Monday, October 1, 2018

Birthday Shout Out For My Sister In Law Zareen.

Assalammualaikum and Hello!

Well, well, well. (Sila baca dalam intonasi Bini Ketua Mafia). Is it your birthday again?

hahahaha (masih lagak Bini Ketua Mafia)

I’m so thrilled that you have finally reached this milestone…the big 4_!! (anggap jer finally walaupun you sedia maklum) Well...You don’t look a day over 4_, really, whatever you are doing is really working! (kamu nampak umur 29...ahhhh sangat tidak mengerti susuk apakah yang kamu pakai?!!!) 


As I think back, it seems like yesterday we had a fateful meeting (terserempak di IKEA with Farah) like really err.... awkward time tu ahahaha because that time I tengah gian dating Your Brother aka husband I sekarang (walaupun buat-buat sombong bongkak) and suddenly tersempak uols yang I tersalah anggap as ex girlfriend lah kan ahahah...ahhhhh...ahhahah...gelak cover....nyampah untuk diri sendiri. Serious, if can turn back time, weols terserempak di IKEA, I tinggalkan jer abang you and ajak uols jenjalan meredah IKEA sambil terus bergossip sakan....lantak la uols nak blur ke apa kan? ahahahh

Anyway, Happy birthday sister in law! I’m drinking a shot (air suam jer) to celebrate right now! I know nak celebrate sambil mabuk kek sekarang ni pun susah since your son sitting for PT3. 

Well.....

Happy Birthday again and again to my sweet, gorgeous sister in law.  You continue to amaze me with your big heart, talent and generosity.  May this year be your best one yet, I love you to the moon and back! xoxo....

Gigih cari gambar uols yang lawa. Heh...I pun cuba melawa....pokok belakang tu pun interframe nak melawa juga. Sila mengandung.....heheheh


adios....amigos...panadol.....(huaaa lama tak taip ayat ni)


Me Naughty..Me Netty

Tuesday, September 25, 2018

I'm Not A MONSTER - Review Ikhlas saya




Done reading buku I'm not a MONSTER karya Cik Sara Aisha
My review eh?

Awesome gila!!!. Menyimpang jauh dari jalan cerita novel tipikal romantik mendayu-dayu yang bersepah kat kedai buku. Novel ni more on romantic thriller. Sekali baca teringat scene movie Young and Dengerous lakonan Cheng Yee Kin. Pandai penulis gambarkan suasana kumpulan kongsi gelap bergaduh and bunuh membunuh. 

Dalam pada tu, tengah kau syok-syok baca orang tu kena tetak, then mati katak, hero ni belasah si polan, berdarah sana-sini, hero nyaris mati, tiba-tiba... eh ada watak awek lak dalam cerita ni. Memang I suka mamat brutal bercinta dengan awek. Watak Ryu dan Maya memang diblend dengan begitu baik. Cuma dalam story ni tak ada confessing love love seawal story. 

Species main tarik-tarik tali ni memang I loike. Last-last baru nak confess. Ahli kongsi gelap kot, mana nak romantik kan. Ahahaha.....apapun walaupun sedih ada yang mati, tapi ending tetap buat kau senyum menyenget sorang-sorang. Tetiba nampak mamat cina pegang parang rasa sweet angat....eh!. 
Makanya overall, saya bagi 🌟🌟🌟🌟🌟 untuk novel ni


Me Naughty..Me Netty

Thursday, July 19, 2018

Cak......

YA awlllohhhhhhh....

Lama dowh tak berblog. Bukan tahap bersarang blog ni.....kalau jumpa lipas mati, agaknya dah bermutasi lipas tu.

Sejak ada instagram ni ahkak dah lupa terus berblogging. Bernanah jer mata baca blog senior-senior blogger yang gila aktif. Kadang citer pasal durian jer.....dia punya sentap...wow. Tabik spring untuk blogger berkenaan.

Ok ahkak sekarang ni ada kerja.....doakan ahkak sambung entry seterusnya esok......dan bukan tahun depan.



Me Naughty..Me Netty

Wednesday, March 8, 2017

Selamat Hari Wanita dan Selamat Berblogging Kembali


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Huargggg dah lama tak berblog. Bukan takat bersawang....mereput bagai pun ada.
Apa-apa pun Selamat Hari Wanita kepada seluruh wanita-wanita di luar sana.

Adios...doa-doakan aja la saya rajin berblog kembali okey.

Me Naughty..Me Netty

Friday, June 24, 2016

My First Ramadan Post



Salam and Good Morning.
 I wish to all my readers a blessed and productive Ramadan.

Hey, time flies so fast kan?. Another year has passed and the precious Ramadan has arrived. 
So guys, how was everything? Fine?....
I missed blogging day by day (use to ignore blogging because of certain-certain thing yada yada yada). But hey, I'm back!!....

Hmmm for this month I'm trying to exercise and eat well hahhaha (I don't know why I laugh)
but what to do la kan, generally woman like me eager to loose weight in Ramadan while men loveeees to eat ahahah (forgive me if I'm wrong men out there).

anyway will show you what I eat for berbuka and suhoor next.

to be continue after this ya.....

daaaa

donning Munaa long shawl from Akasia.Attire



Thursday, February 11, 2016

Jom Bergaya Dengan Culottes

Yuhuuuuuu....Assalammualaikum and a very good morning uols.
Wahhh berasap nak tunggu post ahkak ni keluar kan?.....kira boleh bunting....beranak and bunting balik lah.

Maaf sangat, sangat....dah namanya masa lebih kepada family dan kerja...maka terlepas pandanglah nak update blog picisan ni.

by the way.....Korang baca tak tajuk post ni?.
Haaa, haruslah korang terkial-kial sambil garu kepala tanya tentang “apa benda tu Culottes?” Cokolat ker?, Churos ke?. haaa meh Kak Net Nak habaq mai. Culottes ni pendekkan citer nama untuk seluar orang pompuan la. Orang lelaki nak pakai pun tak salah, itupun kalau diaorang pandai gayakan fashion culottes ni la kan. Alah bukan kena tangkap pun kan kan.
Koleksi culottes ni unik ooo sebab rekaan ‘wide leg’ dengan potongan loose dan berukuran singkat pada paras atas buku lali korang. Koleksi seluar culottes ini pun dikategorikan versatile dan sesuai korang nak gayakan dengan apa jer jenis pakaian.
4 Idea Bergaya dengan Culottes yang harus korang…korang…korang choba. Nak Kak Net kasi contoh:

 
Kalau korang jenis yang nak gaya kasual yang ala-ala santai tepi Jalan TAR, haaa koleksi seluar culottes ni dikahwin kan pula dengan pemakaian t-shirt cotton yang tak panas memang la sesuwei sangat. Gaya ni bukan jer selesa dipakai sepanjang hari, malah korang Nampak beautipulll jer…... confirm orang pandang ko dua kali. Pandang tiga kali dia langgar tiang la jawabnya.


Kalau nak tampil lebih glamour pula, korang jangan segan silu padankan culottes dengan koleksi outerwear seperti jacket. Perghhh glamour wei.

Atau kalau korang teringin nak tampil dengan gaya smart casual, padankan seluar culottes dengan t-shirt lengan panjang dan wedges atau heels. Huyoooooo menangis sambal ketab-ketab bibir member sebelah perati gaya ko.


Dan idea last nak gayakan seluar cullotes ni…… adalah dengan menggayakan seluar ni dengan kemeja atau blouse untuk ke pejabat. Seyes culottes yang loose ni buat korang Nampak sweet and sopan and the same time terserlah imej kewanitaan korang yang selama ni tak berapa nak kewanitaan tu.

Pada yang muslimah yang pakai tudung tu…korang jangan la kecewa pula sebab seluar senteng tak boleh nak gayakan……no can also maaaa. Aku dok bayangkan aku yang bertudung ni pakai seluar cullotes dengan High boot cut (tall boots). Hehehehe. Rasa pelik? Takpa…pelik itu fashion kanzzz. Janji korang sendiri yang rasa vavaavommm.

                                                           
Me Naughty..Me Netty

Thursday, November 5, 2015

Aku dan Make Up - Pore Fit Cushion Bottle

Hello, apa khabar kawan-kawan

Hari ni aku terajin la pula nak review produk kecantikan.
Takde la dapat bayaran or tips or puji ke hapa....memang just nak review produk jer...

Makanya meh aku nak story pasal produk dari Korea Selatan ni.

Nama produk ialah
PORE FIT CUSHION BOTTLE keluaran Skinfood.


haaa amacam? muntah tak tengok modle separuh umur Skinfood ni?

So far aku memang ok jer dengan mana-mana produk make up. Belum ada lagi la produk yang sekali oles terus menggerutu kulit muka aku. Setakat capuk-capuk tu adalah tapi sekarang sebab ilmu penuh stuck kat dada, maka masalah capuk-capuk tu mudah jer nak hilangkan.

Oh lupa pula nak cakap, produk Pore Fit Cushion Bottle ni sebenarnya lebih kurang macam foundation atau bedak sejuk gitew (memang sejuk pun). Teruja betul aku tengok botol dia ni. lain dari yang lain. Kalau habis boleh buat baling boypren korang yang buat hal...insyaallah jendul dahi beliau.

    Baiklah.........

Aku pesan produk ni dari member ofis. Saja gatal nak habiskan duit.
Yang bawah kiri tu kotaknya, yang tengah tu dapat la ole-oleh mask face and yang kanan sekali tu foundation. Unik kan? kan?.....

Aku ingat style spray pada muka sampai ko lemas...rupanya tak.

Meh aku tunjuk cara-caranya.  


    

Ok......yang korang tengok gambar kiri bawah tu....botol bila buka penutupnya. dari atas nampak macam bedak compact. So korang kena goncang-goncang dulu botol tu sesambil belly dancing. Pastu tekan penutup botol tu, maka akan keluar la cecair keruh bernama foundation. Haaa nampak tak kat span tu macam ada bedak colat-coklat tu. Haaaa apa lagi...tepek jer kat muka.....seyes sejuuuuukkkkkk.


Aku kengkadang leka bila dap...dap pada muka....sebab sejukkan....
Apa yang aku suka produk ni ialah benda ni bila oles pada muka aku, takdelah kesan capok bedak....nampak natural kulit muka aku...orang nampak takde apa-apa tapi aku tau ada apa-apa...eh faham tak maksud aku?


Korang tengok jer la gambar aku kat bawah ni...aku pakai benda alah Pore Fit Cushion jer...tak sapu bedak dah after that. cuma pakai eye liner, liptik...calit skit tang kening...dah settle.

Tapi problemnya....kulit muka aku berminyak, so kena kerap dap-dap dengan kertas minyak...
kalau tak dap-dap maka nampak berkilat jer kulit aku dari jauh. Adehhhhhh


dah tu jer produk yang aku review hari ni....
and aku still pakai tak tukar-tukar dah.
kalau dulu aku pakai ronasutra....best juga tapi bila dah ada Pore Fit Cushion Bottle ni...
maka...carry on jer la.....

ok adios.....

psst- aku tak baca kali ke-2...so mana-mana kesalahan ejaan..
harap tutup mata jer..ok.



Wednesday, August 26, 2015

Wednesday, August 19, 2015

Mak Andam Di Kalangan Kawan-kawan Seperjuangan

Halloooooooo.........

sebelum aku nak merapu panjang lebar...meh aku cerita serba serbi simple dimple mengenai juru make up baru kegemaran aku ni. Yaaaaa bila lagi nak promote member sendiri kan.....beberapa tahun aku kenal member aku ni tak pernah dia belai muka aku elok-elok. Ni kira fes time la dia bagi kasih sayang kat wajah aku walaupun kengkadang aku rasa..."eh! dia ni nak make up aku ker? or nak tonyoh muka aku".....hahaha dan kau harus redho sentiasa bila mak andam ni jerkah kau suruh diam yang mana secara otomatik terkejut lalu tak sengaja terkeraskan segala urat saraf, urat kentut kau........Seyes memang korang akan diam, walaupun korang dah rasa miang atas bawah nak bercakap.


haaaa see....lawa tak dia make up?....yang patung tu memang dah sedia lawa tapi bila di touch up kan lagi memang ko rasa macam princess beku jer. 

Mak andam pun lawa juga......aku syak dia guna susuk timah cair. Seyes tak tipu. Hahahahah yang sebelah aku tu la mak andam/ make up retis yakni kawan aku. Nama dia Izyan. Terpulanglah pada korang nak panggil dia apa...kak Yan ker, kak make up retis ke, kak Yayan ke.....aku pun kengkadang tersasul gak panggil dia kakak walaupun aku seinci matang dari dia muahahahah.

So far pada sukakan make up yang ala-ala santai.....boleh la gunakan perkhidmatan dia. Dia ni simple jer orangnya.....takde la nak sediakan kemenyan, pulut kuning, kelapa muda, ayam hutan ker untuk naik serikan wajah korang. Yan ni guna make up yang bagus...So no penggunaan make up Fake ya.....sekali dia touch up korang, insyaallah naik serinya....kalau tak naik seri jugak...salah kan diri sendiri...jangan salahkan si Yan tu...ahaks....

So pada sesiapa yang berminat nak gunakan perkhidmatan jurusolek apa-apa juga majlis (events, wedding, photo-shoots, photo boom) dengan harga yang berpatutan, boleh contact Yan

Instagram : Redzara_makeup
Wassap/Contact : +60176605857

Insyaallah...dia akan layan kalian dengan baik.......dia bukan lah karnivor....saya jamin.

ok...lupakan pasal Freelance make up artist tu....

meh baca story lepas main make up-make up.....
'
'
'
'
'
'
'
'
'
sebenarnya tak ada apa pun yang nak di ceritakan...
just nak tunjuk gambar kawan-kawan I yang mulus tulus skema konon.....di majlis makan malam di Renaissance Hotel kelmarin.
Bila dah jadi mak-mak ni sometimes we need old friends (see tua dah kan?) untuk naikkan seri muka kita yang monyoooooooookkkk memanjang.

at least ada kawan-kawan tua ...ooopppsss kawan-kawan lama ni la bagi kita seronok dan hilang stress.
Ada jer gossip nak cerita walaupun gossip tu sebenarnya takde kena mengena dengan kehidupan peribadi masing-masing. Habis semua mat bangla bawah hotel nak digossipkan....eh kenapa.....????

Ni laaaa kawan-kawan aku yang ikut mood sewelnya.....akupun sebenarnya jarang nak lepak dengan diaorang ni.....tapi atas matlamat untuk jadi PM wanita pertama...aku gagahkan juga merapatkan diri dengan diaorang ni walaupun aku tak nampak sebarang bantuan oleh diaorang untuk mengharumkan nama aku di arena politik tanah air.

Yang pakai tudung pink tu platun mate aku Si Mai namanya.....haaa dia orang pertama aku rapat time 1st time nak ambil ujian kecergasan......time tu dia tak pakai tudung, dia pakai rambut lagi.....dan aku memang target dia akan terkeluar disaringan pertama sebab dia kuruih sangattttttttttt. Sekarang ni pun kuruihhhhhhhhhhhh!!!!...aku bennnnnncccciiiiiii......sebab dia boleh makan sedozen pizza dengan body tak mengembak manakala aku makan 2 keping pizza dan usus aku akan mengembang bak dibajai oleh baking powder...nyampah!!!

haaaa member aku yang lagi satu tu....yang pakai rambut panjang tu......eheheh itu namanya Alin Tan.....orang kampung aku tu......aku bersyukur sebab rapat dengan dia sekarang ni.....why? sebab dia baik, ala-ala skema....dan yang penting dia lebih blur dari aku....so aku win sikit kat situ ehheeheheh.
sorrie eh amoiiiiii
"watch your step"!!!!!


ada jugek kawan-kawan yang lain yang kira rapat lite-lite.....tapi kami still boleh bergossip perkara yang sama seperti kadar pengeluaran buah kelapa sawit Malaysia, gossip mengenai arena bola sepak negara...gossip mengenai total uban di janggut KJ......yaaa itu semua kami boleh get along together.........

Bila dah masuk 30 an ni....memang seronok kalau dapat bercerita dengan kawan-kawan lama....
nanti masuk 4 series pulak...then 5 series....then 6 series.....then 7 series.....mesti tak dapat nak cerita laju-laju and panjang lebar kan....sebab memasing dah pakai gigi palsu.....oh sedihnya.......
boleh terfikir bila cakap laju-laju.....dengar bunyi gigi palsu berlaga...tak pun paling havoc kalau ada yang terjatuh lalu disambut oleh kawan-kawan seperjuangan....dengan hilai tawa...ooohhhh sungguh sedih saat itu. T_T

ahahahahahahha kenapa aku gelak?

Dah laaa....

adios!!!!!.....


Tuesday, August 18, 2015

Cerita TWG Tea Garden Jumaat Lepas

ohayogozaimasuuuuuuuuuuu tomodachi tomodachi sekalian....
(sesuka hati aku jer kan?)

Apa menu breakfast kalian for today? nasi kerabu? nasi ayam? paw nasi kawan-kawan? awwwww
Aku minum air suam jer as usual...dengan harapan air suam tu berjaya kikis dedinding lemak tepu dalam perut aku ni. Seyes tak tipu.......aku memang harap air suam dapat memberi bantuan ke atas apa yang aku hajati. Walaupun aku rasa minum asid lagi mujarab kot...ahhhh persetankan semua itu.

Hari ni aku takmo cerita pasal breakfast....
aku nak cerita kisah Jumaat minggu lepas.....*akukan suka cerita-cerita basi ni*.
Actually sudah lama aku tak cerita kisah makan-makan bersama BFF aku si Mummy Ayu tu. 

Makanya.....adik-adik sekalian....
akak ko yang ketika itu ibarat gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati....pun mengajaklah BFF untuk keluar jenjalan ketika orang lelaki sibuk ke mesejid untuk sembahyang Jumaat.
-mana tak kenyang dik non oiiiii.....kat opis bersepah majlis raya.....pitam tengok lemang, ketupat, orang datang muka menyengih semua tu-

So......
Kami sebolat suara nak ke Midvalley.....dengan harapan akan lapar kembali saat sampai di parking shopping mall tu.

Tapi nan hado...memasing perut kenyang bak telan anak dinasour sorang sekor.
.....makanya.....aku suggest untuk kami lepak di TWG Tea Garden....
di mana?...di tengah ruang The Gardens Mall tu haaaa.

Saja.....nak fe'feelings bangsawan lak...minum tea pukul 1.30 pm.
ahaks...


Haaa.....sekali minta menu...bersepah biji mata hitam kau tenung senarai teh yang berpuluh-puluh lemon tu.
Aku just nak teh o ais jer......tapi tengok satu satu tajuk tea tu...haishhhh hampir setiap negara ada teh nya hoiiii.....

Habis power.....sebab malu-malu alah dengan pelayan tu...aku pilih jer Creme Brulee Tea yang berharga RM19.80......hahahaha rasa dia mcm english tea tapi bau creme brule tu tak tahannnnnn.....seksi kot bau dia.
Haaa..yang aku minum kat atas tu...bukan secawan ya tapi seteko......boleh lah 3 round minum tanpa henti.


BFF aku pula....sama jer macam aku....blur bila tengok tajuk tea kat menu...kemain lama telek......last-last dia minta air suam jer...Eh!!! no no no..air suam takde okey....ko minta la sky juice ke, warm water ke, plain water ke....yang ada hanyalah Mineral water bertajuk FIJI water...gitew, yang berharga RM15.10...haaa hambik ko!!!.......
Aku siap bawa balik botol air tu oooooo......konon-konon nak bagi ikan gapi anak aku stay dalam botol FIJI tu. Takde la cantik mana pun...saja jer BFF aku ni...nak bagi ikan gapi anak aku teruja sikit.


ok....kalau dah minum tea.....tak sah kalau takde dessert kanssss.....
dalam pada ko memboyot kenyang, masih lagi gagah nak sumbat makanan-makanan penyebab kencing manis dalam perut kau kan.

Setelah ditimbang tara...dengan rakusnya aku pilih Cream Brulee (RM19.85) ....see??? betapa tak advanture nya menu aku?...semuanya cream brulee.....while BFF aku pilih Chocolate Fondant (RM19.85).

Tapi sumpah gila.....Cream Brulee dia sedap weiiiiii...tahap aku takmo share dengan BFF aku.....itupun bagi dia rasa sikiiiitttt jer sambil ajak-ajak ayam....kot dia nak rasa lagi. 
Hahahaahah untuk chocolate fondant cake tu pula...hmmm bagi aku ok jer laaa....maybe sebab kuat kot rasa dark chocolate dia......BFF aku suka la kot, tapi hazabedah juga lah nak habiskan chocolate fondant tu sebab dia kek yang padat. 


Dah makan semua...time untuk bayar....pepaham jer la harga....lebih-lebih lagi tambah GST 6%...then ado pulak service Charge 10%........nasib baik aku suruh pelayan tu jadi photographer kita orang so takde la ralat sangat kena service charge tu. 

Last total payment yang kita orang makan kat TWG Tea Garden tu ialah RM87.....
.....sekian.....

Nanti kita story lain pulak ya.

Wednesday, August 12, 2015

My Tummy Feels Yummy!!!

Assalammualaikum semua....burrbbb....see...see...
baru bagi salam dah burb tahap ulaw sawer bunting haaa

Apa-apa I is very the syukur alhamdulillah aminnn sebab
dalam kita masih menyambut Hari Rayo yang mulia ini
makanan amaaaaaaaaat mewah hai!

Toleh kiri orang jemput makan, toleh kanan makan toleh depan makan toleh belakang pon maaaaakannnnnn.
Pendek kata murah rezeki dengan makanan jer la.
Duit pun tak keluar merapu sangat nak beli itu ini begitu begini.
Tika dan saat ini pun aku dapat wassap dari member ofis yang paksa ajak makan open ofis.
Wah! ayat paksa tu tak menahan wei.

Menu pula bukan calang-calang menu ya....ok fine kita kita tolak tepi ketupat lemang rendang tu semua.
Menu tu kalau takde memang tak anggap hari raya lah.
Tapi tadi aku memang berkenan betul menu yang salah satu sub seksyen ofis aku hidangkan.
Memang muka tak tau malu aku datang makan 2 kali ooooo...kalau tiga kali datang confirm aku transfer terus seksyen tu....choiiiii!!!!!

Menu simple jer...sedap kat tekak aku tapi kat tekak korang tak tau la pulaks....

