Monday, November 24, 2014

What I Wore for My Convocation Day

Assalammualaikum and Salam Hormat Uols.

Tenang jer rasa hari ni....sebab pagi-pagi tak banyak kereta al maklumlah CUTI SEKOLAH sudah bermula.
Yeayyyyyyyy........

Mari bercerita perihal Majlis 'convocation' aku yang tak seberapa ni.

Pagi ni aku mulakan bercerita pasal pakaian, nanti-nanti bila dah free sikit aku cerita pasal majlis convo yer.

2 semester sebelum majlis convo aku bermula....kepala otak ni as usual la asyik fikir baju apa aku nak pakai kan?. (biasalah aku memang over bab-bab baju ni) Baju convo time degree dulupun sekali jer aku pakai then simpan gobok (atas masalah-masalah kapasiti yang berlebihan di kiri kanan body). Segala mak nenek majalah aku survey segala pattern aku copy and paste and siap berangan bagai...tapi dalam 2 minggu before convo baru aku hantar tailor ahahahah tailor yang aku baru kenal.
Salam kenal buat 'amoi si tukang jahit'

yang bestnya bila jumpa tailor...satu hapah design yang aku copy paste tu tak guna. Gara-gara ternampak satu design dari Majalah Thailand yang oh!! sungguh ohsem rekaan designer dia. Tq la pada office mate aku yang comel kurus melidi *AIN* yang tak lokek nak tunjuk siapa tailor dia. Selama ni tailor aku semua ambil harga ikut harga lemak kat body aku. Kali ni punya tukang jahit ambil memang harga yang aku tak terfikir akan bayar harga tu. Korang faham tak?....eheheheheh


Ni baju aku yang bahagian atas....Mak aku snap time aku tengah dok kalut sarung jubah. Tapi senyum itu harus!!!!....tak senyum bukan nottinetti la kan....ater jatuh bukit dengan kasut high heels 5 inci pun aku boleh tergolek sambil senyum inikan pula duduk statik jer kan.....makanan aku ni.

So berbalik pada design baju. Tatkala aku nampak jer model pakai design ni....aku terus tanya amoi tu...."can aaa I buat ini fesyen"...uish amoi yang serba serbi berkebolehan tu apa lagi support aku 101%. And dia mulalah suggest kain jenis apa aku patut beli. Sepatutnya bahagian kain adalah prada lace. Tapi warna macam aku nak tu tak ada so aku terpaksa tukar dengan kain lace corak lain. Kain yang bawah ni. Lace dia warna hijau sebenarnya tapi aku lawan kan dengan kain chiffon murah warna magenta. Alhamdulillah cantik pada pandangan mata kasar aku dan mata tukang jahit tu.


Selebihnya aku serah circle-circle pada amoi si tukang jahit dan berdoa agar kain beberapa meter tu jadi eloklah di body aku yang badang ni.

dan hasilnya......

AKU PUAS HATI.
10 * untuk amoi si tukang jahit.


Ini yang complete bajunya lebih kepada peplum berlapis . Top lain kain lain. Ada yang ingat macam bersambung. Takkkk
Amoi si tukang jahit kata aku boleh pakai dengan seluar if aku nak and the best part......aku dapat extra baju lagi lebihan kain. (Lagiiiiii cantik dia buat) Kagum betul aku dengan amoi si tukang jahit. Yo laaaa ingat lagi aku hantar kain sari pada Nyonya si tukang jahit di Semua House. Harga memang dasyat gila lah. Buat baju kurung jer. Kain sari extra dapat ke dia. Isk.....

ok....then untuk sepatu konvo pula.....aku dah order satu kasut heels ni.....tapiiiii at the end kasut tu tak sampai lagi ke bumi Malaysia. Some more....errmmm tinggi kot.....kang terpeleot aku depan Naib Canselor tu...naya jer kat Tan Sri. Mana nak sambut aku...mana nak pegang sijil...mana nak maintain senyum depan kamera.... Eheheheh

So aku reda dan pakai jer kasut lama yang tinggi 2 inci. Nasib baik warna masuk dengan tema baju.


So...itu jer la cerita WIWT...
biasa jer sebenarnya...korang laaaa bising nak tengok macam luar biasa bebenor baju aku. ahahahaha apa-apa pun thanx korang.....wassap pertama aku dapat dari salah sorang member....di awal subuh sore satu hari before majlis convo...."Net tunjuk sikit baju apa ko pakai esok?" ahahahahaha you know who you are kan....eheheheh

adiossss amigos......

Tudung?????? kak peah jer.....eheheheh

4 comments:

karipapsayur said...

Kau konvo yg baru2 ni yer?? Tahniah nett!

notti netti said...

karipapsayur - haah semalam aku konvo and tq

Dr lil_luna said...

Dear bleh xshare mn tailor you ni.. Thank you. Sgt cntik awk pkai

notti netti said...

Dr lil_luna - tailor ni amoi yang buat di Perak haaaa ehehehe.


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno