Showing posts with label birthday party.. Show all posts
Showing posts with label birthday party.. Show all posts

Monday, November 14, 2011

Party Birthday Breakfast Iris Anak Dara Mummy AYu- Mari sama-sama baca karangan....

Ya...sesiapa yang kenal aku...
tau aku memang suka buat karangan...sebab SPM (BM) aku dapat A.
mari perbaiki atau polish balik karangan BM aku yang dah lapuk ni....

Tajuk Karangan : Menyambut Hari Jadi Iris yang Bertemakan Birthday Breakfat


Pada 13 November 2011, iaitu hari Ahad nan indah, bertempat di sebuah taman rekreasi di tasik Titiwangsa, seorang dara dan seorang teruna sedang elok asyik masyuk melayan bahtera cinta.


eh! elok pulak bila aku snap depaa dok jauh-jauh..cis!


Dibelakang pasangan kekasih dua seguli yang sedang miang dibuai cinta berahi beraqah tak tau seksa kubur cemana, telah diadakan satu majlis santai yang dihadiri oleh tetamu-tetamu yang tidak berdosa terpaksa tengok aksi merpati dua seguli tersebut.


Apa yang para tetamu ini tunggukan?..... adakah mereka sedang melihat tarian poncol-poncol dihadapan sana?....adakah mereka sedang menantikan miss nottinetti yang glitter-glitter perasannakmampos atau adakah mereka sedang meraikan birthday seseorang?

Kenapa budak ini confuse?....oh dia adalah anak kepada Mummy Ayu. Siapa Mummy Ayu?...oh! Mummy Ayu adalah PA Dato.....yang bekerja dari pukul 8 pagi sehingga jam 6.30 petang tanpa dapat duit OT. Belajo-belajo lah oiii, ko layak dapat claim as PA Dato........kalo takmo duit kasi kat aku......


dan kenapa kanak-kanak DORA ini berlari?...ada hantu mengejarkah?...cik Net yang jelita mengejar dengan parang kah?.....atau beliau saja lari-lari ayam minta perhatian?????? ohhhh tidakkkkkk......sebenarnya......kami para tetamu yang tidak berdosa kena bangun awal pagi berada di tasik tersebut adalah bagi meraikan hari jadi gadis kenit di atas.......sempena birthdaynya yang ke 3 tahun.

Lihat...lihat betapa happynya bapak budak di atas tu............saya pun tidak sehappy beliau.......tahniah saya ucapkan.


Di Majlis hari jadi tersebut, si birthday girl sentiasa mendakap erat mummy nya....sehinggakan kidnapper-kidnapper pun takde peluang nak kidnap ini budak. Saya juga tidak terkecuali......para kidnapper tu takmo lak kidnap saya...........rasalah juga harga diri ni tinggi kan...eheheheh nauzzubillah...


Di Majlis tersebut....kami girang menyanyi-nyanyi...menari sahaja tidak...kami tidak mahu orang luar dari jemputan turut serta menari bersama kami...jadi kami diam-diam sahaja lah sambil menayang-nayang kek depan orang yang lalu lalang........kesian diaorang lapar......siapa suruh lalu depan kami kan?..kan? kan? (walaupun itu jer jalan yang ada)


Inilah rupa kek yang disponsor somi Mummy Ayu...sangat cantik...sehingga semut-semut juga tertarik....memang tak sempatlah semut-semut tu merasa sebab mammu ayu dah lempang diaorang siap-siap......di situ juga berlaku kejadian membunuh semut beramai-ramai....tragis sungguh.......semut tersebut meninggal dalam kemanisan yang tidak terhingga....kesiaaaannnnnn.


Inilah rupa kek DOra yang telah dipotong...sedap sebab ditengah-tengah dia ada lapisan coklat/kek putih.....hasil nukilan chef dari tempat kerja somi mummy ayu.

Ini adalah salah satu deco-deco balang yang Ayu sediakan......rajin beliau....agaknya kalo saya letak botol mineral waterpun, habis dia decokan........kesiaannnn.

 sedap...saya suka sandwich buatan ayu ni......sebab itulah saya asyik ikut jer cakap mummy ayu....kena gie berubat ni......
 sedap nasi ni...rasa seperti nasi lemak.....

 air pon sedap...terror ayu pack kan air soya ni......macam beli kat kedai..heheheheh


 tetiba kadar pengeluaran kasar di body saya naik mendadak macaam pasaran saham..nape eh?....


Haaa..di majlis tersebut, menu-menu yang dihidangkan adalah seperti di atas.........memang sedap bila makan seawal jam 8.30 pagi...sambil melihat orang jogging.....hmm Net...ko still tak sedar-sedar lagi kan?.......

Memang Net tak sedar..........bab makan ni memang cam mimpi jer..alih-alih x sedar makan sebungkus nasi lemak, roti 7 keping, kueh koci..bla..bla..bal..badak, gajah, unta.....air soya...kek...dan ntah apa-apa lagi.......isk isk isk isk.....

 Diakhir majlis, kami juga dapat out door gift yang dibuat sendiri oleh Tuan rumah.......berupa kotak pyramid dan kotak tupperware transparency.....sangat syahdu pabila menikmati biskut-biskut hasil air tangan Mummy Ayu.....

Comel jer bila tengok kertas recycle itu.....ehehehe

last but not least, tak lengkap..majlis takde gambar kami berdua...ya...Ayu as usual..belajo dari Mama Tisya..ambil gambar selit belakang aku....aku tak selit mana-mana...sebab aku mengamalkan peribahasa "BERANI KERANA BENAR"........


apa-apapun Happy besday dan Selamat Hari jadi Buat Iris delicious!!!!!!!


Me Naughty..me Netty

Friday, October 7, 2011

Terima Kasih GENG BACHELOR!!! U make my day lah...Thanx sebab buat party lite-lite untuk aku.......

Caaayanggg koraaaang speedy speedy.....

Terima kasih sebab belanja makan Nandos, 
terima kasih sebab bagi hadiah
terima kasih sebab bagi suprise kek
terima kasih sebab jadi kawan aku
terima kasih sebab aku ada DSLR yang sangat best!!!!!!


 Bergambo dengan kuih semprit Nana....cedap aku kerjakan suziey punya.

 Kek yang cantik dari segi rupa paras...thanx watie wynn.....ko contract beli kek jer lah eheheheh

 my prez......suker tahap nak cuci jamban balik karang...


 cer citer!!! siapa yang tak suka dapat hadiah?????

 Yang belakang tu pasukan duo coir...aku tiup diaorang nyanyi.....kesian....

 hungry mother........

 Berlagak dengan hadiah......eheheh yipeeeeeeeeeeee!!!!

 Thanx my besttttiiiii........Mummy Ayu...

 Thanx my lipo 6.....watie wynn......

 Thanx my Ibu tiri suka ambil gambo banyak kali...Aimi@mamatisya...

And thanx to my jurugambo..........ko pandai ambik gambo DSLR.....suziey.com


AKU TERSANGAT GEMBIRA HARI INI............

gambo makanan nanti aku upload eh.
Me Naughty..me Netty

Monday, July 18, 2011

Birthday Party Yaeesh!!!! cowboy boy is 6th!!!!!!!......

hari sabtu lepas ke birthday yaees anak watie wynn
at A&W jusco equin, seri kembangan.

tema- wil wild west.....

tapi anak aku takmo ikut tema!
boring.....betoi!
 si imran geli geleman ngan beruang A&W tu.....akupun ikut geli gelan jugak....berbulu you.

 I dengan suziey.com
kitaorang tak pakai pun ala-ala koboi
tapi sib baik aku pakai baju petak2 and suziey tudung petak-petak
janji berpetak....

 family watie....cantik n sedap kek tu.....

 yaeesh.....with angry birds kek
lengkap ngan set koboi!!! yeeehaaaa


 cup cake angry birds.........

apa-apapun happy birthday yaeesh!!!!
hope u like auntie nye gift!!!!

makanan yang berjaya aku bawak pulang separuh...ehehehehe 
ask pakar!!!
Me Naughty..me Netty

Monday, June 6, 2011

Akhirnya Dapat Jugak Bertemu E-CAR ( Karangan Birthday Party Anak E-Car)

Kamu diminta untuk membuat satu karangan bergambar berkenaan Majlis Harijadi. Jumlah patah perkataan hendaklah tidak melebihi 100 patah sejam. Plagiat tidak diizinkan sama sekali! (kata Cikgu BM kepada anak muridnya).

Tajuk :- Majlis Hari Jadi E'izz Eiyman

Pendahuluan

Isu pembantu rumah yang hangat suatu ketika dahulu kini sudah mula reda apabila satu memorandum persefaham di antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Indonesia telah selamat dicop mohorkan. Rentetan daripada itu, Watie Wynn secara serta merta telah berjaya meng'adopt' seorang pembantu rumah warga Indonesia dan membawa bersama-sama untuk meraikan majlis harijadi sahabat blognya. Bertempat di Scriptorybox, Tingkat 1, Wisma Bling Lustre, Puchong, pembantu rumah tersebut telah dibawa untuk menjalankan tugasnya yang ker 12 kali (bukan pertama kali). Di Majlis tersebut, pembantu rumah itu telah dipertemukan dengan beberapa cewek-cewk yang amat manisssss sekali iaitu, suziey.com, Ilah fazilah, Mummy Ayu, Notti Netti, Watie Wynn (Tuan Punya Pembantu Rumah) serta beberapa cewek blogger yang lain. Pembantu rumah tersebut amat gumbira diperkenalkan kepada cewek-cewek tak sedar diri tersebut.

Isi

Di sana, kami tetamu yang hadir diraikan dengan pelbagai acara. Acara wajib iaitu Makan! Makan! dan Makan!. Antara menu yang dihidangkan adalah meehon sup, meehon kari, apam polkadot, karipap, tart, cekelat, pop kek, kek, roti dan air. Semuanya dibikin sendiri oleh tuan rumah & co. Syabas betheee.....


Di majlis tersebut juga, para tetamu dihidangkan dengan aksi bergaya pakcik Clown yang pandai mengambil hati kanak-kanak, bukan kanak-kanak sahaja yang teruja.....cewek-cewek blogger yang samborono itu juga turut terencat hendakkan baloon free dari pakcik clown. Penulis blog ini juga amat cemburu melihat baloon berbentuk bunga di tangan anak Mummy Ayu. Hendak meminta malu terover-over pulak. Nak curi dari tangan Iris (anak Mummy ayu) takut dia menjerit sampai satu bangunan tahu. Isk!


Pakcik clown ini telah berjaya membuat anak suziey.com yang takut dengannya menjadi berani gagah perkasa. Semuanya angkara belon beraneka rupa yang dihidangkan kepada kanak-kanak yang tidak berdosa ini. Pakcik clown juga banyak menyorok lollipop di dalam setiap poket beliau. Jika diikutkan hati, mahu sahaja saya menyeluk di dalam salah satu poket pakcik clown, tapi dikhuatiri terseluk benda lain. Tarik nafas panjang-panjang.

Saya juga turut mengambi gambar suasana majlis tersebut, Amat meriah dan ramai tetamu yang hadir...sehingga kan saya tidak tahu membizakan mana tetamu dan mana kerusi meja. Dasyat bukan???


Tapi apa-apapun, hiasan adalah sangat cantik, tetami memandangkan ramai tetamu yang hadir, kecantikan sudah tidak nampak kerana segenap penjuru penuh dengan manusia.


Majlis hari jadi tidak lengkap jika tidak ada kek. Justeru itu, E-Car ibu si Eiymann telah bertungkus lumus menyiapkan kek hari jadi bertemakan Toy Story. Amat cantik keknya. Rasa mau sahaja saya telan-telan watak kartun Toy Story tersebut, tapi sebagai si tukang buat kek...saya berfikir sejenak.....bukankah banyak fondant di rumah ko Net?....balik rumah boleh sahaja ko melantak pepuas, jangan menjatuhkan saham sebagai tukang buat kek juga. Selepas bermuhasabah diri, saya membiarkan sahaja fondant2 karikatur itu diambil kanak-kanak dan kanak-kanak besar (Mak orang)


Setelah kenyang melantak, kami bergambar bersama-sama. Ini merupakan acara wajib bagi cewek-cewek blogger yang kertu. Sebelum makan lagi kami telah bergambar....patutlah suami masing-masing enggan follow jika ada majlis sebegini...kerna...apabila si isteri sibuk bergambar...si suami akan menjadi patung atau frame gambar di ceruk-ceruk dinding. (Blur la tu....).


Ini adalah Mummy Ayu dan Watie Wynn,....anak watie wynn tidak suka orang menggelarkan dia 'Cute'...dia akan jadi amat marah. Saya menjadi mangsa amarahnya ketika itu. Dia mahu kita memanggilnya 'HandsomeBoy'. Ahhh tergoda mak, nyah! Kamu perhatikan baby boroi berbaju GAP berbelang itu. Sangat cute bukan?...AWAS!!!!! saya juga menjadi mangsa nyaris-nyaris tercekik lehir ekoran dia menarik tudung saya ketat-ketat. Nasib baik saya tidak pengsan. Harus menuntut ganti rugi dari ibu nya yang buat tak tau itu. I'm watching you baby...!!!!!!


Ehem! ehem itu saya (tersipu-sipu malu)..yang disebelah suziey.com......yang bawah tu anaknya...selalu saya cakap, anaknya adalah seorang kanak-kanak yang pendiam pernah saya jumpa. Tapi semalam....pendirian saya tehadap kanak-kanak ini berubah sama sekali. Anak kamu sama seperti kanak-kanak lain....mempunyai kekuatan luar biasa, dasyatttttt!!!!!!!!!


Tidak perlu diperkenalkan lagi......tapi takpe..saya perkenalkan juga. Itu Bag saya kaler hitam. Di belakang tu rak buku, ada pelbagai jenis buku, XXX, tafsir al-quran, Harry Potter, sebelahnya adalah ottoman (kerusi), sebelah ottoman adalah budak kecik tak tahu anak siapa. Itu sahaja. Harap kamu sudah kenal.


Acara juga tidak lengkap jika tidak ada acara syok sendiri. Kamu tilik gambar ini dan fikir..siapa yang paling Siyoook sendiri?...........


Seterunya adalah acara gambar beramai-ramai, itu yang berbaju kuning biru adalah ibu kepada birthday boy (E-Car) yang duduk dihujung kiri. Ilah Fazilah di atas (kuning) Saya yang ditengah2 macam Permaisuri dan gundik-gundiknya, Ayu di sebelah saya, watie di atas...(ya..sila lihat betul-betul...anak beliau sedang sedaya upaya menarik tudung saya), suziey.com disebalh saya juga dan disebelah beliau...er...er...er.....kami hanya peluk cium pipi tapi tak tahu nama...adeh lah!


Acara terakhir adalah acara bergambar dengan tuan punya majlis iaitu E-Car. Saya sangat segan bergambar dengan beliau kerana body kami bezanya macam langit dengan bumi. Saya bumi, dia langit. Amat kecil sekali sizenya manakala saya..er..er..er...takpe..saya salahkan camerawoman yang mengambil gambar tersebut. Wei! belajar dulu ambil gambar..tengok!! dah besar sebelah...(kata Netty kepada Ayu). Tudung saya sudah senget ketika ini (Jeling anak Watie Wynn).


Tengok...tengok...shantik sahaja foto yang diambil jurugambar ini. Belajar pada yang berkaliber lain kali. Hehehehehehehe.

Terakhir sekali, gambar diatas menunjukkan gift yang para tetamu tetamik perolehi. iaitu bag dan kerepek dan baloon (baloon tu saya sapu budak depan saya punya, dia terjatuhkan baloon itu lalu saya pick up untuk dia tetapi masukkan didalam bag saya. Aci tak?.......

Penutup

Majlis berakhir lebih kurang jam 5.30 petang, tapi kami iaitu saya, Ayu dan Suziey telah terkandas di IOI Mall. Mummy Ayu dan Suziey.com juga telah berjaya mengurangkan lemak badan dengan acara kejar mengejar anak masing-masing di Shopping kompleks. Saya?...eheheh relaxxxxx jer...buat apa nak kecoh2 ye tak? eheheheheheh. Akhir kata, majlis hari jadi merupakan satu majlis yang mengeluarkan badjet yang bukan calang-calang sedikit, jadi?...menabunglah mulai sekarang jika mahu mengadakan majlis harijadi anak-panak anda. Sekian.

psst- Terima Kasih Tuan Rumah (E-Car and family) kerana sudi menjemput saya ke majlis harijadi anak korang. Luv you too da max! Hope u like my hadiah!
Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno