Showing posts with label surat raya. Show all posts
Showing posts with label surat raya. Show all posts

Friday, August 10, 2012

Saya dah ready duit and sampul duit raya pelbagai kategori.

Awal tak aku sediakan duit raya?
Saja agihkan awal-awal, nak elakkan keadaan kelam kelibut macam tahun lepas.

Tahun lepas awal beberapa hari sebelum balik kampung....husband ajak singgah rumah bapak dia..haaa dah failed dah kat situ. Aku tak sediakan sampul untuk bapak and mak mentua aku....isk....tahun lepaskan aku custom made sampul raya...so terhad la.....mana-mana anak buah yang ada tu je la yang dapat.



Rentetan daripada kejadian itu la aku sediakan duit raya dalam sampul raya awal-awal. Senang kalo tetiba husband aku ajak lawat family dia dulu before balik kampung aku...so aku dah ready dengan duit raya.
Kali ni aku tak custom made..aku just tepek blink blink jer......akukan suka blink blink.
Aku dah agihkan kepada 4 ketegori.
'
'
'

Ketegori pertama untuk mak bapak, mak bapak mentua, paklong maklong and makcik pakcik aku.....sampul dia kaler ni.




Then untuk anak-anak buah aku belah husband and belah aku...kali ni sampul raya diaorang lain dari yang lain sikit. Cam ni....


Kemudian untuk tetamu-tetamu..sedara jauh, separa dekat, anak kawan-kawan etc...cam ni
Dan ada sampul biru...aku dah letak kat rumah...so tak dapat snap...untuk budak-budak yang datang beraya di rumah......




So...bila dah agihkan camni...senang kerja aku......ehehehe takdelah asyik tersalah bagi jer cam tahun lepas...sampul sewarna jer....bila ramai datang rumah mak aku..haa dah blur..mana smapul untuk anak sedara, mana sampul untuk anak-anak jiran...sudahnya, anak sedara dapat rm5...budak bertandang raya yang datang dua tiga kali motif nak kaut duit raya...aku pi kasi rm10...kan....dah silap tu...eheheh tak pasal-pasal anak sedara mara jauh anggap aku kodokut. ......
Apa-apapun niat kena ikhlas........

kali ni ingat nak kasi lebih sikit kat mokcik pokcik sedara yang aku terbagi teh orang kampung tu...
buat hilang rasa bersalah.....eheheheheh

Korang camne pulak? Dah siap isi duit raya dalam sampul?????

Published with Blogger-droid v2.0.6

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno