Assalammualaikum dan selamat pagi uols.
Lap sikit habuk-habuk dalam blog I ni.
Apa aktiviti kekakak & kekabang sekalian *cas ayat abang kawasan kejap*
happy harapnya kan,
untuk I la kan, aktiviti memang meriah minggu lepas.
penuh jer rasa jadual waktu selenga I.
Jumaat malam I bersama kak tetipah tetipung sekalian ada party yak yak yeah anjuran ofis kebanggaan I.
bravoo untuk ahli jawatan kuasa dan bravooo untuk I sebagai 'emcee' tak bertauliah malam tu.
tajuk utama party malam tu ialah
Queen Of The Night - Gala Dinner 2014
So nak ikut tema bagai.....I cari last seminit crown besi kat atas kepala I tu.....RM39.90 beli kat Sinma, Midvalley. Chait, kalau I tau I cari kat MYDIN harga RM9.90 je kot.
Make up (susuk) I yang vogeyyy the vavavoom tu hasil kerja keras YAYA. Nanti I promote yaya kat entry yang lain yer.....entry ni kasi I pulun sorang dulu. Ok. Yaya simpan senyap-senyap dalam poket dulu.
Haaa ini I malam tu......kalau uols kata muka I berubah 360 darjah paras beku, I pun apatah lagi....terkezut mak nenet tengok muka sendiri. Wow cas pengantin lama uols...rasa dan dan nak heret laki I bawak gie sanding lagi sekali. Cover bebulu tu lama dah dalam koleksi I.....dah dua tahun berturut-turut baju vevulu tu join dinner party. Naik nyampah dah.......ni terpaksa pakai kes nak cover bahu I yang macam hul hogen tu. Cis. Temanya nak pwincess Frozen...tapi jadi Pwincess Berbulu...Camno tu.
Motif utama ke gala dinner selain rasa diri cantik menawan bak bidadari *pensan*
I juga nak jejak kasihan dengan kengkawan-kengkawan sewaktu bujangan dulu. Time masing-masing takde perut extra lagi. Bila jumpa memasing memuji.."Cantiknya koooooo (5 harkat)"...yang mana dalam hati memasing...cis tak guna cam mano dia anak 3, 5, seploh...tapi body mentain kurus...cis cis cis.....
tapi apa-apapun I suka jumpa uols selain hazab dengan jacket vevulu I ni.....
Haaa ni partner emcee I. Namanya Lin. Kesian dia terpaksa teman I jadi emcee....bertabahlah Lin....I akan cuba sedaya upaya groom you and menjadi mentor you yang hebaq lagi bermutu....
percayalah!!!!!.....
nak suara emce sedap merdu bak kek red velvet.....???
haaa cuba ni...sediakan baldi penuh air & masukkan kepala dalam baldi tu lalu jerit kuat-kuat ...Insyallaaahhh....
(aku tak cakap apa-apapun kan? aku just cakap insyallah)
I malam tu....cis...mata tutu tapi hati terbuka riang. Malas!
Fefeeling pwincess Frozen berbulu ni lah yang over.
Ni pula koleksi baju I yang patut pakai malam tu. Antara tiga ni, I berkenan nak pakai baju Variante yang electric blue tu...tuuuu yang tengah tu...tapiiiiii almaklumlah berat dah macam tong drum....maka tak sampai nak zip. Leceh betul la.....maka terpaksa pilih yang hijau tu, yang merah tu I anggap jer baju pergi ofis sehari-harian. Wah!!!!!
sebenarnya tak banyak gambar majlis I ambil. Pengacara kata ko..mana sempat nak pegang handphone...
So I snap mana yang I rasa muka I cas pwincess Frozen jer lah......of cos dengan dendayang I sekali....ehehehehhe
Ni I bergambar dengan Cindewrellah!....
Cindewrellah tak pakai Crown macam pwincess frozen...so ko kalah dari segi tu Alin..ahahaha
walaupun ko menang tiket ke Bali....ahahah jadi ratu Bali jer la kamu...sila pakai 2 piece jer nanti kat bali.......malas layan.
Apabila pwincess Frozen berjumpa Puteri Hang Li Pot...
I sipi sipi kalah dengan mahkota kat kepala Hang Li Pot tu. Kemain tinggi. Sekali kipas kat muka I, mau bernanah hidung.
I cas I menang sebab bulu mata pelesu I lagi melentik dari bulu mata original you. Babai Hang Li Pot.
Ni kekakak sedorm I, Norina....I tak boleh cakap banyak dengan dia since dia pembekal pes asam pedas paling enak seantero Pahang. Ampun tungku.
Patik tak berani berlebih-lebihan dengan Tungku.....terima lah gambar yang mana I lagi menawan gila pig dari you....ampuuuuunnnnn tungku.
Ini pula???? Oh I tak kenal...dia ni sengaja datang rempuh I and buat-buat tak tau.
So no komen ya.
Haaaa tipu jerk.....ni kekakak yang satu kawasan rumah dengan I. Kakak kawasan ni.
Sebab rasa diri ku begitu berharga, maka kami berusaha mengambil gambar di setiap ceruk Hotel.
Walaupun! tukang ambil gambar professional sangat.....pensan lagik.
Memang best event dinner-dinner melibatkan kaum pompuan ni sebenarnya
tapi maybe ada sesetengah yang tak suka. Takpalah itu hak mereka.
Tapi kita-kita yang rasa diri kita berhak ni...event event cenggini lah yang buat rasa kita dihargai and disanjungi cheeewah!!!....
apa-apapun......
tq tu Sheraton Imperial Hotel, KL
tq untuk Ahli-Ahli Jawatankuasa
tq untuk penyanyi Indonesia yang putih gebu bak kapas dalam plastik tak buka lagi
tq pada tukang hidang makanan dan air
tq pada SA Variante Bangsar yang kasi I try pakai baju Variante berdozen-dozen tanpa mencebek sesaatpun
dan tq sekali lagi pada warga kerja NONA....wah!!!!!
adios amigos agogos antibakteria.....
Me Naughty..me Netty