BISMILAHIIRRAHMANIRAHIM...... nak bagi pesanan pada kaum adam ni kena hati-hati kang jiwa diaorang kacau susah.
Anggap je pesanan aku ni sebagai pesanan membina jati diri yer. Semoga korang akan berjaya membina badan dengan cemerlang dan gemilang. Oh! tragis!
Kepada para lelaki yang bakal bekerja after tamat belajar, pesan aku eloklah survey-survey beli rumah dulu, (harga rumah ni makin lama makin naik. Nyampah aku!!)
Korangkan rajin kerja part time time belajar...haaa duit tu korang simpan (pandai suruh orang simpan, aku dulu kerja part time kat Memory Lane, Sunway Pyramid dapat RM800 sebulan habis aku joli katak). Duit simpanan korang tu cer korang buat bayar wang muka beli rumah dengan pembiayaan Islamik untuk tempoh 20 hingga 30 tahun bergantung kepada matlamat pembelian korang. Agak-agak boleh tak?.
Lepas tu baru lah mengkomer-mengkomer (korang) pilih calon mam besor (bini) yang bakal mengkerjakan rumah korang tu nanti. Ha kalau boleh carilah calon yang berasal dari keluarga yang tahu hukum agama Islam dan mengamalkannya. Bukan sebab nak suruh calon korang tu halau hantu dalam rumah tu ker or jadi pawang (kes rumah tinggal lama tak berpenghuni)...camto baik ko kawin ngan ghostbuster jer kan. Maksud aku, cari bakal isteri dari keluarga yang ‘tidak menjual anak’ al maklumat la harga hantaran sekarang ni macam-macam rupa nilainya. Ada seringgit, ada dua hengget, ada tiga hengget. Aku tak leh cakap tang ni sangat sebab akupun antara yang demand harga up time kawin dulu. Eheheh.....tersiput-siput malu cengkerang aku.
Bukan apa......ini semua sebab nak confirmkan yang korang-korang ni nanti takdelah terjebak dengan masalah tak cukup budget kawin and after kawin nanti. Sebab kes-kes sebelah pihak tu nak menunjuk-nunjuk time nak kawin tu la jadi parah bagi sesetengah kaum lelaki. Uhuk! Uhuk!. Tapi tak dinafikan ada jugak kaum pompuan menjadi penyumbang untuk hataran sendiri, teeeeeeeeeeet.
Aku petik ayat ni dari http://www.shamsuddinkadir.com
ayat dia berbunyi zapin cenggini. Sila nyanyi style zapin:-
"Buat majlis perkahwin seringkas yang boleh, beri makan kepada orang Miskin, sekirannya masih terdapat lebihan duit, lebih afdal memberi sedekah kepada fakir miskin yang sedang memerlukan bantuan kita sekarang".
Tapi percaya lah, tak ramai kaum wanita yang suka majlis perkahwinan dia sesimple ABC kan?. At least mesti ada live band or joget lambak - grand dari sepupu sepipit sendiri kan? kan? kan?.
just my 2 sen.
Me Naughty..me Netty
No comments:
Post a Comment