Menu dia is - Sup kaki ayam-
hahaha terkedu tak?.....kedu????
hahahah memang aku ni spesis survivor tu haaa..
dalam banyak-banyak makanan kaki ayam yang aku hadap sangat.
ahhhhh tak kiralah janji sodap....I is okey jer

orait lah......aku out dulu....
so aku belanja satu gambar aku minum green tea....bujet tak makan banyak tapi lengan serupa ulaw sawa batik lukis.

awwww...tata....

Monday, June 29, 2015

Looking foward Kate Spade brand new 2016 planner





Hahaha as usual got crazy when watching new 2016 kate spade on Youtube.

and as usual juga want to buy it as soon as possible.



eheheheh......



Me Naughty..Me Netty

Wednesday, April 15, 2015

Pagi yang Psycho

Hi kengkawan jelites and handsemness sekalian.

Pepagi lagi I dah psycho dengan diri sendiri. Eh! kenapa ko kak???.
Semalam adalah hari yang tak berapa nak indah. Padan muka untuk diri sendiri. Pagi ni dah tobat taknak dah ulangi perkara yang I buat semalam. Hazabnya Ya tuhan ku. 

"Pernah tak korang nak "gossip" sesama group member dalam whatsapp sekali korang tersalah hantar pada (pelakon utama) orang yang ko gossip tu. Ahhhhhhhh!!!! menyesal and pengajaran berguna untuk I and taknak dah buat. Tu la dah kata jangan gossip, ko gatal tangan nak gossip. Ambikkkkk. Sekelip mata apa sahaja kerja yang kau nak buat jadi serba tak kena. Haaa meroyanlah sampai dalam tidur. 

Ok baki sisa-sisa serba salah masih ada pagi ni. Maka nak muhasabah diri, mulalah google surah-surah bagi tenteram jiwa sikit. Betul la apa orang kata. Dah terkena baru nak insaf. Hahahah memang I insap...insap sangat. Tapi apa kan daya, time ko dah insaf, ada jer yang ajak bergossip. Maka kengkawan ku yang berkenaan, kalau I diam tu maknanya I dah taknak join gossip ya. Namapun dah insaf gitew.

Tapikan....

Biasalah manusia, bila dah google surah-surah then tetibalah terbuka youtube konon nak dengar certain-certain ayat Al-quran.....tapi bila kat hujung youtube tu kau tengok ada model Victoria Secret 2015, mulalah kau ter'click' ahhhh! ngengada. Kau perati model two piece tu satu persatu yang mana at the end kau pula yang psycho sorang-sorang depan monitor. Psycho sebab kenapa kau anak dua tak dapat body guitar macam model-model VS tu. Padahal model tu ada dah anak 3 kot. tapi pinggang, peha humakaiiiiiii........dan kau mulalah nak sedih meratap sayu sorang-sorang depan PC. Ni kalau aku ngadu pada kawan gym aku si Liya tu confirm kena maki hamun + tazkirah free. Dah siapa suruh taknak berubah kenz.

Maka aku pangkah youtube. Aku buka website Zalora.com pula. Haaa aku memang berkenan design baju Fiziwoo. Seyes kenan sangat dah. Tapi bila tengok measurement terus ko slow-slow pangkah website tu. Haaa heart broken lagi sambil menyumpah dengan kadar pengeluaran kasar pada body sendiri yang mencanak-canak naik.

Then ko dah jadi tahap feed up and terus buka instagram lalu ternampak seorang fashion designer handsome. Ko baca lagi insta mamat tu. Eh! dah bertunang....mati-mati ko ingat gay. Lalu kau senyum sorang-sorang sambil tengok siapa bakalnya. Sekali kau perasan bakal nya adalah very low profile (bukan tahap-tahap retis) and biasa jer bagi kau. Terus kau whatsapp BFF kau and hantar gambar si polan yang dimaksudkan. The best part with your BFF is....she never kutuk or gossip or hina or whatever. She is very happy with that news dan terus kau rasa tenang sbb ada BFF yang berjiwa murni yang mana boleh jer dia nak ajak gossip disamping tambah dosa. Tapi BFF I tidak ke arah itu. I luv u la BFF.

at the end adalah rasa kurang sikit psycho
walaupun dalam hati ada terdetik

"kenapa lah laki aku bukan fashion designer?"

opps matilakatak.

Me Naughty..Me Netty

Monday, April 13, 2015

GST dan Ahmad Maslan

Bismillahirahmanirrahimmmmmm...
Nak buat entry sensasi ni kena banyak baca doa agar aku tak terlalu emo atau ke laut disamping tak tersalah cakap yang boleh menyebabkan aku jadi femes dengan kutukan dalam masa 1 hari atau hari-hari mendatang.

Sejak GST ni di implement kan di Malaysia ni, kemain kecoh orang dok gossip. Sampai berbuih-buih mulut and slim jari tangan tu dok kutuk GST ni. Dari aku bangun tidur sampai nak tidur balik memang kalau tak ada word GST pada whatsapp aku ni, memang tak sah. Siap aku boleh mimpi-mimpi lagi lah pasal isu ni. Anak aku yang nak duit belanja sekolah pun minta aku GST. Eh! ko pehal nak?...ko faham ke GST tu apa?.....ingat kek cekelat ke?.....Hazaabbbbb....ooooooo.

Secara jujurnya aku tak ambil port pun pasal GST sebelum ni. Ya laaa untuk kebaikan bersama "kata aku pada diri sendiri" tapi bila dah ko beratur nak beli kentaki, orang depan ko dok bising tanya "kena GST ka?" (LOL), Nak ke tandas awam pon mata dok usha kot penjaga toilet tu minta add on GST ke, then ko baik punya baring nak buat facial sekali member sebelah warning beauty therapist tu "you urut kasi lebih muka I aaaa sama macam you charge GST dalam bill I ", turun pasar bawah rumah ni pun ada yang bertekak dengan pakcik penjual sebabkan GST ni. huuiiii sampai macam tu. Aku pun jadi kaget gak. Dah kenapa kan???.

dan aku pasti budak-budak universiti yang nak buat final paper akan pilih tajuk GST ni kot boleh dapat markah bestkan?....ahahahah.

Ditambah lagi halnya dengan Timbalan Menteri Kewangan yang glamour mencanak-canak semenjak ucapan beliau yang dijadikan bahan. Seyes memang aku pun naik mengong bila dia minta pelajar UiTM masak sendiri untuk jimat kos. Apakah??? Haaa adoi la....memang aku tergelak sebab aku pun produk universiti tu and pernah la masak kat dalam kolej Teratai dulu. Itu pun kalau mak guard tak check la. Nak masak pun kena sorok-sorok kau....bayangkan lah masak telur rebus dalam kettle. Adoiiii......Sebab tu la kena cari boipren awal-awal, dapatlah boipren belanja nasi goreng USA. Boipren lapar takpa....janji girlpren happy.....eh!

Walaupun aku nak marah juga dengan beliau tapi sisi baik aku ni kesian juga lah bila baca komen-komen yang kutuk direct ni. Korangpun confirm pernah baca kan? kan? Kesian ooooo yang hina dia ada, yang sama kan dia dengan menatang pun ada...haish tak baik lah korang. Walaupun aku tergelak juga tengok komen kamu...kamu...kamu kat fb tapi hmm bila fikir balik, sedih sebenarnya. Korang tak baik tau. Dosa mengutuk sesama islam. Haahahah..eh! aku sedih tapi aku gelak...mana satu ni. 

Sebenarnya aku cuba kawal diri dari type merapu-merapu. Memang dalam hati ni nak kutuk juga tapi biarlah isu tu aku kutuk dalam diary aku jer......puas hati kot. Kalau kat blog kang naya jer. Terpaksa pendam ooooo......seperti mana aku memendam perasaan kat kedai-kedai kasut. Sebelum ni aku masuk jer kedai kasut mesti dapat hasil barang sepasang. Sekarang ni aku just jadi tukang telek kasut jer. Mata tengok atas.

By the way

Ahhhhh....perniagaan cake aku so far aku tak kenakan GST lagi muahaha dengar tu ..."laaaagiiii". Tetiba rasa berdosa lak kalau nak kenakan GST pada customer aku. Wah!...
Apa-apapun....aku dah habis idea nak cerita pasal GST sebab seteruk manapun isu ini disensasikan....aku tetap aku.....rakyat yang keluar duit sendiri untuk beli kasut. Sekian.

Apa pendapat korang pula????

Me Naughty..Me Netty

Semoga Pagi Ini Berjalan Dengan Lancar



Assalammualaikum dan Selamat Pagi

Amin, amin masih lagi bernafas dan sihat untuk pagi ini.
Kalau ikutkan aku ni memang lesu kalau tibanya hari Isnin. Itu yang pagi-pagi sampai ofis, kemas itu ini dan terus menung. Eh! camon, camon, tak boleh jadi ni. Pagi-pagi aku dah sendu memikirkan macam mana nak body macam 'Natasha Balck Widow - Avengers'. Eeehhhh! kalau terus sendu maka sampai ke balik aku akan terus layan perasaan sendu tu. Maka apa lagi google la apa-apa doa nak halau perasaan sendu/malas/sangap dan sedara mara penyakit negatif yang seangkatan dengannya.

Ok, mari kita bertugas. Selebihnya kalian baca lah entri-entri yang aku dah auto publish kan dari semalam. Kot banyak perkara nak dicerita kan kan kan. Tata 


Me Naughty..Me Netty

Monday, April 6, 2015

Teringin Nak Ber'Turban'....tapi....

Tapi.......

- Muka I is berpetak, so macam tak sesuwei kot...kot....ker tak? Kalau muka is the bujur the sireh one memang sangat sesuwei la kan. Terletak elok jer.

- Nak pakai kat ofis ni rasanya belum jumpa lagi office mate yang berturban time office hour. Kalau ke majlis besar-besar anjuran office tu normal dah tengok. Itu pun puas I jadi pendengar setia si polan-polan kutuk how she (orang sasaran) pakai turban tu. Aduh kot I pakai nanti....confirm jugeks la I akan jadi mangsa sot set sot set mereka itew.

- Bila orang pakai cantik jer.....tak tau pula bila I pakai jadi apa?.

- Orang mesti gelar I 'Datin'.....tak suka betul. Mentang2 pakai rare sikit kan?.....mula la nak bagi pangkat secara percuma.




Tapi suka oooooo tengok minah Arab dalam youtube ni pakai Turban. Cantik and simple jer ha.......
Memang suka tengok dia ni.....cantik. Oh by the way, kalau nak tengok minah ni kat youtube peragakan tudung and turban and OOTD boleh tengok kat youtube dia - Muslim Queens

ok.....chiows...

Me Naughty..Me Netty

Wednesday, March 18, 2015

Oklah...Fine...I tak Diet Today.

errr. not just today but yesterday...yesterday terday.....day...day...ay...ay.
ahahahahah serius badan dah memang naik okey.
Kalau yang ada kata aku nampak slim...memang aku aku tau bahawa kata-kata itu adalah plastik pujangga semata-mata.

pagi ni, dah selamat kuew tiaw goreng daging ni dalam perut aku. Haaa see...seee heavy breakfast bak hangggg. 


Dah makan baru menyesal. Selalu macam tu. Sebelum makan tak terfikirpun menyosal ke, kadar pengeluaran negara kasar tang perut ke......lemak tepu ke...haish.

.....


Monday, March 9, 2015

Testing...testing My New Blog

Assalammualaikum......

percubaan 1, 2, 3....
testing 1,2,3.....

huwaaaa rasa lain pula bila buat 1st entry untuk tahun 2015 ni....
bersawang gila kot blog after make over.

puas la I tunggu blog ni siap....hasilnya....nak cakap jujur tak?..

ok...80% not like what i expected tapi ok la.....janji ada blog kan ahahahah and comel juga blog I ni ahahahah

- due date tak tepat
- nuffnang I tak diletakkan kembali
- bahagian tabs haywire...tekan itu ini semua non hado.
- and dah kenapa I perasan bila tekan button home...terus ke my cake blog...aduhhh

nampaknya I kena buat semula sdn bhd.

as I've been told dia termake over sekali dengan my cake blog.....walaupun I prefer the previous one but benda dah jadi....maka hidup harus diteruskan ahahaha. Tapi takpe lah tersalah faham.

ok what do you thing about my new blog?.....

ok tak?.

Me Naughty..Me Netty

Tuesday, November 25, 2014

WIWT.......Baju Kurung dan Rempeyek Royale



What I Wore Today.....Baju kurung 

Kain baju kurung ni aku beli dah lama dah cuma baru berkesempatan hantar tailor. Siapnya cepat jer.
Beli 2 tahun lepas kalau tak silap di Kota Bharu. boleh tahan harga batik crepe ni. Fikir la juga 15 kali before beli ahahahahah.

Anyway nak ucap terima kasih kepada Kamarul and Ain (sorry baru kenal) untuk Rempeyek Royale yang sedap ni. Ain bagi aku rempeyek ni kat opis. Buat susah-susah jer bagi barang free ahahaha. Bila try makan amboiiiii sedap. Tak tipu and bukan bodek eh......tak keras kekung macam rempeyek yang aku pernah makan. Dah habis dah pun budak opis aku kerjakan. Nanti boleh pula aku order ya....eheheh


ok dah...adios!!!

Monday, November 24, 2014

WIWT....... Flowery Purple

Flowery Purple skirt 'skirt by me'
Tuck in blouse
purple Tudung by kak peah


WIWT


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno