Karangan Hari Jumaat
Selamat pagi kawan-kawan. Hari ini saya akan menceritakan mengenai lawatan saya dan teman karib saya ke butik pakaian muslimah yang bernama Bella Ammara. Bella Ammara adalah sebuah butik pakaian muslimah. Ya, saya tau saya ulang perkataan butik muslimah sebanyak dua kali. Haaa ulang lagi? ini termasuk tiga kali. Saya telah pergi bersama teman karib saya yang bernama Nur Idayu Alwi. Kami sangat suka hati.
Sebaik sahaja kami sampai di kawasan Setapak, kami telah mengalami kekeliruan untuk mencari butik tersebut. Namun berkat bulan puasa dan berkat untuk mencari pakaian menutup orat makan kami sampai juga di butik pakaian tersebut yang betul-betul berada di atas kepala kami. (Setelah sekian lama kami berhenti mengoogle kawasan)
Sebaik sahaja kami sampai di bangunan yang dimaksudkan, kami terserempak dengan seekor puppy yang comel, sangkaan saya puppy tersebut adalah anak patung anjing yang kalau dilempang, ia tidak akan membalas. Sangkaan saya merosot tatkala puppy tersebut mengkedip-kedipkan matanya terhadap saya. (situasi di dalam lift). Nasib baik tidak saya lempangkan anjing tersebut jika tidak?....jika tidak?....err takda apa-apa kot...sebab takda masa saya nak lempang anjing orang lain. Baik saya lempang sahaja Nur Idayu Alwi. *=*
Bersama-sama ini, saya sertakan beberapa keping gambar gedik kawan saya. Saya ok jer. Butik Bella Ammara adalah comel dan indah. Bersih sahaja, tidak ada sebarang sampah pun yang kelihatan. Mungkin mereka menerapkan konsep 5S di butik mereka.
Ini Nur Idayu Alwi, saya melihat gambar ini dan saya melihat gambar saya. Insyaallah dipertemuan yang lain, saya akan pastikan dia menukar gaya bergambar. Sejak beberapa tahun yang lepas, gambar beliau hanyalah tangan kiri cekak pinggang. Anak saya "Si StarbuckLatte" sudah menukar pelbagai gaya bergambar. Tapi kawan saya ini masih dengan gaya cekak pinggang?...ermm atau cekak sisi perut?...hmmm....next time saya akan ubah gaya beliau bergambar beliau. Cekik leher mungkin?!!
Lupakan perkara gaya bergambar. Bulan puasa ni tak baik kutuk kawan karib kamu secara membabi buta dan secara live talicast. Kami telah memilih beberapa pakaian yang kami rasa DIVA sangat. Alhamdulillah saya menemui apa yang saya idamkan. Begitu juga dengan kawan karib saya. Kami telah memilih posisi bergambar yang amat fotogenik dan fotosintasis, iaitu di changing room. Hebat rasanya.......Wah!!!.
Seterusnya merupakan gambar dimana saya perlu berlakon seolah-olah telah membeli semua pakaian sambil tersenyum manja. Sangaaaaaat. Kami pulang apabila pengunjung-pengunjung mulai ramai.
Mahu lihat pakaian yang saya beli?......ya saya telah pakainya ke pejabat semalam. Rakus bukan?......
Haa ini dia, simple but nice. Dipergelangan tangan ada lace and Breast Feeding friendly. Senang laki aku.
labuh juga ngam-ngam dengan saya. Tidak perlu untuk fikir nak potong hujung jubah. Nanti-nanti kalau ada duit lebih lagi, harus beli jubah Bella Ammara design lain pula. Ini sahaja karangan dari saya.
Terima kasih sebab sudi membaca.
Sekiannnnnn.
3 comments:
wah..dah rasmi dah baju baju..tak jadi baju raya la yer.. :-)
cantik..kat nett amik siza brape? harga?
mummy_ayu - hahah baju raya aku warna hijau la....
Sue- size xl. harga lagi beberapa ringgit cecah rm200
Post a Comment