Showing posts with label Planner Diary. Show all posts
Showing posts with label Planner Diary. Show all posts

Thursday, October 23, 2014

Siapa Suka Planner? Angkat Tangan!! It's From Stickerrific.

Assalammualaikum friends
Bestkan hujan renyai-renyai ni, rasa macam romantik jer.......berjalan terkepit-kepit pegang payung Avon di tepi-tepi lopak sambil control muka cas nealofa.......dan sekali zasssss!!!! kuyop ko dek non. Semua atas jasa baik kereta honda putih yang jeles dengan kegojesan ko bercatwalk tepi jalan sebelah lopak. Ahhhh! sialan loh!!!! tak sempat acik ambil no plat kereta....kot boleh gores dan menang kereta honda kamu lepas ni.!!!!
Rosak akhlak.

Baiklah lupakan tragedi melanda akak pagi buta tadi. I maafkan si pelaku durjana sebab I perasan gojes pagi ni. Sekian.

Hari ni mari bersama-sama mendengar cerita Planner terbaru I, It's for 2015.

Begini ceritanya ya adik-adik, kakak-kakak dan kekabang sekalian.

Pada hari Selasa 21 Oktober 2014, I telah dapat satu bungkusan yang maha keramat. Awwwww....see betapa eksited nya I bercerita pasal Planner ni.

Sebaik dapat jer bungkusan ni......I buka and memang tertanjat I  sebab suka ooooo dapat sampul cover yang bersepah dengan sticker siap ada nama I lagi. Baguslah! kena betul dengan nama FB owner ni....Stickerrific .

Then persis kanak-kanak yakult....I terus carik-carik cover tu *rakuslah konon* and yey!! keluar benda alah ni...tu kat bawah. Julingkan mata uols di bawah.

Saat dapat jer barang-barang ni, I dah tak fikir Brad Pitt, Azman, leman, Saiful, Darren, Sopian, Ah Kaw, KJ, Helman ASST...ahhh semua jantans yang terpampang di computer I time tu.....
I terus lurus bendul buka one by one barang-barang yang I order.....
and terharu bila tuan kedai kasi nota kasih sayang pada I...wow.....dengan hanya RM 237, I dapat nota kasih sayang dan beberapa barang....and some more sticker free....Ko eksited tak???? menggeletis jer rasa urat kentut ko kan?


Kendian....I buka barang yang paling I suka....
sila julingkan lagi bebola mata anda di bawah

Inspired Midori Traveler's Notebook
Yeayyyyyyyy!!!
oh!! kenapa I kata inspired?....haaaaa ini kira klon pada original Midori Traveler's Notebook (MTN) la.....
Sama jer....cuma takdok la cop mohor MTN. Kalau ori MTN mau cecah RM400 complete set.
Lagipun kan I dah habaq before...MTN ni dah kebanyakannya Sold Out gitu. Dah tu bila I tanya siapa gi Jepun bulan ni? memasing diam membisu tuli jer...alih-alih sedar-sedar jer bagi I fridge magnet dari Jepun ....huh!!!! Nampak tak permainan di situ?. Ah!! nak kim salam otomen pun tak sempat.!!!!

Tapi kan.......Inspired MTN ni still like ori...apa orang cakap? grad AAA??? ahahahahah
still bagus...and isi dalam diapun mostly from original MTN. Isi dalam mahal ya...bukan mughah!!!!!

Haaaa ni I dapat terus touch up mana yang patut. Kebanyakakkan nya I beli di FB Stickerrific tu la....
Owner dia Si Szetoo tu baik sangat...5 patah ayat I tanya....5x5 patah ayat dia jawab. Huuuuu bravooooooo......

Balik rumah jer...apa lagiiii, I keluar semua bala tentera I (sticker, washi tapes, sticky notes...bla..bla)
and mulakan project bedah siasat Planner I....10 jam ngadap bendalah ni oooooo
but still tak habis lagi.....sambil lekat-lekat sticker sambil ketawa ngilai-ngilai then masak then kemas rumah then sambung lagi tepek sticker then ngilai lagi .....memang la 10 jam pun tak sempat kan?.


Penat hambat anak-anak panda ni masuk Planner I...Nasib baik dengar kata.

See..tempat pen holder tu pun I transformkan bagi nampak macam DIVA sikit
blink! blink! gitew.

Nanti nak akhir tahun baru I show off kan satu persatu isi dalam Planner I ni yer...
Buat masa ni kasi uols terliur dulu.

heheheheh nanti I tunjukkan satu lagi Planner yang sama macam MTN.
Tapi kali ni bewarna *belum beli lagi sebenarnya*...wowwww eksited lagi rasa macam nak hempuk kepala di atap kereta Porsche abang Ahmad Akhmar *sumpah aku tak kenal siapa mamat ni*

Adiossss!!!!


I Love Planner

Thursday, October 16, 2014

Ada Sesiapa Pergi Jepun Tak Bulan November Disember Tahun ni?

Hahahaha
kan...I tanya macam Jepun tu sebelah dapur jer dari rumah uols kan? Main langkah jer.
ahhh tak kisah lah. Orang kata kalau malu bertanya nanti sesat jalan. Ahahahah

So, kalau ada sesiapa kenalan saya yang ada trip ke Jepun tu yang baik hati nak tolong hamba Allah yang brengset ni.....do hope sangat kalau sudi membantu saya.

bantu apa Net?. Yeah probably most off you who read my blog know or understand my obsession of collecting diary/planner/agenda.

Makanya bersemperna tahun baru yang akan tiba lagi 2 bulan lebih sahaja lagi
maka dah tibalah masanya tuan punya blog ni update baru beliau punya planner untuk 2015
dan oleh itu I telah terjatuh hati pada 3 planner ni.
Antaranya:

Pertama

Kate Spade Agenda


Memang syok gila dengan Kate Spade agenda ni TAPI
alahai dah habis stok pula doh!!!!! Alahaiiiiiii

Kedua

Kikki.k Agenda


Yang ni pun to die for. pun TAPI size yang I nak dah out of stock di websiti kikki.k.com
But I dah minta pertolongan hubby's friend untuk belikan di Singapore. Since ada kedai kikki,k ni di Singapore. But......senyap je since last I minta hubby order seminggu yang sudah ahahahahah.
Hmmm.....

taken from bubbielicious.net

ahhh boleh gila lah kalau ada kedai kikki.k di Kuala Lumpur ni. ( Itu yang datang gila ajak kawan pergi Singapore kejap untuk cari planner ni tapi jawapan yang diberi adalah...."ahahahahha" purffff!!!)

Ketiga

Midori Traveler's Notebook
0
Taken From http://www.pipitzakkastore.com/

hmmm memang dah jatuh cinta kali ke 78 loh.
Korang tengok memang takda apa pun tapi mata kerrow aku yang tengok ni memang hadoiiii ko offer aku nasi kandaq line clear sekarang ni pon aku tak selera sebab kan si Midori Traveler's Notebook ni.

Namapak jer simple tapi notebook ni memang lain dari yang lain.
Sebab insert kertas dia semuanya boleh ditukar ganti. Ahhh susahlah nak explain ahahha


Harga dia?...hahah kalau harga dia korang rasa dalam rm98.90 hmmm memang silap besarlah!.
Online kat Malaysia ni jual cover kulit dia jer (kilang kat Thailand & Jepun) RM155 and ada yang jual RM165. Tu belum you beli buku kat bahagian dalam, tempat sangkut pen, pocket book, pocket card...ehhh! macam-macam lah....yang boleh cecah rm300. Ya! I gila kan?....

Sebab gila lah I order. TAPIIIIIIIII....out of stock jugeksssssss and I terlepas train untuk pre order and owner website dah tak boleh ambil order untuk customer yang lambat bertindak macam I....Ahhhhh!!! padan muka I.

Youtube.com

Sebab tu lah, I bertanyakan kawan-kawan yang mana baik hati....alang-alang ke Jepun tu and sanggup belikan I Midori Traveler's Notebook ni kot sudi-sudilah hantar message kat I ker....untuk I titipkan pesanan I yang tak seberapa ni. "kedip" "kedip"

Pleaseeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!

Sekian.

p/s: Net yang jiwa kacau tiap kali cecah akhir tahun


Me Naughty..me Netty

Thursday, January 9, 2014

My 2014 Schedule Plan Organizer

Taraaaaaa...........
ok, siapa yang membaca blog saya dari tahun-tahun yang lepas confirm korang akan dapat agak yang saya memang sukakan schedule plan/diary/note books kan kan kan?
sila lihat sini untuk refresh entry yang lepas-lepas SINI , SINI, SINI, SINI, SINI, SINI eh banyak lagi lah, malas pulak haaaa nak link eheheh.
dan saya tak pernah miss setiap tahun untuk DIY my own book organizer


untuk tahun 2014
I sediakan 2 buah organizer which is I beli jer di MPH bookstores
malas sikit nak create satu buku baru hahahah 
tapi I puaslah touch up buku baru I tu especially yang purple book tu hahaha
cemerlang jer rasa. Jom intai-intai apa ada dalam my organizer.


haaa korang dah sedia maklum
dalam purple organizer tu ada my 2014 wish list
malas citer panjang,

next, I buat satu column untuk anak-anak I punya Party Planning akhir tahun 2014.
somemore I tepek kalender 2014 sebab buku ni  datang tak bertahun 
kiranya kosong gitew. 


more stickers kaler-kaler
and half of it dah I tulis plan-plan I yang akan datang.
and banyak lagi sebenarnya tapi tak bolehlah I nak show kat uols semuanya sebab ada benda-benda yang tak sepatutnya I tunjukkan.
nanti boleh mendatangkan kemudaratan.

ehehehehhe




yang keduanya ialah my big organizer.
yang nipun beli siap jer and I tokok tambah sana sini.
this planner ni khas untuk ofis I jer
segala benda mak nenek anak gajah I sumbat (tulis) dalam planner ni.
senang sikit sebab I perasan yang I ni pemikiran lupa ingatan makin kerap
so tujuan big organizer ni untuk itulah
(sibuk jer member yang gelak sebab organizer I ni besar gabak bila masuk bilik meeting)
tapi tak kisahlah
janji semua I nak ada. Kira organizer ni tak keluarlah dari ofis. Tugas dia duduk ofis jer tak macam organizer purple I tu yang luar dalam ofis dia attach dengan I.


ok...itu jer la organizer I untuk tahun 2014.
dah kurang blink? blink?
hahah cam dulu I suka blink blink tepek atas organizer 
sekarang ni I kurangkan.....I banyak main sticker luv jer
perasan diri perlu dicintai gamaknya.

ok dah itu jer la....as for diary?
haha I rasa diary rahsia I tu masih banyak tempat kosong and baru lagi.
so no need buat diary baru kan.

how about you?

Thursday, December 6, 2012

Introducing....My 2013 DIY Diary/Planner

 
hehehhe as usual
kalau memperkenalkan sesuatu DIY handmade by me
for sure I akan malu-malu kucing depan screen computer.
ntah apa-apa!
 
Yeah!!
bubye my old  2012 Planner..
kamu tidak diperlukan lagi...ecewah!
terima kasih atas jasa-jasa kamu selama ini membenarkan saya menconteng pelbagai agenda atas kulit kamu.....terima kasih...
and now!!!
presenting.....my new
2013 Diary/Planner
'
'
'
'
taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........
 
 
eheheh simple sikt
tak macam previous diary/planner kan?....
all about serabut thing sudah I buang jauh-jauh
tahun ni kira chill skit.
tema?
pink terkejut-terkejut gitew *shocking pink*
and macam biasa..
perhiasan berupa blink blink wajib ada.
and dibantu oleh gadis-gadis jepun yang ditepek di penjuru diary/planner
and nama NETTY itu...'E' adalah sengaja di sengetkan.....
ala-ala jatuh gitew....
 
 
ini pandangan sipi buku...
 
 
ini pandangan muka hadapan buku..
year 2013
 
penanda buku ditepek kepala gadis jepun...
dulu saya suka penanda ala-ala teddy bear gemuks kan?
tapi kini....saya tidak mahu serabut..
saya kan nak simple jer...
 
 
haa ni pandangan sipi buku jugak...
yang love2 tu tujuannya adalah untuk apa???
sila lihat bawah.
 
 
haaa tu tujuannya untuk menunjukkan bulan dalam kalendar
saya lukis sendiri kotak-kotak kalendar tu...
 
 
ni contoh ke dua...
 
 
ni bahagian belakang....wajib ada sampul surat
nak letak resit penting.
bahagian sebelah yang hitam tu maybe nak tepek gambar family..
 
aha..
dah sampai ke penutup
saya tepek panda and anak-anak burung hitam..
itu jer, kata nak simple...
 
ok....tahun baru 2013 dah nak sampai...
diary/planner 2012 dah tinggal beberapa minggu jer lagi nak tutup
tak sabar pulak nak conteng kat diary/planner baru..
....
eheheheheh
 
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, January 26, 2012

Ok....One More Time....My 2012 Planner...DIY

Lat time i did show u
my2012 planner...but it's just front cover neh?
so...now i will show u
how does my 2012 planner look inside out
'
'
'
hehehehe
'
'
'

above pic is front cover
DIY.....eheheheh jap jap..pehal tetiba speaking nih?
tukar tune jap..
ehem! ehem! uhuk! uhuk! uweeekkkkk...!
ok..ok..ok.test...test...
ehem..
ok..
apa yang korang tengok ni..tu kat bawah tu...haa
isi dalam planner aku...
aku kan suka serabut.....
so, kebanyakan helaian muka surat aku conteng sendiri..
takde yang print macam yang aku buat pada planner Mummy Ayu.


wah! bestnya bila nampak conteng-conteng font tu
lagi serabut, lagi aku suka..
nampak macam sibuk sangat dengan aktiviti...


segala timetable aku isi kat kalender DIY
semua maklumat besday, need to do
GAJI!!!!....eheheheh


close up lagi..
besday siapa tahun ni eh???
bantuan sticker juga penting......huhuhu nak nak time besday..aku tepek gambo hadiah tanda it's besday gift time.

nak lagi serabut aku buat penanda kat tepi setiap page..
penanda monthly
January sampai December...
serabut tak?
I loike!!!!


then siap letak sampul surat
untuk isi resit bank yang dah aku settle bayo...such as kereta, credit card etc....


last sekali....haaa
sila tengok sekali lagi
eheheh...aku paling suka nanti bila pertengahan bulan
lagi serabut planner nie..
macam-macam benda nak tepek
and macam-macam aktivi aku kena tulis...
sukernyerrrrrr.....
kat sini tak nampak bling-bling lagi
tapi in real....memang nampak bling!bling
sampaikan orang ingat buku apa ntah!!!

sepatutnya ada teddy bear kat tepi macam Mummy ayu punya planner
but aku cabut..sebab aku rasa tak perlulah teddy..
nanti hilang atau putus..
ehehehe puas hati aku!

and banyak lagi ada kat dalam planner tu..tapi rasanya
tak perlulah tunjuk semua kan?...
eheheh sebab aku dah tulis macam-macam..
nanti korang tau apa plan aku
kantoilah
muahahahahahah
Me Naughty..me Netty

Monday, January 9, 2012

DIY 2012 Planner For Mummy Ayu - Guna Barang Terpakai Jer.

ok...seperti yang dijanjikan
Aku akan tunjuk
2012 Planner for my BFF yang aku buat sendiri dengan penuh kasih sayang
*_^



taraaaaaaaaa...........ada ribbon lagik!!!!
and tu lah miss teddy.....as penanda buku.
but I guess teddy tu just untuk deco jerk.......
tapi kalau ko tak suka Ayu....ko leh buang ribbon and teddy tu.
akukan suker semak......


sebenarnya dalam planner ni ada kalender bentuk pokok
tapi tak tau kenapa gambar tak keluar
broadband pulak slow so
malas aku nak tunggu.
yang purple kertas tu untuk notes


 ok...yang kat atas tu adalah monthly schedule
aku tak print kaler
sebab printer kaler habis dakwat
tapi kalo ko tak suker ayu
ko print sendiri eh......
nanti aku kasi templates untuk donlot


 hmm.....macam hodoh jer aku tulis monthly schedule tu
kalau ko ada idea yang lagi menarik.....dipersilakan tukar
almaklumlah aku buat ni semua guna kitar semula.


 gambar kat atas ni actually kalau sebetulnya berkaler hijau
but as aku cakapkan tadi
akunya dakwat kaler habis, so aku print takde kaler
but still ko leh tukar yang berkaler kalo ko nak yer Ayu....
"kalau ko tak tau malulah"
eheheheheheh


comel tak?
walaupun ko bukan cam aku yang suker telek muka kat cermin
tapi aku tetap hadiahkan cermin comel ni untuk ko
cermin ni aku tepek kat bahagian belakang sekali.

haaa...ni pandangan dari atas......cenggini rupanya haaa
simple jer....
Ayukan suker yang simple dan bersih

haaaaa....sekali lagi picture keseluruhan planner
nampak tak blink-blink words tu
eheheheheeh
some more ada blink-blink pink kat penjuru bingkai nama ko tu
but tak berapa nampak
maybe sebab aku dah balut dengan sticker plastik planner tu
untuk elak dari kotor.....

sebenarnya banyak lagi...tapi seperti yang aku katakan sebelum ni....donlot tenet slow bangat
jadi gambar yang aku amik before taknak publish
'
'
apa yang tak dapat publish??
-kalender bentuk pokok
-need to do list
-biodata owner planner (Mummy Ayu)
-ada paper kaler-kaler (bukan unggu notes jer...ada kaler kunin, merah and hijau)
dan
-belanjawan peribadi

apa yang aku tak dapat buat is tepek picture family ko and tarikh besday yang penting sebab dakwat printer berkaler takde...tapi tu semua I guess ko boleh buat sendirikan Ayu
eheheheheh sorry eh.......

Ok, untuk pengetahuan korang
semua ni aku guna barang kitar semula kecuali pembalut kertas and wording blink-blink
*2012* and *AYU*

planner tu aku guna bekas planner starbucks tahun 2009 yang dah buruk dan dah berconteng.
aku just balut dengan pembalut hadiah harga RM0.50sen beli kat KAISON Festival, Setapak
-korang nak cari pembalut murah and cantik...kat situ berlambak.
-pembalut sticker plastick cover.....memang ada kat rumah aku......akukan student...so each text book yang aku beli....atau novel yang aku beli..wajib aku balut guna plastik yang melekat tu...baru buku nampak cantik and bersih....akukan sayang buku.
word blink-blink tu aku beli dengan Mummy Ayu kat Jusco RM5.90sen sekeping
kertas-kertas tu free...eheheheh
dakwat free....eheheh
oh yer..miss teddy aku beli kat kedai depan rumah aku RM3.50sen
-ribbon? bersepah kat rumah......
cermin comel???
barang terpakai ada kat rumah...aku jumpa bawah katil.
dah tu jerlah.....budjet keseluruhan planner ni is RM9.90sen

ok kan?????
so..kawan-kawan yang suka DIY your own planner..haaa bolehlah cari buku-buku lama yang dah tak pakai and deco balik kasi cantik.

after this aku tunjuk 2012 planner aku yang berserabut tu pulak...
akukan serabut eheheheheheheh

*_^

Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno