Monday, March 10, 2014

Tragedi Seawal tahun 2014 - Let's Pray For MH 370



Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul
sepanjang tempoh berlakunya tragedi ni - dari aku bangun tidur dan buka tv, terpisat-pisat aku sambil nganga tengok lintas langsung beberapa orang sedang menyampaikan berita yang pada mulanya aku sendiripun tak tahu apa yang lelaki (ku sangkakan cina) ni maksudkan. Maaf MAS CEO.

Lalu aku membaca wassap, baru aku oooooo panjang. Ooooooo panjang bukan bermaksud aku tak kisah. Oooooo panjang sebab aku membaca news trajedi ini and terus mendapat jawapan yang kapal terbang malang ini telah mendarat di Nanning, China. Sebab tu aku ooooooo panjang. Sampailah bapa aku tanya ketika kami sedang breakfast. "Dah jumpa Boeing tu?". Sekaligus aku nganga dan penuh keyakinan aku katakan...."Oh! dah selamat landing kat Nanning abah". Lalu sambung menyumbat secebis roti canai ke mulut. Bapa aku sambung lagi...."eh! mana ada!....tak jumpa lagilah!" kata bapa aku...suara dia memang besar so macam kena marah jer gayanya sebab maklumat aku tak tepat. Terus aku google. Ye betul! maklumat pelesu!!!..Cis! jatuh air muka aku jer depan orang tua tu ha. 

So.....seharian aku melekap depan tv *tipulah, takdelah melekap macam cicak*
anak-anak aku nak tengok tv pun aku suruh tengok youtube dari laptop and handphone aku. Hari itu, tv ruang tamu adalah hak bapa aku dan tv dalam bilik adalah hak mutlak aku. No cartoon cartoon!!

Creampuff yang sepatutnya aku buat untuk customer pun aku tak terbuat. Macam takde selera jer.
Nak ke jusco dengan anak-anakpun aku cancel. Sebab tak nak terlepas berita.
alahai.......punyalah aku taksub nak tahu perkembangan pesawat MH370 ni dari masa kesemasa.
Habis semua cerita misteri berkenaan Bermuda Triangle and tragedi kapal terhempas aku baca.
Namun tak sedikitpun aku ulas atau jadi keyboard warrior di Facebook. Pagi ni jer aku berani bercerita secebis mungkin berkenaan tragedi ini. Bukan apa, aku tak mahu mengeruhkan lagi keadaan di Facebook yang aku tengok dah macam ntah apa-apa. Budak tak habis sekolahpun bagi pandangan macam dia dah ada pengalaman sangat bawa kapal terbang. Tak campur lagi yang mana anti si polan-polan itu. Buat sakit hati aja baca komentar-komentar diaorang ni. Mana yang kaki copy paste berita-berita tak benar tu laaaagiii aku panas hati. Sebab tulah aku ambil pendekatan mendiamkan diri. Maksud aku diamkan diri dalam terjerumus ke kancah 'keyboard Warrior" ni...shopping online masih diteruskan eheheheh.

Sampai satu tahap, aku berharap sangat yang pesawat MAS ni dihijack. At least kebarangkalian nyawa penumpang tu masih 99% ada. Walaupun terlintas juga di fikiran yang tragedi pesawat MAS ni sama dengan tragedi pesawat Air France 447 yang terhempas di Lautan Atlantik. Nauuzzubillah.
Apa-apapun aku masih berharap yang hijack tu masih berlaku.

sayu hati bila tengok karikatur gambar di atas.

 Hentikanlah tohmahan-tohmahan dan spekulasi yang tak benar berkenaan tragedi ini.
Let's pray for penumpang dan anak-anak kapal MH 370.
-_-

Me Naughty..me Netty

1 comment:

shahdiana said...

dalam banyak2 karikatur rasa sayu sungguh dengan yang tu...semoga diorang semuanya selamat...


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno