Showing posts with label Sakit perut nak berak. Show all posts
Showing posts with label Sakit perut nak berak. Show all posts

Wednesday, August 20, 2014

Cherry Berry Berjemaah

Haaaa....setakat ni aku punya mengantuk tahap tidur duduk pun boleh.

Puncanya semalam start jam 1.30 pagi aku dah ulang alik ke tandas sampai jam 6 pagi. Aku ingat habis dah. Rupanya drama memerut tu berterusan sampai la di pejabat ni ha. Akupagi tadi adalah dok ulang alik dekat 5 kali ke tandas. Rupanya pagi ni berebut dengan staff ofis lain nak guna jamban. Aku ni dah le suka jamban duduk. Jamban cangkung ni aku haru sikit, takut lama-lama cangkung, aku boleh jadi keras kat tandas tu.



Waktu mula-mula kena pagi tadi around 1.35 tu....aku macam mimpi sakit perut, bila celik mata haaa memang sah! aku memang sakit perut. Berlari ke tandas. Tapi takda apa-apa pelaburan pun. Aku stay dalam setengah jam kot merenungdinding dalam toilet just untuk merasai nikmat angin yang menyucuk-nyucuk dalam perut. Posisi still atas jamban duduk. Aku feed up sebab kaki dah sejuk pijak lantai simen yang basah. Aku blah and baring. Tak sampai beberapa minit, sakit tu serang lagi...huuumak aih....salam tak apa tak...main serang jer......tak cukup simen aku lari masuk jamban. Kali ni ok lah, adalah pelaburan sikit. Then kembali ke kamar tidur sambil senyum simpul. Zzzzzzzz..

Sedar jam 3 pagi.....huk aloh!!!! dia attack lagi. Berlari lagi aku sambil kepit-kepit buntot. Banyak betul pelaburan aku pagi tadi.....and it keep on and on and on. Sampai pukul 4.45 pagi. Aku dah letih. Dah macam hilang air dalam badan. Rasa nak merangkak jer dari pintu tandas ke tilam. Aku tidur and aku tengok hand phone...hmm kejap lagi pukul 5.30 pagi mesti alarm berbunyi. Aku zzzzzzzz kembali.

Sedar jam 6.00 pagi...Ok!! aku lewat!!!..ni semua sebab kes sakit perut punya pasal. Kan aku dah terbabas. Itupun terjaga bukan sebab alarm...tapi sebab false alarm kat dalam perut aku ni. Sekali lagi terkepit-kepit tersipu-sipu depan laki aku yang sedang tidur....kali ni aku main langkah jer dia sebab dah tak tahan sangat. Dah macam lompat galah panjang aku. Sib baik tak sangkut atas kipas siling. Adeeeehhhhhh....

Dalam kereta pun dia buat hal juga. Kalau dah nak sampai opis boleh la aku tahan lagi. Ni baru nak masuk dalam kereta. Ahhhhh! aku tekad time tu, kalau naik rumah confirm jammed nak turun nanti. So aku buat keputusan yang Obama pun susah nak fikir dalam masa singkat ni. Aku teruskan jua ke pejabat sesambil tu aku tahan pernafasan. Tarik nafas keluar tarik nafas keluar. Ok..ni aku tak boleh buat kerap...sebab bila aku tarik nafas...ok jer..nak hembus tu aku rasa atas bawah nak keluar. So aku kepit jer apa benda yang aku boleh kepit. Tangan aku dah sejuk. Keretapun aku bawa macam fomula 1. Ramai juga lah orang hon-hon aku. Maaflah...ni kes emergency....aku kena bertindak segera. Kalau bersin ni mau terkeluar terus pelaburan aku....so kawal lagi penafasan and teknik kepit mengepit. Sampai jer opis .....aku campak jer bag and cepat-cepat capai tisu terus ke toilet. Sebelah tandas ada orang.....boleh pula aku borak dengan pegawai sebelah yang sama kes dengan aku. Masuk bilik....haaaaa sah! ramai pula orang yang cherry berry......hmmm dan mula lah aksi gossip tuduh menuduh berlaku. Kata salah ayam from catering. Aduuuhhh aku tengok, kalau tengahari sakit lagi, memang aku mintak balik jer. Tak larat nak berebut jamban dengan teman opis yang lain.

Adeeeeehhhhh dah le janji dengan BFF nak makan dim sum ari ni. Isk!!!

pssst: Cherry Berry ni buat aku mengantok!

Me Naughty..me Netty

Tuesday, July 19, 2011

Tersalah makan lagi semalam yang menyebabkan aku menjadi penunggu toilet sepanjang pagi.

Hmm apa aku makan semalam?...

pagi, makan nasi berlauk...so far okey
petang , makan pau.....so far okey
malam???? at midvalley pekena sushi king....ermmm so far okey kot....
balik rumah sampai tertidur letih......
kemas-kemas rumah tetiba haus...
nampak susu dutch lady kat dalam peti ais...tarikh expired 3.8.2011....aku habiskan satu kotak......low fat milk tu...yummy.....then baring baca novel sampai terlelap...kam time tu pukul 12.30malam........
Tetiba aku terjaga...rasa something kat perut.......aku berlari ke toilet yang sekangkang kera tu......keluar dari bilik air tengok jam baru pukul 1.30pagi....alahai...perut masih sakit......berlari semula ke toilet......seingat aku 4 kali aku bangun ke toilet......
tak bestnya..rasanya baru minggu lepas aku daah kena serang cirit birit...kali ni takkan kena lagi kot.....last sekali aku ke bilik air pukul 6 pagi tadi. Harap-harap tu yang terakhirlah sebab aku dah makan ubat.
tak sangguplah tertonggeng kat toilet ofis nie...kalau toilet rumah takpelah jugak.

-sensitip betul perut aku nie.......-
Me Naughty..me Netty

Wednesday, December 8, 2010

I have something for you Mummy Ayu...and I hope u loike it....eheheh

wink wink pada Mummy Ayu yang jauh nun dok sebelah dato...
jangan ko duduk atas riba dato udah........tak terxplain ahkak....

sebenarnya nyesal aku tak join ko balik ofis ko tadi...
tidak boleh tumpang2 manja guna bilik water ofis ko yang bersih gedebus ada tukang jaga tu...
kesakitan perut yang aku rasa tadi tetiba jer pudar secara tiba-tiba bila menyaksikan keindahan panorama bilik air ofis aku..
Potong Steam betoi!

kesedaran sivik masih belum tersemat di sanubari sesetengah manusia....belum capai 1 malaysia lagi mereka ini......bangga gamaknya membiarkan hasil kumbahan di dalam bowl jamban....eeee......emo!

oh! ya.....sahabat sejambanku (dulu lah......)....
diharap ko suka gift yang aku kasi tadi.....
and aku saja2 kasi..sebab aku pun ada satu.......
jadi bila lalu-lalu di soppin komplek....ternampak menatang yang sama dengan yang aku ada....
so tanpa akal yang panjang...aku rembat khas untuk ko.....
harap ko suka...jangan ko derma pada iris pulak....aku simbah muka ko ngan asid cair tahap melepuh gila tak nampak susuk muka ko dah.....

eheheheh..
ok..ok..perut kembali memulas ganas.......perlu bergegas mencari bilik air tebersih di sini..
chiow.....risau angin akan terlepas yang menyebabkan beberapa ekor serangga tumbang kesesakan nafas....
oleh kerana tidak mahu menjadi penyebab kematian serangga2 yang tidak berdosa itu...aku blah dulu....

sekian......

Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno