Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Tuesday, April 29, 2014

Diary Diet Untuk Hari ini.......Selamat Pagi Kawan

Hi......apa khabar darling-darling shorga I sekalian.
Hari ni aku bangun lewat sikit. Nasib baik bunyi kuat azan Subuh terjagakan aku. Kalau tidak, mau terbabas sampai 6.30am.
Aku bangun persis hantu pocong and terus ke dapur untuk magic pan kan ayam & daging yang dah aku perap kelmarin. Then aku mandi. After that siap...aku sumbatkan sayuq, tomato, cendawan and daging ayam semua dalam bekas. Siap!!!! 

Untuk pagi ni aku just sarapan yogurt stobery jenama Anlene. Soooodaaaappppp. 
Sedap manjang ko Net ya.

Hmm satu aku perhatikan sejak aku diet ni. Muka aku bersinar-sinar. Cheeeewaaaahhhh! Bila lagi nak puji diri sendiri kan?..nak harap korang puji??? puuuiiiii.
Aku ni kengkadang on off makan supplement. Tapi ya laaaa memang sejak aku makan menu-menu sihat ni *mata ke atas 5 saat* memang aku rasa macam ok laaa...tak sembab la muka aku. 
Ni aku ambil gambar baru jap tadi. Aku ambil gambar ni before aku make up and tak edit apa pun ya kecuali aku buat border and initial nama aku jer kat foto tu. 


Aku takde la kata kulit muka aku licin....berkawah gunung berapi jugeks, cuma aku cakap tadi macam dah tak sembab dah and tak kering macam dulu. Lembab jer......takdelah kerani aku cakap muka aku ni "muka tak siap" memanjang. Asyik nak kena apply susuk (make up) jer...kekangkadang boring jugak. Hahahaha


Sekali lagi, aku belum kurus. Setakat 1 kg jer ghaib..... masih belum mencapai target lagi kan.

dah tu jer....jom buat kerja.

Thursday, January 9, 2014

Meratah Menda Alah ni di Pejabat



macam sambal ikan bilis kan.
memangpun tapi ikan bilisnya ciput, yang banyak is kentang yang panjang-panjang tu is ubi the kentang
and sedap.....

RM5 hengget sebekas beli kat Bank Rakyat, KL

sekian.

Sunday, December 8, 2013

Menu Makan Malam I Adalah Karipap.



Konon nak diet, dietlah sangat.
Ni semua kes takmo sentuh nasi and lauk tengahari tadi.
and nak minum herbalife for dinner la konon...
heh sekali buka peti ais, wow nampak karipap frozen yang aku beli kat office mate bulan lepas. See....bulan lepas punya makan aku telan.

Tu dia, siap goreng, dan kononnya...(banyak konon aku kan?)...nak goreng sesiap untuk breakfast esok.
heh......korang percaya ke karipap ni kekal sampai esok???
percaya ker?...

akupun tak caya.

Key nak blah dulu.....aku dengar bunyi bunga api kuat kat blok sebalah.
enjoice!!! 

Tuesday, May 28, 2013

Resepi Ketam Macho Goreng Telur Masin


Assalam semua,
ada yang puasa tak hari ni?
kalau ada....hanya simpati dari jauh yang mampu saya ucapkan tatkala foto makanan ini dimuat turunkan. Kuikuikui.....jangan risau, walaupun saya puasa....tapi saya sedang menghabiskan tempoh Master Cleanse (MC) yang berbaki hanya lagi 1 hari.
Yosh!....
 
ok....mari ikuti karangan "Riwayat Seekor Ketam yang Macho"
 
Hi, nama saya KETAM.
saya dilahirkan oleh ibu ketam.
saya sangat gumbira dengan kehidupan saya setelah pilihanraya ke-13 baru-baru ini
usah ditanya siapa yang saya undi
pegang pen pun belum tentu saya berjaya apatah lagi untuk memangkah secara membabi-buta.
 
Jika dilihat saya begitu ceria bukan?
bolat saja biji mata saya bagi membayangkan betapa riang ria nya kehidupan saya.
Tapi itu bukanlah gambaran sebenar wajah saya.
 
Kejadian pada suatu pagi keramat, hening-hening Suboh telah mengubah segalanya....
dari segi mental mahupun rupa paras fizikal saya.
 
Kejadiannya begini........music slow plzzz...!
tatkala saya sedang rancak bersembang dengan cik ikan buntal, tetiba je
saya telah di kidnap secara membabi buta oleh beberapa orang lelaki yang tidak saya tahu asal usul keturunannya....dijala-jalanya saya sesuka hati mak nenek diaorang.
Tiada langsung perasaan gentlemen tatkala mereka mengkidnap saya.
Hanya kedengaran suara riang ria dari seorang lelaki yang berkata
"rezeki kita tok moh, dapat ketam besar!!"
saya beranggapan ketam besar itu adalah saya.....sebab saya yakin saya antara ketam yang paing handsome di antara ketam-ketam hingusan yang lain.
tapi saya relax dulu....ketam handsome tak boleh glabah gaban right?.
 
saya telah diimmigrant beramai-ramai ke suatu tempat yang begitu asing bagi saya,
dari perasaan takut-takut macho.....saya menjadi relax sebab ramai kenalan-kenalan saya seperti udang, siput, lala, cencaru, cencurut, gajah, rimau, buaya dan juga bestfriend saya iaitu cik ikan buntal turut berada di tempat yang bernama PASAR atau Market...if I'm not mistaken. Cheeewah!....
.....
perasaan teruja melihat kawan-kawan dan sanak sedara di PASAR tersebut
mengatasi perasaan takut-takut macho saya tadi dan saya menjadi terlalu happy berada di Pasar sehinggalah saya melihat satu kejadian yang betul-betul meruntuh jiwa raga saya.
Nak tercabut jantung saya tatkala ternampak bestfriend saya cik ikan buntal di belah dua betul-betul di depan saya.
Perrrghhh! scary giler!!!!.....apabila isi-isi perut si buntal dicarik keluar...fuh! kuat betul semangat si buntal itu. Tabik spring saya untuk dia.
 
sejurus kemudian, saya telah diambil secara rakus oleh seorang wanita yang begitu cantik sekali.....dengar dari percakapan wanita cantik tersebut, dia sedang dalam proses melakukan Master Cleanse. kihkihkih....namanya NottiNetti....
cantik betul wanita tersebut.....saya mengkaguminya walaupun dia mengambil saya tanpa meminta izin dulu. Takpe saya rela......sebab dia cantik dan sedang ber MC.
 
saya mengikuti wanita ini sehingga ke rumahnya....
saya masih relax sebab tidak keseorangan.....saya ditemani oleh beberapa kawanan ketam yang lain
yang turut sama bangga dibawa oleh wanita MC ini.
....
dipendekkan cerita.....
tersedar saya dari tidur tatkala terdengar bunyi bising kawan-kawan ketam saya yang lain..
kenapa??? why?? asking saya..
mata saya betul-betul terbeliak besar apabila melihat one of my friends
telah dipotong-potong badannya, lebih kurang macam si buntal tadi.
saya hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala mengucapkan takziah kepada sedara maranya yang lain tanpa mengetahui saya juga bakal mengalami nasib yang sama.
I tot saya dibeli untuk disimpan di akuarium???! oh! apakah??!
 
wanita yang cantik tadi tetiba bertukar menjadi wanita slebet yang sangaaaaaaaat scary kooooooo!!!
terkejut saya apabila melihat cara wanita MC tersebut memotong-motong kaki tangan dan badan kawan-kawan saya. Fuuhhh gila kamikaze pompuan ni!
....tak pelulah saya menceritakan detik saya dipotong-potong secara rakus oleh wanita MC ini?...
tak mampu untuk saya menceritakan...tragis! memang tragis!
walaupun saya cuba menghandsomekan diri di hadapan wanita tersebut,
tapi nampaknya tak berjaya juga.
innalillahhhhhh
 
tersedar saya dari pengsan dan melihat kaki saya bersepah-sepah dan badan saya terputus dua..segrouping dengan geng-geng ketam yang perasan handsome tadi.
ya rabbi!!......kaki aku???!!
saya pengsan lagi.....
 
saya tersedar dari pengsan apabila merasakan saya berada di dalam sauna..
ahhhhhhh hebat perasaan saya ketika ini,
saaangat hebat...alangkah bagus jika saya diurut oleh inang-inang ketam yang lain..
wow!!
apabila buka sahaja mata...saya terlihat wanita MC tadi menyeringat melihat saya..
Huiiisss! astagaaa..terkejut saya....dan makin terkejut apabila saya sedang berendam di dalam kawah minyak yang panas menggelegak...kulit saya dan kawan-kawan saya sudah bertukar menjadi kekuning-kuningan....bukan sunburn ni! duga saya....sebelum ini putih biru sajer.....
saya pengsan semula!
sedar semula dari pengsan
saya melihat body saya penuh bahan-bahan yang ntah apa-apa...
ni mesti kes wanita MC tersebut!!
sungguh berani dia memperkotak-katikkan saya dan kawan-kawan yang lain.
kalau lah dapat semula tangan dan kaki saya, akan ku ketik kulit wanita tesebut!!
cis!
 
seterusnya.....saya pon tak tahu apa kes wanita tersebut,
dihiasnya saya yang berminyak-minyak ini cantik-cantik.....dan diambilnya gambar kami beramai-ramai.......
dari hasil tilikan saya, wanita ini nak upload ke dalam facebook.
Facebook?....saya begitu teruja....saya bakal popular dalam masa beberapa saat sahaja lagi.
memandangkan saya bakal popular sebentar lagi...maka saya memaafkan sahaja tindakan wanita MC tersebut yang secara hina dina mencencang saya hidup-hidup tanpa mengetahui sebentar sahaja lagi saya akan bertukar ke satu daerah yang di kenali sebagai perut manusia. Kesiaannnnn.
 
apa-apapun......cantik tak saya??????
wow glamournyerrrrrrrrrrrrrr!!!!!!

 
eheheheh.....selingan ketam....ini namanya buang masa membuat karangan di pagi hari.
ok....atas request kawan-kawan ofis saya, Ni dia resepi Ketam Goreng Telur Masin.
 
 
 
Bahan-bahan:

5 ekor ketam
10 biji cili api (lebihkan kalau nak pedas)
2 tangkai daun kari
4 sudu besar butter
5 biji telur masin - ambil bahagian kuning sahaja pon boleh atau boleh juga ambil kuning and sedikit bahagian putih sekali pon boleh. (saya ambil kuning and putih sikit)
1 sudu kecil gula
4 sudu besar susu cair
3 biji bawang putih - ditumbuk
4 sudu besar tepung jagung (saya tabur jer...biar ketam gebu sikit)
Garam sesuka hati
Minyak masak untuk menggoreng



Cara-cara:

1.Rebus telur masin sehingga masak, asingkan kuning telur dan hancurkan bersepai. Saya guna gerpu untuk hancurkan.

2.Bersihkan ketam, potong 2 bahagian, goreng dengan tepung jagung. Tang sini, kakinya sila ketuk dulu ya jangan sampai pecah hancur....lagi sedap! disamping nak mudahkan bila makan nanti.

3.Goreng kekuning-kuningan jangan kehitam-hitaman, toskan.

4.Panaskan kuali masukkan butter, bawang putih, daun kari dan cili padi - goreng sampai wangi.

5.Masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi - kacau.....tang ni memang wangi!!

6.Masukkan susu segar dan gula/garam, rasalah....sampai betul-betul ummph! dengan citarasa..

7.Kacau elok-elok, bila kuah tu dah berbuih, masukkan ketam kacau sebati dan tadaaaaaaaa!- hidanglah! jangan menyengihhh depan kuali tu pulak.
 
ok itu jerlah resepi and cara-cara nak masak ketam ni....tak susahkan....?
 
psst-kepada kawanku...sorrylah kelmarin dah cakap snap gambar step by step cara buat ketam goreng ni but biasalah bila dah rakus sangat masak...sampai lupa nak snap...lagipun susah nak tinggalkan bahan-bahan menumis lama-lama, takut hangit.
 
sekian........
 
 


Thursday, May 23, 2013

Morning breakfast for my office mate


 
assalam? kalian udah breakfast?
hari ni gajikan?...yeay....
.....
okey.....pagi ni merupakan hari ke 4 saya menjalankan terapi Master Cleanse.
Terapilah sangat. So far berat badan masih normal...
sebenarnya saya tak tengokpun alat penimbang.
Malas!!...dari start 1st day doing MC ni, saya tak tengokpun alat penimbang.
Bukan apa, just takmo frust tertonggeng kalau takde perubahan.
so, let it be....since motif utama buat MC ni hanya untuk muatkan kembali baju-baju raya saya tahun lepas...
(sebenarnya ada dua tiga baju yang buat kat tailor...bila try test langsung tak boleh zip...tak ke haru)
nak nangis depan tailor...jatuhlah imej diva cannot die kan....
so pura-pura cakap oke jer baju tu depan tailor....eheh!
sebenarnya azap ko nak zip......terpaksa tahan nafas nak zip..
azaaaaaabbbbbb....
 
....
Haaa...satu lagi...sepanjang saya buat MC ni, I did realize that saya rajin bebenor memasak.
Ada jer blog-blog masakan saya visit and ceduk sikit resepi.
padahal sebelum ni tak minat sangat...since i prefer preparing dessert more than masak-masak ni.
okey untuk pagi ni saya buatkan untuk kawan-kawan ofis saya sotong sambal kunyit or sambal kunyit sotong...apa-apalah....
hope they like it.
oh! yang kerang tu adalah lebihan kerang semalam yang saya masak.
I save it untuk suami, but since dia tak balik rumah semalam maka saya panaskan jer untuk kawan saya......saya tak berapa nak makan kerang so..xdelah azab sangat nak masak makanan ni. Maksudnya xdelah terliur....eeheheh
 
ok...pada yang berpuasa...silalah jamu selera...
saya nak pergi bancuh resepi MC saya sekarang.
daaa...
 

Wednesday, May 22, 2013

Saya Buat Sambal Kulit Kerang


 
Assalam semua
macam pelik pulak dah petang baru terhegeh-hegeh nak update blog
....
tengahari tadi saya pulang ke rumah dari pejabat untuk menyalin pakaian
sementara tu dalam otak ni ligat nak cari air tebu untuk stok dua hri Master Cleanse.
Sesambil tu terjumpalah kerang...terbelilah makanya
balik rumah terus blend cili kering,  si bawang merah n putih, halia untuk dijadikan sambal.
sekejap jer buat sambal kulit kerang ni and you know what? this is my first time masak kulit kerang.
ahahha
sebab sambal jer..maka senang la...
letakkan serai dua tiga batang..wallaaaa!!
1.30 terus bersiap kembali ke pejabat sambil menjenjet bekas penuh sambal kulit kerang.
Oh! untuk suami tak lupa juga...I save the best for him...even tho tak tau dia sudi tak kopek kerang ni malam nanti.
...
bawa kerang-kerang pedas ni ke pejabat..alhamdulillah, cepat jer habis.
....eheheh...
nanti buat resepi lain pulak...
kelmarin tertengok gambar fatty crab
hmm...wink wink...macam nak buat.
saya pun tak pernah masak ketam...almaklumlah gatai satu badan nanti..
ok..adios!
 

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno