Wednesday, April 9, 2014

Cabaran Kuruskan Berat Badan Bermula - Diary Diet nottinettii

Helo and assalammualaikum kalian, tibalah masanya untuk aku sedarkan diri setelah lama diulit makanan yang enak-enak sampai nak sarung jeanspun tak lepas dah.

Ekoran daripada kejadian seluar tak muat, sarung baju sampai lengan ngam-ngam jer dengan baju (sampai nak drivepun tak boleh nak angkat tangan) maka aku patut bertaubatlah. No more junk food atau food-food yang tak healthy. Most important thing, aku dah muak dengar kata-kata nista orang-orang terdekat yang tak bagi aku diet tapi gossip light-light perihal body and pakaian aku. Haaaaa spoil betulkan?. Ditambah lagi dengan mulut-mulut puaka SA-SA kedai yang awal-awal lagi cakap "size u takda ya". Ahhh baru sentuh jer baju, bukan trypun. Begitu sekali mereka-mereka ni jugde aku.

So disebabkan peristiwa itu, begitu and sebab itulah maka sejak semalam, wah! Macam dah lamakan?. Aku dah mula dengan menjaga makanan. Antara yang aku makan semalam:

Yogurt Nestle. Untuk sarapan pagi. Kalori 90.

Lunch: Salad with ayam bakar, aku makan kat delicious, midvalley. Harga termasuk text rm 30.15sen. Huyoooooo.......bapak mahal. Tapi portion dia besarlah. Makan tiga orangpun boleh. Kalori: roti bakar 79, ayam bakar 173, salad 100.

Untuk kudap-kudapan petang: dragon fruits. Kalori 53.5, carb 9g. Ni aku ambil masa stay kat goldcost sepang. Dah orang bagi, aku ambil la. Tak sangka sedap gila. Maybe sebab dah cukup masak kot. Aku tarah sorang buah ni. Takde share-share dengan jiran sebelah bilik.

And lastly untuk dinner : ayam bakar dengan telur bakar add a bit cheese dan tomato. Ni aku buat sendiri which is jauh lebih jimat. Kalori: ayam bakar 173. Telur bakar 100, tomato 22, cheese 180.

Lastly as for air: aku dari pagi bawa ke malam, minum air suam jer. And pukul 8.30pm bawa ke 9.00pm aku start excercise dalam rumah. Untuk manusia comel macam aku ni, aku anggap setengah jam bersenam adalah memadai sebab dah lama aku tinggalkan acara cardio, menari semua ni. 

Pagi ni bangun memang bestlah sikit. Badan tak sakit atau kena demam orat ke apa, sebab aku mulakan senaman yang ringan-ringan dulu but lencun satu badan semalam. 

Haaa yang korang tengok tu menu semalam. Hari ni punya menu aku update esok. Anggap jer ni diary kurus aku. Hahaha

Jadi, total kalori yang aku ambil semalam is 970.5. Hehehe capai target taknak ambil lebih dari 1600-2000 kalori sehari. Yossshhhh!!!! Usaha.

Tuesday, April 8, 2014

Tempat Cucuk Pin - Siapa nak??? boleh beli.

Assalammualaikum, haaa macam dah nak jadi arkib dah blog aku ni kan.

makanya bagi mengelakkan blog menjadi arkib, aku cubalah meng'free'kan diri buat satu entry.
haaaa ni entry nak promote sebenarnya
al-maklumlah bantu kawan-kawan and aku tak dapat barang yang aku promote ni for free tau. Ni memang saja ikhlas tunai kerana Allah taala lah kiranya aku promote ni.

Semalam aku ada order tempat cucuk pin ni. Haaa yang rupa body orang pompuan ni. Mula-mula member aku tunjuk kat whastapp, aku tengok macam kecik jer. Ala macam jual kat kedai-kedai tu, yang ramping tu. Sekali bila dapat hmm boleh tahan besar ya macam size payung lipat gitew.


Maka aku beli dua, Satu untuk letak rumah and satu lagi letak ofis.
Yang mewrah polkadot tu aku letak ofis. Kasi cucuk dengan segala jarum peniti, keronsang bagai.
Benda alah ni lembut jer, tak keras. Kreatif jugak orang yang buat ni.
So kalau berminat bagi tau la aku. Akan aku sampaikan pada member aku tu. Aku tak take charge pun waima rm1 pun aku tak amik....kan aku dah cakap, aku ikhlas tolong member. Melainkan korang suh pos tu..haaaa tu lain storynya.


Cantikkan?...ke aku sorang jer rasa cantik?...ahhh korang buat-buat setuju jer lah. 
ahahahha


pada yang minat, harganya rm12.00 sahaja. Murahkan?...Berbanding harga kat luar tu.
kalau adapun bukan tempat sembat jarum, tapi tempat sangkut jewelry.

kalau nak bagi tau lah ya.

Sekian...wasalam.

Wednesday, April 2, 2014

Esok Garage Sale Online Nottinettii

Yuhuuuuu, salam sejahtera 

Pengumuman-pengumuman!!!!

Esok saya akan melakukan satu Garage Sale Online tahun 2014.
jangan lepaskan peluang untuk jenguk-jenguk mana-mana barang yang berkenan di hati.
Ada yang pre-loved branded and yang biasa-biasa sahaja dan juga ada barang yang masi dara lagi.

So,

get ready tomorrow ya...daaaa
*_*



Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno