Saturday, July 26, 2014
Friday, July 25, 2014
Klasifikasi Sampul Duit Raya Saya
Haaa macam dasyat bebenor nak klasifikasi bagai.
Sampul duit raya jer pun kannnnnn.
So hari ni walaupun aku kerja tapi memang separuh otak aku dah sampai kampung dah.
Dah dengar mak aku terjerit terlolong nak suruh aku lap tingkap, mop simen, vakum itu ini, beli itu ini.
Ngeri tapi best!
Maka hari ni kerja aku tu lah! masuk duit dalam sampul raya yang aku dah asing-asingkan.
Haaa cer tengok kat bawah.
berselerakkan desk aku?.
haaa siap ada sampul paghiisss (Paris) lagi. I feefeeling sangat nak gi paghisss tapi takdok rejeki lagi so angan-angan sampul raya pun bolehlah!.
Jom menyibuk sama tengok apa yang aku klasifikasikan sesangat!
Haaa bawah ni yang macam uncang purse cute ni.
Aku beli borong jer senang! ahahaah.
Ok....kepada mak-mak bapak budak yang dah terbuntang biji mata tu...eheheh
maap jer la ya. yang purse-purse getah comel ni aku hanya bagi kat anak-anak buah ber'gender' pompuan jer ya. Anak buah lelaki takdok. Mak budak mahupun bapak budak pun takdok!. Maka, sila kedip-kedip mata kalian ya...muahahahahahahh
Seterusnya........
Sampul paghisssss ni. Aku kenan sangat sebab warnanya....sebab...ermmm sebab...errmmm sebab paghissss la......dah!
Oh! kekakak kekabang adik manja adik manis adik Peah sekalian.....telan air liur dulu.....dah terjuntai-juntai tu haa....
aku klasifikasikan sampul paghiss ni khas buat warga emas and warga yang rare/ bizarre jer yer. Kih kih kih.
sampul ni khas buat mak bapak, mak bapak mentua, adik ipaq membujang sampai ketua dan konco-konco kerabatku. Aku bagi sampul ni beserta harapan jika kalian ke paghisss...ingat aku dalam doa mu. Aceceh! Malas layan!
dan seterusnya tak lain tak bukan...
ni sampul biasalah untuk kaum kerabat yang jauh di mata dekat di hati ....kononnnn.
ni khas buat jiran-jiran sebelah rumah, bakal menantu, bakal ex menantu dan semua bakal-bakal la....and some more buat kanak-kanak yang mana si starbuck latte pernah tarik kain sekolah kalian...pun aunty bagi yang sujud kat kaki aku pun insyaallah aku bagi sampul ni. Ehehehehe
dan last sekali..eheheh sampul lucky draw....kalau buka ada duit tu nasiblah...yang buka takde duit tu...anggap jer...cuba nasib tahun depan..aahahhahaha
taklah! aku tak kejam oooooo.....akak kan Santa Klaus!
Mesti ada duit punya walaupun seposen.
Ini khas untuk kanak-kanak yang datang beraya kat rumah or aku datang rumah kawan and tetiba kawan hulur anak dia (entah anak dia ke atau anak jiran)...maka sampul inilah yang akan aku bagi ehehehehhe
Nak tau tak? minggu lepas aku pernah terfikir tau nak beli tabung kecik-kecik besar tapak tangan tu.
Ada macam-macam rupa....ada kereta, motor, kepala keretapi..cute jer tabung tu.
And aku terfikir nak transformkan tabung tu sebagai sampul duit raya khas buat anak-anak buah berbangsa lelaki. Tapi bila difikirkan balik, mesti berat. Somemore anak buah lelaki aku ni bukan sorang dua. Ghamai.
kang ada yang mak bapak memasing carut jer kat aku sebab tak pasal-pasal kena bawa balik tabung kannnnn eheheheh.
Apa-apapun harap kalian yang terbabit sukalah hendaknya.....and tahun ni aku ada sedikit caras bab-bab duit ghayo. Bukan apa...bila difikirkan balik. tahun-tahun sudah...aku bagi, laki aku bagi...dah macam aku ngan laki aku ni bukan laki bini pula bagi asing-asing. So aku kurangkan duit raya mana patut. Kasi laki aku pulak bagi lebih muahahahahahahahha.
Udah itu jer lah klasifikasi sampul duit raya aku ahahah
so korang punya mesti lagi gempakkan? Dasyat Gilerrrr!!!!!
Labels:
mood,
sampul raya
Thursday, July 17, 2014
What I Wore Today........Macam-macam hal
Assalammualaikum, salam Ramadhan dan selamat pagi.
Pagi-pagi ni merah lagi biji mata sebab tertengok kisah anak yatim kat TV3. Malas tau nak berdrama pepagi ni kat opis. (Hari ni emosi aku tak menentu)
Pagi ni rasa macam banyak betul halnya.
-Air Cond kat ofis ni tak berfungsi,
-Line internet ofis ada manusia yang belajar tinggi dah godam so memang slow la. Aku nak buka news online pun kena pakai handphone.
-Kereta calar balar, haish aku memang ada masalah la dengan orang yg park sebelah aku kat ofis ni. Aku dah parking cantik x lebih x kurang tapi kereta sebelah aku ni suka park hampir dengan line parking aku. Which is aku terfikir, macam mana dia keluar? Melalui pintu satu lagi atau hmmm kalau fikir logik memang sempit dia nak buka pintu and for sure akan kena kereta aku. Haish. Sudahnya memang calar balar kereta aku. Sesuka hati jer parking. Adjust la kasi betul sikit. Haish sabarrrrrrr.
-1st time aku rasa PMS. Kurang minum air kot?
WIWT.......korang percaya tak kalau aku cakap maxi ni kepunyaan mak aku dulu-dulu. Cuma aku tambahkan ribbon jer kat pinggang. Eheheheh.
Wednesday, July 16, 2014
Monday, July 14, 2014
Jom Derma.....
Entry ni bukan nak menunjukkan yang aku tetiap tahun buat derma baju raya untuk kempen "Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata" ni. Ya, dan aku faham korang lagi banyak menderma malah lagi hebat jutaan-jutaan dermaannya...*ayat aku mereng*.
Tapi........ tak salahkan kalau aku kejutkan atau kasi terjerentat sikit mana-mana sahabat handai yang mampu tapi masih belum pernah menderma untuk anak-anak yatim kan?. Sama-samalah kita kumpul saham akhirat ya. Tak mampu 10 helai, satu helaipun sudah cukup memadai. Insyallah.
Tapi baju barulah, taknaklah bagi anak-anak yatim pakai baju terpakai untuk Hari Rayakan?. Kita nak kasi diaorang happy sebagai mana korang happy dapat baju Raya yang baru. Tak gitew.....
Me Naughty..me Netty
Sort out Duit and Sampul Raya
Haaa.....raya tahun ni aku takde lah kemain nak DIY canggih manggih sampul duit raya macam tahun-tahun sudah. Tahun kali ni aku bersederhana sahaja *yer ke?*. Kalau boleh nak letak duit dalam plastik jernih jer.....hahahahah ok! tak lawak.
Bulan lepas kan, tengah aku dok jawab exam kat tengah-tengah dewan peperiksaan....boleh pula aku terfikir pasal sampul duit raya. (kes tak dapat jawab soalan la ni). Beriya aku nak belikan tabung kecik-kecik (ada rupa kasut sneakers, ada rupa teddy bear) untuk anak-anak buah kesayangan aku yang seramai 14 orang -tak termasuk dalam perut. Tapi bila fikir balik...jenuh pulak aku nak bawak tabung-tabung pelbagai bentuk tu......mau jadi Santa Klaus karang...dok bawak guni pergi rumah adik and kak ipaq kan. Nak lagi berkesan di hati....kasi duit syiling jer dalam tabung tu...menangis mak bapak budak kena kira and korek duit tabung ahhaahha. Astaga...apa aku ni? mabuk ke?..
Ya la....jumlah anak buah dah la ramai...best ooo tengok muka diaorang dapat duit rayo. Tetiba rasa nak jeling tajam jer kat laki aku...... aku nak anak ramai hoiiiii!!!!!!!
ok...sila waras Net...puasa ni.
Kan aku dah cakap, aku bersederhana jer raya tahun ni *kedip-kedip mata*. Sampul raya pun aku beli dah siap kat Kaison tu ha....tugas aku cuma sort out untuk orang-orang tertentu jer. Tu...nampak tak kat buku aku tu......ini baru family. Tak masuk lagi yang anak-anak bakal menantu, anak sahabat karib, anak-anak geng blogger, anak jiran sebelah ghumah (walaupun mereka tak pernah hiraukan kewujudan anak aku yang dari 1 km dah nampak perut boyotnya) *aku cakap pasal starbuck daaaaa.....bukan diri aku* tapi takpe......aku tetap klasifikasikan diri aku sebagai Santa Klaus yang suka bagi duit raya and hamper raya secara membabi buta. Sebab? memang aku suka.
Apa-apapun aku sedaya upaya nyahkan perasaan dengki aku terhadap perkara diatas. Perkara apa Net?.....alaaa perkara yang tu tu laa.....yang aku bagi anak jiran duit raya.....jiran bagi anak aku ucapan selamat hari raya maaf zahir batin *dah macam anak aku banyak doser lak kan?...* hahaha...Ya!!! aku memang sedaya upaya hilangkan perasaan itu. Walaupun sometime hati jahat aku ni selalu berbisik...."Hek eleh...aku bagi anak ko RM50 sorang" balasan ko bagi anak aku "RM 1 jerk? hek elehhhhhhhhhhhhh" 5 harkat di situ. Ya....perasaan ni yang paling aku benci. Kena banyak muhasabah. Pasai pa yang aku gatai sangat nak bagi RM50.....kan?....nak sedekah pun agak-agaklah....anak baru pandai korek idung kot. Bagi lolipop pun dia dah happy giler.....Haish....
ahhahaha so...untuk kali ni...cuba berjimat cermat sikit....bagi berpada-pada pada yang bukan family. Pada family? haaaa aku tak kisah sebab dah diaorang family aku kan?....kot aku masuk sepital nanti, diaoranglah yang melawat and tolong nangis-nangiskan.
Haa..berbalik pada sampul raya, yang korang tengok kat bawah ni tak berapa lengkap lagi. Aku ni selagi tak letak ribbon and blink blink memang rasa tak complete jer sampul raya aku.....*tadi kata simpleeeeeee*
heheh haaa simple aku camtu lah......korang amacam??? sampul raya DIY atau dapat free atau beli kat kedai?......
Sekian.....tukang buat sampul raya sdn. bhd.
Bila mood raya Nottinetti sudah kembali. Hiphip horeeeyyyyyyy!!!!!
Labels:
mood,
sampul raya
What Tudung I Wore Today
Assalammualaikum semua
haah hari ni ramai la yang ngaku warga German kan? kan?.
Pagi tadi sebaik sampai area masjid negara dari kampung,....aku yang tak tengok langsung perlawanan bola sepak pagi tadi and tak tahu hujung pangkal siapa menang tetiba ternampak sorang penyokong Argentina (melalui jersey yang dia pakai) duduk berjalan tunduk keluar dari masjid. Hmmm Aku secara membabi-buta tuduh..."haaaa confirm Argentina kalah"....terus aku on radio Era and ya.....Dj dah mula masing-masing bercakap bahasa German...hmm sah la tu.....Piala dunia milik German. Sampai ofis terus on facebook. Ya!....2 kali sah! German menang. Takpelah menangpun bukan aku dapat jadi duta German or rumah benggalow satu kanz?...
Satu lagi mood raya aku yang kureng sejak beberapa minggu ni? maybe atas faktor umur yang meningkat kot...tiba-tiba terrefresh balik tatkala dengar lagu Raya dari Upin Ipin kat corong radio tadi.....wah! ni baru semangat.....kalau takkkkk lemau jer gayanya. Nak lagi best, kena touch up ofis bersuasana raya nanti. Haaaa takde la mood ke laut jer.
ok...apa-apapun adios....aku pakai jubah pink hari ni ala-ala Bella Ammara. Banyak betul yang dah ikut style Bella ni. Tapi takpe.....aku suka...persaingan sihat tu penting kan? kan?...
What Tudung I Wore Today.
Shawl Chiffon butik (aku lupa dah) memang best shawl ni cuma pepapam jer la, namapun chiffon...sekali ko semat pin...hmmm dua tiga kalilah tudung ko nampak berlubang. Sekian.
Labels:
mood
Tuesday, July 8, 2014
Ke Bella Ammara Kita
Karangan Hari Jumaat
Selamat pagi kawan-kawan. Hari ini saya akan menceritakan mengenai lawatan saya dan teman karib saya ke butik pakaian muslimah yang bernama Bella Ammara. Bella Ammara adalah sebuah butik pakaian muslimah. Ya, saya tau saya ulang perkataan butik muslimah sebanyak dua kali. Haaa ulang lagi? ini termasuk tiga kali. Saya telah pergi bersama teman karib saya yang bernama Nur Idayu Alwi. Kami sangat suka hati.
Sebaik sahaja kami sampai di kawasan Setapak, kami telah mengalami kekeliruan untuk mencari butik tersebut. Namun berkat bulan puasa dan berkat untuk mencari pakaian menutup orat makan kami sampai juga di butik pakaian tersebut yang betul-betul berada di atas kepala kami. (Setelah sekian lama kami berhenti mengoogle kawasan)
Sebaik sahaja kami sampai di bangunan yang dimaksudkan, kami terserempak dengan seekor puppy yang comel, sangkaan saya puppy tersebut adalah anak patung anjing yang kalau dilempang, ia tidak akan membalas. Sangkaan saya merosot tatkala puppy tersebut mengkedip-kedipkan matanya terhadap saya. (situasi di dalam lift). Nasib baik tidak saya lempangkan anjing tersebut jika tidak?....jika tidak?....err takda apa-apa kot...sebab takda masa saya nak lempang anjing orang lain. Baik saya lempang sahaja Nur Idayu Alwi. *=*
Bersama-sama ini, saya sertakan beberapa keping gambar gedik kawan saya. Saya ok jer. Butik Bella Ammara adalah comel dan indah. Bersih sahaja, tidak ada sebarang sampah pun yang kelihatan. Mungkin mereka menerapkan konsep 5S di butik mereka.
Ini Nur Idayu Alwi, saya melihat gambar ini dan saya melihat gambar saya. Insyaallah dipertemuan yang lain, saya akan pastikan dia menukar gaya bergambar. Sejak beberapa tahun yang lepas, gambar beliau hanyalah tangan kiri cekak pinggang. Anak saya "Si StarbuckLatte" sudah menukar pelbagai gaya bergambar. Tapi kawan saya ini masih dengan gaya cekak pinggang?...ermm atau cekak sisi perut?...hmmm....next time saya akan ubah gaya beliau bergambar beliau. Cekik leher mungkin?!!
Lupakan perkara gaya bergambar. Bulan puasa ni tak baik kutuk kawan karib kamu secara membabi buta dan secara live talicast. Kami telah memilih beberapa pakaian yang kami rasa DIVA sangat. Alhamdulillah saya menemui apa yang saya idamkan. Begitu juga dengan kawan karib saya. Kami telah memilih posisi bergambar yang amat fotogenik dan fotosintasis, iaitu di changing room. Hebat rasanya.......Wah!!!.
Seterusnya merupakan gambar dimana saya perlu berlakon seolah-olah telah membeli semua pakaian sambil tersenyum manja. Sangaaaaaat. Kami pulang apabila pengunjung-pengunjung mulai ramai.
Mahu lihat pakaian yang saya beli?......ya saya telah pakainya ke pejabat semalam. Rakus bukan?......
Haa ini dia, simple but nice. Dipergelangan tangan ada lace and Breast Feeding friendly. Senang laki aku.
labuh juga ngam-ngam dengan saya. Tidak perlu untuk fikir nak potong hujung jubah. Nanti-nanti kalau ada duit lebih lagi, harus beli jubah Bella Ammara design lain pula. Ini sahaja karangan dari saya.
Terima kasih sebab sudi membaca.
Sekiannnnnn.
Labels:
Bella Ammara,
Jubah,
mood
Monday, July 7, 2014
Tuesday, July 1, 2014
Exam dah habis - Rurouni Kenshin 2: Kyoto Inferno - The Legend Ends -
Me
Ya ......exam dah habis.....sekarang nak tengok cerita ni......
nanti sambung blog ok.
Naughty..me Netty
Subscribe to:
Posts (Atom)