Showing posts with label Jubah. Show all posts
Showing posts with label Jubah. Show all posts

Friday, October 31, 2014

WIWT......It's Friday - Teaser Jubah Dress by Me



Assalammualaikum and selamat pagi
Yeay.....excited kan bila tiba hari Jumaat.
Macam nak sambut Hari Raya kaedahnya.

hari ni aktiviti adalah melawat geng blogger yang baru bersalin di Prince Court M.C then heading to KLCC mungkin just to melempiaskan nafsu di Kinokuniya. 
haish!! bertabahlah BFF eheheeh

ok WIWT

Jubah Dress by Me
Heels?...as usual tak nampak
Tudung by Tengku Rinanda (ig)

Yes, I know ada yang pm, wassap, jumpa secara membabi buta just untuk tanyakan dress jubah I.
Yeayyyy happy sangat!!! walaupun teaser jer baru. Bila dah siap all the jubah dress dari kilang, i will let you know yer...sabaq naaa....
apa-apapun I love you all dari bumi ke bintang singgah ke bulan tersangkut di satellite dan kembali semula ke bumi.......betoiii tak tipu.

sampai ketemu lagi buk!! 
tata

Friday, October 24, 2014

What I Wore Today..........Dress Jubah by Me



Bagi peluang pada minah mata sepet ni berbicara sebentar okey.
Yes, currently I tengah berurusniaga dengan teman-teman untuk mengeluarkan rangkaian pakaian untuk dijual. Alohhhh biznes kecil-kecilan bak kata orang kampung. 

dan saya tahu biznes jual baju ni memang bersepah kalau nak dikatakan. Tapi hey berapa banyakpun yang jual dress jubah yang size badang macam I ni. I know ikut pada pengalaman memang frust bila order pakaian online size XL tapi bila pakai eh? ukuran kecil macam size M. So disebabkan alasan frust tersebut, I and my kengkawan kepercayaan pun cuba try test la nak hidupkan satu rangkaian pakaian design kami sendiri di bawah nama _______ *akan dimaklumkan setelah didaftar nanti*

Buat masa ni......I akan pakai dulu dress-dress yang I rasa sesuai untuk kawan-kawan berbidang besar macam I ni. Bagi uols teliti dan lihat kot sesuwei ke tidak dengan citarasa uols.

Ok dah! itu jerlah, nanti kalau dah siap semua dress-dress design kami....insyaallah akan I war-warkan kepada kalian semua. Oh! ini bukan buka kedai yer...just online boutique saahaja. So jangan ditanya alamat kedai.

Jubah chiffon by me
Model tak make up pun by me
Tudung by Tengkurinanda (IG)
Shoe??? tak nampak sebab jubah labuh.

tata

Tuesday, July 8, 2014

Ke Bella Ammara Kita

Karangan Hari Jumaat

Selamat pagi kawan-kawan. Hari ini saya akan menceritakan mengenai lawatan saya dan teman karib saya ke butik pakaian muslimah yang bernama Bella Ammara. Bella Ammara adalah sebuah butik pakaian muslimah. Ya, saya tau saya ulang perkataan butik muslimah sebanyak dua kali. Haaa ulang lagi? ini termasuk tiga kali. Saya telah pergi bersama teman karib saya yang bernama Nur Idayu Alwi. Kami sangat suka hati.

Sebaik sahaja kami sampai di kawasan Setapak, kami telah mengalami kekeliruan untuk mencari butik tersebut. Namun berkat bulan puasa dan berkat untuk mencari pakaian menutup orat makan kami sampai juga di butik pakaian tersebut yang betul-betul berada di atas kepala kami. (Setelah sekian lama kami berhenti mengoogle kawasan)

Sebaik sahaja kami sampai di bangunan yang dimaksudkan, kami terserempak dengan seekor puppy yang comel, sangkaan saya puppy tersebut adalah anak patung anjing yang kalau dilempang, ia tidak akan membalas. Sangkaan saya merosot tatkala puppy tersebut mengkedip-kedipkan matanya terhadap saya. (situasi di dalam lift). Nasib baik tidak saya lempangkan anjing tersebut jika tidak?....jika tidak?....err takda apa-apa kot...sebab takda masa saya nak lempang anjing orang lain. Baik saya lempang sahaja Nur Idayu Alwi. *=*


Bersama-sama ini, saya sertakan beberapa keping gambar gedik kawan saya. Saya ok jer. Butik Bella Ammara adalah comel dan indah. Bersih sahaja, tidak ada sebarang sampah pun yang kelihatan. Mungkin mereka menerapkan konsep 5S di butik mereka.


Ini Nur Idayu Alwi, saya melihat gambar ini dan saya melihat gambar saya. Insyaallah dipertemuan yang lain, saya akan pastikan dia menukar gaya bergambar. Sejak beberapa tahun yang lepas, gambar beliau hanyalah tangan kiri cekak pinggang. Anak saya "Si StarbuckLatte" sudah menukar pelbagai gaya bergambar. Tapi kawan saya ini masih dengan gaya cekak pinggang?...ermm atau cekak sisi perut?...hmmm....next time saya akan ubah gaya beliau bergambar beliau. Cekik leher mungkin?!!


Lupakan perkara gaya bergambar. Bulan puasa ni tak baik kutuk kawan karib kamu secara membabi buta dan secara live talicast. Kami telah memilih beberapa pakaian yang kami rasa DIVA sangat. Alhamdulillah saya menemui apa yang saya idamkan. Begitu juga dengan kawan karib saya. Kami telah memilih posisi bergambar yang amat fotogenik dan fotosintasis, iaitu di changing room. Hebat rasanya.......Wah!!!.


Seterusnya merupakan gambar dimana saya perlu berlakon seolah-olah telah membeli semua pakaian sambil tersenyum manja. Sangaaaaaat. Kami pulang apabila pengunjung-pengunjung mulai ramai.
Mahu lihat pakaian yang saya beli?......ya saya telah pakainya ke pejabat semalam. Rakus bukan?......


Haa ini dia, simple but nice. Dipergelangan tangan ada lace and Breast Feeding friendly. Senang laki aku.



labuh juga ngam-ngam dengan saya. Tidak perlu untuk fikir nak potong hujung jubah. Nanti-nanti kalau ada duit lebih lagi, harus beli jubah Bella Ammara design lain pula. Ini sahaja karangan dari saya.
Terima kasih sebab sudi membaca.

Sekiannnnnn.

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno