Wednesday, April 15, 2015

Pagi yang Psycho

Hi kengkawan jelites and handsemness sekalian.

Pepagi lagi I dah psycho dengan diri sendiri. Eh! kenapa ko kak???.
Semalam adalah hari yang tak berapa nak indah. Padan muka untuk diri sendiri. Pagi ni dah tobat taknak dah ulangi perkara yang I buat semalam. Hazabnya Ya tuhan ku. 

"Pernah tak korang nak "gossip" sesama group member dalam whatsapp sekali korang tersalah hantar pada (pelakon utama) orang yang ko gossip tu. Ahhhhhhhh!!!! menyesal and pengajaran berguna untuk I and taknak dah buat. Tu la dah kata jangan gossip, ko gatal tangan nak gossip. Ambikkkkk. Sekelip mata apa sahaja kerja yang kau nak buat jadi serba tak kena. Haaa meroyanlah sampai dalam tidur. 

Ok baki sisa-sisa serba salah masih ada pagi ni. Maka nak muhasabah diri, mulalah google surah-surah bagi tenteram jiwa sikit. Betul la apa orang kata. Dah terkena baru nak insaf. Hahahah memang I insap...insap sangat. Tapi apa kan daya, time ko dah insaf, ada jer yang ajak bergossip. Maka kengkawan ku yang berkenaan, kalau I diam tu maknanya I dah taknak join gossip ya. Namapun dah insaf gitew.

Tapikan....

Biasalah manusia, bila dah google surah-surah then tetibalah terbuka youtube konon nak dengar certain-certain ayat Al-quran.....tapi bila kat hujung youtube tu kau tengok ada model Victoria Secret 2015, mulalah kau ter'click' ahhhh! ngengada. Kau perati model two piece tu satu persatu yang mana at the end kau pula yang psycho sorang-sorang depan monitor. Psycho sebab kenapa kau anak dua tak dapat body guitar macam model-model VS tu. Padahal model tu ada dah anak 3 kot. tapi pinggang, peha humakaiiiiiii........dan kau mulalah nak sedih meratap sayu sorang-sorang depan PC. Ni kalau aku ngadu pada kawan gym aku si Liya tu confirm kena maki hamun + tazkirah free. Dah siapa suruh taknak berubah kenz.

Maka aku pangkah youtube. Aku buka website Zalora.com pula. Haaa aku memang berkenan design baju Fiziwoo. Seyes kenan sangat dah. Tapi bila tengok measurement terus ko slow-slow pangkah website tu. Haaa heart broken lagi sambil menyumpah dengan kadar pengeluaran kasar pada body sendiri yang mencanak-canak naik.

Then ko dah jadi tahap feed up and terus buka instagram lalu ternampak seorang fashion designer handsome. Ko baca lagi insta mamat tu. Eh! dah bertunang....mati-mati ko ingat gay. Lalu kau senyum sorang-sorang sambil tengok siapa bakalnya. Sekali kau perasan bakal nya adalah very low profile (bukan tahap-tahap retis) and biasa jer bagi kau. Terus kau whatsapp BFF kau and hantar gambar si polan yang dimaksudkan. The best part with your BFF is....she never kutuk or gossip or hina or whatever. She is very happy with that news dan terus kau rasa tenang sbb ada BFF yang berjiwa murni yang mana boleh jer dia nak ajak gossip disamping tambah dosa. Tapi BFF I tidak ke arah itu. I luv u la BFF.

at the end adalah rasa kurang sikit psycho
walaupun dalam hati ada terdetik

"kenapa lah laki aku bukan fashion designer?"

opps matilakatak.

Me Naughty..Me Netty

Monday, April 13, 2015

GST dan Ahmad Maslan

Bismillahirahmanirrahimmmmmm...
Nak buat entry sensasi ni kena banyak baca doa agar aku tak terlalu emo atau ke laut disamping tak tersalah cakap yang boleh menyebabkan aku jadi femes dengan kutukan dalam masa 1 hari atau hari-hari mendatang.

Sejak GST ni di implement kan di Malaysia ni, kemain kecoh orang dok gossip. Sampai berbuih-buih mulut and slim jari tangan tu dok kutuk GST ni. Dari aku bangun tidur sampai nak tidur balik memang kalau tak ada word GST pada whatsapp aku ni, memang tak sah. Siap aku boleh mimpi-mimpi lagi lah pasal isu ni. Anak aku yang nak duit belanja sekolah pun minta aku GST. Eh! ko pehal nak?...ko faham ke GST tu apa?.....ingat kek cekelat ke?.....Hazaabbbbb....ooooooo.

Secara jujurnya aku tak ambil port pun pasal GST sebelum ni. Ya laaa untuk kebaikan bersama "kata aku pada diri sendiri" tapi bila dah ko beratur nak beli kentaki, orang depan ko dok bising tanya "kena GST ka?" (LOL), Nak ke tandas awam pon mata dok usha kot penjaga toilet tu minta add on GST ke, then ko baik punya baring nak buat facial sekali member sebelah warning beauty therapist tu "you urut kasi lebih muka I aaaa sama macam you charge GST dalam bill I ", turun pasar bawah rumah ni pun ada yang bertekak dengan pakcik penjual sebabkan GST ni. huuiiii sampai macam tu. Aku pun jadi kaget gak. Dah kenapa kan???.

dan aku pasti budak-budak universiti yang nak buat final paper akan pilih tajuk GST ni kot boleh dapat markah bestkan?....ahahahah.

Ditambah lagi halnya dengan Timbalan Menteri Kewangan yang glamour mencanak-canak semenjak ucapan beliau yang dijadikan bahan. Seyes memang aku pun naik mengong bila dia minta pelajar UiTM masak sendiri untuk jimat kos. Apakah??? Haaa adoi la....memang aku tergelak sebab aku pun produk universiti tu and pernah la masak kat dalam kolej Teratai dulu. Itu pun kalau mak guard tak check la. Nak masak pun kena sorok-sorok kau....bayangkan lah masak telur rebus dalam kettle. Adoiiii......Sebab tu la kena cari boipren awal-awal, dapatlah boipren belanja nasi goreng USA. Boipren lapar takpa....janji girlpren happy.....eh!

Walaupun aku nak marah juga dengan beliau tapi sisi baik aku ni kesian juga lah bila baca komen-komen yang kutuk direct ni. Korangpun confirm pernah baca kan? kan? Kesian ooooo yang hina dia ada, yang sama kan dia dengan menatang pun ada...haish tak baik lah korang. Walaupun aku tergelak juga tengok komen kamu...kamu...kamu kat fb tapi hmm bila fikir balik, sedih sebenarnya. Korang tak baik tau. Dosa mengutuk sesama islam. Haahahah..eh! aku sedih tapi aku gelak...mana satu ni. 

Sebenarnya aku cuba kawal diri dari type merapu-merapu. Memang dalam hati ni nak kutuk juga tapi biarlah isu tu aku kutuk dalam diary aku jer......puas hati kot. Kalau kat blog kang naya jer. Terpaksa pendam ooooo......seperti mana aku memendam perasaan kat kedai-kedai kasut. Sebelum ni aku masuk jer kedai kasut mesti dapat hasil barang sepasang. Sekarang ni aku just jadi tukang telek kasut jer. Mata tengok atas.

By the way

Ahhhhh....perniagaan cake aku so far aku tak kenakan GST lagi muahaha dengar tu ..."laaaagiiii". Tetiba rasa berdosa lak kalau nak kenakan GST pada customer aku. Wah!...
Apa-apapun....aku dah habis idea nak cerita pasal GST sebab seteruk manapun isu ini disensasikan....aku tetap aku.....rakyat yang keluar duit sendiri untuk beli kasut. Sekian.

Apa pendapat korang pula????

Me Naughty..Me Netty

Semoga Pagi Ini Berjalan Dengan Lancar



Assalammualaikum dan Selamat Pagi

Amin, amin masih lagi bernafas dan sihat untuk pagi ini.
Kalau ikutkan aku ni memang lesu kalau tibanya hari Isnin. Itu yang pagi-pagi sampai ofis, kemas itu ini dan terus menung. Eh! camon, camon, tak boleh jadi ni. Pagi-pagi aku dah sendu memikirkan macam mana nak body macam 'Natasha Balck Widow - Avengers'. Eeehhhh! kalau terus sendu maka sampai ke balik aku akan terus layan perasaan sendu tu. Maka apa lagi google la apa-apa doa nak halau perasaan sendu/malas/sangap dan sedara mara penyakit negatif yang seangkatan dengannya.

Ok, mari kita bertugas. Selebihnya kalian baca lah entri-entri yang aku dah auto publish kan dari semalam. Kot banyak perkara nak dicerita kan kan kan. Tata 


Me Naughty..Me Netty

Monday, April 6, 2015

Teringin Nak Ber'Turban'....tapi....

Tapi.......

- Muka I is berpetak, so macam tak sesuwei kot...kot....ker tak? Kalau muka is the bujur the sireh one memang sangat sesuwei la kan. Terletak elok jer.

- Nak pakai kat ofis ni rasanya belum jumpa lagi office mate yang berturban time office hour. Kalau ke majlis besar-besar anjuran office tu normal dah tengok. Itu pun puas I jadi pendengar setia si polan-polan kutuk how she (orang sasaran) pakai turban tu. Aduh kot I pakai nanti....confirm jugeks la I akan jadi mangsa sot set sot set mereka itew.

- Bila orang pakai cantik jer.....tak tau pula bila I pakai jadi apa?.

- Orang mesti gelar I 'Datin'.....tak suka betul. Mentang2 pakai rare sikit kan?.....mula la nak bagi pangkat secara percuma.




Tapi suka oooooo tengok minah Arab dalam youtube ni pakai Turban. Cantik and simple jer ha.......
Memang suka tengok dia ni.....cantik. Oh by the way, kalau nak tengok minah ni kat youtube peragakan tudung and turban and OOTD boleh tengok kat youtube dia - Muslim Queens

ok.....chiows...

Me Naughty..Me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno