Tuesday, April 29, 2014

Diary Diet Untuk Hari ini.......Selamat Pagi Kawan

Hi......apa khabar darling-darling shorga I sekalian.
Hari ni aku bangun lewat sikit. Nasib baik bunyi kuat azan Subuh terjagakan aku. Kalau tidak, mau terbabas sampai 6.30am.
Aku bangun persis hantu pocong and terus ke dapur untuk magic pan kan ayam & daging yang dah aku perap kelmarin. Then aku mandi. After that siap...aku sumbatkan sayuq, tomato, cendawan and daging ayam semua dalam bekas. Siap!!!! 

Untuk pagi ni aku just sarapan yogurt stobery jenama Anlene. Soooodaaaappppp. 
Sedap manjang ko Net ya.

Hmm satu aku perhatikan sejak aku diet ni. Muka aku bersinar-sinar. Cheeeewaaaahhhh! Bila lagi nak puji diri sendiri kan?..nak harap korang puji??? puuuiiiii.
Aku ni kengkadang on off makan supplement. Tapi ya laaaa memang sejak aku makan menu-menu sihat ni *mata ke atas 5 saat* memang aku rasa macam ok laaa...tak sembab la muka aku. 
Ni aku ambil gambar baru jap tadi. Aku ambil gambar ni before aku make up and tak edit apa pun ya kecuali aku buat border and initial nama aku jer kat foto tu. 


Aku takde la kata kulit muka aku licin....berkawah gunung berapi jugeks, cuma aku cakap tadi macam dah tak sembab dah and tak kering macam dulu. Lembab jer......takdelah kerani aku cakap muka aku ni "muka tak siap" memanjang. Asyik nak kena apply susuk (make up) jer...kekangkadang boring jugak. Hahahaha


Sekali lagi, aku belum kurus. Setakat 1 kg jer ghaib..... masih belum mencapai target lagi kan.

dah tu jer....jom buat kerja.

Monday, April 28, 2014

Jumaat Lepas Chitting Day...hokey.

Sebab chitting day hari Jumaat lepas
maka aku tak rasa bersalah story pasal our lunch together di Restoren Minmax, PNB Darby park.
Siap aku tapau kaki ayam lagi ahahhaha.

Kat restoran ni aku makan dim sum. Dim sum ni salah satu makanan favorite aku and Mummy Ayu.
sebab tu lah bila seut dim sum jer....bff aku ni pun teruja sama. 
and aku tau ada sesetengah orang kata kitaorang suka makan benda pelik-pelik.....pelik ke dim sum?....
lama dah kot wujudnya makanan ni...kan kan..

hari jumaat tu kitaorang boleh dikatakan 1st customer yang arrive.
and diberi tempat duduk yang best...terang betul aku tengok kereta aku dari bawah.


Mummy Ayu pula baru beli monopod baru. Akupun ada beli dari E-car...tapi bila tengok Ayu punya monopod macam senang jer....tak payah buat self timing, so akupun order dari Ayu....hari tu order, hari tu dapat. Hebatkan?...ahahahahha
So sempatlah kitaorang bermonopod sekejap.


kalau kitaorang makan kat restoran ni, confirm balik awal.
so apa lagi Ayu ajak beli air starbuck di KL sentral. Aku on jer ha....
yang best tu ada perisa caramel..sedap gila hoiiii! tapi ayu dah order choc untuk aku...pon bolehhh thanx Ayu.

Kitaorang minum dalam kereta jer...and terus balik opis...cepat gila.
tak sabar tunggu chitting day seterusnya.


haaaa aku suka yang Caramel Ribbon Crunch tu....marvelossss!!!

Sunday, April 27, 2014

Beli Jacket Wanita Secara Online

Hello and apa khabar? Obama apa khabar? Sihat?....
Tapi hari ni aku tak berminat nak cerita pasal Pak Obama.....jom cerita pasal pakaian boleh?.

Berapa ramai dari kamu, kamu, kamu yang suka pakai jacket?....
dulu time aku muder remaja zaman belajar universiti....memang tak lekang jacket denim tu dari badan aku. Rasa diri hebat bila sarung jacket denim dulu.
Lagipun time tu memang tak boleh nak pakai baju ketat metat...konon!!!

So.....itu aku cakap bagi tahun 1999 ke atas la.
zaman serba canggih ni.....jacket memang tak pernah padam lah dari dunia fesyen. Lagi best bila jecket ni didesignkan dengan pelbagai gaya. Hebat kan? korang tak teruja ke?


Jacket memang menjadi kegilaan orang pompuan termasuklah selebriti-selebriti terkenal Hollywood, Bollywood, KLwood dan lain-lain wood lagi. Celebrity ni suka jacket sebab easy to wear and mudah untuk digayakan. lebih mudah ayatnya.... dianggap sebagai pelengkap kepada persalinan mereka. Korang tengok kat foto atas. Anggun dan daring kan? bila diaorang ni mengenakan jacket. Tengok jer la si Kristen Stewart,  fashionable daripada biasa bila pakai jaket. Kalau diamati dengan betul si Kristen ni cuma sarung sehelai brocade jacket ke atas basic top yang biasa bersama legging hitam dan sepasang high heels jer. Tapi boleh nampak gojes kan? gila tak gojes???. Cara si Kristen ni mix dan match tanpa nampak macam Alien. So camnilah cara bergaya yang betul! Korang just perlu cari sesuatu yang mampu memberikan ‘wow’ factor kepada persalinan korang dan dipadankan dengan sesuatu yang ringkas. Ini penting agar dapat mengelakkan penampilan anda kelihatan ‘berat’ atau ‘sarat’. Haaaa gitew. Haaa teruja tak? teruja tak?......


Ha, satu lagi contoh terbaik adalah Jennifer Anniston (JA). Aku minat minah ni. Walaupun dah umur 40-an tapi akak JA ni masih kelihatan anggun dan cukup bergaya. Kebijaksanaan JA dalam menggayakan sesuatu stail of coz la sentiasa menjadi daya penarik ke atasnya dan ikutan oleh peminat-peminat beliau. Aku la tu. Korang boleh je follow cara JA dalam menggayakan leather jacket bersama sehelai scarf. Tambahan pula boots dipadankan pula dengan sehelai jeans yang bersesuaian. What a perfect match! Korang bayangkan jer, korang pakai sebiji macam JA and walk dalam Midvalley...huh smart giler wey. Sila haribulan ada jer orang nak selfie dengan anda......ahahah dah fefeelling artis dah tu.



Shop Jennifer Aniston’s Look Di Zalora


Jika korang rajin membuat pemerhatian atau research, korang pasti dapat jumpa banyak lagi tips how to style your jacket. Malah di internet terdapat ramai blogger yang rajin memuat naik video mereka menggayakan jacket bersama aksesori dan persalinan yang lain. Rajinkan diri buat research...jangan ingat budak belajar universiti jer kena buat research tau.







Ha! satu lagi!....Jacket bukan jer dipakai pada musim yang sejuk atau hujan tau. So, tak perlu risau pakai jacket kat Malaysia ni. Jangan sebab alasan panas...korang elak berjacket. Korang boleh jer gunakan jacket ke party, majlis hari jadi atau ke pejabat. Yang penting korang bijak menggayakan. Confirm korang nampak sophisticated dan elegant kepada penampilan korang nanti. Bila selfie tu nampak smart jer. Nak banyak LIKE tak?. Pasti menjadi perhatian ke mana sahaja korang pergi. Silap hari bulan, jodohpun senang jumpa. Hahahah. ok, gelak sorang.

Apa lagi? penat aku bebel. Mana nak beli?....haaa senang jer.
Layari laman web Zalora untuk dapatkan women jacket, blazer dan coats online dengan harga yang cukup menarik! Cepat! cepat! tau.




Me Naughty..me Netty

Thursday, April 24, 2014

Diary Diet nottinetti hari ke-16......Bento lagi

Hello, apa khabar semua?
lebatkan pagi ni hujan? tapi still rumah aku tak ada air. Nasib baik air simpanan baru tukar semalam. Kes jentik-jentik muncul la. Isk geletis jer aku tengok sekor-sekor dalam tong air kelmarin. Nasib baik juga lah aku sempat masak lemak kuning cili padi untuk laki aku. Kalau tak order jer la.

Oh Ya! apa menu diet aku semalam ya?

JOM TENGOK.

Breakfast 0620 pagi- blended tomato ceri + stobery. 
kalori = 54.4



breakfast pukul 10 pagi
aku buat bento lagi.
Haaa nampak tak bekalan aku tu. Bangun seawal jam 5 pagi untuk siapkan bento benti. Satu bento untuk breakfast, satu bento untuk tengahari and bekas satu lagi tu bukan bento, tapi hanya sudu, garfu and chopstick.


 Breakfast - Stobery, karot bayi.....


telur gulung cheese, sausage, roti wheatgerm, tomato ceri, sayur.


 best oooo sausage ala sotong kurita ni. Aku bakar jer atas pan without minyak.


Haaa ni telur gulung cheese. nampak macam banyakkan cheese. Tapi sikit jer aku letak. Maybe sebab cair tu yang nampak cheese melimpah. Sedap ooooo.


roti tu aku tekap satu bentuk LOVE satu bentuk bunga. Tapi sebab bento padat sangat. Maka tak nampaklah rupa bunga tu. Sandwhich ni isi dia daging bakar. 


Close up skit. Nampak tak daging bakar tanpa garam and sayur?.
Pun sedap. Aku lebihkan lada sulah jer.


Haaa nampak tak? nampak tak
bentuk love. Sandwich gak ni. Tak besar pun. sederhana kecil jer.


Untuk pengetahuan korang, breakfast tu aku tak habiskan sekali gus. Aku makan sikit-sikit. Janji tak lapar.
Aku selang seli juga pengambilan yogurt ni.


Lunch aku pula dalam bento yang lain. Bekas ala-ala kuali masak gitew. Hahaha Comel jer sebenarnya. Nampak macam besar.

Menunya ialah - Tomato ceri sumbat daging, telur gulung, sausage panggang and cendawan sayur.
Ingatkan nak susun bagi cantik. Tapi biasalah aku....dah potong ikut lawa bagai tetiba kesian pulak pada lebihan sisa makanan yang elok. Membazir tu amalan syaitonnnn!! rugi jer kalau aku buang. Tak boleh ikut juga cara jepun yang sisa lebih tolak tepi. Makanya habis aku sumbatkan lebihan daging tu. Jadi padat betul. Dah takde rupa seni bento dah. Ni seni sumbat elak bazir namanya.



Haaa ni tomato ceri sumbat daging bakar.


buang penutup tomato. best buat bento tomato ni.....gelak macam orang gila aku sorang-sorang dalam dapur....awal subuh pula tu. Sewel!! Mesti budak-budak atas rumah aku yang tidur enak...berpeluh-peluh dalam selimut dengar suara pompuan ngilai. Aku le tu.


Ni sausage....aku try buat rupa sotong kurita. Tapi takmau mengembang pula. Aku namakan sotong pemalu je la. Telur gulung tu tak payah explain la since uolls lagi bijak dari aku kan.


licin aku makan set bento aku. Maybe sebab size diayang comel jer kan. Korang jangan tertipu dengan gambar ahaha.
And aku minum air suam jer. 8 gelas sehari. Kencing pun jernihhhh jer. Nasib baik takde ikan puyu. Awwww

kalori breakfast and lunch - 503

Malamnya aku terfikir juga, apa aku nak makan. (Ni sebelum kejadian air dicatu pukul 10 malam lebih kurang). Aku teringat yang aku ada lebihan tomato bapak ceri. (Tomato besar)....Apa lagi akal singkat aku laju jer capai sebiji tomato, bawang, lada sulah, cili padi 3 tangkai, ikan bilis setengah genggam and bawang bengala. Aku blend jer.
Dah blend aku tuang dalam periuk kecil and letak isi ayam sikit and fish cake 2 batang. Letak air setengah cawan and masak jer. Sedar-sedar jadi macam gambar kat bawah ni. Cuak juga nak rasa since aku tak letak garam or gula or perasa. Sekali makan...WOW!!! sedap ooooooo...rasa semua cukup. 
Aku namakan resepi aku ni - sup tomato ayam jadi-jadian....err kena ke dengan tajuk???....
kenyang ooooo

Kalori - 300.2


Macam biasa, licin aku makan sup tu. Satu jam lepas tu, aku dah start atas stepper kaki. Sambil tengok movie Man on a Ledge sampai la movie GI JOE. Aku dok atas stepper tu...berhenti-hentilah tapi. Tengok meter aku dah buat 4301 step. Yang pasti time movie GI JOE tu aku tak stop sebab kusyuk tengok movie tu. Aku kan suka movie aksi-aksi ni. Tanpa sedar tu. Kalau dengan sedar....aku rasa 800 step cukup! enough! ahahaha.

Total Kalori ambil diet day 16 - 857.6 

Fuhhh!! selamat.

dah itu jer bebelan aku pagi ni. Sekian.

Me Naughty..me Netty

Wednesday, April 23, 2014

Diary diet nottinetti Hari ke-15....KFC itu membunuh diet aku!

Hi, hari ni aku start balik show foto-foto menu diet aku.
Ini menu untuk semalam......aku dah diet hari ke-15. Cepat jer kan?...
and tipulah kalau aku katakan yang aku tak curi tulang langsung. Ada masa yang aku tak dapat elakkan. Maka terambil lebih kalori dan aku akan berlaku jujur.
What did I do.....contohnya aku terambil fast food....terrrrr sangat. Aku akan kira kalori fast food tu and di situ aku akan anggap satu hutang yang perlu aku bayar jika terlebih dari 1000 kalori. Cara untuk melangsaikan hutang tu adalah dengan bersenam. Itu jerlah pun yang aku mampu lakukan. Oh! ya. aku juga ambil teh orang kampung. Maybe dah terbiasa. kasi buang angin sikit dalam badan.

Tamat. Jom tengok menu aku semalam.

Breakfast pagi seawal jam 0630.
Blended strawberry + kiwi + air masak
Sedap stim stim gitew. Maybe kiwi tu memang dah masak ranum and stobery very the manis.
kalori - 66
Kemudian aku dah mula start tapau makanan ke ofis. Best juga tapau ni. Tapi kena bangun awal la kan.
Aku pun dah mula berjinak-jinak dengan Bento. Kagum betul bila tengok youtube cara buat bento. Aku ikutlah cara diaorang tu tapi macam sayang oooo nak buang lebihan makanan. Aku simpan jer mana-mana lebihan buah yang aku potong untuk blend keesokkan harinya.

Taraaaa.....ni bento aku.
Menu tengahari (tapi ada juga yang aku ngap around 10.00am. Makan sedikit-sedikit takpe.
Aku buat ayam panggang and mushroom, ada tomato cherry, kiwi, starberry and sayur-sayuran.
kalori - 245

aku juga makan yogurt petang tu, around 3.35 pm
kalori - 143

dan untuk makan malam....hmm yang ni aku ke laut sikit. Memang sesat barat lah.
After office hrs aku jalan-jalan ke Midvalley. Lama juga aku jalan. Then lapar. Macam biasalah......lalu depan KFC, terasa macam kena pukau pula. Aku tengok jam dah pukul 0645 pm. Haa apa lagi tapau dinner plate untuk suami and snack plate untuk aku makan kat situ. Licin aku makan....lepas tu nyesal tak sudah. Mula la nyesal....and soalan demi soalan berlegar-legae di kepala otak aku ni such as 
"kenapalah aku tak buang kulit tadi?", 
"apsal aku pergi makan kentang putar ni pula?", 
"Tak makan rotipun takpa tadi" ....Nangis T_T.

Aku makan sebiji macam gambar bawah ni.

ehsan encik google.

Sebab malu, aku kecilkan gambar KFC tu...Choiiii!!!
Kalori satu set hidangan- 1250 ---- T_T nangis.

So total kalori untuk day 15 adalah 
- 1704 -

Aku sentap dengan kalori kfc tu. Balik rumah terus aku buat senaman stepper satu jam.
Itupun tak mampu sangat nak hilangkan lebihan kalori 704 tu. Haish. 
Tapi seronok juga pakai stepper sebab sambil senam sambil tengok The Matrix. Sedar-sedar dah 3000 step aku buat. Wallauwwweyyy.

hari ni punya menu pun macam best nak kongsi. Tapi kena tunggu esok.
macam nak tergelak tengok menu bento aku ni ahahahahha.

Adios.

psst- yang bertanya berat badan aku sekarang? Maaf lah aku tak timbang langsung. ehehehehhe

Tuesday, April 22, 2014

Yummiehhh kan?!



Sexy jer aku tengok kek coklat ni.
awwww!!!

Ke'kretifan Pengusaha Kedai Kek/Roti

Aku memang admire dengan orang-orang dari Jepun & Korea
dalam menghias kedai. Aku fokuskan kepada kedai kek sahajalah. Itupun minat aku.

Sewaktu aku ke KOREA dulu memang perkara yang buat aku ternganga dan nyaris-nyaris melekap depan cermin kedai adalah cara hiasan dalaman kedai kek itu sendiri. Tak perlulah aku cerita bentuk kek yang macam-macam patternnya. Memang kagum oooooo.

Dalam hati memang laju jer fikir
"Macam mana diaorang buat kek ni ha?"
"Huuumakkkaih!!! coklatpun boleh jadi gambar?"
"Cake roll diaorang ni cute and cantik"
"Handsomenya mamat uli tepung ni"

Jika nak dibandingkan kedai kek di KL dengan di sana memang hmmmm agak jauh kot ketinggalannya.
Sehinggalah kebanyakkan kedai kek dan roti yang dibuka di KL adalah milik orang Korea...haaa tu baru ada kelainan sikit. Tapi memang ada lah juga orang Malaysia yang buka kedai kek yang cantik. Antara yang aku tahu adalah Delectable by Su , Haaa ni memang tak dapat disangkalkan lagi....Harga dia pun hmm memang dasyat ahahaha.

Tapi.....apa yang membuatkan mereka ni kreatif?.....adakah menghias kedai dan kretif tu boleh menarik hati pelanggan? Kek tak sedap tak kisah ke?

Bagi aku YA!....(buangkan kek yang tak sedap tu)......ko teruja tak bila masuk kedai yang sangat cantik and kek, roti yang dihidangkan sangat menarik dan pelbagai?....
mesti korang secara tak sengaja akan menyebut Kawaaaiiiiii!!!! tu bagi yang perempuanlah....aku tak tahulah kalau kaum lelaki yang cakap word kawaii tu...ahhh! tak boleh blah cutenya.

Jom tengok kedai kek yang bagi aku menarik untuk aku copy paste buat touch up kedai kek aku tahun 2020 akan datang. Eheheheh




comel jer kan kedai diaorang ni.






Ahhh aku suka kotak camni. Boleh nampak kek.

Bakery & Cake Packaging Designs Inspiration

Bakery & Cake Packaging Designs Inspiration
Brownerie - Branding and packaging design




Comelkan?




Geramnya hoii!!!!


teringin nak ada bakery juga tapi aku tak master lagi dalam pembutan roti meroti ni.



Takahachi Bakery

Baker_D_Chirico013.jpg

awwwwww!! ohsem.


Suka giler aku dengan Bakery Tous Les Jours ni.



dah tu jer la.....
layan kan jer aku ni.

adios!!!

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno