Perkara yang tak berapa suka saya lakukan ialah melipat baju dan menggosok baju.
and saya masih ingat bila kami mengambil pembantu rumah yang pertama.
Namanya Mia, dia sangat erm...so...so..sahaja. Standard pembantu rumah, minggu pertama sahaja ok, masuk minggu kedua, kita dah boleh tengok sisi mak lampir mereka.
Malas aku nak cerita sisi mak lampir dia tu. Aku just nak cerita sisi bidadari dia jer.
Mia ni memang suka melawan cakap, even aku cakap pun dia ada jer nak lawan balik. Tapi satu saja yang aku suka tentang Mia ni. Kerja-kerja menggosok pakaian yang dia buat, memang sangat suppurb!!
Mak aku pun puji bila dia menggosok baju and diapun memang aku peratikan suka bebenor menggosok baju.
Macam hantar gosok kat dobilah kekdahnya, licin and ada side lagi kat lengan.
Diapun boleh berdiri lama-lama untuk menggosok baju. Memang kagumlah aku.
Antara pembantu-pembantu rumah aku yang lain, so far memang tak boleh challenge lah tahap menggosok si Mia ni.
Nak buat macam mana, dah takde jodoh dia kerja dengan aku.
So hari ni, lepas aku masak makan tengahari and vakum rumah, aku terus capai beberapa helai baju untuk digosok. Ahhhh memang confirm aku gosok 2 helai jer, tapi aku fikir jugak, kang buatnya laki aku kena outstation mengejut, naya jer.
So, daripada gosok sorang-sorang dalam bilik, aku heret iron board dengan iron kat depan. Betul-betul depan tv. Dengan harapan sambil tengok tv sambil gosok.....takdelah aku bosan.
Yeay! kira menjadilah.....daripada aku target 2 pasang baju untuk gosok hari ni tetiba boleh leka tergosok untuk seminggu punya baju. Tudung akupun banyk aku gosok. Heeheheh
Lepas ni bolehlah aku gosok depan tv lagi. Jangan meletop sudah sebab pakai extension.
*_*
2 comments:
Kita pun suka iron baju depan tv ween ralit sampai x sedar dah byk baju2 diiron tp skrg tgh bercuti dari menggosok baju keje dan uniform anak2 yihaaaaa!!
kan emy kan ahahahah enang sikit.
Post a Comment