Ya entry hari ini lebih bersifat pandangan aku sendiri.
aku tidak melakukan interview mahupun mengugut mana-mana doktor untuk memberi keterangan perihal pemeriksaan payu dara ini.
Aku hanyalah insan biasa yang bekerja sambil belajar dan kekadang sambung buat kek, aku suka baca komik dan tengok anime, aku suka dengar gossip dan sekali-sekala terturut serta merancakkan arena gossip antarabangsa. Maka janganlah terlalu mengambil hati sangat mengenai perihal pemeriksaan payu dara yang akan aku ceritakan ini.
Umum sedia maklum kanser payu dara antara penyakit yang jika tidak dilakukan pemeriksaan awal boleh membawa maut.
-kenapa aku serius tetiba ni?-
melihat pada diri aku sendiri *bior la aku jadi model dalam ini cerita*
sejujurnya aku antara wanita-wanita yang penakut untuk membuat pemeriksaan payu dara
walaupun beberapa tahun lepas aku pernah memaksa diri membuat pap smear, itu aku dah awardkan diri aku dengan cemerlang gilalah! sebab berani kangkang depan doktor secara free of charge....siap aku pulak yang bayar doctor tu untuk tugasan mengangkangkan aku secara live telecast tika itu.
kini aku rasa tiba masanya aku memberanikan diri untuk melakukan pemeriksaan payu dara yang lebih serius.
ok, disini aku terangkan serba serbi kenapa aku takut sangat untuk membuat pemeriksaan payu dara. Para doktor sila take note
ni faktor paling popular aku.
Kurang Keyakinan
Hmm di sini untuk aku katakan yang aku kurang yakin untuk pergi ke hospital and suruh orang check dada aku. Tapi susah jugak, datang sewel aku nanti, ok jer aku tunjuk (dalam keadaan terdesak maybe) aku bab-bab tunjuk body ni memang cemerlang kengkadang. Tapi depends pada doktorlah, yang mana aku prefer tunjukkan asset aku pada doktor pompuan.
Perasaan Takut Pada Keadaan Sekeliling
Pernah tak korang merasa perasaan berdebar-debar atau kupu-kupu dalam perut di saat korang nak melangkah masuk ke hospital? bagi aku tak payah tunggu hospital, melangkah keluar dari rumah dah cukup buat aku bedebar-debar, kalau ada kucing melompat depan aku time tu memang terjojol la aku terlentang keras depan pintu. Dasyatkan cara aku ekspresikan ketakutan aku.
Tapi punca sebenarnya perasaan takut tu aku rasa depends jugak pada orang, maybe ada yang berani tapi entahlah maybe aku ni kretif bab-bab bermain dengan perasaan. So aku layankan jer perasaan aku tu kan. Tu yang jadi over takut kengkadang dan akupun kurang pasti maybe aku takut kalau kena marah dengan doktor atas alasan aku tak pernah nak buat pemeriksaan sebelum ni ataupun mungkin aku takut dengan hospital yang berbau ubat-ubatan.
Percaya Pada Gossip Semasa
Ya, aku akui bab-bab penyakit ni aku memang mudah benar percayakan gossip.
Contohnya senario di satu acara majlis mesyuarat tingkap kampong sendoyon.
"Eh! Tijah, ko dengar cerita tak? si Miah tu dah hilang tetet nyer ha. Sebab pergi buat chek tetet tu la habis kena himpit tekan-tekan dengan besi panas. Tu yang sampai hilang tetet"
ha, silalah percaya, aku memang akan telan bulat-bulat apa yang dikatakan.
tak silap aku yang dikatakan besi impit tetet tu is Mamogram.
Maaf gambar agak sedikit menjengkelkan tetapi tertarik untuk melihat lagi dan lagi dan lagi.
Source : Google Image
Aku dulu sebelum membaca artikel berkenaan pemeriksaan payu dara ni, aku bayangkan yang payu dara kita ni akan digelek oleh besi panas. Ala-ala steamroll tu. Naya jer kalau kena gelek macam steamroll. Confirm leperlah dada aku nanti. Time tu terpaksalah fikir macam mana nak harungi hidup sehari-harian dan hari-hari terpaksa gulung balik dada yang leper tu dan sorok elok-elok dalam sampul bra. *lihat! imaginasi ketakutan aku agak melampui batas normal seorang manusia*
so far ada dua tiga orang yang pernah buat mamogram ni memberi tahu yang ia agak menyakitkan. ya, aku telan bulat-bulat kata-kata mereka. Mestilah sakit jika dipenyet oleh mesin tu. Lainlah kalau dipenyet oleh doktor lelaki, haaa tu dah lain cerita ya. Sila ignore imaginasi aku yang ini. Aku dah ke laut dah.....tunggu nak terjun jer.
Risau dengan Result Pemeriksaan
Aku memang allergic kalau bab-bab result ni. Since UPSR bawalah ke Universiti, perkataan result memang cukup aku menyampah dengar. Mungkin sebab aku tak suka dengar keputusan yang akan aku hadapi nanti. Samalah dengan pemeriksaan payu dara. Ko takkan sesuka hati bagi free tetet ko dilanyak mesin tu dan berlalu pergi ke starbuck untuk minum kopi sambil layan internet free. Tiiidaaaakkkk, antara mahu atau tidak, result kesihatan akan keluar dan part ni lah aku paling gerun. Doktor takkan sekali-kali akan buat surprise seperti panggil clown atau tiupkan belon dan pecah depan muka kamu semata-mata nak umumkan yang kamu bebas kanser payu dara. Doktor juga tidak akan menangis teresak-esak tatkala nak umumkan yang kamu dah kena jackpot yang mana akan buat kamu keras tidak berdarah di depan meja doktor.
Samalah juga bila kamu menerima panggilan telefon, situasinya tetap sama. Sama ada kamu akan dikompang happy oleh nurse ataupun nurse minta kamu berjumpa doktor yang akan menjerentatkan nafsu makan kamu selama beberapa hari.
Takut ditinggal Suami
Oh! alasan yang ini aku kurang pasti pula. Tapi adakalanya takut juga. Mungkin ada sesetengah lelaki yang bila isterinya baru nak pergi jumpa doktor, mereka dah mula sedih dan mulalah melakukan aktiviti mencari ibu baru untuk menjaga anak-anak. Konon dah macam bini ko nak mati sangat dah, padahal baru jumpa doctor jer pun, itupun kalau jumpa, kalau bini tersinggah MC D sampai habis waktu appointment kan dah naya. Alasan tak boleh blah! Eh! emo pulak.
Malu
Ya, aku ni kan sebenarnya pemalu. Uhuk! Uhuk! Uhuk!
dan sebab pemalu punya pasal la aku tak mo story yang ni...
dah namapun pemalu. kan kan kan
so far itu je la alasan aku tapi ada juga alasan-alasan lain cuma masa tak ada untuk aku bercerita lebih. Memang la takut kehilangan asset penting tu......penting untuk susukan anak dan bapak anak.
tapi bila tengok sepupu aku si Angelina Jolie tu buang payu dara untuk elak kanser, aku jadi sedikit WOW! beliau sangat berani dan mungkin pemeriksaan payu dara tak seteruk yang aku sangkakan. Akukan suka melebih-lebih.
Ok, walaupun korang dah sedia maklum, ini antara tanda-tanda yang perlu kalian perhatikan:-
- ketulan di payudara atau ketiak
- perubahan luar biasa tekstur, bentuk dan size payudara (yang ni aku kurang pasti penyebab dada tak sama size, cuba minta suami masing-masing tiup bahagian yang kecik sebelah tu, insyallah sama lah size nanti)
- kulit payudara bengkak, berkedut dan ke dalam (jangan ko tuduh moyang korang ada kanser payu dara pula bila tengok dada diaorang yang dah berkedut tu and paksa buat mamogram....nayaaaaa jer ke moyang)
- puting susu tenggelam
- pendarahan atau lelehan luar biasa dari puting
- kulit payudara berbintik seperti kulit limau (yang ni aku kurang pasti jenis limau, sama ada limau abung ke, limau kasturi atau limau mandarin - tak tahu la pula)
Akhir sekali aku nak nasihatkan diri aku dan juga korang yang sama macam aku,
buat pemeriksaan sendiri dan kalau ada apa-apa yang mencurigakan jumpa doktor.
Ingat!!! jangan sekali-kali beri abang angkat, adik angkat, suami neighbour sebelah ataupun rakan tugas lelaki membuat pemeriksaan ke atas payu dara anda.
Dikhuatiri anda dan mereka-mereka itu yang akan dilenyet mesin memogram nanti.
SEKIAN
Me Naughty..me Netty