Tuesday, April 29, 2014

Diary Diet Untuk Hari ini.......Selamat Pagi Kawan

Hi......apa khabar darling-darling shorga I sekalian.
Hari ni aku bangun lewat sikit. Nasib baik bunyi kuat azan Subuh terjagakan aku. Kalau tidak, mau terbabas sampai 6.30am.
Aku bangun persis hantu pocong and terus ke dapur untuk magic pan kan ayam & daging yang dah aku perap kelmarin. Then aku mandi. After that siap...aku sumbatkan sayuq, tomato, cendawan and daging ayam semua dalam bekas. Siap!!!! 

Untuk pagi ni aku just sarapan yogurt stobery jenama Anlene. Soooodaaaappppp. 
Sedap manjang ko Net ya.

Hmm satu aku perhatikan sejak aku diet ni. Muka aku bersinar-sinar. Cheeeewaaaahhhh! Bila lagi nak puji diri sendiri kan?..nak harap korang puji??? puuuiiiii.
Aku ni kengkadang on off makan supplement. Tapi ya laaaa memang sejak aku makan menu-menu sihat ni *mata ke atas 5 saat* memang aku rasa macam ok laaa...tak sembab la muka aku. 
Ni aku ambil gambar baru jap tadi. Aku ambil gambar ni before aku make up and tak edit apa pun ya kecuali aku buat border and initial nama aku jer kat foto tu. 


Aku takde la kata kulit muka aku licin....berkawah gunung berapi jugeks, cuma aku cakap tadi macam dah tak sembab dah and tak kering macam dulu. Lembab jer......takdelah kerani aku cakap muka aku ni "muka tak siap" memanjang. Asyik nak kena apply susuk (make up) jer...kekangkadang boring jugak. Hahahaha


Sekali lagi, aku belum kurus. Setakat 1 kg jer ghaib..... masih belum mencapai target lagi kan.

dah tu jer....jom buat kerja.

Monday, April 28, 2014

Jumaat Lepas Chitting Day...hokey.

Sebab chitting day hari Jumaat lepas
maka aku tak rasa bersalah story pasal our lunch together di Restoren Minmax, PNB Darby park.
Siap aku tapau kaki ayam lagi ahahhaha.

Kat restoran ni aku makan dim sum. Dim sum ni salah satu makanan favorite aku and Mummy Ayu.
sebab tu lah bila seut dim sum jer....bff aku ni pun teruja sama. 
and aku tau ada sesetengah orang kata kitaorang suka makan benda pelik-pelik.....pelik ke dim sum?....
lama dah kot wujudnya makanan ni...kan kan..

hari jumaat tu kitaorang boleh dikatakan 1st customer yang arrive.
and diberi tempat duduk yang best...terang betul aku tengok kereta aku dari bawah.


Mummy Ayu pula baru beli monopod baru. Akupun ada beli dari E-car...tapi bila tengok Ayu punya monopod macam senang jer....tak payah buat self timing, so akupun order dari Ayu....hari tu order, hari tu dapat. Hebatkan?...ahahahahha
So sempatlah kitaorang bermonopod sekejap.


kalau kitaorang makan kat restoran ni, confirm balik awal.
so apa lagi Ayu ajak beli air starbuck di KL sentral. Aku on jer ha....
yang best tu ada perisa caramel..sedap gila hoiiii! tapi ayu dah order choc untuk aku...pon bolehhh thanx Ayu.

Kitaorang minum dalam kereta jer...and terus balik opis...cepat gila.
tak sabar tunggu chitting day seterusnya.


haaaa aku suka yang Caramel Ribbon Crunch tu....marvelossss!!!

Sunday, April 27, 2014

Beli Jacket Wanita Secara Online

Hello and apa khabar? Obama apa khabar? Sihat?....
Tapi hari ni aku tak berminat nak cerita pasal Pak Obama.....jom cerita pasal pakaian boleh?.

Berapa ramai dari kamu, kamu, kamu yang suka pakai jacket?....
dulu time aku muder remaja zaman belajar universiti....memang tak lekang jacket denim tu dari badan aku. Rasa diri hebat bila sarung jacket denim dulu.
Lagipun time tu memang tak boleh nak pakai baju ketat metat...konon!!!

So.....itu aku cakap bagi tahun 1999 ke atas la.
zaman serba canggih ni.....jacket memang tak pernah padam lah dari dunia fesyen. Lagi best bila jecket ni didesignkan dengan pelbagai gaya. Hebat kan? korang tak teruja ke?


Jacket memang menjadi kegilaan orang pompuan termasuklah selebriti-selebriti terkenal Hollywood, Bollywood, KLwood dan lain-lain wood lagi. Celebrity ni suka jacket sebab easy to wear and mudah untuk digayakan. lebih mudah ayatnya.... dianggap sebagai pelengkap kepada persalinan mereka. Korang tengok kat foto atas. Anggun dan daring kan? bila diaorang ni mengenakan jacket. Tengok jer la si Kristen Stewart,  fashionable daripada biasa bila pakai jaket. Kalau diamati dengan betul si Kristen ni cuma sarung sehelai brocade jacket ke atas basic top yang biasa bersama legging hitam dan sepasang high heels jer. Tapi boleh nampak gojes kan? gila tak gojes???. Cara si Kristen ni mix dan match tanpa nampak macam Alien. So camnilah cara bergaya yang betul! Korang just perlu cari sesuatu yang mampu memberikan ‘wow’ factor kepada persalinan korang dan dipadankan dengan sesuatu yang ringkas. Ini penting agar dapat mengelakkan penampilan anda kelihatan ‘berat’ atau ‘sarat’. Haaaa gitew. Haaa teruja tak? teruja tak?......


Ha, satu lagi contoh terbaik adalah Jennifer Anniston (JA). Aku minat minah ni. Walaupun dah umur 40-an tapi akak JA ni masih kelihatan anggun dan cukup bergaya. Kebijaksanaan JA dalam menggayakan sesuatu stail of coz la sentiasa menjadi daya penarik ke atasnya dan ikutan oleh peminat-peminat beliau. Aku la tu. Korang boleh je follow cara JA dalam menggayakan leather jacket bersama sehelai scarf. Tambahan pula boots dipadankan pula dengan sehelai jeans yang bersesuaian. What a perfect match! Korang bayangkan jer, korang pakai sebiji macam JA and walk dalam Midvalley...huh smart giler wey. Sila haribulan ada jer orang nak selfie dengan anda......ahahah dah fefeelling artis dah tu.



Shop Jennifer Aniston’s Look Di Zalora


Jika korang rajin membuat pemerhatian atau research, korang pasti dapat jumpa banyak lagi tips how to style your jacket. Malah di internet terdapat ramai blogger yang rajin memuat naik video mereka menggayakan jacket bersama aksesori dan persalinan yang lain. Rajinkan diri buat research...jangan ingat budak belajar universiti jer kena buat research tau.







Ha! satu lagi!....Jacket bukan jer dipakai pada musim yang sejuk atau hujan tau. So, tak perlu risau pakai jacket kat Malaysia ni. Jangan sebab alasan panas...korang elak berjacket. Korang boleh jer gunakan jacket ke party, majlis hari jadi atau ke pejabat. Yang penting korang bijak menggayakan. Confirm korang nampak sophisticated dan elegant kepada penampilan korang nanti. Bila selfie tu nampak smart jer. Nak banyak LIKE tak?. Pasti menjadi perhatian ke mana sahaja korang pergi. Silap hari bulan, jodohpun senang jumpa. Hahahah. ok, gelak sorang.

Apa lagi? penat aku bebel. Mana nak beli?....haaa senang jer.
Layari laman web Zalora untuk dapatkan women jacket, blazer dan coats online dengan harga yang cukup menarik! Cepat! cepat! tau.




Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno