Showing posts with label Tips..... Show all posts
Showing posts with label Tips..... Show all posts

Thursday, August 5, 2010

Tips mempertahankan diri menggunakan apa juga barang di depan mata - siri 2.

Tapi, apa harus dilakukan jika penyangak tersebut mempunyai martial arts????

hebat sungguh penyangak ini ya.......oke...kita guna tips ini pula. Jika penyangak mempunyai ilmu seni mempertahankan diri kamu harus.......

a) Pura-pura tahu juga pasal martial arts ini....kamu tidak mahu kalah lakonan bukan????? dan kalau boleh bilang kuat2 1-2-3 haiyaaakkkk!!!. Uppercut-block-kick ala2 Peninju Muay Thai. Mesti scaryyyyyy.
b) Memberi amaran kepada si penyangak tersebut bahawasanya kamu mempunyai tali pinggang black belt color biru...dan tidak mahu menyakiti hatinya jika dia tewas ditangan kamu. Bukankah cikgu sudah bilang....jangan menyakiti hati dan perasaan orang lain.
c) Kumpulkan angin dibadan kamu sepenuh tenaga dan beritahu penyangak tersebut bahawa kamu baru lepas makan petai, durian, jering, coke, cupcake notti netti dan berbagai lagi....dan kamu masih belum hadam makanan tersebut.
d) Pura-pura menepuk tangan kepada penyangak tersebut bahawa kamu tidak pernah melihat martial arts seterror penyangak tersebut.
e) Gunakan teknik "kunci Kaki' anda.

Jawapannya - dah tentu lah e)...kan dari tadi asyik eeeeee jer..
Apa itu Teknik ‘kunci kaki’ Net?

Ohhh! teknik kunci kaki itu bermaksud....Jangan sesekali membuka kaki lebih luas jika berdepan dengan penjenayah. Ini memberi peluang kepada mereka untuk menjatuhkan anda. Logik la kak non.....jika kamu mengangkang...buruk satu hal....bila masa pula kamu mahu menendang penyangak tersebut. Kan tak elok pompuan kangkang luas2...angin masuk karang...lemau. Oh! Jika anda sedar ada dinding berhampiran, sasarkan penjenayah ke arah dinding dan humbankannya sama seperti anda menghumban adik anda atau membuang sampah ke gaung. Nescaya penyangak tersebut akan taubat dah tak kacau anda.

Tapi, jika ada segerombolan lelaki yang mengekori kita lak? camne? Huk alah tadi sorang...nie dah tambah segerombolan pulak? ok takper apa perlu kita lakukan...mari saksikan jawapan yang ntah apa2 ini-

a) Suruh segerombolan penyangak tersebut tunggu sementara anda memanggil segerombolan kawan2 anda yang cantik manis.
b) Jerit kuat-kuat bahawa mereka tak handsome dan bukan taste anda. Sakiti hati mereka supaya anda dapat melepaskan diri.
c) Pura-pura kenal baik salah seorang dari segerombolan lelaki tersebut. Tapi pilih yang mempunyai rupa paling cute sekali ok. (Mungkin boleh dibuat stok anak ikan).
d) terus terang sahaja bahawa anda tidak mampu melayan nafsu kuda segerombolan lelaki sekali gus. anda hanya manusia biasa.
e) Senang jer...Jangan panik!

Jawapannya - still e)

Jangan panik

Sekiranya anda sedang berjalan di hadapan segerombolan lelaki penyangak, jangan berkelakuan seolah-olah anda mudah menjadi sasaran seperti berjalan sambil tunduk ketakutan dan sebagainya. Tampilkan diri sebagai seorang yang berani. Ye la....jika anda berkelakuan begitu, nescaya mereka kan senang mengmandrum anda dengan jayanya. Jangan begitu! ya, saya tahu anda ketakutan...saya juga begitu....tetapi jangan di show off sangat ketakutan tersebut...gigil kecil2 tak salah, tapi jika dah tahap gigil sambil terbaring dan berbuih-buih mulut....ini bukan anda yang ketakutan...ini conform penyangak2 tersebut yang ketakutan......ingat!!! jangan jatuhkan saham anda tahap merundum...jatuh sikit2 jer tau.....(pada yang belom kawin la)

haaa..nie satu lagi.. Usah pakai barang kemas yang terlalu menonjol untuk mengelak perhatian penjenayah. Ini takdapat tolong la, kalau anda degil....jika mahu pakai emas satu badan pun, make sure time harga emas jatuh merudum...jangan time tengah naik...bahaya tau.....

Satu lagi....Sekiranya bertarung dengan penjenayah, elakkan membuat tendangan atau tumbukan dalam keadaan panik atau menutup mata. Apa ke hal minah...ko nak lawan sambil tutup mata...kalau ko ada satu lagi pancaindera atau sixsence...takpe la jugak........memang wa tak kisah punya.....tapi kalau kederst korang tu...jenis kederat wanita yang lemah..hmmmm bukak mata tu luas-luas..seperti mahu tersembul itu anak mata. Faham!!!! lawan tutup mata itu hanya pada suami isteri di malam pertama yer......

Tips yang lain....
Cuba tenangkan diri dan fikir apa yang harus anda lakukan. Oh! jangan la kamu fikirkan apa yang harus dimasak pada petang ini, Hutang dah bayar ke belom..bla..bla..bla..nie aku nak bebel nie......Fokus itu penting......time nie la kamu harus bijak nak capai kayu ker nak fikir lawan or tendang tang mana dulu ker.......ok!!!!??? ngerti!!!!

Apa harus dilakukan jika saya tidak pandai melawan dan jika berlawan juga, saya akan pengsan???
Oh! memang ada sepisis ini, amat senang ditemui ya.......apa harus dilakukan jika kamu semamngnya lemah...

a) Relakan aje la diri tu diperlakukan sesuka hati oleh si penyangak.
b) Bunuh diri sendiri.
c) Masih mengharapkan ketibaan Edward Cullen yang tak kunjung tiba....(jangan salahkan dia, jauh tu US ke Malaysia)
d)Telefon bekas kekasih yang telah ditinggalkan 2 hari lepas tanpa sebarang notis pemberitahuan.
e) Gunakan Penyembur Mata

Jawapannya - masih lagi e)

Penyembur mata. Ya..agak lapuk tetapi sedikit berkesan bukan?.Sediakan pewangi semburan (dalam botol kecil) atau semburan lada setiap masa di dalam beg tangan anda. Ancaman bahaya boleh datang pada bila-bila masa. Justeru, sentiasalah membuat persediaan. Jangan pula kamu membawa penyembur jenis air mineral atau air suam....kamu hanya akan memberi si penyangak tersebut penglihatan yang segar bugar sahaja.

kamu juga boleh menggunakan apa juga objek berhampiran

Gunakan apa sahaja objek di sekeliling untuk mencederakan penjenayah. Sama ada kunci kereta, kasut, batu, kayu, payung atau sebagainya. Anda juga boleh bersedia dengan kunci kereta saat memasuki tempat letak kereta. Cungkilkan mata penyangak tersebut dengan kunci kereta tersebut. Alaaa...jangan risau...habis powerpun buta jer penyangak tu... aalllaaa small metter la....kasut tumit tinggi pun penting tau...nak cucuk apa yang ada....jadi....sila beli kasut tumit tinggi banyak2...oke..."wink" "wink"

Yang terakhir sekali......

Jangan mudah menyerah kalah
Jika masih dalam keadaan sedar, lawan dan serang balik. Jangan sesekali menyerah kalah. Salurkan seluruh tenaga pada tangan dan kaki anda!!! Yakin kan diri....bermuhasah diri kuatkan metal dan fizikal....dan jika anda sudah bersedia...apalagi...CABUTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!!!!!...
Ya ..itu sahaja tips2 mempertahankan diri dari saya untuk hari ini...akhir kata..selamat mencuba..........!!! jangan lupa bagi tau result kat fesbok saya...ehehehehe



Me Naughty..me Netty

Saturday, July 24, 2010

Tips Kecantikan Dalaman NOTTI NETTI....eheh....cantiknya sayeeeeee

Salam and hallow uols!
Bagaimana diri anda hari ini? sihat? segar? menggelembong? menggeleber? pucat?

Ya....I harap hari ini, kamu...kamu..kamu...dan juga kamu berada di dalam keadaan tidak stress dan masih bernyawa.
Ya, hari ini, Cik Puan Sri Muda Notti Netti nak memberi sedikit sahaja tips. Tak banyak pun.....kang bagi lebih2 korang cantik pulak....muahaha..I kan cepat jeles! Apa Kes?!

So today, I akan memperkatakan mengenai Tips Kecantikan Dalaman yang tak berapa nak dalam tu. (Oh! tiada kelucahan di sini) anda mengeluh?.......relax la....tak semestinya kita perlukan seks untuk cantik...adakalanya...kita nampak buruk ketika melakukan seks...(eh! mengapa kita berbicara tantang seks ya?) sila back to normal..astaga.....

okee..mari kita lihat apa kita perlu bikin untuk mendapat kecantikan dalam..(di sini bacaan2 ayat al-Quran tidak termasuk ya....buatnya yang baca blog I nie bukan Islam..jenuh pulak dia nak hafal ayat Al-Quran)... 

Tips pertama...

1. Minum banyak air...
Minum lah water selagi kamu bernyawa.Oh! ini tidak termasuk air coke (macam perli I jer) atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral. Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Percayalah! dengan meminum beberapa tong air suam...anda akan melihat kencing anda akan berwarna putih jernih seperti air suam tersebut. Bukan warna kuning2 manja sebelum ini.
Gembira bukan????

2. Bersenam 
Bukankah besenam baik utk kesihatan..? Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah. Oh! pada yang tinggal di apartment ataupun flat, tidak payahlah kamu bersungguh2 melompat....diyakini orang sekitar akan tersalah anggap antara gempa bumi dengan senaman anda. Slow-slow sikit...jaga hentakan dan lompatan anda...anda tidak mahu terkecil hati dengan hinaan jiran sebelah rumah bukan?....

3. Dilarang keras merokok.
Namapun nak cantikkan dalaman. Kenapa mesti kamu asapi organ2 kamu dengan asap yang ntah apa2 itu?....Merokok boleh merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Ahhh! anggota saya sedang hisap rokok....eee sengaja dia mahu merosakkan sistem kecantikan dalam saya yang tak berapa nak cantik ini..persetan Lu!!! Tapi...kenapa still ada wanita nak merokok?? Sebab nak kuruskan badan?? kalau betul boleh kurus macam miss world ngak apa...tapi kalau kurus berpenyakit...hmm sanggupkah anda???
4. Tidur yg cukup...
Tidur yang cukup...bukan terlebih-lebih cukup....beza tu....tidur 8 jam sehari...baru ok....ini Jgn asyik berjaga waktu malam layan blog layan fesbok!...Muka dalam gambar fesbok..memang la shantiks meletop...cuba tengok face to face...cabut korang!...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur dan mendatangi ke ladang2 isterimu....? Jadi tidur lah secukupnya kerana tidak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam. So..mana2 kawan kamu yang kamu lihat muka tua tapi sebenarnya muda...jangan salah faham...mereka bukan membela hantu...tetapi mereka cuma tidak cukup tidur..jadi jangan takut yer....Oh! pada kawan kamu yang umur tua tapi jiwa muda...itu kamu kasi lempang sahaja!...nyampah!

5. Pada certain2 waktu, izinkan kulit kamu berehat dari memakai sebarang make up. Ya! saya faham..kamu mahu kelihatan cantik sepanjang 24jam. Tapi...kulit juga perlu bernafas! Apa! kamu ingat lobang hidung kamu sahaja kah yang perlu menyedut dan menghembus udara???? Jgn biarkan sisa2 make up melekat di muka ketika masuk tidur. Tidak kiralah jenama Christian Dior ker?, Revlon ker? Mac ker? mereka2 ini lah yang mendermakan jerawat chomel pada kulit muka anda yang tak berapa nak gebu tu. Jadi! Rajin-rajinlah cuci muka. Di rumah, cukup lah hanya memakai moisterizer......takpayah foundation bagai..kamu hanya mahu menjemur kain bukan? habis ngorat kamupun, pakcik bangla atau mamat2 indon...kamu mahu?....kalau mereka2 itu jejaka feveret kamu..saya persilakan..siapalah saya hendak menghalang.....sob..sob..sob...

6. Makan yg cukup.
Maksud di sini, makanlah ketika kamu lapar dan berhentilah sebelum kamu kenyang (err...betoi tak ayat aku nie) Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. I pun tak tahan, setengah jam berlapar boleh mendatangkan amarah!  Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. takat makan big mac...pizza...kenny roges..hmm konfirm anda tak hingat berhenti sebelum kenyang.....anda pedulik apa kan?..perut anda..bukan perut bakal madu anda pon! muahahahah...sentap tak?!!! (harap2 yang tengah suap pizza yang ke 5 dalam mulut dia terberenti lah hendaknya)  

7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Bukan sahaja suami dan kucing anda perlu dibelai...anda juga perlu membelai sendiri body anda. Tiada duit ke saloon!? oh! pandai anda bersandiwara......apa gunanya kedua2 belah tangan anda....selain berguna untuk menampar dan mencelok duit dari wallet laki anda...tangan anda juga berguna dalam sesi urut mengurut tau.....buat facial sendiri di rumah...senang jer..tak susahpon..janji anda rajin. Pergi cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Haaa...nanti berseri2 muka anda..siapa yang suka??? suami anda jugak kan?..tapi kalau jiran sebelah anda yang handsome tu pun mula terpikat pada anda...haa! itu dah satu bonus!.....(sila kasi saya cepat2 itu resepi mandi bunga!) Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan....er.....make sure bunga betoi yang segar ya...bukan bunga plastik....takat bunga plastik...kucing jantan pun buat dekkk pabila melihat anda.

8. Elakkan stress.
Ya...saya selalu stress...itu sebab kecantikan dalaman saya malu2 mahu keluar. Stress mempercepatkan proses penuaan. Lihatlah nenek saya...kesian dia...! kerepot wajahnya..stress sangatkah dia???? walaupun kerjanya hanya baring tengok tv...stress kot?! siannnn... Apa nak buat ya? hmm pergilah window shopping (ermm tak boleh jugak...kalau ada sale tapi duit takder..hmm boleh menjemput stress datang tu) oh! ya..just Nikmati muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan. Betul..tak tipu...tapi jika anda menatap muka Edward Cullen pun insyaallah stress anda otomatik ilang..saya kerap mencubanya...jadi u!

9. Don't worry, be happy.
Ingatilah istilah ini. Jika boleh pakai lencana berwajah senyum seperti pekerja2 bank pakai. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik! Ya...seperti saya, jika saya memakai kasut tumit tinggi..saya sering merasakan diri saya hebat!...walaupun saya pernah jatuh bukit, jatuh tangga, saya tetap maintain vouge.....sebab apa! sebab...don't worry, be happy".....walaupun time tu lutut anda patah...ingat! happy!

10.Ketawa penghibur duka!
Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2 atau di ranjang. Bukankah ketawa itu perawat luka?...oh! janganlah kamu mengilai pula..masalah tu....! kamu tidak mahu cik ponti dan cik lang turut join kamu mengilai bukan?......itu bukan kecantikan dalaman namanya. Itu sesi memucatkan wajah kamu. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka. Seperti cina jual kek kat bake with yen lorong haji taib...sangat tua mukanya..tapi dia sebenarnya remaja. Kenapa?..sebab dia monyok dan sering menjerit macam orang sakai pada pekerja2 indonnya...kesian......

okee....itu sahaja tips dari saya...rajin2 lah mencuba ya...
pasti anda akan kelihatan hebat.......dan sihat..
sekian..
saya sangat baik bukan? kerana memberi tips2 berguna pada kalian?....
tepuk bahu saya sendiri!


Me Naughty..me Netty

Thursday, July 8, 2010

Tips Lagi - Tips Pergi Temuduga ala Notti Netti Part II

Bersambung kepada tips seterusnya 

  1. Jangan mengunyah chewing gum atau menggulum gula-gula di depan si penemuduga tau. Sama ada anda tercekik kat depan si penemuduga tersebut atau mati serta merta dan kematian anda dikeluarkan di dalam akhbar muka depan surat khabar pada keesokkannya. Mana anda nak?......mati fames atau mati tercekik dalam kemanisan?.....Jangan...jika mahu menguyahpun make sure sebelum interview berlangsung tau.
  2. Ha...yang nie memang si penemuduga pantang sangat. Aku pun pantang benda2 macam nie. JANGAN MENIPU!!!! jangan berkata tidak betul kepada si penemuduga dan jangan menokok menambah cerita yang tidak ada. Tahulah anda terror dalam karangan esei...tapi jangan lah anda mengarang di depan si penemuduga pula. Jika anda tidak tahu jawapan pada persoalan yang diutarakan, jawab sahaja "maaf saya tidak tahu atau tidak berapa pasti" jangan pandai2 medula oblongata anda sahaja menjawap pada soalan yang anda sendiri tidak tahu jantan betinanya. Contohnya, si penemuduga betanya..."eh! Notti Netti tu cute tak"? anda yang tidak langsung pernah bersua muka dengan Notti Netti pun menjawab membabi buta (sian babi tu) Ya...mak oii cantik cute si Notti Netti tu...bagai intan permata ghupanya.......jangan! walaupun si Notti Netti memang cute...tapi jika anda tidak pasti tolong jangan menjawabnya...dikhuatiri jawapan anda itu salah ataupun si penemuduga sengaja hendak menduga anda. (Tapi yang Notti Netti cute tuu adalah benar sama sekali). Oh! jangan pula anda berdiam diri pada soalan yang anda tidak tahu. Anda bukanlah patung buddha ya......anda manusia.....jawab sahaja anda tidak tahu.
  3. Bila sebut sahaja pasal interview, anda perlu bersedia berkenaan soalan2 yang sensitif atau berkenaan dengan keluarga. Si penemuduga mungkin mahu melihat daya fizikal dan mental anda. Mungkin mereka sengaja membuka cerita mengenai topik rumahtangga anda yang hancur, topik arwah ibu bapa anda, topik bekas kekasih anda. Semasa saya interview polis dulu, soalan bekas kekasih saya telah ditanya oleh Seorang Datuk ini. Ya...kamu mesti yakin. jangan pula kamu kata kamu tidak sedih tapi kat mata tu dah mula meleh-leleh keluar air mata dan air hingus. Cekal kan hati. Macam saya, saya menjawab dengan penuh keyakinan...seingat saya, saya menjawab, "Dato' saya ditinggalkan ex-boyfren,disebabkan itu result ITM saya tidak bagus, if I meet him one day...I'm sure that I will slap  and will gladly kick him "(seyes, I cakap macam tu......) and diselangi dengan gelak tawa datuk2 tersebut. And sampai sekarang if I meet that Datuk, dia sure kata, I polis yang garang. (Garang keeeeeee?....lakon jer tu) Jadi, anda harus lakukan....jangan bagi emosi mengawal diri.....Faham!!!!
  4. Masalah peribadi. Soalan ini tak banyak yang si penemuduga akan soal jika mereka tidak tahu. Anda janganlah kerana nak sangatkan posisi kerja di syarikat tersebut, anda mulalah menjaja cerita peribadi anda yang samborono itu. kadangkala yang patut mendengar masalah peribadi kita adalah our family, frens or diary...yang selebihnya....LUPAKAN!.......menceritakan masalah peribadi anda hanya akan menyebabkan pointer anda turun menjunam bak pasaran saham. Mereka tidak mahu pekerja yang mengalami masalah peribadi bukan..? jadi simpan sahaja masalah peribadi anda itu diam-diam dalam poket seluar anda. Jangan anda cuba meminta mereka menyelesaikan masalah peribadi anda...ini bukanlah tempat yang sesuai berbuat demikian, jika anda mahu, pergi sahaja berjumpa cikgu kaunseling di sekolah Menengah anda. Titik.
  5. Anda mungkin sedang/ pernah bekerja di tempat lain sebelum ini, ceritakan yang elok2 sahaja mengenai kompeni anda. jangan mengutuk, mengkeji bekas majikan anda. Manalah tahu, bekas majikan anda merupakan sedara sepapat, adik abang kepada si penemuduga berkenaan......ataupun bekas majikan anda menyamar menjadi pakcik cleaner di bilik interview sedang berlangsung. Anda harus berhati2.....teknik ini ramai yang tidak tahu dan selalu failed.
  6. Kelayakan dan kelulusan juga merupakan faktor penting di dalam menjayakan sesuatu interview. Buat apa anda membawa ke hulu ke hilir fail2 tersebut?......jangan menipu mengenai kelayakan anda dan jangan over dengan kelayakan yang anda ada. Contohnya...saya mempunyai ijazah kelas pertama di universiti pak man tongkang dan master di universiti mak Lampir....sekarang ini saya menunggu hari untuk menghabiskan PHD saya. Kamu dato?...apa kelayakan kamu? SPM kah?...atau pengalaman yang tak seberapa itu?......anda sangat berani jika bertanyakan soalan sedemikian......saya akan bertepuk tangan jika anda berani menjawab begitu...ahahahah. Ingat. adakalanya, mereka yang mempunyai diploma tetapi mempunyai pengalaman yang luas di dalam kerja kososng yang ditawarkan itu mempunyai peluang yang cerah berbanding anda yang dari SPM bawak ke PHD.....belajar jer kerjanya tapi takada satu pengalaman kerjapun....anda tetap dikira sebagai hampeh! Ingat sikit...down to earth tidak rugi, macam saya.
  7. Buat sedikit pembacaan berkenaan bidang atau profile company yang anda kena interview tersebut. Kemungkinan anda akan ditanya mengenai bidang tugas jawatan yang bakal anda sandangi. Oh! tak payahlah bidang tugak pakcik cleaner, penjaga kaunter pun anda nak baca.....itu otometik anda tahu....kalau tak tahu jugak...sila habiskan PHD anda.
  8. Berkenaan gaji. Jangan terburu-buru, memandangkan anda belum lagi diterima bekerja di dalam company tersebut. jawab jika ditanya oleh si penemuduga. Jika penemuduga bertanya berapa gaji yang anda minta...jangan malu2 menjawab..."ah! malu laa Dato'....dato' faham2 sahaja lah..saya mintak sama jer dengan gaji Dato'....tak lebih...." atau" er...anak, campur laki, campur shopping, campur duit mentekedarah,....er semuanya saya mintak RM8,888 Dato' (apa anda ingat ini duit hantaran zaman 80-an?)....minta hanya pada gred gaji jawatan yang anda sandang....disebabkan itu aku suruh korang baca dulu berkenaan profil syarikat...isk isk isk....atau pun...biar sahaja dato tersebut yang menyatakan jumlah gaji anda. Kadang2 si penemudaga tersebut hanya mahu trick anda sahaja. Saya pun begitu juga...masa interview dulu...sorang dato ini mencelah...lebih baik sahaja saya bekerja di tempat lain yang gajinya lebih mewah.....rugi kerja dalam polis nie...dan saya dengan hidung tinggi mencecah langit menjawab, tidak apa Dato' saya tak kisah...tapi kalau gajii sedikit, kenapa dato' still berkhidmat di dalam pasukan ini?......dan sekali lagi dato tersebut tergelak......di sini, tak salah kita fire back si penemuduga...jika beralasan......jawapan saya berasas....memang gaji sedikit...tapi alaunnya........ ahahahahahah.....
  9. setelah menemuduga secara seyes, mungkin ada antara si penemuduga tersebut yang jenis happy go lucky yakni meminta anda berbuat sesuatu yang rasanya tidak ada kena mengena dengan interview tersebut. Saya misalnya, telah diminta untuk menyayikan lagu bahasa jepun. Dan saya dengan muka pandai pun menyanyikan lagu utada hikaru (time tu famous lagu er...alaa...apantah nama dia yang best tu yang mendayu2 lagunya).......saya pun menyanyilah dengan penuh perasaan Utada Hikaru yang bahasa jepunnya berterabur. janji mereka happy.......anda jangan lah malu2 untuk mengeluarkan telent anda.....anda hanya menolak dan menampar muka si penemuduga jika mereka menyuruh anda buat lion dance atau strip.
  10. Last sekali, biarkan si penemuduga tersebut yang mengakhiri perbualan...jangan anda pula yang pepandai nak the end kan interview. Anda siapa? anda yang ditemuduga tau.......Ingat. Ingat, jangan lupa mengucapkan terima kasih after anda finish temuduga. Terima kasih sahaja, jangan pula anda buat style seperti bersalam dengan sedara mara anda pulak, kiss pipi, cemolot ker...jangan..ingat! mereka bakal bos anda...yakni bukan muhrim! oh! lagi satu, selesai sahaja interview...terus balik. Jangan anda mengeluarkan barang2 dagangan anda, atau mengajak Dato'2 tersebut join MLM kelolaan anda.....Jangan begitu...segala jenis ubat pun jangan anda promosikan...tak kiralah ubat kasi bontot cerah ker...berserta demo bontot anda yang putih gebu itu...jangan...jangan melucah...jangka hayat Dato' tersebut tidak kita ketahui...anda jangan jadi salah seorang penyumbang utama kematian dato tersebut......enough!
Itu sahaja yang saya ingat....sesiapa yang mahu pergi interview...ingat! berpakaian kemas, bersih...dan memohon doa dari ibunda ayahanda anda dahulu. Insyaallah anda akan berjaya. BERUSAHA!!!!!!!!kalau nak lagi mujarab...sebut nama saya 3 kali.....eheheh
Sekian.wasalam.
Me Naughty..me Netty

Tips Lagi - Tips Pergi Temuduga ala Notti Netti

Ya! salam ceria, salam satu Malaysia...
Sudah bayar Hutang piutang?......
Ya! bagus!

Hari ini Notti Netti kembali dengan perasaan ceria
Ya la kerana telah berjaya menidurkan diri selama 10 jam...bagus Netty....bagus! sedikit sahaja lagi berat badan anda akan menjadi sama berat dengan tong drum.

ah! pedulikkan itu semua....pedulikkan Edward Cullen (esok baru kita fikir pasal dia nie)...dan pedulikkan sama bos besar! (dia tau nak makan jer!)

Pagi ini, saya akan membazirkan masa ofis saya dengan memberikan tips2 yang berguna untuk anda. Selain daripada makann free...anda juga sukakan tips free bukan? Ya! saya juga begitu...apa yang free memang menjadi kegemaraan zahir dan batin saya (er, rasanya batin tu tak boleh free kot....).

Ok! tips hari ini adalah berkenaan TEMUDUGA.
Saya pasti ramai daripada kamu...kamu..dan juga kamu pernah menghadapi saat pergi temuduga.
berapa ramai daripada kamu berperasaan nebbes? dan rasanya seperti mahu pergi berperang atau serah diri pada along?....saya juga tidak terkecuali...apabila saat mahu ditemuduga....secara otomatik membabi buta sahaja perut saya akan memulas2...dan tangan jari jemari semua akan berparkinson riang tidak terhingga. Bibir adalah sedikit bergetar gitu. Saya benci keadaan itu, padahal saya sudah memberi isyarat kepada hati dan otak saya supaya Cool Down...tapi apakan daya.....sifat ini adalah semula jadi.

mari kita lihat tips2 temudaga dari saya :-

anggaplah senario ini, ketika anda sudah berada di bilik temudaga dan sedang diperhatikan oleh 3 orang penemuduga yang agak sudah sedikit tua.

  1. perkara pertama ketika anda hendak duduk, beri salam atau selamat pagi atau kedua2nya sekali jika si penemuduga tersebut terdiri daripada kaum 1 malaysia. Ini akan memberikan perasaan kasih sayang /mesra pada anda dan si penemuduga. Oh! jangan over peramah yer...yakni bertanyakan sama ada mereka sudah makan ke belom, sudah berjimakkah semalam....sudah settlekan hutang ke idak?.....cukup!....cukup sahaja greeting selamat pagi!....yang soalan2 selebihnya tunggu after anda sudah confirm menjadi pekerja di syarikat tersebut ok?.Dan, jangan sekali-kali anda berjabat tangan atau mencium tangan mereka (mentang2 mereka tua) konon tanda hormat. Biarlah student2 AF dan Mentor sahaja yang berbuat demikian.Anda jangan buat begitu yer?...tetapi jika si penemuduga menghulurkan tangan, jangan pula anda tidak menyambutnya dengan alasan, Notti Netti tak kasi! ha! itu nak kena la tu.....pepandai andalah ye. Oh! Jangan lupa senyum yer.....agak pelik jika bersalamelekom dalam memek muka yang agak marah! pelik..memang pelik....
  2. Oh! ya! jangan anda duduk sebelum disuruh. Kadang2 kita terlalu Nebbes kan?...masuk2 jer pintu bilik, terus duduk terkangkang sambil tersengih macam kerang busuk. Jangan dek non...jangannnnnn......kalo pak mentua tengok...mau cancel jadi menantu weiiii....Anda duduk jika disuruh sahaja. Jika tidak disuruh anda berdirilah sampai habis interview...ahahah tidak lah begitu, jika penemuduga tidak menyuruh anda duduk setelah 10 min berlalu, tidak salah anda bertanya secara baik, 'boleh benarkan saya duduk?'.....mungkin si penemuduga sudah terlupa bahawa kerusi ada disediakan disitu. Oh! ya....sebelum duduk, jangan pula anda pepandai mengalihkan kerusi tersebut ke satu posisi yang anda suka. Jangan! kenapa perlu anda mengalihkan kerusi yang berat itu?....Jika anda memberi alasan mengalihkan kerusi semata2 hendak duduk berdepan bertentangan mata dengan penemuduga...Maaf!. Teknik anda tidak akan berjaya. Mengapa perlu duduk bertentangan/rapat dengan penemuduga?......jika anda ada skandal sekalipun...diam2 sudahlah! jangan ditunjukkan...dikhuatiri si penemuduga kedua atau ketiga, bini dia ker....adik ipar dia ker.....bahaya dek non..bahaya....anda tidak mahu dijadikan bahan gossipan bukan?.
  3. ok...tips yang ini mungkin jarang-jarang berlaku. Tapi jika saya tak bagitau, mungkin berlaku. Ketika masuk ke dalam bilik temuduga, anda jangan pandai2 meletak fail, handbag, handphone, makanan yng anda tapau di atas meja si penemuduga, kalau nak kena halau silakanlah *0*....oh jika tempat duduk anda ada meja di depan pun dilarang keras meletak makanan atau segala pekakas2 di badan anda di atas meja tersebut. Walaupun anda ada hp bb canggih manggih...jangan ngengada letak atas meja. Diyakini si penemuduga akan jeles dan secara otomatik merejek anda. Oh! ya...jangan meletak siku di atas meja.....apa? anda ingat tindakan anda comel kah!
  4. Oh! tips yang ini pula, saya selalu amalkan...anda juga turut begitu. Tips membaca surah2 dan doa2 tertentu sebelum temuduga. Membaca doa adalah perkara yang baik bagi mengelakkan perasaan gemuruh. Tapi akan menjadi pelik jika mulut anda terkumat kamit membaca doa di depan si penemuduga. Anda tidak mahu penemuduga berasa diri mereka sedang di mandrum secara lintas langsung bukan?.....jangan begitu......jangan....kalau nak baca doa atau mandrum, buatlah sebelum atau dibelakang si penemuduga. Eh! janganlah pulak anda pergi ke belakang bontot si penemuduga pulak sambil terkumat kamit baca doa.....haish! anda bukan tok pawang yer....atau hantu belaan (yang hanya boleh dilihat dengan mata kasar)....anda adalah manusia! yang boleh dilihat oleh mata kasar, rabun jauh, rabun dekat mahupun mata gatal. Oh! jangaan pula anda membawa al-Quran sambil membaca didepan si penemuduga tersebut. Konon nak bagi makin mujaraplah doa anda. Hais! anda bukan masuk ke program tilawah Al-quran ya...ingat anda nak I.N.T.E.R.V.I.E.W.
  5. Ok, apabila suasana kembali normal, biarkan si penemuduga yang bertanya soalan dahulu kepada anda.......jangan gatal2 anda nak bertanya dahulu soalan kepada si penemuduga tersebut. Seperti Er, Dato' Wahid.....er berapa gaji yang selalu Dato offer kepada pekerja2 kat sini eh?....atau...er Dato' Wahid.....kukuh tak bangunan nie...sebab saya takada insurance..kang mati katak saya kat sini kalo bangunan runtuh...saya tak kawin lagi..Dato kawin dah berapa banyak yer?......(mintak2 lah takda sepisis makhluk yang macam nie kat dunia nie).....jika anda banyak sangat bertanya...baik anda berkawan sahaja dengan MAYA KARIM ataupun anda bertukar bidang sahaja menjadi wartawan hiburan. Titik.
  6. Jika si penemuduga bertanyakan soalan Seperti, Berapa orang adik beradik anda ada?....meaning that jawab sahaja jawapan yang padat dan ringkas...seperti saya ada 7 adik beradik dan saya anak yang pertama. Enough! Jangan pepandai nak transform jadi MAYA KARIM lak....yakni menjawap berlebih-lebihan.....seperti..ya..saya ada 7 orang adik beradik...saya anak pertama...tapi tak taulah macam mana boleh jadi anak pertama...emak saya arrangekan saya dulu keluar agaknyaa...eee..saya tak suka jadi sulung nie..banyak tanggungjawab.....yang adik saya lelaki tu...eee..bukan boleh harap...merempit...rosakan anak dara orang..yang anak dara orang tu pulak pi gatal..bla..bla..bla...ye..jiran saya anak dia lagi banyak...20 orang...mak aikkk..dato percaya tak...ee apa ubat dia makan..lopong kot dah bawah dia tu...asik produce anakkk jer..ee..saya kan dato kalo beranak..nak jarang2.....3 tahun sekali jer...pastu bal bla bla..Dato' guna ubat kuat tak?...AMARAN!!!! jangan lakukan sedemikian rupa. Ingat!!! anda bukan MAYA KARIM!!! dan lagi...jawap dengan penuh berhikmah...jangan menggunakan bahawa kasar seperti...Apahal lu nak tau adik beradik gua!!!....lu mahu cikaro sama adik gua ka???....lu ingat sikit dato...gua atau adik gua tak akan sekali2 jadi bini ke empat dato...dato ingat tu....ingat dato....ha! kamu pakcik cleaner....kamu pun kena ingat sekali..gua takkan jadi madu bini lu! ingat!.........Ya...jangan lakukan....ingat...anda sedang di interview.....berhati-hatilah......jangan kaitkan pakcik cleaner dalam interview anda...mereka tidak bersalah...mereka hanya menjalankan tugas sehari-harian mereka. kawal emosi anda jika benar anda pernah dikecewakan oleh pakcik cleaner.
  7. Bahasakan diri anda sebagai SAYA dan si penemuduga sebagai Dato/Tuan/Puan.......jangan pepandai menggunakan bahasa ranjang seperti sayang, baby, gugu, gaga, abang, yang...atau apa2 yang berkaitan. Ingat! mereka adalah orang yang akan menjamin masa depan anda.....yakni bakal bos anda...bukan skandal anda yang menjamin masa depan anda dalam bentuk cash all the year until bini dia dapat tau.. Ingat! Aku kalo laki aku interview sepisis pompuan yang macam  nie..memang aku lempang jer...(eh! emo ko net?) ehehehehe Oh! tetapi, janganlah pula selalu menggunakan bahasa Dato/Tuan/puan ini dengan kerap yer....boring nanti...asyik2 Dato'/Tuan/Puan....jarangkan penggunaan panggil nama tersebut.
  8. Apabila si penemuduga sedang berkatakan sesuatau kepada anda atau pada si penemuduga yang lain, anda jangan sekali2 menyampuk....zipkan mulut anda sementara.Tak lama, kejap jer. Contohnya si penemuduga 1 tergossip sekejap dengan si penemuduga 2..anda yang hebat dalam hal2 gossip ini...sila jangan menyampuk.....diam2 sudahlah..ingat...jawap hanya perlu sahaja. dan jika tidak berpuas hati dengan gossip itu...jangan bergaduh atau berperang....anda hidup di dalam zaman yang aman damai....gunakan kehidupan yang harmoni ini dengan sebaiknya...anda tidak mahu membayangkan hidup di zaman perang dunia pertama dan kedua bukan?.....jadi jangan berperang mulut dengan si penemuduga.....mereka selalunya betol...walaupun sebenarnya salah....disini, anda perlu kreative.....iyakan sahaja jawapan salah si penemuduga.....percayalah..saya tak tipu...tapi iyakan pada jawapan yang logik.....kalau si penemuduga berkata otak letak di kaki..jaangan pula anda iyakan....logik sikit......gunakan ilmu SPM yang anda ada sebaaik mungkin....ya.
  9. Saya faham, temuduga ini kadangkala menakutkan dan nebbes....sistem saluran bontot anda tidak sekata....dimana angin diperut akan berkumpul menjadi satu bahan tenaga yang kuat dan harus disalurkan ke channel2 tertentu yakni di lubang bontot. Kentut tak salah....tetapi kentutlah dengan penuh berhikmah, jujur dan amanah......jangan kentut seperti di rumah anda....JANGAN! kentut la malu2 sikit. Caranya?....ya....jika anda mahu kentut, anda cuba kepitkan kedua2 bontot paha anda...jangan kepit gila2 ketat...diyakini kentut tidak akan keluar dan anda akan di dapati pengsan berbuih2 mulut.Anda tentu tidak mahu pabila Dr. memberitahu ibu anda atau suami anda bahawa anda pengsan sebab tahan kentut bukan?. Caranya, anda cuma perlu kepitkan sikit sahaja kedua2 bontot kiri kanan anda dan secara slow mengangkat bontot kiri separuh sahaja dan perlahan2 mengeluarkan angin kentut tersebut secara teratur...kalo boleh...kira dalam hati...satu......dua...tiga...lepas.....satu dua...tiga..lepas.....seyes..kentut tersebut akan mengikut arahan anda dan keluar dengan teratur. setelah itu baru boleh anda menarik nafas lega. TAPI...kalo betul2 sakit perut macam mana net????....Oh! kita bersambung di bahagian kedua tips2 interview...kerana seperti biasa saya perlu berlakon membuat kerja ofis.....sekian...kita berjumpa sebentar lagi.

Me Naughty..me Netty

Saturday, June 19, 2010

Bahagian sulit anda terasa gatai??????? Apa nak buat eh????? meh! I kasi tips....


Mintak2 la...yang baca blog I nie manusia cukup umur.....

Ye, I kembali semula bersiaran secara langsung di Cafe White Coffee Bangsar South....
sonok ooo..lepak sini with En.Hubby..laju gilerrrrr wifi....lebih laju dari broadband celcom milik bekas bini ke dua sultan brunei...ehehehe

okeee...topik kita pada hari ini...bukan lucah eh..
korang jangan turn to be blue pulak..
ini sekadar rujukan dan tips2 saja eh?

okey dayang2 caklempong ku sekalian,
pernah tak korang menghadapi perasaan tertekan akibat daripada masalah kegatalan melampau di bahagian sulit/vagina anda.....cuba check...! Pada yang lelaki ..., korang tak yah ngengada nak check girlpren korang, pompuan simpanan korang, bini korang atau korang punya sendiri!...nie tips untuk kaum wanita jer, bior diaorang check sendiri. 

mesti ramai yang menghadapi yer?....kan....kan....?
kadangkala, bila gatal dibahagian sulit, kita main garu jer without thinking perasaan adik chomel kita tersebut....luka ker?...makin gatal ker?....
memang la bila gatal kita main garu jer..nak nak..makin garu makin stim pulak tu....
tapi lepas tu..uisssh sakitnya tak ingat...sebab gatal...nak, nak pulak bila cik fungus mula merebak...lagi naya....and tak selesa kan? sampai bila asyik nak guna krim gatal?
Tak pun ikut petua orang dolu-dolu...cuci dengan air daun sirih...isk kengkadang tak berkesan sangat....lagi satu..mana nak carikan daun sirih tu....?

bila khamis malam jumaat nak bikin projek with hubby, mulalah malu or tak selesa..or paling lekeh pun....kata..."kita main belakang jer laa yer........kat area depan under construction....."
sanggupkah korang berkata begitu pada suami or scandal masing2????

justeru itu I, net cute berlesenkan gaban perkasa,
 ingin menerangkan bagaimana untuk mengatasi masalah2 tersebut.

caranya mudah....oh! saya tidak akan menunjukkan caranya...mahupun demo...
apa??
kamu mahu demo????
dalam mimpi kamu sahaja lah!!!!!

apabila gatal merenyam teramat sangat dibahagian adik chomel kamu..
kamu sediakan air panas suam suam kuku di dalam bath tub..
jika tiada bath tub, dalam besen besar pun takpe,
kalau takder besen, korang ambik jer periuk nasi saiz besar atau kuali yang muat2 bontot chomel anda..
pura2 tak tahu????? tak faham????
alah....macam tak biasa buat nasi kangkang...
benda nie lagi senang dari nasi kangkang..
nasi kangkang, anda memerlukan tenaga lutut untuk mengangkang..
susah tu........
ini tak payah...
teknik yang saya ajar hanya memerlukan anda landing baikkkk saje.....
sambil membaca buku or gossip2 dengan member anda di telephone.

kita ambil contoh besen sederhana besar sahajalah!
kemudian....letakkan garam di dalam air panas suam2 kuku tersebut
tak kisah garam apa korang nak letak,
janji garam....dan jangan pandai2 nak letak gula mahupun kicap..
korang ingat nak masak apa????
setelah garam larut.....
anda ambil bontot anda dan rendam di dalam besen tersebut 
and make sure....adik chomel anda yang gatal itu turut tenggelam sama
kalau boleh, kasi lemas!
jangan bagi muka.....
ketika ini, anda mungkin berasa, gatal2 sedap dan relax....
oh! berendamlah selama 15minit sehingga setengah jam, sambil menyanyikan lagu negaraku.....tiada sesiapa akan memaksa anda berdiri.......
Bagi  memastikan adik chomel anda benar2 pulih dan tidak gatal...,
cuba anda kentut manja sekali dua....
jika terasa gatal dicelah2 lubang angin tersebut..
rendam lah lagi...
jika tidak berasa apa2 yakni kebas....
maka anda boleh angkat bontot anda dari besen tersebut...
oh! buang air tersebut yer..
jangan sekali2 diberi minum pada suami anda....
ini bukanlah cara berkesan dan sah disisi agama
jika mahu merapatkan silaturrahim suami isteri....
percayalah! anda pasti terasa segar..bak dilahirkan semula.....
lap kasi bersih adik chomel anda...paling bagus..hairdryer kan beliau....
seyes! I tak tipu.....hairdryer bagus untuk mematikan kuman yang adik chomel anda pelihara selama ini....
oh! tidak perlu memakai bedak atau foundation....pakai jer sepender chomel
bagi menutup apa yang patut
dan anda boleh meneruskan aktiviti anda semula...
jika anda masih berasa gatal....bukan dibahagian sulit tersebut..
tapi dibahagian lain?
mari jumpa saya..
dengan sedikit penampar besi..
mungkin kegatalaan itu akan lenyap untuk selama-lamanya...
Sekian...dan selamat mencuba!!!!!!!

Oh! testimonial tidak diperlukan sama sekali...saya bagi tips free jer...dan tiada kaedah MLM di sini...

pssst- asal I nak berendam...ada jer orang datang ketuk pintu.....isk.....!!!!
Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno