Showing posts with label maid. Show all posts
Showing posts with label maid. Show all posts

Friday, May 11, 2012

Maid Buat Perangai Lagi.....fengsaaannn tahap over!

Uish kali ni perang lite-lite dengan mak aku...eee si maid punya pasalah!.

Alkisah...aku naik rimas bila mak aku call kelmarin inform si Efa *Maid* pengsan, Alah....hari tu dah pengsan, ni pengsan lagi? sikit-sikit udahla. And semalam, time aku tengah yak yak yea kat dalam kelas, mak aku call aku lagi and sekali lagi si maid telah tombang. Adoh!!! menyirap aku dengar. Come on lah...sekali dua kali cukuplah! ni dah macam sinetron pulak... nak pengsan banyak kali...isk..time si efa ni ada kat rumah aku, takmo le pulak dia pengsan. Isk la bedish betul la!. Seingat aku, last percakapan aku ngan mak aku sebelum tamat perbualan is - aku nak Efa bayar balik duit Levi and buat permit yang dalam 1k ++...

After aku sampai rumah dari kelas hmm...around 9pm gitew, and time tu aku tengah nak jogging setempat kat ruang tamu rumah, tetiba mak aku call lagi. Aduh..kaco sesi exercises aku. Mak aku tanya berapa RM aku nak untuk bayaran balik duit si Efa. Aku cakaplah...duit Levi, permit then aku inform yang minggu lepas 1 hb aku dah bagi duit gaji dia RM500....yang mana...start dapat duit tu dia pengsan...isk..allergic betul dengan perkataan pengsan ni!. Mak aku cakap takpe...mak aku boleh bayar, aku pun aik? kenapa mak aku nak bayo, aku tak mintak duit kat mak aku...aku nak si pengsan tu bayar. Kat sini aku dah mula cam tak waras dah.....T__T

ok, ada lagi penyebab aku tak waras, bila mana mak aku cerita kisah sinetron si pengsan tu. Ok cenggini kronologi nya. Dari penceritaan mak aku la. Si pengsan tu start kiok, bila dia terjatuh dari tangga rumah mak aku. Tangga 5 tingkat...jangan ingat 20 tingkat pulak. Mak aku kata dia terjatuh kena kepala, fine...mak aku suruh dia rehat and call sister dia. Sister dia datang and bawak dia kat bilik air, tup tap tup tap penggggsaaaaannnnn.......so kelam kelibut lah mak aku ngan kakak dia bawak masuk dalam kereta...fefaham je la orang fengsan ni berat dia boleh tahan.....so call suami terchenta dia sekali. Bawaklah ke klinik semua suku kerabat dia. Mak aku cakap doktor yang check tu namanya doktor Siti, memang dah kenal ngan family aku *imran and starbuck latte check kesihatan dengan dia*. Doktor Siti tu sound baeeekk kat si pengsan ni.....berdepan dengan sister and mak aku. doktor siti cakap bukan ada apa-apa sakit ni, cuma angin. Then doktor check lagi ada kesan lebam yang dah lama. So doktor tanya, mana dapat lebam ni?...so si pengsan cakap, dulu dah lama time dia dalam pantang kat tanah air dia....di mana dia terjatuh tapi tak urut...so kesan tu terasa sampai sekarang. Patut dia sakit-sakit pinggang selalu. Then doktor cakap, kamu ni sebenarnya datang sini bukan mau kerjakan?..kamu macam tak fit untuk kerja...kamu jangan ingat majikan kamu tak boleh cari orang lain yang lagi bagus dari kamu. Sekarang! kenapa kamu tak mahu makan..perut kamu angin banyak, kosong!..*kena nyani lagu KOSONG ni...-najwa latif* ....pong pang pong pang doktor tanya...dan dibalas dengan anggukkan comel dari si pengsan. Doktor cakap kat mak aku si pengsan ni sedang dalam emosi...dia bermain dengan emosi dia, sampai tak nak makan bagai. Mak aku explain dalam hp la....then mak aku bayar bil ubat kat klinik, aku marah la..padahal aku baru bagi duit gaji dia, kenapa tak bayar guna duit gaji tu....yang best tu...sampai jer rumah..*efa tak nak balik rumah laki dia, dia nak balik rumah mak aku* fine....(gaduh laki bini kot), so sampai rumah mak aku suruh dia rehat sementara mak aku siapkan makanan dia *tang ni pun aku dah amarah* sapa maid sekarang ni????. tapi si pengsan ni capai penyapu...jugak.....and basuh kain....mak aku call kakak dia mintak suapkan dia makan since dia takmo makan...so kakak dia datang suap macam baby.....dia muntahkan balik....*isk cam nak aneroxia pulak*....mak aku suruh dia rehat dalam bilik sementara mak aku menjalankan tugas sebagai nurse tak berbayar pada dia. Esoknya yang aku cerita aku kat dalam kelas tu....mak aku kol aku kata dia pengsan lagi.....see...see....mana tak aku menyirap!.....yang best tu mak aku cakap pagi semalam mak aku bawak dia pergi berurut kat ustajah!....si ustajah tu pun cakap benda sama cam doktor..! kata dia ada kesan lebam yang dah lama and anu dia dah masuk angin....*kes tak pantang la ni* ustajah suruh dia makan.....macam mana nak dapat power kalo tak makan. Urut ni pun mak aku yang bayo.....aleh-aleh malam semalam pengsan balik.....kali ni mak aku kata mak aku bawak terus ke rumah husband dia and bagi semua bag pakaian dia...kira cam dah tak kerja lah. Siap peluk dia bagai nangis-nangis depan pintu mintak maaf bagai *mak aku yang mintak maaf* mana tak aku meroyan!!!!..patut si pengsan tu lah mintak maaf....since dia dah pulih sikit time nak masuk kereta tu. tup tap-tup tap...dah nak sampai rumah dia...pengsan lagiiiiiiii.......waduh! waduh!! kok ngapaian ngak di goal kan terus!!!! boring aku dengar sinetron pengsan ni. Aku memang marah dengan tindakan mak aku time tu.....bagi muka sangat..layan macam anak...majikannya aku, aku yang patut buat keputusan sebenarnya...tapi ni pepandai jer berhenti sesuka hati. Aku call adik aku mengadu nasib....takkan aku nak ngadu kat jiran sebelah pulak kan..kot bersilat aku depan rumah naya jer.....adik aku cakap, mak akupun call dia aahah *nasib la adik aku jadi tukang dengar*....yang best tu adik aku kata time si efa tak ikut mak aku datang KL minggu lepas...elok pulak dia kerja kat kedai makan..idok le pulak pengsannya. haaa tang ni mak aku tak story kat aku..baeek punya cover si pengsan tu kan........

oh! satu lagi, aku cakaplah...aku akan ambik balik anak-anak aku since aku dah nak tamat belajar insyaallah bulan JUN ni......haa mak aku bebel.....dia kata kalo anak aku dok ngan aku susah la..apa lah...kang aku ajar anak-anak perkara bukan-bukan...*tak mak...kat rumah aku betul-betul jadi ibu yang baik* bukan macam jumpa geng-geng bachelor!...eheheh. Aku nak ambik anak-anak aku bukan apa...sebab malas dah nak bermaid-maid ni....kan aku cakap laki aku tak suka maid. Aku hantar anak kat kg pun sebab aku sambung belajar...ni dah habis..so aku nak pikul baliklah tanggungjawab aku sebagai mak yang cute solehah! macam Mummy Ayu........ahaks....

aku dah tanya mak aku, yang aku nak no hp si pengsan tu, tapi mak aku tak bagi, dia takut aku sergah si pengsan tu......kang pengsan lagi....satu lagi mak aku takut dia santau mak aku..eh! ke situ pulak. Aku cakaplah, ajal maut semua ditangan tuhan...sampai bila nak tengok puak diaorang mainkan kita..ngengada sangat! aku cakaplah...*maybe sebab marah dah melampau* aku cakap...aku tak halalkan duit gaji yang si pengsan baru dapat ni...bagus mati terus lagi bagus*..tang ni kot buat mak aku mawrah tu...mak aku bebel kat aku...pong pang pong pang....kata aku ni tak kuat iman la cam kena rasuk setan la......isk..aku lak jadi mangsa dek kepengsanan melampau si efa tu. At the end mak aku kata dia bagi balik semua duit gaji efa kat aku...tapi using mak aku nye money...aik???! kan aku cakap..aku nak duit si pengsan tu bukan mak aku. Duit mak aku, aku nak time Hari Raya jer..ngeh ngeh ngeh! - Mak aku bebel lagi..kalo si efa mati kat rumah mak..dah jadi isu negara dah..habis orang sana pukul mak...pulakkkkkk!!!!!!!!! ke situ le pulak....last-last...suasana lain macam ada aura-aura dragon ball...aku hanya diamkan diri di sebalik telefon...biar mak aku bebel sorang-sorang..sempat jugaklah aku katam 3 iklan kat tivi........

haishhh.....last time mak aku mawrah aku gila-gila pun pasal kes bibik jugak, mak aku ngamuk2 suruh aku ambik balik bibik yang suka baca diary and magazine mak aku. Sepantas kilat laki aku bawak bibik tu keluar....sekarang ni benda yang sama jadi......aduh........

panjangkan entry aku..? tak sedar pulak.....
lega rasa lempiaskan kat blog. Sedikit sebanyak terbakar 0.01kg lemak.

Me Naughty..me Netty

Tuesday, April 17, 2012

Kisah Maid Saya Lagi IV

Sebut tang gaji, aku tak taulah...aku bayar oklah RM500 sebulan and cuti 3 hari. Dia sendiri mintak kumpul cuti. Sepatutnya each week satu hari *ahad* cuti..bila dah kumpul tu jadi 3 hari....senang sikit. Duit gaji dia pulak, time datang dulu dia kata nak bayar hutang jiran kat seberang sana sebab tolong pinjamkan duit and RM300 nak bagi mak mertua dia supaya belikan susu and kelengkapan anak dia yang sama umur dengan starbuck latte aku tu. Oklah.....aku tak berkira, as I said before..elok ko kerja, ikhlas, amanah..silap hari bulan aku sendiri top upkan lagi RM200 untuk ko bagi anak ko....tapi kalo cenggini kisahnya...hmm idoknyerlah aku hulur. Mana taknya, mak aku tanya..duit udah bagi sama anak?..boleh pulak dia kata..dia kesiankan sedara dia yang dok seremban, takde duit. Maka dia hulurkan kat sedara dia. Amboi..anak ko kat sana lapar susu dok minum air gula jer ko tak kesian???? sedara ko yng takde duit, umur muder lagi tu, biorkan dia kerja.....sesak nafas aku dengan mak aku cerita. Hayuuuuuuuuiiii!!!.
Tu aku kata..., kerja kenalah ikhlas, kalo dok kesiankan sedara kat Malaysia ni....sampai bila kehidupan kat sana nak senang. Sedara kat Malaysia tu biorlah dia..pandai masuk Malaysia, pandailah berdikari sendiri.

Kisah tukang urutpun satu hal....aku pelik jugak, bila aku cakap kat dia, aku dah booked satu tukang urut jenama dia jugak cuma lain bangsa kot. Dia insist....xmo..dia nak madura jugak...*aku fikir best sangat ker jenama dia urut?*. So..mak aku kata nak tak nak terpaksa bagi dia cuti sehari..kes nak urut dengan jenama dia kat seremban. Balik dari seremban tu laa laki dia datang jumpa mak aku inform jangan bagi efa kerja berat-berat, some more efa cakap rumah mak aku ada hantu. Mak aku tanya pawang mana yang cakap rumah ada hantu ni, dia cakap tukang urut...

uiisshh dasyat...tukang urut tu la doktor, tukang urut tu la pawang....sat lagi tukang urut tu transform jadi angkasawan pulak. Si efa ni percaya bulat-bulat...and tukang urut jenama dia lah cakap mak aku guna sihir kat makanan yang menyebabkan si efa rela tak makan dan menyebabkan aku rela tengok dia merangkak pergi jumpa bapak dia nanti bila sakit perut. Mana aku tak hangin, makan takmo...biler sembelit....taik takmo keluar....nangis-nangis..dah nampak aku ni majikan yang sangat bahaya dan tunggu masa nak huru harakan hubungan Malaysia-Indonesia. Bukan suh makan garam dengan nasi....! atas meja tu ada ayam goreng, lemak kuning ikan, sambal tomat, sambal sotong, telur dadar...ker ko allergic dengan semua tu?..isk....ataupun selera ko kat Dome or pizza hut?.

Kira maid aku ni untung banyak...bilik dah le lengkap katil queen lagi...dah tu attach dengan bilik air...siap ada tivi kat bilik, maid orang lain? ada yang tido atas lantai jer tau. Asyik-asyik kesian sama bapak tidur atas lantai..ker ko nak heret sekali bapak tido atas tilam empuk tu?. Entahlah, bapak aku dah kasi hint dia nak maid ni sampai akhir tahun ni jer...bapak aku and laki aku tak suka maid. Aku cuma kesiankan mak aku jer......tapi if dia nak tukar kerja..boleh jer aku bagi kat keluarga Chinese...diaorang memang nak pakai...maybe si efa ni akan lebih serasi stay dengan kaum lain kan?.....eehehee banyak nak story tapi tak payahlah..sebab benda tak membabitkan efa..as aku katakan tadi...peranan bapaknya dan kakaknya beso *as pemangkin* dalam menguruskan segala tindak tanduk dia. Kalo takde 2 makhluk jadi-jadian ni...aku rasa dia baik adanya.

ok..enoughla aku cerita pasal dia.....kalo buat perangai lagi...terpulang pada dialah...nak kerja atau tak..sampai akhir tahun ni......kalo takmo...ko sendiri kerja cari duit untuk visa ko....kalo x renew visa..aku tepon jabatan tertentu kasi cepat tangkap sama ko..sebab date dah expired ahahahahaah gelak jahat.

majikan ko sebenarnya jahat tau.

Me Naughty..me Netty

Kisah Maid Saya Lagi Part III

Ok....sambung......

Maid aku so far untuk petang ni...aku follow up dari mak aku....
dia kerja dengan cemerlanglah...cuma mak aku kata kena paksa dia makan
since dia takut mak aku mandrem dia...haa eloklah...mak aku takut dia mandrem mak aku...dia pun takut mak aku mandrem dia..
elok sangat la tu..senang-senang bior jer aku yang mandrem.....kan?....kan?...

aku sekarang ni terpaksa buat undang-undang baru...yakni..kalo dia sakit....., no more jumpa tukang urut or jumpa tok laki dia...asyik sakit manjang, nak jumpa laki..kot laki doktor takper..la....takkan asyik sakit nak kena servis dengan laki baru ok.......kot ngandung...camno nak kerja?.....aku just inform mak aku...apa-apa hal nak jatuh sakit...kena sendiri cakap sama ibu muder..kalo malu....suh mak aku cakap dengan aku...sama ada aku ijin atau idok.....sebab aku as majikan bior aku sendiri yang bawak dia gie klinik...kalo tak cukup beso klinik tu, bior aku bawak gie hospital, kalo tak best gak hospital, aku bawak gie rumah mayat.

makin menjadi-jadi, asyik-asyik bapak..asyik-asyik bapak...aku faham, seorang isteri yang solehah kenalah taat pada suami, tapi dalam kes aku ni, efa as pekerja aku kenalah taat pada majikan yang bayau gajinya...bukan aku suh ko kerja jadi anak ayam pun.....kejar anak ayampun aku tak pernah suruh efa ni buat. Mak aku bukan kejam, akupun tau mak aku kengkadang senyap-senyap izinkan dia balik rumah bagi melampiaskan nafsu sarakah dia ke atas suaminya yang sah! wah!!.

Dah la hari tu mak aku beli ubat gigi yang besar jenama Darlie untuk letak dalam bilik air...sebenarnya untuk kegunaan ramai...sebab aku and adik aku rajin balik.....alih-alih dia mintak mak aku belikan dia sikat *berus gigi, ubat gigi* .Aik? baru beli dah habis?, dia kata kesian sama bapak takde ubat gigi...aik?...KESIAN SAMA BAPAK??!!! kalau aku ada time tu,..boleh gak aku ambik order..spentot bapak, condom bapak, cungkil gigi bapak udah ada blom? boleh ibu belikan....namapun kesian kan?? kan?...sampai satu keluarga nak kena tanggung. Sabun mandi anak akupun habis..bawak balik untuk bapak eh?...bapak kepingin mau mandi sabun keturunan Baby Johnson.....bau baby wangi...baru enak tidur diulik bayi beso.

Isk...hangin balik!!!!...mau taknya...rabu time cuti agong aku beli 2 sabun baby johnson..satu yang dalam bekas and satu refill punya...kelmarin aku mandikan anak aku..ndak ada apa-apa...kosong...anak aku mandi buih air jer?....aku tanya mak aku *see mak aku lagi aku soal*....mak aku kata last time dia pengsan..mak aku carikan ubat dalam beg dia, jumpa elok tersusun botol sabun, and ubat gigi..cam tau-tau nak balik dah. Mak aku kata maybe dia bawak balik kasi mandi sama bapak and kakak eh.....uishhh hangin lagi...last-last aku beli yang sabun botol beso sekali jenama entahapa-apa...and nak tengok dia bawak balik tak?....aku tak marah kalau dia nak mandi sabun baby..aku memang suka maid wangi...tapi sampai ke bapok eh nak bau baby....ni yang rasa nak dodoikan bapaknya ni......dodol guna kaki ok tak?.....

then aku tanya lagi...mana pergi baju yang cantik-cantik and tudung-tudung yang lawa-lawa aku belikan..asyik pakai baju tu ler and tudung tu ler jer....mak aku kata..ha! soalan tu jugak mak aku tanya dia....nak tau dia kata apa?.....dia bagi kakaknya. Mak aku tanya why?....si adik yang skema gaban ni pun cakap...kakak dia kata cantik, so dia bagi. Amboi!!!!...padanlah kakak ko pakai cantik-cantik and ko lak pakai baju yang macam majikan ko ni kejam sangat tak beli bajukan?. Mak aku bisinglah...dia kata ibu muder beli mahal-mahal untuk efa pakai jalan-jalan...ni bagi free kat kakak...siap spentot and bra renda-renda yang aku belikanpun dia kasi sama kakaknya...sama size kot. Sib baik tak bagi bapak....eee ngeri fikir.Si efa ni rela laaa pakai bra koyak-koyak...kot tersembul tang tut! siap ko. Anak aku si starbuck latte pantang tengok benda-benda tersembul ni..ditekan dengan kejam kang.....naya jer.

So aku cakap kat mak aku...enough laa..takmo belikan dah..pas ni dia nak apa-apa pakai duit gaji dia. Haaa..bercakap pasal duit gaji pulak...
sambung ke entry seterusnya....
nak makan.....cepat lapar kalo mawrah.

Me Naughty..me Netty

Kisah Maid Saya Lagi Part II

Ok sambung.....

Aku hangin..sebab dia asyik cuti jer...
dan mak aku kata "kita wait and see".......isk ni aku tak gemor.."wait and see..."
Rabu yang cuti Agong tu aku balik Melaka....sebab kesian kat mak akukan..nak jaga anak-anak aku...
bila aku nak balik KL petangnya..dalam kereta aku nampak si Efa and laki dia on the way ke rumah mak aku.tapi aku dah nak masuk highway dah time tu so aku kol mak aku suruh prepare....parang, pistol, gun-shot, pisau belit, pisau cukur, keris karat....ehehe acah jer......

selang setengah jam..aku kol mak aku...tanya why laki dia datang rumah? just nak hantar Efa ke?..mak aku kata..ha'ah laki dia nak hantar and nak bagi kata-kata nasihat sikit...aku cam apa??? nasihat...laki dia cakap kat mak aku...jangan bagi Efa kerja berat-berat..peranakan dia jatuh.....aku dah ayoooo!....aku tanya mak aku...ada tak mak aku suruh dia angkat kereta bapak aku masuk garage?..ada tak mak aku suruh dia tukang atap rumah yang bocor? or ada tak mak aku suruh dia berlatih angkat besi berat khas untuk masuk sukan olimpik di London julai ni????...mak aku sungguh-sungguh deny sambil maki aku. eheheh sapa suh loyar buruk ngan mak kan?...

Hamboi..jangan bagi kerja berat-berat..apa yang berat?...mop, *basuh baju, mak aku yang buat since dia basuh baju habis luntur warna*, masak..? mak aku yang masak..kecuali kalo nak sambal tomat jer..dia buat. Hmm habis power jaga anak aku....berat kot si starbuck latte. Tapi mak aku dah larang dukung dia..since nak kasi dia berjalan. Ker lap tingkap..berat kot tapi itu bukan kerja hari-hari....isk...aku tanya..mak aku ada bagi tau bapak aku tak? mak aku kata nak mampos cakap kat bapak aku..mau kena jerkah laki si Efa tu...mak aku risau madura ni lain sikit.....isk....nak fikir orang madura lain sikit..pe'el bapak aku pun lain sikit...isk isk isk...then boleh pulak...si Efa minta izin nak balik rumah dia setiap hari...alasan? "Ngak bisa tidur tanpa bapak disisi"...ayoooo kadewaleeeeee.........mak aku dah serba salah...nafkah batin tak baik disekat-sekat, kelak merana jiwa. Syuh!!!!%@$$@^@..apa lagi mau aku cakap..of coz aku tak kasik!!! Aku cakap kat mak aku...kalo dia nak apa-apa...mintak sama ibu muder!!! jangan mintak sama ibu tua! oppsss....mak aku...marah pulak mak aku.....si Efa minta kerja dari 7.30am until 6.30pm....isk..idok le aku bagi. Alasan lain dia kata rumah mak aku ada hantu....dia takut....kata ko sembahyangkan dik...takkan takut hantu...ker ko nak main hantu-hantu ngan laki ko atas katil...kot leh keluar anak hantu satu kan?...err aku ke laut kan?????......

ah!......bab-bab hantu ni...isk susah nak cakap...tak pernah la pulak rumah tu anak-anak aku jumpa apa-apa..mata bebudak ni terangkan?..so far si starbuck latte tu dari baby sampai 3 tahun ni..takdelah pernah menangis giler-giler nampak hantu..okeee jer..bapak aku ni..setiap hari bangun pukul 3 pagi, sembahyang and mengaji.....isk..takkan takut kot.

aku mengeluh jer...nak story kat laki aku..mau kena petir nanti *laki aku tak suka maid*
so..aku diam dalam geram jer......then kelmarin aku ada kat melaka....adik laki aku pun ada...bila aku sampai jer..mak aku ajak keluar ke Tampin. Aku on jer la....tetiba aku nampak dia ikut sama masuk kereta bawak beg..aik?..apahal ni?...
mak aku kata dia minta izin cuti....cuti lagi!! mak aku terus bagi..aku hanginlah..sapa majikan ni...???
dia pulak takut-takut nak cakap dengan aku since aku muka cam singa lapar....er lebih kepada singa cute yang lapar sebenarnya ahaks.....after dah pos dia kat rumah dia aku tanya mak aku...apsal bagi dia cuti...dari sabtu petang until isnin....mak aku kata malas..dia asyik minta mau sama bapak..kesian kat bapak.....adeh laaaa.....

sambung lagi...aku bercerita sampai sakit perut...!
ke tandas.......oopsss! ke bintang!!!!!
Me Naughty..me Netty

Kisah Maid Saya Lagi

Ko memang suker suruh aku karang entry blog perihal Maid ni kan "Ida Rahayu"......
Malas sebenarnya nak cerita pasal Maid aku ni..sebab dia baekkkk and rajin
tapi kalo tak cerita takdelah aku dapat pandangan, komentar-komentar berbau racun dari korang-korang yang masih berdendam dengan ex-maid korang-korang kan?..kan?.....kan?

ok.......entry kali ni bersambung-sambung tau..panjang oooo nak story....,

Sekali lagi aku kenalkan nama Maid aku is "Efa" baru 3 bulan pakai khidmat maid ni...
sangat baik, soft spoken and rajin.....penyabar pon iyer....
akupun sebelum ni buat entry pasal dia benda baik-baik belaka and some of u ada warn me about *maid ni cukup 3 bulan...datanglah perangai sebenar dia*....
ehehehe, akupun dah sedia maklum...Efa bukan my 1st maid..aku pernah ada 3 maid sebelum Efa.....yang semua cam haremsss......sorang tu siap dapat cincin emas pemberian arwah wan aku *nenek*..sebab? miskin konon........so arwah kesian..belikan dia cincin emas...isk isk..isk cukup aku tak berkenan!....sorang tu kerja asyik nak menjahit baju jer....ambik upah......rumah?? aku sendiri kemas....! sapa bibik sekarang ni? so aku hanto dia balik Indon..gie amik upah buat baju kat sana! senang cerita. Sorang lagi?...malas nak citer. Buat naik darah jer pepagi ni. Itu yang orang sana nak satu tugas satu harga?........isk isk isk....

ok...hapuskan kisah-kisah ex-maid aku...aku nak concentrate pada si Efa ni.
dia jaga anak aku baik...akupun pernah gak menyorok-nyorok macam inspektor gajet...intai cara dia mandikan Imran and my starbuck latte tu.....uihhhh aku tengok baik adanyer......sabar jer dia..kalo imran jirus dia dengan air..kalo aku dah lama getah paip tu hinggap kat dinding bilik air (apa korang ingat aku nak pukul anak aku?? eheheheh) itu ugut -ugut manja jer...kasi bebudak tu takut. Yer laa..ko dah kena simbah dengan air...tak ke hangin?.....

Yang jadi masalahnya sekarang semenjak kes dia pengsan. * err nyaris-nyaris nak pengsan kat rumah mak aku*. haish time tu aku takde la pulak......macam-macam hal jadinya...

si Efa ni ada suami yang kerja bertukang rumah. Mula-mula lakinya kerja di KL...oklaaa.
but sekarang...laki dia dah balik ke Melaka....alasan? ada sakit paru-paru pulak.
So..si laki sewalah rumah yang berhampiran kawasan Alor Gajah tu. haaa..ni yang cerita xbest dah nak start dah ni.....
Si Efa ada seorang kakak yang dah lama kerja kat Malaysia ni....umur kakaknya dalam 25 tahun tak silap..cantik macam dia gak..cuma geletis lebih dari Efa ni la. Kakak dia dah kawin and suami isteri stay dengan husband si Efa..sekali....bestkan dok ramai-ramai....nak hasutpun senang. Kakaknya kerja di restoran dengan gaji RM25 hengget sehari.

Kisahnya bila si Efa dah pengsan...dia cuti seminggu...ok fine..aku izinkan..yer la..pengsan,...kan dalam entry last-last time aku syak dia ngandung...tapi tak..! hasil post mortem yang aku buat..rupanya dia tak nak makan.....haish..mak aku masak sedap-sedap ikut selera bapak aku..kalo atas meja takde 4-5 jenis lauk...memang tak sah la...itupun dia taknak makan...so mak aku kata, kalo nak makan meggie..masak sendiri...since dia punya cara masak meggie berbeza......celur meggie and tuang kicap...then ngap...akupun pelik..sampailah last time dia datang rumah aku..and claim that dia takde selera nak makan...aku doklah perah otak..letih kerja ker?....makan tak? minum tak?..mogok ker?....pastu dia inform kat mak aku yang dia nak urut..sebab 3 hari dah tak berak...aku kata..memanglah taik susah nak keluar kalo ko takmo makan.....*aku cakap kat mak aku jer la* since dia takut ngan aku...aku usahalah call tukang urut..khas buat urut dia yang takmo jumpa doktor tapi percaya kat tukang urut..*tukang urutkan doktor* versi maid aku. Tapi dia takmo..pulak!!!!....dia kata dia nak tukang urut jenama dia *madura*...jenama jawa, melayu, omputih...masterbed...mangkuk ayun..dia takmo. Aku dah mula panas.....bila dia balik semula ke melaka...with my mom dad la..kan....alih-alih bila aku kol..mak aku kata dia off...amboi!! dah macam kerja aku..tugas malam off keesokan harinya....wah! wah! wah!...aku tanya apsal bagi dia cuti..asyik cuti jer..ker mak aku luluskan cuti 2 hari seminggu?....mak aku kata dalam kereta on the way balik melaka..dia mintak izin mau pulang ke rumah..berurut di seremban sama bapak *laki dia*....mak aku malas bicara terus hantar dia kat rumah dan disambut lakinya yang gersang. Adeehhhhhh........
apa jadi???
kita sambung jap lagi...nak kerja.....

Me Naughty..me Netty

Friday, February 10, 2012

MAID Saya......

apsal pulak aku buat entry pasal dia ni...??
ngong!
takpelah..at least kalo dia lari satu hari nanti....dia lari dalam keadaan fames sebab majikan dia majukan dia ke hadapan...muahahah
takpun kalo buat report..aku suh anggota polis tu bukak jer blog aku if dia nak gambo...
muahahaha nipu jer aku nih.....

entry sengaja tak tunjuk gambo straight forward...
*__*
seperti aku cakap kat muka buka, maid aku ni manis rupanya
takdelah buruk atau muka tak sudah kan?
comel jer..malah nak jumpa sebutir white head kat muka diapun susah
dan sebabkan dia jugaklah aku dah mula menggali gobok aku cari jeans waktu sebelum kawin dolu-dolu
buat cabaran aku sendiri...muahahahahahha

 kemain si starbuck latte tu..
mementang muka aku ada kawah jerawats...dia rela diri diulit maid muder
suruh sebut nama Ibu....susah benor nak kuar..kalau sebut nama kakak *bahasakan maid*
amboiiii tak payah suruh...otomatik dia ingat....
kakak...kakak..kakak....
tampo nak?!
gambo di atas...aku sengaja suruh diaorang tunduk, rosak kang camera aku.....keji kan aku?
ngeh ngeh ngeh

haaa....ni gambo sipi..
jangan haraplah aku nak ambik gambo depan.....
kecuali gambo passpot dia ngeh ngeh ngeh
mesti bangga husband maid aku ni.....
dapat bini comel.
-dia jaga anak aku so far okey.....sebab anak diapun baya anak aku nama pun sama IRFAN-
dan so far kerja okey lagi......cuma mak aku risau...dia suka bangun awal pagi(bangun pagi takpe, bagus) but seawal jam 6 pagi dah jemur baju kat luar.....mak aku dok kampung..risau la kan..takut orang jahat ambush!....
harap-harap, eloklah perangai dia sampai 2 tahun lagi.

Me Naughty..me Netty

Saturday, April 2, 2011

Maid oh Maid..............harap-harap eloklah hendaknya.....

Semalam aku sampai rumah mak aku kat alor gajah, melaka tepat jam 5.45pm
Tengok-tengok, mak aku tergesa-gesa keluar rumah dengan seorang akak sebelah rumah.....
Anak-anak bertukar tangan......aku dukung si starbuck latte and 1st son dok jerit-jerit nak beli book....(auta jer tu...sebenar dia nak mainan).....
Aku yang letih straight dari ofis cakap kat anak aku, Relax dulu...tunggu Ma (mak aku) balik....
Aku tak bleh handle kalau dedua duduk dalam kereta..dah le car seat penuh semut.....(ntah sapa makan oreo simpan dalam car seat....haishhhhh....

setengah jam kemudian, mak aku sampai dengan seorang wanita kurus kecik genit bertudung.
AKu pun salam cam biasa,
then..terus mak aku kata...ini maid baru..mak baru ambik dari kedai atas nun...aku nganga......
Serius...aku terkedu....dalam dok aku sibuk cari agen and maid.....alih-alih mak aku dah dapat dulu...maid without agen.....
Aku tanya, bayaran dia berapa?.....mak aku kata...suka hati aku...
Aku macam...aik? biar betoi...takkan suka hati?.....kang aku kasi RM1.00 kang...

Then mak aku kata, mak aku ambik maid (orang surabaya) nie kat restoran kat tampin, pukul 6.30am dia pergi kerja, pukul 4.00pm dia habis kerja as tukang masak then terus sambung kerja rumah mak aku until 12.00pm.......
aku macam ooohhhhh...bukan 24hrs laaa......but maid tu tinggal rumah aku..cuma 6.30 until 4.00pm dia kerja restoren sebab tokey restoren tu yang buat semua Visa dia.

Mak aku kata bayar jer la RM350......and aku tanya maid tu nak bayaran berapa.......kotnye sesetengah maid nie lancar jer cakap suh bayar rm600 ker rm 700......then maid tu cakap "berapa-berapa pun tak apa".....fasih jugak dia cakap BM....dah lama stay malaysia gamaknya......

So...bermulalah tugas maid yang aku panggil makcik tu kat rumah mak aku.....
kenapa aku panggil dia MAKCIK and tak panggil bibik?......hmm sebab bila aku panggil dia bibik..dia akan bahasakan diri dia makcik...anak2 aku pun...hmm aku pun tak kisahlah..asalkan jangan dia suh panggil cik puan udah.

After sembahyang maghrib aku teman anak aku tengok Mickey Mouse Club House kat tv....dia datang....join tengok sekali...aku...macam aik????...relaxnya ko dok bersimpuh sebelah aku?.....yang anak aku pulak si 1st son nie baikkkk punya tanya....."Auntie? what are you doing here?" (dengan pelat inggeris dia)..maid tu pun kata...."makcik kurang faham apa adik tanya"...aku senyum jerk.....then aku mintak dia pegang si starbuck latte....aku nak memerut..(sebenarnya nak kasi dia kerja)...so dia pegang...dalam 5 minit aku keluar dari memerut, aku tengok si starbuck latte yang buas tadi dah tertido...hmm baguslah.....after aku ambik anak aku letak dalam bilik, aku dengar maid aku basuh pinggan kat dapur...bagus! tak yah suruh.....then lipat baju yang bertimbun macam gunung berapi....heheh...bagus!..cuma aku harap mak aku tak layan dia macam tetamu kat rumah la..(sebab cenggitu perangai mak aku ngan previous maid...itu yang depa naik gatal...tu).....so far..aku tengok...maid nie cam ok...so far laa.....sembahyang pun kuat haaa....makan kurang.

hari ni...dia bawak anak dia pulak..anak dara.....tolong di mop rumah mak aku...sebab? rumah mak aku beso.....dia tak larat kot...aku faham..aku mop sebelum nie pon cam nak patah pinggang.......dua kali lak dia mop tu.....satu mop guna sabun lantai...second round dengan air biasa pulak....dasyattttttttt......



tu...dua org maid tgh kerja.......maid mak aku yg tak pakai tudung
 tu baru ruang depan tak masuk ruang makan.........
aku harap...maid nie okelah...walaupun aku dapat tau dia kerja sementara.....yg betul punya datang nanti.....(anak saudara dia).....bayaran rm 500......hmm...oke tak?....jaga anak aku and kemas rumah.
Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno