Thursday, September 18, 2014

10 Khasiat Chia Seed Dalam Diet Harian Anda

Ok kawan-kawanku yang bertanya apa kebendanya Chia Seed tu? Boleh ke makan biji-biji kecil ni. Chia Seed ni Biji Selasih ke? Ko boleh kurus macam Anjelina Juling ke kalau consult Chia Seed ni?

Ooppps ooops sabar sabar bah wahai kengkawan ku. Meh sini aku cerita one by one ok. Aku ni bukan pakar nutrisi yang bertauliah tapi kalau ko rajin baca buku and buat perbandingan antara cakap doktor A dengan cakap Doktor B kemudian dirumuskan pula oleh Doktor C maka secara tak langsung korang akan faham sendir peri pentingnya sesuatu makanan kesihatan tu kan kan kan?. 

Akupun takda la kata aku belagak pandai sangat. Akupun ambil dari internet jugeks. Tapi nak kukuhkan lagi alasan yang aku patut ambil biji Chia Seed ni setelah aku curi-curi baca majalah kesihatan di MPH dan bandingkan dengan bacaan di internet dan juga forum-forum bertauliah di Fesbook. Ahahahahaha...ko bacalah berapa banyak....kalau isi dalamnya sama jer...haaa betul la tu. 

Ok. Soalan pertama.
Apa itu Chia Seed?.....

Chia Seed ni ada lah sejenis tumbuhan berbunga dalam keluarga pudina itu berasal dari Mexico dan Guatemala. 

Apa pentingnya Chia Seed ni?.
Wei!! Penting ooooo untuk meningkatkan tenaga , menstabilkan gula dalam darah , 
membantu penghadaman, dan menurunkan kolesterol.

mana nak dapat Chia Seed?
Banyaaaak...aku beli di Cosway Rm30 lebih la. Di Aeon Big pun ada, Jusco ada.


10 khasiat penting yang terkandung dalam Chia Seed

Pertama

-Melawan Diabetes-
Chia Seed telah dikaji sebagai  salah satu rawatan semula jadi yang berpotensi untuk pesakit diabetes tahap 2 kerana keupayaannya  memperlahankan penghadaman. Lapisan agar-agar biji chia terbentuk apabila terdedah kepada cecair-boleh juga mencegah pancang gula darah.


Kedua

-Serat yang banyak-

Hanya 28 gram atau satu auns hidangan chia seed mempunyai 11 gram serat pemakanan - kira-kira satu pertiga daripada pengambilan harian yang disyorkan untuk orang dewasa. Menambah beberapa chia seed dalam menu diet anda adalah satu cara yang mudah bagi memastikan anda mendapat jumlah fibre yang baik. Dimana ia penting untuk sistem penghadaman.

Ketiga

-Kekuatan Gusi dan Tulang-

Satu hidangan biji chia seed mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang disyorkan untuk kalsium, yang berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan tulang, gigi, dan mencegah osteoporosis.



Keempat

-Mangan-

Manganese (Mangan) bukan nutrien mineral yang terkenal, tetapi ia adalah penting untuk kesihatan manusia. Ia baik untuk tulang dan membantu badan kita menggunakan nutrien lain seperti Biotin dan thiamin. Satu hidangan biji chia seed (28 gram) mempunyai 30 peratus daripada pengambilan disyorkan untuk mineral ini.


Kelima

-Lebih Fosforus-

Dengan 27 peratus daripada nilai harian anda untuk fosforus, biji chia seed turut membantu anda mengekalkan tulang dan gigi yang sihat. Fosforus juga penting untuk mensynthesize protein (pertumbuhan dan pembaikan) sel dan tisu tubuh kita.


Keenam

-Penuh Dengan Protein- 

Biji Chia juga adalah salah satu sumber protein buat vegetarian dan ianya  tidak mempunyai kolesterol. Satu 28-gram hidangan biji Chia Seed mempunyai 4.4 gram protein.


Ketujuh

- Menstabilkan Gula dalam Darah-

Chia Seed juga berkesan dalam menstabilkan gula dalam darah disamping melawan rintangan insulin yang terikat dalam peningkatan lemak perut (belly fat). Rintangan jenis ini amat berbahaya untuk kesihatan kita secara keseluruhan.


Kelapan

- Mudah Kenyang-

Tryptophan merupakan sejenis asid amino yang ditemui dalam ayam belanda. Ia juga ditemui dalam biji Chia Seed. Walaupun tryptophan memberi kesan mengantuk selepas makan (Cthnya Jamuan Hari Raya) namun ia juga berpotensi membantu mengawal selera makan (mudah kenyang), tidur yang selesa dan membantu meningkatkan mood anda sehari-harian.

Kesembilan

- Meningkatkan Kesihatan Jantung-

Kajian Klinik Cleveland menyatakan bahawa biji chia seed telah terbukti dalam peningkatan tekanan darah untuk pesakit kencing manis. Ia juga boleh meningkatkan kolesterol sihat pada masa yang sama mengurangkan jumlah LDL, kolesterol dan trigliserida. 


Kesepuluh

-Penuh dengan Omega-3-

Biji Chia adalah penuh dengan asid lemak omega-3, dengan hampir lima gram dalam hidangan satu auns. Lemak adalah penting untuk kesihatan otak. 


haaaa itu jerlah 10 khasiat biji Chia Seed ni.
Semua ni aku ambil dari website



Kalau tak faham versi bahasa yang aku guna ni korang sila-silakan lah ke versi omputih yang lagi ummphhh!!

Macam mana nak makan biji Chia Seed ni?

Haaaa korang nak makan cenggitu jer pun boleh...aku selalu ambil dua sudu besar satu hari.
Kalau malas....makan camtu jer (telan) kalau rajin aku tabur di semua jenis makanan yang aku hadap. Cthnya nasi, roti, bubur, oats, air suam, cicah budu pun boleh.

Nak tau resepi yang are?....nanti aku bagitau resepi Chia seed yang best best ok.

ko layan jer dulu gambar ni.

Cherry Chia Pudding Recipe



Me Naughty..me Netty

4 comments:

bel said...

Tqvm puan net share info.

Anonymous said...

wahhhh good info sis...tq for sharing...byk khasiat Chia Seed ni ka...org dah bekurun amal,fana baru nak try...kih kih kih...ketinggalan btol....

Unknown said...

Tq share pd kami...

Unknown said...

Tq kerana share article berguna ni...


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno