Monday, July 14, 2014

Jom Derma.....

Entry ni bukan nak menunjukkan yang aku tetiap tahun buat derma baju raya untuk kempen "Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata" ni. Ya, dan aku faham korang lagi banyak menderma malah lagi hebat jutaan-jutaan dermaannya...*ayat aku mereng*. 
Tapi........ tak salahkan kalau aku kejutkan atau kasi terjerentat sikit mana-mana sahabat handai yang mampu tapi masih belum pernah menderma untuk anak-anak yatim kan?. Sama-samalah kita kumpul saham akhirat ya. Tak mampu 10 helai, satu helaipun sudah cukup memadai. Insyallah.

Tapi baju barulah, taknaklah bagi anak-anak yatim pakai baju terpakai untuk Hari Rayakan?. Kita nak kasi diaorang happy sebagai mana korang happy dapat baju Raya yang baru. Tak gitew.....


Me Naughty..me Netty

Sort out Duit and Sampul Raya

Haaa.....raya tahun ni aku takde lah kemain nak DIY canggih manggih sampul duit raya macam tahun-tahun sudah. Tahun kali ni aku bersederhana sahaja *yer ke?*. Kalau boleh nak letak duit dalam plastik jernih jer.....hahahahah ok! tak lawak.

Bulan lepas kan, tengah aku dok jawab exam kat tengah-tengah dewan peperiksaan....boleh pula aku terfikir pasal sampul duit raya. (kes tak dapat jawab soalan la ni). Beriya aku nak belikan tabung kecik-kecik  (ada rupa kasut sneakers, ada rupa teddy bear) untuk anak-anak buah kesayangan aku yang seramai 14 orang -tak termasuk dalam perut. Tapi bila fikir balik...jenuh pulak aku nak bawak tabung-tabung pelbagai bentuk tu......mau jadi Santa Klaus karang...dok bawak guni pergi rumah adik and kak ipaq kan. Nak lagi berkesan di hati....kasi duit syiling jer dalam tabung tu...menangis mak bapak budak kena kira and korek duit tabung ahhaahha. Astaga...apa aku ni? mabuk ke?.. 
Ya la....jumlah anak buah dah la ramai...best ooo tengok muka diaorang dapat duit rayo. Tetiba rasa nak jeling tajam jer kat laki aku...... aku nak anak ramai hoiiiii!!!!!!!

ok...sila waras Net...puasa ni.
Kan aku dah cakap, aku bersederhana jer raya tahun ni *kedip-kedip mata*. Sampul raya pun aku beli dah siap kat Kaison tu ha....tugas aku cuma sort out untuk orang-orang tertentu jer. Tu...nampak tak kat buku aku tu......ini baru family. Tak masuk lagi yang anak-anak bakal menantu, anak sahabat karib, anak-anak geng blogger, anak jiran sebelah ghumah (walaupun mereka tak pernah hiraukan kewujudan anak aku yang dari 1 km dah nampak perut boyotnya) *aku cakap pasal starbuck daaaaa.....bukan diri aku* tapi takpe......aku tetap klasifikasikan diri aku sebagai Santa Klaus yang suka bagi duit raya and hamper raya secara membabi buta. Sebab? memang aku suka. 


Apa-apapun aku sedaya upaya nyahkan perasaan dengki aku terhadap perkara diatas. Perkara apa Net?.....alaaa perkara yang tu tu laa.....yang aku bagi anak jiran duit raya.....jiran bagi anak aku ucapan selamat hari raya maaf zahir batin *dah macam anak aku banyak doser lak kan?...* hahaha...Ya!!! aku memang sedaya upaya hilangkan perasaan itu. Walaupun sometime hati jahat aku ni selalu berbisik...."Hek eleh...aku bagi anak ko RM50 sorang" balasan ko bagi anak aku "RM 1 jerk? hek elehhhhhhhhhhhhh" 5 harkat di situ. Ya....perasaan ni yang paling aku benci. Kena banyak muhasabah. Pasai pa yang aku gatai sangat nak bagi RM50.....kan?....nak sedekah pun agak-agaklah....anak baru pandai korek idung kot. Bagi lolipop pun dia dah happy giler.....Haish....

ahhahaha so...untuk kali ni...cuba berjimat cermat sikit....bagi berpada-pada pada yang bukan family. Pada family? haaaa aku tak kisah sebab dah diaorang family aku kan?....kot aku masuk sepital nanti, diaoranglah yang melawat and tolong nangis-nangiskan. 

Haa..berbalik pada sampul raya, yang korang tengok kat bawah ni tak berapa lengkap lagi. Aku ni selagi tak letak ribbon and blink blink memang rasa tak complete jer sampul raya aku.....*tadi kata simpleeeeeee*
heheh haaa simple aku camtu lah......korang amacam??? sampul raya DIY atau dapat free atau beli kat kedai?......


Sekian.....tukang buat sampul raya sdn. bhd.

Bila mood raya Nottinetti sudah kembali. Hiphip horeeeyyyyyyy!!!!!

What Tudung I Wore Today


Assalammualaikum semua 
haah hari ni ramai la yang ngaku warga German kan? kan?.
Pagi tadi sebaik sampai area masjid negara dari kampung,....aku yang tak tengok langsung perlawanan bola sepak pagi tadi and tak tahu hujung pangkal siapa menang tetiba ternampak sorang penyokong Argentina (melalui jersey yang dia pakai) duduk berjalan tunduk keluar dari masjid. Hmmm Aku secara membabi-buta tuduh..."haaaa confirm Argentina kalah"....terus aku on radio Era and ya.....Dj dah mula masing-masing bercakap bahasa German...hmm sah la tu.....Piala dunia milik German.  Sampai ofis terus on facebook. Ya!....2 kali sah! German menang. Takpelah menangpun bukan aku dapat jadi duta German or rumah benggalow satu kanz?...

Satu lagi mood raya aku yang kureng sejak beberapa minggu ni? maybe atas faktor umur yang meningkat kot...tiba-tiba terrefresh balik tatkala dengar lagu Raya dari Upin Ipin kat corong radio tadi.....wah! ni baru semangat.....kalau takkkkk lemau jer gayanya. Nak lagi best, kena touch up ofis bersuasana raya nanti. Haaaa takde la mood ke laut jer.
ok...apa-apapun adios....aku pakai jubah pink hari ni ala-ala Bella Ammara. Banyak betul yang dah ikut style Bella ni. Tapi takpe.....aku suka...persaingan sihat tu penting kan? kan?...

What Tudung I Wore Today.
Shawl Chiffon butik (aku lupa dah) memang best shawl ni cuma pepapam jer la, namapun chiffon...sekali ko semat pin...hmmm dua tiga kalilah tudung ko nampak berlubang. Sekian.


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno