Thursday, June 20, 2013

Sarapan Pagi......lapor jumlah penurunan berat badan @ Kumpulan Manusia Mahu Kurus!


 
 
assalam....sarapan pagi berupa cik Herbalife
aku dah lama sebenarnya jadi pengguna Herbalife tapi selalunya yang yang yok jer
kebelakangan ni jer bila aku masuk pertandingan diet, aku dah mula terajin nak mampos guna produk ni semula.......
 
Pagi Subuh tadi aku bangun jer dari tidur, terus berdesup tak gosok gigi muka semua, aku lompat atas penimbang berat badan dengan harapan aku hilang 20 kilo sebab tak makan malam semalam. Kan!
Diva memang cenggitu, semua nak cepat kurang kan.
 Apa kes. Tapi hampa seperti biasa penimbang tak pernah nak kawtim dengan aku.
nangis T_T! (better beli penimbang baru)
 Aku tak turun walau suku inci pun hari ni. Tapi total aku turun dalam seminggu ni adalah 2kg. ok la tu. Aku memang tak Nampak perubahanpun kat body aku but so far baju yang aku tak muat kat lengan dah mula berjaya meloloskan diri. Tahniah untuk lengan aku.
 
.....oh nak dijadikan cerita, lastweek time aku shopping sakan kat Tesco Melaka, aku ada beli dumb bell berat 2kg jer (anggap berat 5kg) dengan harga RM27 hengget satu ketul. Aku beli dua. Kembang kempis hidung waktu beli dumb bell tu.....rasa macam matlamat nak dapat body ketaq-ketaq akan tercapai dalam tempoh 24 jam. Senyum aku sensorang kat area alatan sukan. Giler!
 
and yesterday...yesterday...malam ok! boleh tak aku baru teringat yang aku ada beli dumb bell tu. Tapi rupa paras dumb bell pun tarak. Aku confius sampai call mak aku just to ask ada nampak tak dumb bell yang aku beli dengan dia kat Tesco. Dia kata dia ada nampak aku beli, siap letak kat kaunter cashier lagi....(aku ingat tu sebab mak aku bebel-bebel aku beli dumb bell) tapi time punggah barang-barang dalam plastik, dumb bell tu takde. So aku tak puas hati aku bukak wallet and nasib baik...aku kan suka simpan sampah dalam wallet....so jumpa resit lama Tesco tu.....haaa seperti yang ku duga.
Tajuk dumb bell takde dalam resit.....nampaknya mesti kes cashier ingat dumb bell tu bukan aku yang punya. Confirmlah!...Sebab time kat cashier tu sebelah aku ada sorang mamat...biasa-biasa jer mamat tu...haaa confirm dia ingat mamat tu punya. Nasib la mamat ooo mamat...kalau ko lepas pandang, mesti ko tak sangka ko terpay untuk dumb bell tu. And I think mamat tak kisah kot beli dumb bell untuk kejungkan otot....yang I risau takut u panic sebab kaler dumb bell tu is Pink. Isk isk isk....
 
.....kena cari dumb bell baru la nampak gayanya.
 
....hari ini kena lapor result timbangan....yeay total lost = 2kg minggu ni. yippie.

3 comments:

eRiNsZ said...

Peewettt kbaya ketat la nett rayer nih

emy said...

ko bt aku gelak jer net...
aku pun kalau diet setengah hari ..mmg melompat nak timbang ..harap2 turun 5kg..go go net..ko boleh..aku jer kurang nak boleh dah...

Anonymous said...

Wah!!!Caiyok..caiyok..kita ni dalam proses gak Ween tapi penimbang tu macam rosak kat angka 6 tak nak turun ke 5 apa kes huhuhuh sedih tau!!


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno