Monday, July 14, 2014

Sort out Duit and Sampul Raya

Haaa.....raya tahun ni aku takde lah kemain nak DIY canggih manggih sampul duit raya macam tahun-tahun sudah. Tahun kali ni aku bersederhana sahaja *yer ke?*. Kalau boleh nak letak duit dalam plastik jernih jer.....hahahahah ok! tak lawak.

Bulan lepas kan, tengah aku dok jawab exam kat tengah-tengah dewan peperiksaan....boleh pula aku terfikir pasal sampul duit raya. (kes tak dapat jawab soalan la ni). Beriya aku nak belikan tabung kecik-kecik  (ada rupa kasut sneakers, ada rupa teddy bear) untuk anak-anak buah kesayangan aku yang seramai 14 orang -tak termasuk dalam perut. Tapi bila fikir balik...jenuh pulak aku nak bawak tabung-tabung pelbagai bentuk tu......mau jadi Santa Klaus karang...dok bawak guni pergi rumah adik and kak ipaq kan. Nak lagi berkesan di hati....kasi duit syiling jer dalam tabung tu...menangis mak bapak budak kena kira and korek duit tabung ahhaahha. Astaga...apa aku ni? mabuk ke?.. 
Ya la....jumlah anak buah dah la ramai...best ooo tengok muka diaorang dapat duit rayo. Tetiba rasa nak jeling tajam jer kat laki aku...... aku nak anak ramai hoiiiii!!!!!!!

ok...sila waras Net...puasa ni.
Kan aku dah cakap, aku bersederhana jer raya tahun ni *kedip-kedip mata*. Sampul raya pun aku beli dah siap kat Kaison tu ha....tugas aku cuma sort out untuk orang-orang tertentu jer. Tu...nampak tak kat buku aku tu......ini baru family. Tak masuk lagi yang anak-anak bakal menantu, anak sahabat karib, anak-anak geng blogger, anak jiran sebelah ghumah (walaupun mereka tak pernah hiraukan kewujudan anak aku yang dari 1 km dah nampak perut boyotnya) *aku cakap pasal starbuck daaaaa.....bukan diri aku* tapi takpe......aku tetap klasifikasikan diri aku sebagai Santa Klaus yang suka bagi duit raya and hamper raya secara membabi buta. Sebab? memang aku suka. 


Apa-apapun aku sedaya upaya nyahkan perasaan dengki aku terhadap perkara diatas. Perkara apa Net?.....alaaa perkara yang tu tu laa.....yang aku bagi anak jiran duit raya.....jiran bagi anak aku ucapan selamat hari raya maaf zahir batin *dah macam anak aku banyak doser lak kan?...* hahaha...Ya!!! aku memang sedaya upaya hilangkan perasaan itu. Walaupun sometime hati jahat aku ni selalu berbisik...."Hek eleh...aku bagi anak ko RM50 sorang" balasan ko bagi anak aku "RM 1 jerk? hek elehhhhhhhhhhhhh" 5 harkat di situ. Ya....perasaan ni yang paling aku benci. Kena banyak muhasabah. Pasai pa yang aku gatai sangat nak bagi RM50.....kan?....nak sedekah pun agak-agaklah....anak baru pandai korek idung kot. Bagi lolipop pun dia dah happy giler.....Haish....

ahhahaha so...untuk kali ni...cuba berjimat cermat sikit....bagi berpada-pada pada yang bukan family. Pada family? haaaa aku tak kisah sebab dah diaorang family aku kan?....kot aku masuk sepital nanti, diaoranglah yang melawat and tolong nangis-nangiskan. 

Haa..berbalik pada sampul raya, yang korang tengok kat bawah ni tak berapa lengkap lagi. Aku ni selagi tak letak ribbon and blink blink memang rasa tak complete jer sampul raya aku.....*tadi kata simpleeeeeee*
heheh haaa simple aku camtu lah......korang amacam??? sampul raya DIY atau dapat free atau beli kat kedai?......


Sekian.....tukang buat sampul raya sdn. bhd.

Bila mood raya Nottinetti sudah kembali. Hiphip horeeeyyyyyyy!!!!!

No comments:


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno