Showing posts with label Lapar. Show all posts
Showing posts with label Lapar. Show all posts

Wednesday, May 26, 2010

Lapar Makanan Jepun and nak Promote blog Kawan jap.....

Tiada entry bergambar tika ini, computer versi IBM berstatus duda warna hitam legam tidak banyak memberikan bantuan...selow jer rupanya. Hish....perlu dihantar ke bahagian IT untuk dilampiaskan nafsu computer ini. Setelah itu mungkin akan baik sikit kadar kelajuan nya.....anda ngerti apa yang saya perkatakan????

Oh! saya ketika ini terkenang kan makanan jepun....(alah...yang gerak2 kat atas meja macam keretapi tu) mood mengidam tiba2 muncul, tak karuan...cis! benci perasaan ini. Ikutkan hati yang tidak berperasaan ini, after office mahu sahaja menyinggah di rumah ke 2 ku (MidValley lah!) sudah terbayang2 restoran makanan jepun....set bento....huh! kompom tak dapat buat kerja dah lepas nie...teringat nak makan jer. Nak ajak En.Hubby...hmm dia awal2 lagi dah inform akan balik maha lambat hari ini.....(dalam erti kata lain esok pukul 4 pagi lah dia balik) adehhh.....ADA SESIAPA NAK MENEMANI I PERGI MAKAN2 PETANG INI???? ipar duai, adik abang semua duduk area Selangor...hmmm...adeh lah......

Nak ajak budak ofis....oh! sila jangan ajak yang lelaki...dikhuatiri semua makanan yang bergerak di atas meja tersebut akan habis disapu mereka......anda tidak mahu berhabis ribu2 ringgit bukan?.......

Ahhh...lupakan...bila I sampai di 2nd house tu nanti, kita tengok apa yang best, silap haribulan I order KFC sahaja.......

Oh! Ya.....I juga ingin menjemput anda semua, kengkawan blog I yang baik hati (sebab korang belum pernah kutuk I)...sila lah berkunjung ke blog budak baru ini ....dia amat baru di dalam arena berblogging...anda dialu-alukan untuk meregging dia.....dengan segala hormatnya dipersilakan....(percayalah, dia akan reda sahaja dengan perbuatan anda.....sebab apa??? sebab I bos, dia tak boleh marah..hahahahaha)

Sekian, wasallam......Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno