Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Kisah Misteri, siapa yang main guli malam-malam buta? tumbuk sambal pukul3? alih almari jam 4 pagi?

Aku tinggal kat tingkat 12
2 bulan lepas aku kerap dengar bunyi guli jatuh dari tingkat atas. Tapi aku ignorekan aje....alah dah biasa dengar...anak-anak orang atas suka main guli agaknya. Suatu hari aku dengar bunyi guli jatuh...macam banyak yang jatuh. Tapi bunyi tu betul-betul kat sebelah aku. Aku ignore jugak, agaknya anak jiran sebelah main guli campak-campak kat dinding sebelah aku nie. Tapi.........kalau dinding jiran yang menghadap aku nie....cover dengan rak tv. Takkanlah mak dia sesuka hati kasi anak campak-campak guli dekat dengan tv?...lagipun anak dia bukan 4, 5 tahun.....dah sekolahpun. Lagi satu, time tu pukul 2 pagi (lebih kurang)...aku  berjaga buat kek. Still aku tak fikir bukan-bukan...aku maki dalam hati jer....."nie mesti spesis mak tak marah anak main guli tetengan pagi buta"

then di hari lain, aku buat assignment, aku jaga around 3 pagi. Tetengah ber'assignment, aku dengar, baik punya orang dok alih-alih perabot. Dalam hati aku, bagus orang atas.....teman aku buat assignment. Takdelah rasa takot kan?.....kuat jugak bunyi tolak-tolak perabot. Aku biarkan tanpa berfikir apa-apa...

satu lagi peristiwa, time aku buat kek. Time tu dah pukul 1.30am. Aku dah nak settle buat kek. Then aku dengar orang ketuk sambal. Dalam hati aku....bagusnyaaa makcik rumah atas nie..menyambal tetengah pagi buta....ada biznes gamaknya esok. Baguslah...aku buat kek, ko buat sambal...eheheh peneman......

Satu hari di kampung, aku tengok tv oasis hal-hal agama.....bapak aku pegang remote...jadi terpaksa tengok tv agama. SO ada ustaz nie cerita berkenaan ciri-ciri rumah apartment/condo/flat yang panas. Akupun pasang telinga......ustaz tu kata nak tau sama-ada rumah yang kita duduki tu panas....ada jin is.......kita akan dengar bunyi guli jatuh tetengah malam buta. (haaa dah sama dengan rumah aku tu...) then, ustaz tu kata lagi, sometimes kita dengar bunyi seret-seret perabot...siapalah yang nak pindah rumah pepagi butakan?.....(haaa sama lagi dengan aku...) then, ustaz tu kata...kengkadang boleh dengar orang tumbuk sambal atau grill dinding tetengah pagi.....(ooopsssss...memang sah sama dengan bunyi yang aku dengar).......

Ustaz tu kata kalau ada bunyi-bunyian cenggitu, maknanya memang ada jin kat situ. Hah! aku dengar jer, aku cuak....dah le laki aku suka balik pepagi buta. Aku cerita kat laki aku, dia kata memang ada, tapi buat dono jer. Aloh dia bolehlah buat dono...aku nie yang dok tinggal dalam rumah...buatnya aku bendera merah ker kan?....uissshhhh kotnye pulak aku tumbuk sambal,....benda alah tu pun nak tumbuk sambal sama.....eeiii takot ooooooo......ataupun buatnya kau tengah buat kek..tetiba benda alah tu tegur dari luar tingkap.."buat kek butter ker kak?" uiishhhhh memang aku campakkan jer adunan aku kalau kena tegur cenggitu.

Tapi sejak mak bapak aku datang tido rumah aku...and bapak aku rajin mengaji. Bunyi tu macam dah takde. Aku harap takde dah lah bunyi tu. Kalau dulu aku anggap bunyi tu sebagai peneman aku..tapi tidak after aku dengar ceramah ustaz tu.......Tu bukan peneman..itu benda lain yang teman.....eeeee takmo aku.

psst-harap-harap..aku story benda nie...malam nie takdelah bunyi-bunyi yang tak best.

-aku perasan benda nie...bila aku terfikir....jiran atas macam dah lama takde.....jiran bawah..kosong....ayark!

Me Naughty..me Netty

Wednesday, June 8, 2011

Rumah Sewa VS Rumah Beli Sendiri

Salam uols,

Pada sesetengah kawan yang tak tahu, aku and husband dah ada rumah sendiri at Putra Heigh/Bukit Mahkota. Aku agak dah dekat benar dengan rumah E-Car. Rumah tu siap dah cuma kitaorang jer tak pindah. Aku dapat rasakan how irritatingnya neighbour-neighbour kitaorang kat rumah kitaorang (sebab tak pindah-pindah masuk lagi) kalau diaorang tak irritating takkanlah sanggup buang letak semua besi buruk and basikal terpakai kat belakang rumah kitaorang kan. Terima kasih, tak lama lagi aku jual, aku dapat duit tu aku bagi korang makan kenduri. Eeee,....ada gaya nak carik gaduh dengan neighbour baru eheheheheh.

Tapi, sekarang aku stay kat quarters kerajaan more specific is apartment. Aku stay tingkat 12. Memang seronok stay sini, kalau anak tak ramai. Kalau ramai tu, aku rasa better pindah cari rumah ada tanah. Senang sikit Takde lah basikal or ampaian main letak tengah-tengah corridor kan?. Apek nak hantar tilampun susah nak lalu.

Mari mulakan dengan kebaikan rumah Sewa yang aku dodok sekarang :-

1- Aku tak takut sangat kalau tinggal sorang-sorang, sebab suasana/fenomana kat area tempat tinggal aku nie memang bising. Tak sempat nak takut pun. Lebih-lebih lagi kalau musim Piala Dunia (Uishh sorakan mengalahkan stadium) aku yang tak tengok channel bolapun boleh tahu pasukan mana sumbat gol. Lagi satu, kalau bulan puasa, eh..tak payah tunggu bulan pose......musim-musim perayaan lain pun boleh terima jugak, dia punya gempak gempita mercun tu ngalahkan perang kat Afganistan tu haaaa....tebabom sana tebabom sini, bunyi alarm kereta lah, bunyi kaca pecah la, bunyi sore pakcik tak puas hati lah...macam-macamlah, bunyi mengerang jer aku tak dengar lagi. Kiranya aku dapat rasalah duduk dalam suasana perang.

2- Cakap jer lah, Farmasi? Klinik? Kedai Makan? 7 eleben? Kedai 2 hinggit? kedai perabot?...semua ada, carrefour mini pun dekat haaa, old town white cofee? MIDVALLEY????? uishhh sekangkang kera jer. Aku sakit apa pun, laki aku tak risau, dia siap suruh aku turun bawah sendiri jer pergi klinik. Kalau stay kat rumah sendiri kat Putra, dah tentu-tentu laki aku kena hantar aku ke klinik sebab jauh sikit. Nak makan?..uishh kalau maleh sangat nak turun, call jer...kat area rumah aku nie, bukan takat pizza delivery jer ada, mamak delivery pun ada tau. Sediakan duit jer la.

3- Nak ke office dekat jer. Aku boleh sampai officer kurang dari 15minit tau. Itu kalau aku keluar seawal 6.30am. cer keluar pukul 7.30am....haru...but still boleh sampai office on time. Hmm kalau aku stay kat rumah sendiri kat Putra heigh...uishh jauh tu nak ke office, bak kata kawan aku yang duduk Bangi, "Ko kena sampai kat Tol Sg.Besi tepat jam 7.00am. Kalau lewat..hmm faham-faham lah".....uishhh aku ingat ayat tu.

4- Kedai makan kat area rumah sewa aku nie banyak and best. Macam -macam ado. Pilih jer nak apa. Pak guard tak marahpun. Eheheheh, kalau laki aku out station, dia tak risau sehabukpun, sebab dia tau bini dia tau jer nak makan kat mana. Paling lekeh mamak delivery tu ha.

Apa yang kurang memuaskan hati aku duduk rumah sewa nie :-

1- Lift! Lift! Lift!...uishhhhh bukan aku jer rasanya yang boleh panas hati dengan lift nie, orang lainpun sama kot. bapak aku lastweek sampai tak boleh pergi sembahyang Jumaat lah, sebab lift nie rosak. Tiga-tiga rosak, bayangkanlah, bapak aku nak turun tangga dah tak larat apatah lagi nak naik tingkat 12. Aku lah kena dengar bebel bapak aku balik dari office. Aku mampu kata sabar jer la, jarang lift nie buat perangai. Ehmmm tak yah tunggu tahun depan, esoknya lift tu buat perangai, aku dah le sakit perut, dok kendong si baby lagi, pegang plastik carrefour lagi. Uish mencarut-carut aku sepanjang naik tangga tu. Hilang sabar dah. Tambah best lagi adalah jugak dua tiga tingkat yang bau hancing air kencing...uissshhhh malas aku taip. emo...! kang ada yang aku kencing berdiri nie.

2. Koridor. Uiiish aku kengkadang nak sound direct jer, tapi dah namanya duduk sama-sama kat sini, kena bertolak ansur. Aku selama stay kat sini aku jaga hati neighbour aku, aku takde letak barang-barang atau rak kasut atau TV plasma kat depan koridor. Tapi nie yang buat aku kiciwa bila neighbour aku sesedap dia jer letak buayan, ampaian kat koridor, Udahnya bila aku lalu terlangar la sepentot laki dia. Eee ikutkan hati jahat aku nie, nak jer balik ofis aku lap muka aku yang berminyak nie dengan baju dia (bukan sepentot ya). Mak bapak aku nak datang dari kampungpun nak bawak beg baju susah. Apa lagi kalau nak bawak stroller. Susah. Bila buayan ada kat situ, maka, putung rokokpun bertimbunlah kat situ. Isk!

3. Ampaian, adeh aku sedih bab nie, selama aku duduk sini, ampaian aku tak pernah tak cover dengan plastik transparent. Aku ingat time aku duduk PULAPOL jer sidai baju cover dengan plastik (konon nak elak air hujan) siap gelak kekeh-kekeh lagi, rupanya dah pindah sinipun aku still kena buat perkara yang sama. Nak elak air hujan maybe salah satu sebabnya (coz aku and laki kerja takde time nak balik rumah angkat kain) satu lagi nak elak air basuhan neighbour atas, nama pun pegawai, takkan mesin basuhpun tak boleh belikan? still guna tenaga manusia nak perah kain, so menitik-nitiklah air jatuh kat baju aku. Itu kalau air dari kain, kalau air dari mop?....uishh takmo aku fikir. Haa nie satu lagi yang aku memang terpaksa letak plastik cover tu, sebab ramai sangat manusia bermoral yang suka hisap rokok and campak kat bawah. Kengkadang tu aku tengok, nyaris-nyaris nak lobang jer plastik cover aku tu. Bukan takat putung rokok masih bernyala jer jatuh kat ampaian aku, panty liner pun ado. Isk isk isk....bijak benor campak panty liner tu..apa? ada yang main tepi koridor ker?........

uishhh kenapa aku tak pindah lagi? Nama dah ada rumah sendiri?....Hmm sebab aku tak habis belajar lagi. jauh tu dari Uitm Puncak Perdana nak balik Putra Heigh. Buatnya ada yang perati aku kang...elok-elok ingat laki balik rupa-rupanya orang lain yang balik..isk takmolah. Lagipun aku nak tunggu carreforu atau tesco atau at least Giant ada kat kawasan rumah aku. Boleh??????
Eheheheheh
Me Naughty..me Netty

Monday, January 31, 2011

Korang pernah duduk dalam kontena tak? Apa kata korang jadikan kontena nie sebagai rumah sewa korang....nak?

Oh! aku bukanlah pemaju perumahan, tapi saja jer nak canang satu blog yang rumah kat atas tu (dalam gambo) haa tu rumah yang diperbuat daripada kotak-kotak kontena. Dah takde ghupa kontena dah. Kengkadang to tengok orang dok dalam kontena, kesiaaan aku rasa ataupun yang jadikan kontena nie pejabat diaorang. Apa kata be creative cikit. Korang yang transformkan kontena nie jadi ofis korang, apa kata korang deco2kan kontena tu supaya jadi cantik. Baru best duduk kan?.....


Ha, nie aku cakap bebetoi tau, bukan chooobaaaannn.......rumah kontena nie ada kat Perancis. Nie semua kerja arkitek bijaksana Si Claire Helen Drouin ngan partner dia Si Jean Marie Sanchez la. Depa kata apa klass dok dalam kontena berkarat jerk.....jom deco jom! haa berkatalah dua orang sahabat tersebut sambil memandang tajam besi kontena yang ada depan mata depa.
Ada 15 kontena semuanya digunakan....aku rasa, nak beli kontena ni e mahal jugak kot, apa kata korang curik jer....


haaaa kan dah nak siap?.........touch up ngan cermin je pun dah cantik...


Haaa dah siap....kalau korang nak buat swimming pool pun boleh....guna jer tong air buat tadah air tu...ala yang macam loji tu kan?....haaaa mesti cantik......kan? kan? kan?......kalau baki kat eric deco2 touch up lagi rumah nie...mesti wah! cantik gitu............kan?....
Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno