Friday, September 19, 2014

Resepi Chia Seed Ayam - Menu Nak Sihat

Ok Kalian, Assalammualaikum and a very good morning to gojes gonjeng sekalian.

Tanpa membuang masa di pagi Jumaat yang indah nian ni meh sini kita buntang-buntangkan biji mata selak sikit bulu mata pelesu kekakak kekabang sekalian untuk lihat-lihat resepi Diet nottinetti kali ni.

Tajuknya adalah : Resepi Chia Seed Burger Ayam

Ikut suka aku jer kan pilih tajuk tu. muahahahah. Tajuk resepi tu korang boleh ubah-ubah....kasi flexible ikut peredaran zaman. Nak terbalikkan jadi Burger Ayam Chia Seed pun boleh atau Ayam Burger Chia Seed pun tak apa. Kerajaan tak pernah bantah...korangpun tak susah-susah nak buat demo bagai kan.


Yaaa yaaa aku tau...rupa macam pecah pintu kan? Tak handsome tak gojes langsung tapiiiiii yang penting di sini adalah rasa. Jika rasa macam ko minum sirap takde gula memang tak best la kan. Maka kita menitik beratkan rasa dan tahap nutrisi dalam resepi aku kali ni.


Bahan-bahan Chia Seed Burger Ayam

1- Ayam dada (dagingpun boleh tapi aku tak ada daging semalam)
2- Sayur lettuce (ikut suka korang nak letak sayur apa)
3- Chia Seed (1 sudu besar)
4- Telur satu biji (suka hati nak raw boleh nak telur rebus pun boleh)
5- Lobak Merah (satu batang)
6- Oats 5 sudu besar (ikut suka korang)
7- Pepper (ikut firasat korang)
8- Sedikit garam
9- Cili padi (3 tangkai) optional 
10- Bawang besar (1 biji)
11- Bawang putih (ikut suka)
12- Secubit garam

Cara-cara

Heheheh aku senang.....aku blend/ kisar jer semua bahan-bahan tu. Macam gambar bawah ni


Siapa ada blend macam gambar aku tu senang la. Cepat jer kan. Tu aku tabur Chia Seed. And gambar bawah aku letak oats after semua dah blend.


dah elok sebati blendnya Barulah korang boleh panaskan minyak. Aku letak sikit minyak zaitun. Tapi nampak dalam gambar macam selaut minyaknya ahhaha tapi tak....satu sudu besar jer lagipun minyak zaitun ni tak boleh lama-lama atas pan. Tak elok kan. 

Maka, ikutlah kerajinan korang nak buat bentuk burger ker bentuk bear ker...


haaaa aku buat bentuk burger.....elok jer. Ayam pun ikutlah kot korang nak rebus dulu baru kisar atau raw macam aku buat pun ok. Should be no problem.

haaa gambar atas tu tengah rajin buat bentuk burger...
gambar bawah ni haaaa tu menunjukkan aku dah malas. lebihan tu aku tuang jer macam pan cake. ahahahaah pon bolehhhhhh.


Hidangan ni boleh buat untuk 3 orang. Aku sorang makan semalam pun 2 ketul burger Chia Seed pun dah kenyang. So apa lagi tapau bawa ofis. Eheheheh
ok tu jer resepi untuk hari ini.....

ayat standard chef seantero dunia

"Selamat Menchoba"

1 comment:

Anonymous said...

Boleh cuba nanti ni resipi chia seed kamu ni ween.


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno