Punching bag tu gapo mek?
yang serupo bag beras tu ko?
ehehehehhe...sat sat naa......I google.
haaaaa ibaratnya I adalah punching bag tu, redhoooooo jer kena punch Ko tumbuklah macam manapun....body I solid jer rupa gitew.....dan yang menumbuk tu kiranya si tukang marah la....takkan happy-happypun nak menumbukkan. Unless nak keep fit. Tu lain cerita.
Al kisahnya sebaik sampai di ofis jam 6.30 pagi. I macam biasalah melepak dulu. Mengemas sambil mengilai sorang-sorang. Then datang sorang office mate (staf) I. Lalu mengetuk pintu bilik. I yang sedang mengilai versi vibrate ni pun cepat-cepat cakap. "Tunggu! Tunggu sat"...dah siap bersusuk bagai, ok terus buka pintu. Oh! staf I yang comel masuk sambil minta maaf sebab ganggu hilaian I pepagi buta.
"Maaf Pn. Net, ganggu pagi-pagi. Kita nak mengadu sikit"
lembut tutur kata staf I sorang ni. I pun ceria macam biasa. Hari Isnin kannnnn harus happy.
Lalu.....staf I ni meluahkan perasaan yang membelenggu. Dari seelok-elok tatabahasa terus menjadi sekeras-keras ntah apa-apa bahasa. Marah kemain koooooo. Terkebil-kebil aku dengar luahan perasaan dia yang membuak-buak bagaikan loji kumbahan taik air. Uissshh! orang pompuan kalau dah hangin.....tangan macam Karam S. W. Nasib baik dia tak pegang pisau time tu...kalau tak mau berlobang muka perut aku ni.
Aku macam biasalah terkebil-kebil sambil minum Chia Seed. Kot dengan harapan cepat sikit lemak aku terbakor.
Dia terus bermarah-marahan. Aku faham orang tengah marah ni kita kena diam and dengar dulu. Nak mengilai rasanya tak kena pada situasi. Nak turut sama marah pula kang ada pula adengan Hang Jebat and Hang Tuah.
Tindakan aku seharusnya ke arah lebih positif lah. Walaupun aku boleh buat dua perkara ni.
Sama ada hasut lagi staf aku ni.....bakar dia kasi rentung!!! Make sure sampai bunuh-bunuh.
Astagfirullah.....tu nak ke Neraka tu....
ataupun
Nasihat dia dan sabarkan dia. Ingatkan kembali saat-saat indah dia dengan kawan yang dimarahi nya. Walaupun aku tau susah nak feel balik kenangan manis time ko tengah marah-marah. Memang takdo nak imbau-imbau la.
Tapi aku still cakap...(before dia terbalikkan meja aku yang memang sedia bersepah). If dia dah tak tahan sangat dengan perangai kawan dia maka adu jer pada bos. Kalau takut, aku boleh tolong sampaikan (eh! aku bukan batu ronsen ya) aku membantu. Tapi kalau dah tahap aku sampaikan pada bos, maka akan adalah positif and negatif. Yang mana staf-staf yang takde kena mengena turut terbabit sama.
Maka aku..(eh! tadi ber 'I" kan....ni "aku" pula) takpe janji faham. Maka aku cakap....buat masa ni aku akan nasihatkan staf yang digossipkan tu. Kalau tak jalan juga....maka baru aku akan panjangkan pada bos. Aku tau kalau aku panjangkan pada bos...dah tentu-tentu bos suruh aku settlekan....tau sangat. Sebab ni kes terpencil, lainlah kes bunuh orang ke ataupun kes curi kereta bos bawa pergi Thailand untuk meronggeng ke....kan..eheheh
ahahahahah.......harap-harap takde kejadian bunuh-bunuh lepas ni.
dan kepada staf ofis yang lain.....bantu la sesama staf. Jangan longgokkan kerja pada staf yang cuti. Bila staf naik kerja terkezut beruk dia tengok kerja atas meja yang secara otomatik boleh mendidihkan darah perwira dalam badan.
dan lagi....berpada-padalah kalau tengok 'tonton.com' ker...you tube ker sampai kerja pun anggap bukan kerja dia. Tak baik camtu.....kita kawan-kawan takleh gaduh...kenapa????
nanti mak marah! dah tu jer.
Aku nak buat kerja...semangat lepas tumpangkan telinga pada orang tengah marah.
ni ada pula member panggil ke ofis dia just untuk tengok kulit muka dia yang mengelupas.....oh!! baru ku tahu...diriku amat berharga......patut ada alaun-alaun "tertentu" untuk orang macam aku ni.
heheheh maaf yer.
Me Naughty..me Netty
1 comment:
naik cuti je teurs dapat hadiah kan,...hihihi...
i mean kerja yang brrtimbun2
Post a Comment