Monday, September 22, 2014

Saya Sebuah Punching Bag, Silakan Marah.

Punching bag tu gapo mek?

yang serupo bag beras tu ko?

ehehehehhe...sat sat naa......I google.


haaaaa ibaratnya I adalah punching bag tu, redhoooooo jer kena punch Ko tumbuklah macam manapun....body I solid jer rupa gitew.....dan yang menumbuk tu kiranya si tukang marah la....takkan happy-happypun nak menumbukkan. Unless nak keep fit. Tu lain cerita.

Al kisahnya sebaik sampai di ofis jam 6.30 pagi. I macam biasalah melepak dulu. Mengemas sambil mengilai sorang-sorang. Then datang sorang office mate (staf) I. Lalu mengetuk pintu bilik. I yang sedang mengilai versi vibrate ni pun cepat-cepat cakap. "Tunggu! Tunggu sat"...dah siap bersusuk bagai, ok terus buka pintu. Oh! staf I yang comel masuk sambil minta maaf sebab ganggu hilaian I pepagi buta.

"Maaf Pn. Net, ganggu pagi-pagi. Kita nak mengadu sikit"
lembut tutur kata staf I sorang ni. I pun ceria macam biasa. Hari Isnin kannnnn harus happy.

Lalu.....staf I ni meluahkan perasaan yang membelenggu. Dari seelok-elok tatabahasa terus menjadi sekeras-keras ntah apa-apa bahasa. Marah kemain koooooo. Terkebil-kebil aku dengar luahan perasaan dia yang membuak-buak bagaikan loji kumbahan taik air. Uissshh! orang pompuan kalau dah hangin.....tangan macam Karam S. W. Nasib baik dia tak pegang pisau time tu...kalau tak mau berlobang muka perut aku ni.

Aku macam biasalah terkebil-kebil sambil minum Chia Seed. Kot dengan harapan cepat sikit lemak aku terbakor.
Dia terus bermarah-marahan. Aku faham orang tengah marah ni kita kena diam and dengar dulu. Nak mengilai rasanya tak kena pada situasi. Nak turut sama marah pula kang ada pula adengan Hang Jebat and Hang Tuah.

Tindakan aku seharusnya ke arah lebih positif lah. Walaupun aku boleh buat dua perkara ni.
Sama ada hasut lagi staf aku ni.....bakar dia kasi rentung!!! Make sure sampai bunuh-bunuh.
Astagfirullah.....tu nak ke Neraka tu....

ataupun
Nasihat dia dan sabarkan dia. Ingatkan kembali saat-saat indah dia dengan kawan yang dimarahi nya. Walaupun aku tau susah nak feel balik kenangan manis time ko tengah marah-marah. Memang takdo nak imbau-imbau la.

Tapi aku still cakap...(before dia terbalikkan meja aku yang memang sedia bersepah). If dia dah tak tahan sangat dengan perangai kawan dia maka adu jer pada bos. Kalau takut, aku boleh tolong sampaikan (eh! aku bukan batu ronsen ya) aku membantu. Tapi kalau dah tahap aku sampaikan pada bos, maka akan adalah positif and negatif. Yang mana staf-staf yang takde kena mengena turut terbabit sama.

Maka aku..(eh! tadi ber 'I" kan....ni "aku" pula) takpe janji faham. Maka aku cakap....buat masa ni aku akan nasihatkan staf yang digossipkan tu. Kalau tak jalan juga....maka baru aku akan panjangkan pada bos. Aku tau kalau aku panjangkan pada bos...dah tentu-tentu bos suruh aku settlekan....tau sangat. Sebab ni kes terpencil, lainlah kes bunuh orang ke ataupun kes curi kereta bos bawa pergi Thailand untuk meronggeng ke....kan..eheheh

ahahahahah.......harap-harap takde kejadian bunuh-bunuh lepas ni.

dan kepada staf ofis yang lain.....bantu la sesama staf. Jangan longgokkan kerja pada staf yang cuti. Bila staf naik kerja terkezut beruk dia tengok kerja atas meja yang secara otomatik boleh mendidihkan darah perwira dalam badan.

dan lagi....berpada-padalah kalau tengok 'tonton.com' ker...you tube ker sampai kerja pun anggap bukan kerja dia. Tak baik camtu.....kita kawan-kawan takleh gaduh...kenapa????
nanti mak marah! dah tu jer.

Aku nak buat kerja...semangat lepas tumpangkan telinga pada orang tengah marah.

ni ada pula member panggil ke ofis dia just untuk tengok kulit muka dia yang mengelupas.....oh!! baru ku tahu...diriku amat berharga......patut ada alaun-alaun "tertentu" untuk orang macam aku ni.


heheheh maaf yer.


Me Naughty..me Netty

Friday, September 19, 2014

Resepi Chia Seed Ayam - Menu Nak Sihat

Ok Kalian, Assalammualaikum and a very good morning to gojes gonjeng sekalian.

Tanpa membuang masa di pagi Jumaat yang indah nian ni meh sini kita buntang-buntangkan biji mata selak sikit bulu mata pelesu kekakak kekabang sekalian untuk lihat-lihat resepi Diet nottinetti kali ni.

Tajuknya adalah : Resepi Chia Seed Burger Ayam

Ikut suka aku jer kan pilih tajuk tu. muahahahah. Tajuk resepi tu korang boleh ubah-ubah....kasi flexible ikut peredaran zaman. Nak terbalikkan jadi Burger Ayam Chia Seed pun boleh atau Ayam Burger Chia Seed pun tak apa. Kerajaan tak pernah bantah...korangpun tak susah-susah nak buat demo bagai kan.


Yaaa yaaa aku tau...rupa macam pecah pintu kan? Tak handsome tak gojes langsung tapiiiiii yang penting di sini adalah rasa. Jika rasa macam ko minum sirap takde gula memang tak best la kan. Maka kita menitik beratkan rasa dan tahap nutrisi dalam resepi aku kali ni.


Bahan-bahan Chia Seed Burger Ayam

1- Ayam dada (dagingpun boleh tapi aku tak ada daging semalam)
2- Sayur lettuce (ikut suka korang nak letak sayur apa)
3- Chia Seed (1 sudu besar)
4- Telur satu biji (suka hati nak raw boleh nak telur rebus pun boleh)
5- Lobak Merah (satu batang)
6- Oats 5 sudu besar (ikut suka korang)
7- Pepper (ikut firasat korang)
8- Sedikit garam
9- Cili padi (3 tangkai) optional 
10- Bawang besar (1 biji)
11- Bawang putih (ikut suka)
12- Secubit garam

Cara-cara

Heheheh aku senang.....aku blend/ kisar jer semua bahan-bahan tu. Macam gambar bawah ni


Siapa ada blend macam gambar aku tu senang la. Cepat jer kan. Tu aku tabur Chia Seed. And gambar bawah aku letak oats after semua dah blend.


dah elok sebati blendnya Barulah korang boleh panaskan minyak. Aku letak sikit minyak zaitun. Tapi nampak dalam gambar macam selaut minyaknya ahhaha tapi tak....satu sudu besar jer lagipun minyak zaitun ni tak boleh lama-lama atas pan. Tak elok kan. 

Maka, ikutlah kerajinan korang nak buat bentuk burger ker bentuk bear ker...


haaaa aku buat bentuk burger.....elok jer. Ayam pun ikutlah kot korang nak rebus dulu baru kisar atau raw macam aku buat pun ok. Should be no problem.

haaa gambar atas tu tengah rajin buat bentuk burger...
gambar bawah ni haaaa tu menunjukkan aku dah malas. lebihan tu aku tuang jer macam pan cake. ahahahaah pon bolehhhhhh.


Hidangan ni boleh buat untuk 3 orang. Aku sorang makan semalam pun 2 ketul burger Chia Seed pun dah kenyang. So apa lagi tapau bawa ofis. Eheheheh
ok tu jer resepi untuk hari ini.....

ayat standard chef seantero dunia

"Selamat Menchoba"

Thursday, September 18, 2014

Kaison Sudah Ada Menjual Kotak Kek

Teruja kauuuuuuuu.

Aku kan jenis penggemar kotak-kotak yang cantik-cantik ni. Ya la korang pun sedia maklum yang Kedai Kaison ni memang ada menjual box-box yang cantik but yang ni aku jumpa memang khas untuk letak kek atau dessert. Lompat bintang aku kat sini tapi apa kan daya buntot sebeban. Tak dapat nak lompat tinggi-tinggi.


Jom tengok kotak kek yang aku maksudkan.


Time aku snap ni tak ada la pula nampak yang dah complete jadi kotak. tapi ni untuk cenderahati kecil-kecil tu bolehlah.


warna pink ni memang menarik tetariks....lawa bentuk kotaknya. Comel jer ha.


Aku berkenan betul dengan kotak coklat ni. Memang dah nak ambil untuk birthday anak-anak tapi aku relax dulu sebab er sebab er aku still emngharap bakul rm5 yang jual di Daiso tu cukup 60 buah. Hari tu aku pergi Daiso Midvalley ada 20 buah bakul jer. Adeh. Kotak coklat atas tu besar tau bukan kecik tapak tangan.



Yang ni pun pendapat aku memang cute sangat!!!. Kalau time puasa diaorang keluarkan kotak menggelembung ni, kompon aku beli buat letak duit kertas and duit syilling and gula-gula.


Haaa kotak coklat besar gabak tu best kalau isi kek besar. Kotak pun besar. 
ehehehehe

ada lagi kotak kek di Kaison cuma aku tak berpeluang nak snap since orang ramai. maklumlah cuti sekolah, kalau pergi time kerja memang aman bahagia. Aku suka pergi Kaison Festival Setapak. 

Adios...dah itu jer aku nak story. Daaaaa

Memang favourite aku la antara Kaison and Daiso ni....ahahahaha....buang masa kat kedua-dua kedai pun aku sanggup muahahahah

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno