Kepada para pembaca yang melawat blog saya dan kurang senang dengan entry diet saya ini,
maaf yer.......saya buat diet ni hanya untuk diri saya/ kerelaan sendiri dan takde sebarang paksaan atau hasutanpun untuk meminta kalian mem'following' saya.....titik.
'
'
'
ok...seperti yang kalian sedia maklum, saya telah mengjoinkan diri dalam pertandingan "shred in 50 days''.
so......macam-macam kaedah yang bermain di dalam kepala hotak saya untuk meng'kurus'kan diri.
pernah jugak nak gunakan teknik "Makan Hati Berulam Jantung" tapi so far En.Suami tak buat perangai lagi....dia baik adanya.....so, tak boleh amalkan teknik tersebut.....buang jauh-jauh kalo boleh!.
the best thing about competition ni....ramai peserta yang inform cara-cara untuk menguruskan badan yang saya anggap sesuai dengan diri masing-masing since kebanyakan peserta dah pun buat and mendapatkan hasil yang lumayan......banyak cara nak kurus dengan selamat tapi tu la...kenalah disertakan dengan senaman.
tipulah kalo nak perfect body without exercise.
'
'
'
so, antara banyak-banyak cara....aku mulakan dengan diet Atkins dulu, memang best buat diet Atkins sebab aku suka makan sayur...tapi penurunan tu sangat slow....kengkadang takde penurunan langsung walaupun aku sangat-sangat menjaga pemakanan aku....korangpun sure pernah tengok menu diet akukan time buat atkins tempoh hari. Akupun kaw-kaw buat exercise....maybe 1st 2 weeks lemak tepu degil sangat nak bakor....
then aku teruja pula bila ada sorang peserta ni tunjuk result body dia time buat Master Cleanse (MC).....sangat fuyoooo! ok.....dari bam-bam boleh solid jer body...itu dia buat MC yang sangat berdisiplin.
maka, aku search kat web....
apa tu Master Cleanse?...
?
ok, MC ataupun dikenali sebagai The lemonade diet ni sebenarnya program detox (cuci sistem dalaman badan) yang di glamourkan oleh Stanley Burroughs. Dah arwah dah pun....
bila buat detox secara tak langsung proses diet pun tak tersengaja terjadi.
bahan-bahan yang digunakanpun semuanya yang organik...racun serangga tidak sekali-kali digunakan di sini..jangan risau yer.....
'
'
'
meh tengok apa bahan-bahan yang perlu gunakan -
1. Buah Lemon
2. Organic Maple Syrup yang Grade B sahaja atau molasses atau air tebu tulen.
3. Cayenne Pepper Powder - serbuk cili tu...
4. Organic Sea Salt (Uniodized)...bukan garam biasa eh....
5. Laxative Tea - Teh berak...ehehehe
'
'
gambar kat bawah ni.....
'
'
ada 2 gambar...satu guna maple syrup and molasses
gambar yang bawah ni guna pure air tebu...aku prefer yang air tebu pure lagi sebab sedap sikit berbanding guna maple syrup atau molasses.
air tebu bila dicombinekan dengan air lemon..wallaaaa! cam asam boi! sedap.
ok.....contoh laxative tea ni seperti kat bawah ni
'
Detox Clenx tea - tapi tak memberi kesan apa-apa pada body aku
relaxxx jer....so aku tukar pada yang kaw...
aha!!! aku tukar teh herbal orang kampung..
baru dasyat!!!!!
MC ni perlu buat dalam 10 hari jer....tak boleh kurang...kalo terkurang tak jadi..lebih 10 hari pun takper..
untuk aku yang permulaan ni cukup 10 hari jer...nanti-nanti buat lagi...
lagi satu..sepanjang 10 hari buat MC...kamu...kamu...kamu..dan kamu...tidak diijinkan untuk menyuap sebarang bentuk makanan di dalam perut...tidak! no! dame! puyau! nehiii!...
kalo termasuklah seketul ayam dalam mulut korang, maka terbatal / tak sah la MC korang.
kalau terjadi...maka sila duduk tepi pintu dan fikir kembali hala tuju matlamat kurus kamu.
korang cuma perlu minum air yang korang bancuh ni jer...pagi petang siang....itu jer....tak susah!
kenapa tak boleh mamam????
ok ada sebabnya...MC ni tak zalim..walaupun pada mulanya aku ingat zolimmmmm sangat pada perut aku.
Time kita buat MC, pembersihan sedang berlaku di dalam badan kita termasuklah bakteria/parasit.*kita akan cerry berry nanti* Kalau kita makan...maka si bakteria dan si parasit tu akan hidup kat dalam makanan yang kita makan tu...so otomatik sesia je proses detox kita...
cara-cara buat MC:-
contohnya, kalau korang nak mulakan MC ni esok, malam ni korang wajib minum Laxative tea *teh berak* tujuannya....nak bagi korang kerap melawat tandas. Eheheh sebenarnya bagi bersihkan perut korang dari dosa dan noda aiskrim, pavlova, kek, nasi ayam etc.
so far..aku melawat tandas pagi jer...petangnya dah takde apa-apapun..usah risaulah!
aku minum selalunya jam 11 malam. Minum satu mug teh herbal orang kampung. Esok paginya, korang bangun tidur terus ambil 1 liter air suam and campurkan dengan 1 sudu besar Sea Salt *garam organik*. Kacau dan minum sampai habis...kalau boleh senafas..itupun kalau air tu tak terkeluar dari celah lobang hidung korang la.....memang azab nak habiskan air ni...macam minum air laut jer....haa inilah dipanggil Salt Water Flushing, tujuannya nak bagi korang berak atau buang segala dosa-dosa makanan yang ada dalam perut tu.....setengah jam after korang minum air ni...sila ke tandas tanpa banyak soal yer.....macam aku...satu jam baru perut memulas...perut aku ni suka aku berak kat toilet ofis sebenarnya.
hari pertama aku minum air ni....tak jadi apa-apapun...aku guna detox tea yang biasa and minum satu mug air garam ni...itu yang tak menjadi apa-apa tu...
so aku tukar ambil teh orang kampung and minum 1 liter air garam.....seyes! tak cantik gila muka aku time minum air garam ni....kalau ada perompak la time tu...memang takutlah perompak tu tengok muka aku...
tabik hormatlah sapa yang dapat minum air garam ni senafas jer.....
aku mampu minum 3 hari jer air garam organik ni..selebihnya aku tukar plan..aku minum teh orang kampung jer siang malam. Boleh jugak....
aikk? gambar perahan jus lemon terbalik pulak.
Cara seterusnya....setelah minum air garam...di dapur rumah kalian, sediakan ramuan-ramuan lemonade tadi. Kita perlukan 12 sudu besar perahan buah Lemon untuk sehari. Saya guna 4 biji buah lemon. Perahkan, tapis air lemon tu and isi dalam bekas air yang besar, relax dulu. Then tuang 6-8 sudu besar Maple Syrup Grade B (grade B sahaja..diulangi..grade B sahaja) atau Molasses atau isi penuh air tebu dalam bekas lemon tu. Akhir sekali, masukkan satu sudu kecil cayenne papper powder. Mix kan... dan goncangkan...
apa bagusnya bahan-bahan ni....?
okey....Maple Syrup tu kaya dengan mineral/ vitamin *bagi tenaga* manakala Cayenne pepper pulak bertujuan untuk melancarkan peredaran darah kalian. As usual tugas lemon pulak untuk detox dan kasi pecah sama lemak yang bermaharajalela kat body kamu tu....suka tak?....
aku dah terror..tak payah guna sudu..just tuangkan cayenne pepper ni cenggitu jer.
terlebih tuang aku sendiri yang tanggung minum air pedas.
kalau guna Maple Syrup atau Molasses, isikan penuh dengan air suam, tap water diharamkan sama sekali yer....kalo guna tebu....tak yah air suam dah.....air tebu 2 kantung dah memadai.
haa..inilah menu korang untuk 10 hari.....kerja korang minum air yang korang mix ni jer....sampai habis...oh! jangan lupa standby air masak jugak..dah habis air lemonade ni korang tibai...korang kena minum air masak pulak. Peringatan! rasanya? kalau guna molasses.....rasa macam hmmm tak best sangat...tapi kalau guna air tebu..sedap sikit tapi pedas laaa.....takdelah pedas gila.
nampak kecik pula bekas air herbalife ni..padahal besar...lebih kurang 2 liter.
haa ni lah bekalan aku selama 10 hari....dan selama 10 hari lah aku menangung kata-kata berbau sindiran dan perlian dari manusia-manusia yang sayang pada aku.
terus terang aku cakap..hari pertama buat MC sangaaaaaaaatttttttttttt pilu milu..
sebab perut ko terkejut tak dapat makanan.....lelebih lagi memacam dugaan yang korang hadap...time tu la ada jamuan besar-besaran..time tu la bos nak belanja makan.....cis!
second day dah okey dah.....bila korang lapar...just minum air ni..dah ok balik..
makanan sedap-sedap? dah tak heran dah......
Hilang tenaga?
tidak sama sekali..aku okkkkeeee jer..siap boleh bersenam lagi time petang dan malam. Wah! riak siot.
aku nak tekankan disini..sila bersenam yer..kalau nak dapat kesan yang memberangsangkan.
satu lagi..sesiapa yang jenis kuat ambil gula....kamu, kamu, kamu, dan kamu akan mengalami simtom sakit kepala....jangan risau.....ini menunjukkan tindakbalas gula dari badan kamu...gula berlebihan sedikit-sedikit sedang terhapus....melalui proses detox tu la....macam aku, aku tak rasa pening langsung sebab sebelum buat MC aku dah buat Atkins..so aku tak ambil langsung gula.....selamaaatttt....
so far alhamdulillah...aku berjaya turun 4kg.....nak bukti?
hmm aku baru turun 4kg, bukan 15 kg....so..body masih sama cuma yang bestnya, seluar jeans aku dah tak ketat...pakaian akupun mostly dah longgar sikit....yang best tu....2, 3 hari during aku amalkan MC ni...exercise seperti skipping dan lompat...aku lakukan dengan mudah dan boleh tahan lama la....
last time aku buat skipping...memang mengah gila...bunyi nafas pun dah macam nafas lembu marathon 3 padang.....tapi since aku amalkan MC ni...macam tak sangka aku boleh skipping habis 2 lagu korea la....tanpa tercungap gila-gila...sebab???
sebab badan dah ringan....seyes tak tipu.
cara pemakanan akupun dah berubah hari ni..selalunya aku boleh habiskan sepinggan nasi...tapi tadi..cukup hanya 2 sudu macaroni...bukan dalam sehari.....tipulah 2 sudu macaroni dalam sehari...
2 sudu macaroni untuk breakfast.....eheheh
insyaallah akan aku amalkan lagi MC ni next 2 weeks......
terpulanglah pada kalian nak percaya atau tidak....aku okey jer....
eheheheh sebab yang nak kurusnya adalah aku sendiri....
yang penting..kuatkan semangat korang....aku kuat sebab kata-kata sindiran dari kawan-kawan yang sayang tengok kasut-kasut aku terseksa menahan beban badan aku....
eheheheh..percayalah bila korang turun berat badan atas hasil usaha korang...korang sure berkobar-kobar nak capai matlamat turun lagi 10 kg....
tiada kejayaan tanpa ada usaha yang bersungguh-sungguh...!
USAHAAAA!!!!!!!
sekian MC aku untuk kali ini.....
oh! MC NI BOLEH BUAT DUA KALI SAHAJA DALAM SETAHUN...JANGAN LEBIH..
Published with Blogger-droid v2.0.4