangan dah berminyak..memang tak sempat nak snap lebh-lebihla kan.....Enjoice!!!













eheheheheh...buat sendiri lagi best, tak manis sangat and inti banyak.
perasaan dapat buat Pulut Panggang ni macam...berjaya tawan gunung Everest la.
Gumbiraaaaaa!!!!

Resepi Ketam Macho Goreng Telur Masin


Assalam semua,
ada yang puasa tak hari ni?
kalau ada....hanya simpati dari jauh yang mampu saya ucapkan tatkala foto makanan ini dimuat turunkan. Kuikuikui.....jangan risau, walaupun saya puasa....tapi saya sedang menghabiskan tempoh Master Cleanse (MC) yang berbaki hanya lagi 1 hari.
Yosh!....
 
ok....mari ikuti karangan "Riwayat Seekor Ketam yang Macho"
 
Hi, nama saya KETAM.
saya dilahirkan oleh ibu ketam.
saya sangat gumbira dengan kehidupan saya setelah pilihanraya ke-13 baru-baru ini
usah ditanya siapa yang saya undi
pegang pen pun belum tentu saya berjaya apatah lagi untuk memangkah secara membabi-buta.
 
Jika dilihat saya begitu ceria bukan?
bolat saja biji mata saya bagi membayangkan betapa riang ria nya kehidupan saya.
Tapi itu bukanlah gambaran sebenar wajah saya.
 
Kejadian pada suatu pagi keramat, hening-hening Suboh telah mengubah segalanya....
dari segi mental mahupun rupa paras fizikal saya.
 
Kejadiannya begini........music slow plzzz...!
tatkala saya sedang rancak bersembang dengan cik ikan buntal, tetiba je
saya telah di kidnap secara membabi buta oleh beberapa orang lelaki yang tidak saya tahu asal usul keturunannya....dijala-jalanya saya sesuka hati mak nenek diaorang.
Tiada langsung perasaan gentlemen tatkala mereka mengkidnap saya.
Hanya kedengaran suara riang ria dari seorang lelaki yang berkata
"rezeki kita tok moh, dapat ketam besar!!"
saya beranggapan ketam besar itu adalah saya.....sebab saya yakin saya antara ketam yang paing handsome di antara ketam-ketam hingusan yang lain.
tapi saya relax dulu....ketam handsome tak boleh glabah gaban right?.
 
saya telah diimmigrant beramai-ramai ke suatu tempat yang begitu asing bagi saya,
dari perasaan takut-takut macho.....saya menjadi relax sebab ramai kenalan-kenalan saya seperti udang, siput, lala, cencaru, cencurut, gajah, rimau, buaya dan juga bestfriend saya iaitu cik ikan buntal turut berada di tempat yang bernama PASAR atau Market...if I'm not mistaken. Cheeewah!....
.....
perasaan teruja melihat kawan-kawan dan sanak sedara di PASAR tersebut
mengatasi perasaan takut-takut macho saya tadi dan saya menjadi terlalu happy berada di Pasar sehinggalah saya melihat satu kejadian yang betul-betul meruntuh jiwa raga saya.
Nak tercabut jantung saya tatkala ternampak bestfriend saya cik ikan buntal di belah dua betul-betul di depan saya.
Perrrghhh! scary giler!!!!.....apabila isi-isi perut si buntal dicarik keluar...fuh! kuat betul semangat si buntal itu. Tabik spring saya untuk dia.
 
sejurus kemudian, saya telah diambil secara rakus oleh seorang wanita yang begitu cantik sekali.....dengar dari percakapan wanita cantik tersebut, dia sedang dalam proses melakukan Master Cleanse. kihkihkih....namanya NottiNetti....
cantik betul wanita tersebut.....saya mengkaguminya walaupun dia mengambil saya tanpa meminta izin dulu. Takpe saya rela......sebab dia cantik dan sedang ber MC.
 
saya mengikuti wanita ini sehingga ke rumahnya....
saya masih relax sebab tidak keseorangan.....saya ditemani oleh beberapa kawanan ketam yang lain
yang turut sama bangga dibawa oleh wanita MC ini.
....
dipendekkan cerita.....
tersedar saya dari tidur tatkala terdengar bunyi bising kawan-kawan ketam saya yang lain..
kenapa??? why?? asking saya..
mata saya betul-betul terbeliak besar apabila melihat one of my friends
telah dipotong-potong badannya, lebih kurang macam si buntal tadi.
saya hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala mengucapkan takziah kepada sedara maranya yang lain tanpa mengetahui saya juga bakal mengalami nasib yang sama.
I tot saya dibeli untuk disimpan di akuarium???! oh! apakah??!
 
wanita yang cantik tadi tetiba bertukar menjadi wanita slebet yang sangaaaaaaaat scary kooooooo!!!
terkejut saya apabila melihat cara wanita MC tersebut memotong-motong kaki tangan dan badan kawan-kawan saya. Fuuhhh gila kamikaze pompuan ni!
....tak pelulah saya menceritakan detik saya dipotong-potong secara rakus oleh wanita MC ini?...
tak mampu untuk saya menceritakan...tragis! memang tragis!
walaupun saya cuba menghandsomekan diri di hadapan wanita tersebut,
tapi nampaknya tak berjaya juga.
innalillahhhhhh
 
tersedar saya dari pengsan dan melihat kaki saya bersepah-sepah dan badan saya terputus dua..segrouping dengan geng-geng ketam yang perasan handsome tadi.
ya rabbi!!......kaki aku???!!
saya pengsan lagi.....
 
saya tersedar dari pengsan apabila merasakan saya berada di dalam sauna..
ahhhhhhh hebat perasaan saya ketika ini,
saaangat hebat...alangkah bagus jika saya diurut oleh inang-inang ketam yang lain..
wow!!
apabila buka sahaja mata...saya terlihat wanita MC tadi menyeringat melihat saya..
Huiiisss! astagaaa..terkejut saya....dan makin terkejut apabila saya sedang berendam di dalam kawah minyak yang panas menggelegak...kulit saya dan kawan-kawan saya sudah bertukar menjadi kekuning-kuningan....bukan sunburn ni! duga saya....sebelum ini putih biru sajer.....
saya pengsan semula!
sedar semula dari pengsan
saya melihat body saya penuh bahan-bahan yang ntah apa-apa...
ni mesti kes wanita MC tersebut!!
sungguh berani dia memperkotak-katikkan saya dan kawan-kawan yang lain.
kalau lah dapat semula tangan dan kaki saya, akan ku ketik kulit wanita tesebut!!
cis!
 
seterusnya.....saya pon tak tahu apa kes wanita tersebut,
dihiasnya saya yang berminyak-minyak ini cantik-cantik.....dan diambilnya gambar kami beramai-ramai.......
dari hasil tilikan saya, wanita ini nak upload ke dalam facebook.
Facebook?....saya begitu teruja....saya bakal popular dalam masa beberapa saat sahaja lagi.
memandangkan saya bakal popular sebentar lagi...maka saya memaafkan sahaja tindakan wanita MC tersebut yang secara hina dina mencencang saya hidup-hidup tanpa mengetahui sebentar sahaja lagi saya akan bertukar ke satu daerah yang di kenali sebagai perut manusia. Kesiaannnnn.
 
apa-apapun......cantik tak saya??????
wow glamournyerrrrrrrrrrrrrr!!!!!!

 
eheheheh.....selingan ketam....ini namanya buang masa membuat karangan di pagi hari.
ok....atas request kawan-kawan ofis saya, Ni dia resepi Ketam Goreng Telur Masin.
 
 
 
Bahan-bahan:

5 ekor ketam
10 biji cili api (lebihkan kalau nak pedas)
2 tangkai daun kari
4 sudu besar butter
5 biji telur masin - ambil bahagian kuning sahaja pon boleh atau boleh juga ambil kuning and sedikit bahagian putih sekali pon boleh. (saya ambil kuning and putih sikit)
1 sudu kecil gula
4 sudu besar susu cair
3 biji bawang putih - ditumbuk
4 sudu besar tepung jagung (saya tabur jer...biar ketam gebu sikit)
Garam sesuka hati
Minyak masak untuk menggoreng



Cara-cara:

1.Rebus telur masin sehingga masak, asingkan kuning telur dan hancurkan bersepai. Saya guna gerpu untuk hancurkan.

2.Bersihkan ketam, potong 2 bahagian, goreng dengan tepung jagung. Tang sini, kakinya sila ketuk dulu ya jangan sampai pecah hancur....lagi sedap! disamping nak mudahkan bila makan nanti.

3.Goreng kekuning-kuningan jangan kehitam-hitaman, toskan.

4.Panaskan kuali masukkan butter, bawang putih, daun kari dan cili padi - goreng sampai wangi.

5.Masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi - kacau.....tang ni memang wangi!!

6.Masukkan susu segar dan gula/garam, rasalah....sampai betul-betul ummph! dengan citarasa..

7.Kacau elok-elok, bila kuah tu dah berbuih, masukkan ketam kacau sebati dan tadaaaaaaaa!- hidanglah! jangan menyengihhh depan kuali tu pulak.
 
ok itu jerlah resepi and cara-cara nak masak ketam ni....tak susahkan....?
 
psst-kepada kawanku...sorrylah kelmarin dah cakap snap gambar step by step cara buat ketam goreng ni but biasalah bila dah rakus sangat masak...sampai lupa nak snap...lagipun susah nak tinggalkan bahan-bahan menumis lama-lama, takut hangit.
 
sekian........
 
 


Thursday, July 21, 2011

Teringin nak buat Apple Pie........korang pernah buat tak?

File:Apple pie.jpg

Teringin nak buat apple pie la......selalu beli yang Mc D punya...bowingk!.........but not today kot...sebab today nak buat peach cobbler.....korang pernah makan peach cobbler????????

Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno