Showing posts with label Pusrawi. Show all posts
Showing posts with label Pusrawi. Show all posts

Thursday, May 12, 2011

Hari nie rasanya nak melawat Tisya - Aimi's Daughter....siapa nak ikut?

Salam all
Dah beres kerja baru blog....(Pandang meja bos) eheheheh

Ok, Karang around 10am rasanya nak pergi melawat budak cute sakit tu..si Tisya. Semalam dah sms MamaTisya...tapi dia balas kat Mummy Ayu..dia kata ok. Hmmm...nak beli hadiah apa kat si Tisya nie eh?.....ke beli cekelat?..ke beli belon jer?..ke mainan?....hmm kat kedai Pusrawi tu..bukannya ada macam-macam.......

Harap-harap Tisya oke lah....

Ada sesiapa nak Ikut Tak?


psst- Pergi pusrawi ni teringat lak zaman beranak kat situ.

Me Naughty..me Netty

Melawat AImi - MamaTisya di Pusrawi Tadi......ikuti karangan ini....

Isu remaja lari dan berkahwin di Lombok kian menjadi-jadi hari ini. Tapi bukan isu itu akan saya ceritakan.
Hari ini saya akan menceritakan kisah lawatan sosial di Hospital Pusrawi, KL tempat kenangan saya bersalin, dijahit semula dan makan sedap-sedap.

Saya ditemani oleh secretary saya bernama Mummy Ayu. Beliau sangat bagus dalam melaksanakan tugas-tugas tak rasmi saya. Tapi bukan dia yang akan saya ceritakan. buang masa sahaja bercerita tentang dia.

Kami ke Pusrawi bertujuan untuk melawat si Tisya yang sakit.
Itu sahaja tujuannya selain untuk meng'wish setiap nurse selamat hari jururawat sedunia.
tiada party kelihatan, seperti biasa suasanan di hospital agak suram.....boring gitu.Tiada juga kedengaran esak tangis mahupun doktor mengejar pesakit dengan jarum suntikan.


Saya dan Mummy Ayu di dalam lif hospital. Bukti tu...bukti.
Sampai sahaja di wad, saya menyelak kaki pesakit ini.
Tisha punya kah?.....oh! tidak....tisya punya kaki comel suci murni masih dara lagi
ini kaki si Aimi emaknya si Tisya yang sedang kuak lentang di atas katil ketika kami sampai.(oh! beliau kuak lentang berseorangan tidak ditemani suaminya, tapi malam nanti khamis malam jumaat, tidak tahu lah pula jika dia berkuak lentang dengan suaminya di katil tersebut di wad yang sama dan hospital yang serupa).
Buat-buat terkejut juga saya, ingatkan Tisya seorang yang sakit, rupanya mamanya juga turut sakit...seyes punya demam....tapi sempat memberi syarahan kepada saya....garang ko ni Aimi!
Ini haaa si pesakit tua.......3 kali juga saya mengambil gambar ini
bagi memastikan Aimi gumbira (sebenarnya dia marah saya sebab ambil gambo tak lawa)
Lihat! sakitpun boleh senyum...cis......
Haaa ini baru pesakit yang sebetulnya kami ingin melawat, beliau sedang nyenyak tidur....mahu sahaja saya mengejutnya tapi mama beliau tidak kasi. Kerana dikhuatiri si gadis kenit ini akan menyanyi lagu enjit2 semut dan lagu-lagu seangkatan dengannya (ikut kata mamanyalah!) bila dia bangun.
Ya, ini lah juga nama pesakit......tapi diletakkan betul-betul atas kepala Aimi...seperti dialah yang pesakit tersebut. Kan bagus kalau kertas putih itu dicorak2kan sedikit, kalerkan pink ke...baru cantik kretip. Tulisannyapun agak cakaran ayam gitu, cubalah buat versi Arial ker, times new roman ke....baru cantik.
Kami adalah para tetamu yang baik hati, kami bawakan permainan untuk Tisya...oh! tak lupa juga buat mak nya Aimi, manalah tahu, meleleh dia tengok tisya main anak patungkan?...so kami juga beli hadiah untuk mak orang tu.....dengan kata-kata ikhlas...happy belated birthday..ko dah tua dey!
Aimi sedang memberi kata-kata semangat buat Mummy Ayu....supaya meneruskan hidup walaupun bos Ayu tak ada hari ini. Hidup harus diteruskan.......ya.
Manakala saya khusyuk menonton wayang (tivi) upin ipin......
tidak mempedulikan tazkirah Aimi.
Aimi masih lagi memberi ceramah dan sempat bergossip tentang pesakit sebalah dan macaron dan bloger dan nurse dan makanan dan aku kena marah...
Aimi nie mak tiri...


Memandangkan masa mencemburui kami........saya telah memaksa Aimi untuk mengambil gambar kami
dia suka atau tidak...nasiblah...sapa suruh jadi pesakit....
pesakitkan kena ikut arahan doktor netty...muahahahahahahahahahhaahhaah
Selepas salam cium jarak jauh diberi (takot berjangkit kalau cium molot)
kamipun berlalu di lorong sepi ini...
nak wish kan selamat hari jururawat..cam takde jer...
bila dah ada nurse depan mata....saya pulak malu...isk...

Sebelum pulang, saya sempat dipaksa oleh Mummy Ayu untuk mengambil gambarnya
nasib baik dia silang kaki, kalau dia kangkang, mesti dah jelas kelihatan tiang klcc dicelah-celah kain tersebut
eheheh..lari.................
ini gambar Mummy Ayu basuh tangan. Syarat untuk guna toilet di Pusrawi adalah dengan mencuci tangan di mangkuk tersebut sebelum masuk toilet ehehehehe
Tipu jerr...kang sungguh2 korang ikut syarat saya..ehehe
ini kami sempat makan kat bawah kantin Pusrawi tu, di sebabkan makan dalam hospital...selera sayapun jadi macam pesakit jugak, tak berselera nak makan, walaupun habis setengah pinggan
eheheh
demikianlah lawatan kami ke Pusrawi Kuala Lumpur tengahari tadi
sekian terima kasih.
Me Naughty..me Netty

Friday, January 8, 2010

Kena admit...

Terkini...
semalam my BFF tu kena admit balik kat Pusrawi
(sian dia...sabar ek)
sebab...ada efection kat area jahitan
and bad news kena bukak
and dijahit semula
(ngilunya...)
what to do...
bukan dia nak pun jadi cam tu
semua kalu boleh nak cepat baik kan?
apa pun we all doakan Net cepat sembuh ek?
amin!!!!
and dia pesan...
kepada pemenang saguhati...
contest Vogue Pregnant Mama tu
hadiah dia tak pos lagi
so..harap bersabar ek...
dia dah beli dah hadiah tu (shopping ngan Mummy Ayu la)
but dia tak sempat pos lagie
sowie...katanya!
tunggu ek...
kalu ada apa apa news lagi
Mummy Ayu akan update kan bagi pihak dia
baby Irfan cihat...
but kena teman Ibu dia kat cepital
sebab nak BF cenang...
Mummy Ayu bp Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno