Haaa macam dasyat bebenor nak klasifikasi bagai.
Sampul duit raya jer pun kannnnnn.
So hari ni walaupun aku kerja tapi memang separuh otak aku dah sampai kampung dah.
Dah dengar mak aku terjerit terlolong nak suruh aku lap tingkap, mop simen, vakum itu ini, beli itu ini.
Ngeri tapi best!
Maka hari ni kerja aku tu lah! masuk duit dalam sampul raya yang aku dah asing-asingkan.
Haaa cer tengok kat bawah.
berselerakkan desk aku?.
haaa siap ada sampul paghiisss (Paris) lagi. I feefeeling sangat nak gi paghisss tapi takdok rejeki lagi so angan-angan sampul raya pun bolehlah!.
Jom menyibuk sama tengok apa yang aku klasifikasikan sesangat!
Haaa bawah ni yang macam uncang purse cute ni.
Aku beli borong jer senang! ahahaah.
Ok....kepada mak-mak bapak budak yang dah terbuntang biji mata tu...eheheh
maap jer la ya. yang purse-purse getah comel ni aku hanya bagi kat anak-anak buah ber'gender' pompuan jer ya. Anak buah lelaki takdok. Mak budak mahupun bapak budak pun takdok!. Maka, sila kedip-kedip mata kalian ya...muahahahahahahh
Seterusnya........
Sampul paghisssss ni. Aku kenan sangat sebab warnanya....sebab...ermmm sebab...errmmm sebab paghissss la......dah!
Oh! kekakak kekabang adik manja adik manis adik Peah sekalian.....telan air liur dulu.....dah terjuntai-juntai tu haa....
aku klasifikasikan sampul paghiss ni khas buat warga emas and warga yang rare/ bizarre jer yer. Kih kih kih.
sampul ni khas buat mak bapak, mak bapak mentua, adik ipaq membujang sampai ketua dan konco-konco kerabatku. Aku bagi sampul ni beserta harapan jika kalian ke paghisss...ingat aku dalam doa mu. Aceceh! Malas layan!
dan seterusnya tak lain tak bukan...
ni sampul biasalah untuk kaum kerabat yang jauh di mata dekat di hati ....kononnnn.
ni khas buat jiran-jiran sebelah rumah, bakal menantu, bakal ex menantu dan semua bakal-bakal la....and some more buat kanak-kanak yang mana si starbuck latte pernah tarik kain sekolah kalian...pun aunty bagi yang sujud kat kaki aku pun insyaallah aku bagi sampul ni. Ehehehehe
dan last sekali..eheheh sampul lucky draw....kalau buka ada duit tu nasiblah...yang buka takde duit tu...anggap jer...cuba nasib tahun depan..aahahhahaha
taklah! aku tak kejam oooooo.....akak kan Santa Klaus!
Mesti ada duit punya walaupun seposen.
Ini khas untuk kanak-kanak yang datang beraya kat rumah or aku datang rumah kawan and tetiba kawan hulur anak dia (entah anak dia ke atau anak jiran)...maka sampul inilah yang akan aku bagi ehehehehhe
Nak tau tak? minggu lepas aku pernah terfikir tau nak beli tabung kecik-kecik besar tapak tangan tu.
Ada macam-macam rupa....ada kereta, motor, kepala keretapi..cute jer tabung tu.
And aku terfikir nak transformkan tabung tu sebagai sampul duit raya khas buat anak-anak buah berbangsa lelaki. Tapi bila difikirkan balik, mesti berat. Somemore anak buah lelaki aku ni bukan sorang dua. Ghamai.
kang ada yang mak bapak memasing carut jer kat aku sebab tak pasal-pasal kena bawa balik tabung kannnnn eheheheh.
Apa-apapun harap kalian yang terbabit sukalah hendaknya.....and tahun ni aku ada sedikit caras bab-bab duit ghayo. Bukan apa...bila difikirkan balik. tahun-tahun sudah...aku bagi, laki aku bagi...dah macam aku ngan laki aku ni bukan laki bini pula bagi asing-asing. So aku kurangkan duit raya mana patut. Kasi laki aku pulak bagi lebih muahahahahahahahha.
Udah itu jer lah klasifikasi sampul duit raya aku ahahah
so korang punya mesti lagi gempakkan? Dasyat Gilerrrr!!!!!
3 comments:
cun2 tu..ishh..anak i hero2 plak tu....xde harapan nk minta...
salam,
saya silent reader u, selalu baca ni tapi kali ni nak Tanya sket....kat mana beli uncang tu semua? cantik dan cute2 semua....dan ada tak gambar tabung kecik yg tak jadik bagi tu?
tq
nabila
Anon - wasalam.......uncang tu beli kat kedai rm2 and yang purse semua tu beli kat sayang you butik pengantin. gambar tabung kecik tu tak ambik la sayang. tn kedai tak bagi ambil gambar. Kat kedai RM2 ada banyak jual.
Post a Comment