Monday, June 17, 2013

Sambungan Ke'marahan' Saya Tadi....wah!


continue...
 
Perkara yang acik tak faham la kebelakangan ni kenapa la nama acik ni sering di kaitkan dengan isu-isu semasa? cheeeewah!!. Cer kaitkan nama orang lain. Ini nama aciiiiiiiik juga korang nak petik. Tau la acik sporting tapi janganlah over sangat. (maaf selain sporting, acik memang cepat perasan sikit, sikit jer tak lebih).

Macam takde orang lain korang nak try match gustikan. Letihlah cenggini. Yang si Fire Stone tu pun acik kasi kredit kat dia, selain berjaya meletakkan harga diri dia betui-betui kat bawah tapak kaki acik, secara tak langsung dia jugak berjaya mengadvertisingkan si bahan gossipnya tadi menjadi glamour giler wei. Tahniah acik ucapkan.

Cer terangkan kat acik ni, apa natijahnya yang kamu dapat dari melaga-lagakan kami yang bakal bertanding gusti ni?. Setahu acik la kan, selama acik bekerja ni, acik tak kacaupun kamu tak pinjampun duit kamu tak kacaupun biznes kamu mahupun sleeping partner kamu......habis ngapain dicocok-cocoknya acik?...kan dah terjerentat dah lelemak acik ni. - Haish....pepagi sukakan tengok acik marah yang sekaligus meng'burn calorie'kan acik.

Camni jer la....apa sajer yang acik nak pakai tak payahlah nak di sorak tempikkan.....acik pakai ikut apa yang acik suka. And so far acik tak pernah ber bikini ber two piece ke pejabat. Kasutpun acik memang bersepah kat ofis, kasut acikpun walau tinggi tapi bertutup. takdelah kasut bertali ha. kalau kena tegur sebab tinggi sangat sampai leh petik buat doyan (durian) baru acik tukar kasut ala-ala 2 inci jer tinggi.

So, tak payah la nak banding-bandingkan acik dengan si polan polin itu ini and cuba nak membatu apikan acik. Suka hati diaorang la nak pakai apa and suka hati acik la nak pakai apa. Alasan tiru meniru ni tak wujudlah.....kan dah banyak fesyen sekarang ni, acik lagi suka kalau ada staff yang cantik moleh berpakaian. Takdelah Nampak macam mak jemah kan..kan....kata mesti berketerampilan cantik ke office...kang bila pakai baju kurung mak jemah jer...ada pulak yang kata baru lepas gaduh laki bini sampai tak terurus. Mulut orangkan memang tak leh tutup - nganga luat sambil bergerak-gerak. Yang peliknya hubungan saya dengan si polan polin tu baik biasa-biasa jer..takdelah bertegur sakan..just hye bye jer...tapi bila dilaga-laga interm of fesyen masing-masing tu yang cam apani? apani?. Dia blur acik pun blur.

Jadi, tak payahlah sesuatu isu itu di perlaga-lagakan...biaq pi depa nak pakai apa and biaq pi acik nak pakai apa...xde unsur tiru meniru eh....yang si Fire Stone tu..ang cakap or sampai lagi perkara-perkara yang boleh membuat pergaduhan sesame Islam....siap ko.....acik baling dengan batu sungai cicah api lighter then acik sorok belakang tong air. (nak sorok belakang tong sampah, kecik sangat).

Sekian.

No comments:


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno