Monday, March 3, 2014

Goodbye February, Hello March 2014


Assalammuailaikum

Bulan February 2014 saya kategorikan sebagai bulan yang banyak menduga saya.
Tak apalah, macam tak logik pulakan kalau setiap bulan semuanya perkara elok sahaja berlaku.
Untuk bulan March 2014, harapnya tidak adalah perkara yang kurang elok dari berlaku.
Hari ini semester baru bermula dan ini adalah semester terakhir saya sebagai seorang pelajar Master di Uitm. Harap-harap saya dapat buat yang terbaik. Seterusnya dapat menumpukan sepenuh perhatian buat keluarga. Naik bengkak telinga ni bila orang bercerita yang saya pandang mudah perihal anak yang dihantar ke kampung. Percayalah bukan kehendak saya, kalaulah maid-maid saya sebelum ini berperangai baik, kalaulah ada baby sitter yang ikhlas untuk menjaga anak saya sehingga lewat hari selesai saya tamat kelas malam, kalaulah!......nak bercerita tentang 'kalau' susahlahkan. Sampai bilapun tak habis. 
Alhamdulillah, anak-anakpun so far baik adanya dengan saya. Sebelum ini cuak juga bila orang bercerita inform kalau anak dijaga oleh nenek, anak tak mau dah dengan ibu sendiri dan anggap neneknya adalah ibu. Tetapi dalam situasi saya so far anak-anak akan jerit nakkan saya, bukanlah tak mahu pada nenek tapi mereka masih tahu saya ini ibu mereka. Saya hantar di kampungpun bukan saya tak balik jenguk, kerap saya balik, bukan sahaja melawat anak malah melawat ibubapa saya. 

Saya harap sangat saya dapat habiskan semester akhir ini dengan jayanya. 
Banyak yang dah bermain dalam kepala otak ni, nak pindah rumah, nak hantar anak sekolah nak itu nak ini.
Apa-apapun, saya hanya berusaha dan biarlah DIA yang menentukannya.
kalau DIA kata jadi, maka jadilah. Kalau sebaliknya........kita postpone lagi...eheheheheheh.
adios!


Me Naughty..me Netty

No comments:


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno